Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
16,465
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
14: SERABUT

Jibam masuk ke dalam mini market.Pak Nuji kelihatan terbongkok-bongkok menyusun barang. Mata Jibam liar meninjau kelibat seseorang. Tiada pada pandangan matanya. Dari rak biskut, mata Jibam tercari-cari kelibat itu, kemudian beralih ke arah rak yang menempatkan barang-barang peralatan dapur.Namun, bayang pun tak nampak. Jibam menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal
"Ehem."
"Cari Sutinah ke?" Tiba-tiba terpacul suara Pak Nuji.
"Taklah ,cantik susunan barang," Jibam Cuba berdalih sambil hidungnya tercium sesuatu.
"Cantik susunan ni. Tak macam Kedai Cina Serabut," Jibam berjaya menarik perhatian Pak Nuji.
"Cina Serabut?"
"Macam pernah dengar."
"Dari mana Pak Nuji dengar?"
"Ada orang wasap gambar ka?"
"Macam pernah dengar tapi lupa," balas Pak Nuji.
.....
"Sutinah mana?"
"Tadi hang kata tak cari dia," balas Pak Nuji tanpa menjawab soalan Jibam.Pangkal hatinya bagai digaru untuk mengetahui hal 'Cina Serabut'.
"Cuba hang habag mai sat!" Pinta Pak Nuji.
"Oh!. Tu di Perlis."
"Ingatkan di Penang."
"Ha ha ha," ketawa Jibam berderai. Air matanya turut keluar, perutnya terasa keras. Agak sakit menahan ketawa sambil berdiri.
Hanya dia yang tahu apa yang bermain dibenaknya. Pak Nuji agak kehairanan. Dia membetulkan tapi pinggang Mekah yang dipakai bersama kain pelikat. Baju Pagoda yang dipakainya ditarik ke bawah. Panas yang membahang sejak akhir-akhir ini menyebabkan dia lebih selesa berbaju Pagoda.
"Cuba habag mai sat, Awat yang hang Haria. Gelak tak sangga?" Pak Nuji melepaskan soalan, tak puas rasanya melihat Jibam tertawa.
"Pak Nuji ada jual Ikan talang?" Entah soalan apa yang terpacul dari mulut Jibam. Usai soal Jibam ketawa sehingga terduduk. Benak Pak Nuji diserang kehairanan.
"Ha ha Ikan talang, sungguh menggelikan hati," ujar Jibam.
"Sutinah dah balik ke Jakarta. Padan muka hang," puas Pak Nuji melihat perubahan air muka Jibam.
"Apa sebab dia tak habag pun kata nak balik kampung?" Ketawa Jibam terhenti. Fokusnya kepada Sutinah, gadis dari seberang yang digilainya.
"Apa pula Ikan talang?" Tiba-tiba Lebai Masa muncul dari arah belakang. Cucunya dibawa bersamanya, meronta-ronta minta dibelikan Tora.
"Nuji," panggil Lebai Kasa.
"Gula ada?"
Pecah ketawa Jibam mula kembali. Ketawanya bukan main-main. Lantas ingatannya berputar ke arah kisah Ikan talang dan gula. Bukan di mini market Pak Nuji, tapi jauh ke Perlis. Kisah yang pernah diceritakan oleh Mat Lahar kepadanya.
"Gelak sakan nampak ... nanti Sutinah terlepas," usik Pak Nuji.
serentak dengan itu Jibam berhenti kata etawa.
'mungkinkah Sutinah tak akan kembali?' Ingatannya berputar kepada sesusuk tujuh, kulit putih kuning dengan wajah seiras Yati Octavia. Fikirannya menerawang jauh ke kawasan perbukitan kecil menghijau di tanah seberang. Dia melihat Sutinah berlarian riang dengan Saaman, teman sekampungnya, lagak seperti klip video lagu irama dangdut yang dilihatnya pada laman YouTube.
“Tu dah mula tu … berangan,” Pak Nuji menepuk belakang Jibam. Tuntas, bayangan wajah Sutinah dengan Saaman lesap entah ke mana. Pak Kasa sedang menjinjing bungkusan gula dan berlalu pergi. Jibam terkebil-kebil.
“Sebut ikan talang dan gula … sebab apa gelak sakan?”
“Ha ha ha haha,” mengekek kembali Jibam.
“Ada satu kedai di Perlis. Jualan sehari hampir dua ribu ringgit,” Jibam memulakan bicara. Bayangan Sutinah, gadis seberang berlarian bersama pemuda ditendangnya jauh-jauh.
“Dua ribu?”
“Kedai tu jual apa?”
“Ketum?” Pak Nuji ingin mendapatkan kepastian.
“Kedai runcit. Barangnya banyak, hampir apa yang pelanggan hendak semua ada. Barangnya berselerak da nada di merata tempat. Telur atas susunan botol minyak masak, hahahah …”
“Apa yang lucunya?”
