Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
16,463
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
5- Jorah

Burung-burung berlagu riuh rendah mencari kawanan untuk pulang ke sarang, matahari hampit tenggelam dan sebentar lagi senja pun akan berlabuh. Azan Maghrib berkumandang di seluruh pelusuk dan ceruk rantau. Tanda malam yang menjadi pasangan siang akan bermula. Bermulanya hari baru dalam calendar Islam.

“Agak letih hari ni Lotfi,” ujar Jibam sambil mengemaskan tempat kerja. Barang-barang yang telah keluar dari production line disusun rapi.

“Tah macam mana Zarin pula EL,” tambah Jibam.

“EL?” soal Lotpi agak kehairanan. Wayar-wayar elektrik yang berselirat untuk dipasang pada Hard Disk dikemaskan.

“Yup, aku dengag family dia masuk hospital. Kena denggi,” Jibam memberi penjelasan

“Kalau ya pun masih awal, hang dah kemas, awal Nampak,” usik Lotpi.

“supervisor mana? Tak Nampak mukanya pun,” soal Lotpi. Biasanya Cik Zanariah, supervisor yang masih dara itu sentiasa memeriksa operator pengeluaran yang bertugas.

“Ehtah, tadi Nampak sekejap. Agaknya dating bulan kot,” mengekek Jibam menjawab soalan dari Lotpi.

“Ya lah biasanya Cik Puan Zanariah akan meninjau apa yang kita buat. Sepi rasa production line bila dia tak ada,” balas Jibam.

“Sepi? Hahhaa, lagi bingit ada. Mulut pot-pet pot pet hahha,” hang ni buat lawak, sakit perut aku,” ujar Lotpi.

“Apa yang hampa gelak sakan sangat ni?”

“Macam mana malam ni?”

“Nasi kandar lagi?” tiba-tiba Long Nizuan, rakan sekerja bersuara.

“Hang ni tak habis-habis dengan nasi kandar.”

“Tak boleh duduk diam ka kalau tak pekena nasi kandar?” soal Jibam.

“Tak tau nak kata, aku anak Penang. Orang Penang kalau tak pekena nasi kandag memang tak boleh duduk, gelisah hang tau…,”pecah deraian ketawa ketiga-tiga sahabat.

“Dah habis buat kerja? Gelak sakan Nampak. Tu dok mengata kat Chek lah tu. Hampa semua ni rebut, tak dak kerja lain,” tiba-tiba suara yang ‘dirindui’ muncul. Suara yang dimiliki oleh Cik Puan Zanariah.

“Oh! Cik Puan mai dari mana? Tut tut muncu?” spontan pertanyaan dari Lotpi.

“Hampa jangan buat rebut, hampa jangan dok Jorah. Chek tau hampa kata kat Chek,” ujar Zanariah.

“Tak dak aih … sumpah.”

“Kami tak kata pun kat Cik Puan,” tutur Jibam. Lotpi menahan ketawa melihat Jibam yang begitu skema member penjelasan

***

Jibam bersiul riang sambil menunggang motorsikal balik ke rumah, setelah penat seharian bekerja. Hari itu dia melakukan kerja lebih masa menggantikan rakan satu shift yang cuti kecemasan.

Previous: BAB 4: PILU
Next: 6-MILO

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.