Heboh pula sekarang ini ada gambar anjing dalam telefon pintar. Gambar yang telah sedia ada dalam telefon itu yang telah dimasukkan melalui software yang khas. Ia tidak boleh dipadamkan dengan apa cara sekali pun.
"Eh ada gambar anjing dalam telefon aku," ujar Lotpi ketika duduk bersantai di depan TV.
"Aku hairan kenapa ada pula," ujarnya lagi.
"Ah! entah-entah hang yang masukkan," tutur Jibam. Dia datang dari arah dapur membawa dua cawan kopi panas yang telah disediakan dan meletakkan di atas meja kecil di hadapan sofa, menghadap ke arah Lotpi. Kemudian masuk semula ke dapur mendapatkan sebungkus biskut yang telah dibuka bungkusannya. Bungkusan biskut itu dikemaskan dengan ikatan gelang getah berwarna hijau.
"Mana ada aku masukkan. I don't want to touch a ," seloroh Lotpi.
"Ah yang ni factory default, untuk tujuan LCD test," Jibam memberi penjelasan setelah melihat muka skrin telefon pintar milik Lotpi.
"Factory default?" tanya Lotpi kehairanan. Dia kemudiannya mencapai sekeping biskut dari bungkusan yang diletakkan oleh Jibam lalu mengunyah perlahan-lahan.
"Hai hang mamat kilang. Tak kan tak faham factory default."
"Ya aku faham. Tapi aku bukan kerja kilang handphone," ujar Lotpi.
"Banyak-banyak binatang mengapa anjing pula dimasukkan? kalau ia pun nak test LCD. Pasai apa tak letak kucing, tikus atau harimau?" soal Lotpi.
"Haha kena faham, siapa yang develop software handphone tu," ujar Jibam.
"Punya banyak milo kenapa kopi yang hang bawa? hang kan suka milo?" seloroh Lotpi. Jibam hanya tersengih dan mencapai cawan berisi kopi panas di hadapannya.
"Ah sekali-sekala tukar selera, apa salahnya," tutur Jibam ikhlas.
***
Bunyi enjin motorsikal kedengaran dari luar rumah.
Bunyi
itu kemudian berhenti dan kemudian seseorang turun dari motor. Jibam
bangun dan mencapai suis pada dinding yang terletak di sebelah kanan
pintu. Lampu dipasangkan dan menerangi ruang hadapan rumah sewa mereka.
"Tok! tok! tok!."
"Assalamualaikum!"
Salam dijawab oleh Jibam dan Lotpi. Perbualan mereka mengenai anjing dalam telefon terhenti. Ada tetamu yang datang.
"Eh
hang, mai-mai masuk," pelawa Lotpi bila melihat sesusuk tubuh dalam
jaket biru denim muncul di hadapannya setelah daun pintu ditolak.
"Lama hang hilang, pi mana?" ujar Lotpi sambil menghulurkan tangan ke arah tetamu yang datang. Dia kurang mengenali tetamu itu. Namun disambut juga dengan mesra.
"Jibam, ni lah Sidie yang aku habag kat hang dulu."
"Jibam."
"Sidie," tetamu menghulurkan tangan dan disambut salam perkenalan.
"Hang mai dari mana?" soal Jibam setelah mempelawa Sidie masuk.
"Aku ni budak sekampung dengan Lotpi. Kami sama-sama sekolah dulu. Aku sebelum ni kerja di KL. Lama juga di sana. Jemu, baik aku balik ke Penang," Sidie memberi maklumbalas.
"Habis la ni hang dok mana?" bingkas pertanyaan dari Jibam.
"Aku dah dapat kerja di Penang, so nak lepak sini.
"Ok lah tapi sekarang ni kami sibuk. Minggu depan ni ada program 'Mat Kilang Masuk Kampung," ujar Jiebam.
"Program apa tu. Tak pernah dengar pun."
"Alah.. program untuk mendekatkan diri dengan orang kampung, dengan rakyat."
"Hampa
ni macam orang politik saja. Nak bertemu rakyat, tambah-tambah lagi
dekat pilihanraya. Lepas pilihanraya langsung tak nampak muka," tingkah
Sidie. Mesra perbualan mereka walaupun baru pertama kali bertemu.
"Bukan apa nak mendekatkan diri dengan masyarakat," ujar Lotpi.
"Harga
getah terus lemah sejak Oktober 2014 ni. Pihak pengurusan nak cuba
lihat apa yang boleh dibantu, terutamanya para penoreh getah yang
tinggal di kawasan kampung di pendalaman," tutur Jiebam.
"Ya lah mana ada penoreh getah duduk dalam bandar," seloroh Sidie.
"Aku
dengar Thailand dah buat ujian untuk jadikan getah sebagai bahan untuk
buat jalanraya, kalau harga getah terus lemah," tambah Sidie.
"Mana hang dengar?"
"Dalam berita surat khabarlah mana lagi."
"Depa kata getah tu lebih bagus dari tar untuk buat jalanraya."
"Nampaknya bila terdesak, idea pun mai macam-macam," Jiebam memberi pandangan.
"Bitumen
dah lama digunakan dalam pembinaan jalanraya. Apa pasai depa nak try
ganti dengan getah pula?" Lotpi bertanya lagak politik kedai kopi.
"Bitumen?"
terpacul soalan dari mulut Jiebam. Sedikit kopi panas dihirupnya sambil
mempelawa Sidie untuk menikmati kopi yang baru dituangkannya ke dalam
cawan.
"Bitumen tu tar , tar tu asphalt," ujar Jiebam tersengih.