“Ada kawan saya, Mat Lahar. Dia berasal di Mata Ayer, Perlis,” ujar Jibam sambil menahan ketawa.
“Kata Mat Lahar, kalau pelanggan datang ke kedai nak beli gula. Taukeh kedai seorang berketurunan Cina akan melayan sendiri pelanggan. Dia lebih dikenali sebagai ‘Cina Serabut’. Mungkin sebab kedainya cukup serabut.
“Setiap kali pelanggan Tanya barang, taukeh kedai akan meminta mereka tunggu. Dia kemudiannya seperti berfikir di mana lokasi barang yang dicari pelanggan. Ada satu kejadian Mat Lahar cerita, seorang pelanggan nak beli gula. Taukeh kedai tercari-cari di mana letaknya gula. Tiba-tiba dia menguis-nguiskan kakinya dan mengeluarkan bungkusan gula yang telah ditemuinya selamba sahaja di tepi kakinya.”
“Ha haha haha, serabut sungguh,”
Selang 30 minit Mak Timah berlalu pergi bersama sebungkus nescafe yang turut disertai barangan yang lain, sambil mengomel perlahan-lahan.
"Ni nak balik naik bas pula ni," getus Mak Timah Reporter.
"Naik bas?" bisik Pak Nuji. Mungkin tidak didengari oleh Mak Timah.
"Mak Timah ni dah nyanyuk kot?"
"Rumah dalam kawasan ni saja, tak pernah naik bas pun," balas Pak Nuji sambil menggaru-garukan kepalanya.
"Tapi bab GST, Mak Timah cekap," ujar Jibam
"Hah apa jadi dengan Ustaz yang cari ikan talang tadi," pinta Pak Nuji supaya Jibam menyambung kisah.
"Ha ha ha ..."
"Cina Serabut tu kata 'berapa besar ikan talang Ustaz nak?'"
"Tak kan tak ada nama kot?" celah Pak Nuji.
"Tak tau. Mat Lahar tak bagi tau. Semua orang kenal dia dengan nama tu saja."
"Ha ha sambung ... sambung," pinta Pak Nuji.
“Sambunglah lagi ..”
“Ustaz tertunggu-tunggu untuk dapatkan ikan talang yang ditanya. Tauke kedai hilang disebalik rak, secara tiba-tiba muncul dengan seekor ikan talang besar yang diletakkan di atas bahunya. Kemudian dia meminta Ustaz tersebut memotong bahagian ikan yang dikehendakinya.”
“Potong sendiri tang mana mau,” ujar Jibam meniru gaya tauke seperti yang diceritakan oleh Mat Lahar kepadanya.
“Siap ikan dipotong, tauke tersebut mengambil baki ikan dan melambungkannya ke suatu sudut dalam kedainya,” tutur Jibam.
“Ha ha ha … kalau ada pelanggan cari datang cari ikan talang, jenuhlah nak cari,” balas Pak Nuji.
“Sekarang tidak lagi.”
“Mengapa?”
“Kedainya sudah habis terbakar.”
“Banyak duit di dalam kedainya, disimpan dalam beg plastic sampah. Ada yang sudah dimakan tikus.”
“Ha ha ha, apa sebabnya?”
“Dia tidak percaya kepada pihak Bank. Dia takut duitnya hilang,” tutur Jibam diiringi dengan deraian ketawa.
“Habis, semua duitnya terbakar?”
“Nasibnya baik, sehari sebelum kejadian kebakaran, dia telah ditangkap oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan dalam satu operasi khas. Serabut-serabut dia pun, ada menyimpan rokok putih yang diseludup. Kata Mat Lahar, duit yang disimpan dalam beg plastik tu selamat kerana digunakan untuk membayar kompaun.”
“hah! Nasib baik juga kena tangkap,” Pak Nuji menahan ketawa.
Ingatan pada Sutinah tidak kunjung padam. Jibam berharap kata-kata Pak Nuji tidak benar. Jika benar Sutinah balik ke kampungnya di Jogjakarta tentu Sutinah akan memberitahunya, terlebih dahulu. Seakan rasanya Jibam ingin menempah tiket kapal terbang untuk terbang ke sana untuk mencari Sutinah. Dia hampa kerana usikan pak Nuji sedikit sebanyak melukis kebimbangan pada hatinya, gusar.
“sakitnya tuh di sini, Mas,” tutur Sutinah kepadanya suatu hari.
“Kenapa ya,” ujar Jibam yang tuturnya sudah seakan-akan slanga Indonesia.
“Yalah Mas, jika pria kecewakan cewek, cari cewek lain. Bisa aja sakit hati … merana Mas. Kamu jangan macam-macam Mas!.”
Previous: sambungan
Next: JEJAK

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.