Aifa
Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas
dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia sudah bencikan cinta.
Cinta? Memang tidaklah! Ikmal
Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa,
gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya!
Siapa
sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka
bukan sekadar berjiran tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak dari
itulah bermulanya kisah minah gengster vs mamat sengal. Oh, tidak! Hari-hari
mereka bercakaran, langsung tidak mengenal jemu. Pagi, petang, siang dan malam
ada sahaja yang mereka gaduhkan.
“Ayat Bahasa Melayu pun tunggang-langgang ada
hati nak gaduh dengan aku. Lain kali kau pergi ambil kelas Bahasa Melayu dulu
sebelum gaduh dengan aku. Jenis aku memang tak bercakap dengan orang yang salah
tatabahasa ni!” Kata-kata Hakimi ada kalanya menyakitkan hatinya.
Kata Amira kisah hidup bercakaran Aifa dan Hakimi akan
diakhiri dengan kasih sayang. Rasanya dalam mimpilah mereka akan berbaik!
Tetapi siapa sangka, musuh ketat akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih.
Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta.
Tetapi kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya
sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwanya. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung
tidak boleh dipercaya!