"Kata
depa lagi, 3.3 tan getah akan digunakan bagi setiap satu kilometer
jalan yang dibina. Bayangkan berapa banyak getah yang diperlukan. Secara
tidak langsung permintaan getah meningkat dan taklah sengsara pekebun
dan penoreh getah." ujar Lotpi.
"Amboi hang cakap macam ahli ekonomi pula."
"Bukan apa aku terkenangkan subjek Ekonomi waktu aku di Form Six dulu," ujar Lotpi.
"Memang
pekebun kecil dan penoreh getah lani terhimpit akibat kejatuhan harga
getah, sebab tu pengurusan kilang nak cuba bantu," Jiebam kembali kepada
topik asal mengenai rancangan pengurusan kilangnya untuk membawa 'Mat
Kilang' masuk ke kampung, mendekati rakyat.
"Aku
dengar China pun dah mula keluarkan getah sendiri. Wilayah Hainan dan
Yunan bakal menjadi pengeluar getah asli pula," ujar Lotpi."Amboi hang kemaih no," Sidie berseloroh. Dia tidak menyangka 'Mat Kilang' seperti Lotpi ambil tahu hal ekonomi dunia.
"Apa hang ingat aku 'tak ada class' ke nak cakap bab ekonomi dunia? Ha ha ha," ujar Lotpi penuh sindiran.
"Sikit lagi aku jadi ahli ekonomi kalau tak kantoi ekonomi dalam STPM," tutur Lotpi disambut gelak ketawa dari Jiebam dan Sidie.
"Nasib
tak habis-habis getah ni. Dulu ada stok penimbal dari USA, ada ancaman
dari penciptaan getah tiruan. China pula pasaran buruh murah, tentu
getah dunia dari China nanti berlambak dalam pasaran dunia," tambah
Lotpi.
***
Sampai
hari yang dijanjikan. Lotpi dan Jiebam mengikuti program 'Mat Kilang
Masuk Kampung'. Mereka bergerak dengan sebuah bas yang telah disediakan.
Sepanjang peninggalan mereka, Sidie diamanahkan untuk menjaga rumah
mereka.
Dalam perjalanan Jiebam terkenangkan Sutinah. Entah apa yang dibuat oleh Sutinah pada masa kini.
"Mas kalau pergi jangan lama-lama ya," pinta Sutinah ketika Jiebam bertemu dengannya di hadapan minimarket Pak Nuji.
"Nak lihat kesusahan orang-orang kampung, Sutinah," balas Jiebam.
"Mana
tahu nanti Mas terpikat dengan orang sana," Sutinah seakan cuak dengan
pemergian Jiebam. Apa lagi Jiebam akan berjumpa dengan berbagai-bagai
orang, sewaktu perjalanan program itu.
"Jangan bimbang Sutinah," ujar Jiebam memberi harapan.
Bas
bergerak menuju destinasi ke kawasan pendalaman dalam Daerah Baling.
Ternyata keadaan Baling masih kurang berubah dibandingkan dengan
daerah-daerah lain dalam Negeri Kedah.
"Harga
getah merudum ni bukan sahaja terkesan kepada penduduk di Baling, tapi
juga di Naka hingga ke Temerloh, Pahang," bisik Lotpi. Kenangan
perbualan Jiebam dengan Sutinah terpadam seiring dengan gerakan bas yang
bergerak laju.
"Apa hang kata tadi?" soal Jiebam. Dia sedikit hilang tumpuan.
"Tulah
berangan lagi. Mesti ingat Sutinah," perli Lotpi. Beberapa ahli
rombongan dalam bas melayan musik yang dijanakan melalui telefon bimbit
dan lain-lain gadjet. Ramai yang berbual-bual di antara satu sama lain.
***Apa yang berlaku tidak dapat diduga. Apa yang dirancang belum pasti menjadi. Semuanya ketentuanNya, bersabit dengan usaha yang telah dilakukan. Bas yang sedang bergerak terpaksa dihentikan. Di sebelah kanan jalan, kenderaan bertali arus dan bergerak perlahan. Di hadapan beberapa orang pegawai Polis mengawal lalu-lintas, ada seperti asap berkelun di suatu kawasan sebelah kanan. Sebuah lori dengan muatan kayu balak kelihatan terbalik. Sebah kenderaan pacuan empat roda kelihatan terperosok menghentam lori yang terbalik tadi.
"Ate ape ke he pulak. Berame orang kat simpang tu Yob oi. Cer mike pegi tengok!" ujar Din yang pekat berbahasa Perak. Jiebam mencerlung pandangannya ke hadapan, meninjau apa yang berlaku di hadapan jalan yang dilalui oleh bas yang mereka naiki."Udah raban jadinye," tambah Din Batuk lagi. Din bangga digelar namanya begitu. 'mudah dikenali rame' katanya bila ditanya."Awak ni ngalahkan Pak Jabit apa ke he?" Megat yang juga berasal dari Perak mencelah. Dia merujuk kepada watak 'Pak Jabit' yang pantang dapat mikrofon dalam filem yang begitu terkenal, arahan Mamat Khalid, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', suatu ketika dulu.
"Ate ape kene bawak motor ngelewor ni!" jerit Megat melihat sekumpulan pemuda menunggang motorsikal dengan laju dan kelihatan terumbang ambing, tanpa menghiraukan keadaan yang agak sesak di hadapan mereka. Kumpulan penunggang motor itu datang dari arah yang bertentangan, menyelinap dan laju.
"Mat rempit lah tu, merambu aje keroje nye," balas Din Batuk lagi.