Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU JATUH CINTA
AKU JATUH CINTA
anna nabila
7/7/2014 23:38:05
128,798
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

Bab 11


“Kenapa tiba-tiba mengeluh pulak ni? Tak habis lagi susah hati fikirkan soal pelajar?” suara Izraf lembut menerpa gegendang telinga pantas mengembalikan Aina ke dunia realiti.

Aina tersipu malu. Tanpa disedari sudah begitu panjang rupanya dia merenung sejarahnya dan Izraf. Sehinggakan keluhan yang disangka hanya dalam hati rupanya betul-betul terkeluar dari mulutnya tadi.

“Tak ada apa, Aina cuma penat. Hmm, pinggan pun dah siap basuh, Aina nak pergi tidur dululah. Nak kumpul tenaga, esok kena masuk kelas budak-budak nakal tu lagi. Abang tak mengantuk lagi?”

I see. Aina tidurlah dulu ya?Abang nak siapkan bahan presentation sikit. Esok ada meeting dengan Lembaga Pengarah pulak.” Izraf beralih ke meja dapur dan membuka komputernya.

Aina mengangguk menurut kata Izraf. Aina mula beransur namun berhenti sebentar di kaki tangga lalu memalingkan kepalanya memandang Izraf.

“Selamat malam, abang...” Aina bersuara perlahan, agak kecewa bunyinya. Hmm, nampaknya seorang diri lagi dia masuk tidur, sama seperti malam-malam sebelumnya terkebil-kebil sendirian dalam gelap dengan fikiran yang makin pintar mereka bermacam-macam tekaan.

Good night princess, sleep well.Esok kena tough sikit berhadapan dengan pelajar Aina yang nakal-nakal tu.” Izraf berpesan ringkas sebelum kembali memerhatikan komputer riba di hadapannya. Aina hanya tersenyum kecil.

Apabila Aina sudah berpaling semula dan meneruskan langkahnya, Izraf kembali memerhatikan lenggok Aina sebelum bayangnya menghilang di puncak tangga. Biarlah Aina tidur dahulu, imannya belum cukup kukuh untuk masuk tidur bersama-sama dengan Aina. Akhirnya kerja yang dijadikan alasan. Walhal Izraf cuma membuka laman Youtube menonton cerita Tom & Jerry sebenarnya.

Mendengar Izraf menyebut tentang pelajarnya tadi menyebabkan Aina tiba-tiba terkenangkan jejaka itu, Danial Iskandar. Entah mengapa dia yang angkuh dan kelihatan devilish itu yang terlintas di hati Aina, bukan orang lain. Bukan Haqym yang periang, bukan Kak Leha yang menjengkelkan, bukan karenah pelajarnya yang hanya satu kelas itu. Fikiran itu cuma sempat singgah sekejap sebelum Aina terlena. Namun di luar sedarnya, wajah jejaka itulah yang terakhir bermain di mindanya sebelum Aina hanyut dibuai mimpi.

Bersambung...


*Novel AKU JATUH CINTA akan berada di pasaran pada Febuari ini! Boleh tempah dengan penulis sendiri untuk dapatkan autograf & cenderamata. Penulis boleh dihubungi di:

FB: https://www.facebook.com/anna.nabila.90

Terima kasih atas sokongan semua, moga tulisan ini dapat menghibur! xoxo.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.