Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
16,467
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
sambungan
Apa yang berlaku tidak dapat diduga. Apa yang dirancang belum pasti menjadi. Semuanya ketentuanNya, bersabit dengan usaha yang telah dilakukan. Bas yang sedang bergerak terpaksa dihentikan. Di sebelah kanan jalan, kenderaan bertali arus dan bergerak perlahan. Di hadapan beberapa orang pegawai Polis mengawal lalu-lintas, ada seperti asap berkelun di suatu kawasan sebelah kanan. 

Sebuah lori dengan muatan kayu balak kelihatan terbalik. Sebah kenderaan pacuan empat roda kelihatan terperosok menghentam lori yang terbalik tadi.

"Ate ape ke he pulak. Berame orang kat simpang tu Yob oi. Cer mike pegi tengok!" ujar Din yang pekat berbahasa Perak. Jiebam mencerlung pandangannya ke hadapan, meninjau apa yang berlaku di hadapan jalan yang dilalui oleh bas yang mereka naiki.

"Udah raban jadinye," tambah Din Batuk lagi. Din bangga digelar namanya begitu. 'mudah dikenali rame' katanya bila ditanya.

"Awak ni ngalahkan Pak Jabit apa ke he?" Megat yang juga berasal dari Perak mencelah. Dia merujuk kepada watak 'Pak Jabit' yang pantang dapat mikrofon dalam filem yang begitu terkenal, arahan Mamat Khalid, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', suatu ketika dulu.

"Ate ape kene bawak motor ngelewor ni!" jerit Megat melihat sekumpulan pemuda menunggang motorsikal dengan laju dan kelihatan terumbang ambing, tanpa menghiraukan keadaan yang agak sesak di hadapan mereka. Kumpulan penunggang motor itu datang dari arah yang bertentangan, menyelinap dan laju.

"Mat rempit lah tu, merambu aje keroje nye," balas Din Batuk lagi.
Previous: 7: MONYET

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.