Home Novel Komedi/Romantik Komedi Lasernya Mulut Dia
Lasernya Mulut Dia
Rabihah Nur Ridhuan
25/2/2015 17:56:01
85,140
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
bab 13

Hari pertama sememangnya membosankan. Dia masih belum biasa untuk melakukan sebarang kerja. Masih perlu di suruh dan di arah untuk membuat sebarang kerja.

“ Nak buat apa ni?” tanya Amir Rifqi.

Farid yang sibuk meneliti sebuah fail mula memberi tumpuan kepada Amir Rifqi. Dia berasa kasihan dengan Amir Rifqi yang masih belum membiasakan diri dengan pekerjaan barunya itu.

“ Buat apa? Buat bodoh je lah,” kata Farid sambil ketawa.

Amir Rifqi mengetap bibir. Geram pula dia dengan sikap loyar buruk teman barunya itu.

“ Hah, kau boleh tolong aku tak?” tanya Farid tiba-tiba. Apabila melihat Amir Rifqi yang hanya termenung tanpa sebarang kerja membuatkan dia mendapat satu idea.

“ Tolong apa?”

“ Kau tolong beli nasi lemak kat warung depan opis kita tu. Tolonglah, aku lapar ni,” kata Farid. Dia sudah membuat muka seposen. Kononnya meminta simpati dari Amir Rifqi.

“ Iskh tak naklah aku. Tak fasal-fasal terkantoi pula. Kau pergilah sendiri,” kata Amir Rifqi. Dia ingat aku ni orang suruhan dia ke? Memang cadangan Farid itu tidak masuk dek akal. Sudahlah hari ini adalah hari pertama dia bekerja di sini.

“ Alah sekejap je. Tak sampai lima minit pun. Kalau bos cari kau, aku cakaplah kau pergi toilet. Tolonglah. Aku sakit perut ni,” rayu Farid.

“ Kau pergilah sendiri. Nanti aku tolong cover kau,” kata Amir Rifqi pula.

“ Kau tak de kerja, kau pergilah. Aku banyak kerja nak disiapkan ni. Please…”

Amir Rifqi mendenggus geram. Melihatkan wajah seposen Farid itu membuatkan dia tidak sampai hati.

“ Kalau aku kantoi nanti, siap kau! Hah kau nak makan apa?”

AMIR RIFQI terkejut. Tiba-tiba ruang pejabat menjadi sunyi sepi. Tiada sesiapa di dalamnya. Begitu juga dengan Farid yang kononnya mahu meng’cover’ dirinya. Eh mereka semua pergi mana ni? Amir Rifqi tertanya-tanya sendirian.

Dengan membawa beg plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak untuk dirinya dan Farid, Amir Rifqi tawaf ke sekeliling ruang pejabat. Dia cuba mencari rakan sekerjanya yang lain. Tiba-tiba telinganya menangkap suara seseorang memberi taklimat di dalam bilik mesyuarat. Amir Rifqi mengeluh lemah. Dia tertanya-tanya sendirian. Mahu masukkah?

Perlahan-lahan Amir Rifqi membuka pintu bilik mesyuarat. Seperlahan yang dia mampu sehingga ketika dia membukanya dia menahan nafasnya buat seketika. Dia tidak mahu ada sesiapa menyedari kemunculannya di sini. Dia mahu menyelinap masuk seperti ala-ala James Bond.

Krekkk…nampaknya pintu tidak mahu bekerjasama dengannya. Malah bunyi pintu menyebabkan semua staf Tetuan Hasan & Associates terus menumpukan kepada kehadirannya. Sudahlah tatkala itu Ayris Imani sedang memberi taklimat. Oh tidak, pasti bencana besar akan menimpanya!

Mata Ayris Imani yang tajam mencerlung memandang Amir Rifqi yang tersengih macam kerang busuk. Dengan selamba Amir Rifqi mengangkat tangannya kepada Ayris Imani walaupun hati di dalam kecut semacam.

Tetapi dek kerana gabra punya pasal dia telah mengangkat tangan bersama dengan beg plastik nasi lemaknya. Apa lagi terkantoilah dia! Mata Amir Rifqi membulat. Oh tidak, dia sudah mengundang kemarahan kali kedua majikannya itu. Terus sahaja dia menyembunyikan beg plastik di tangannya ke belakang.

“ Apa yang ada di tangan you tu, Rifqi?” tanya Ayris Imani dengan sinis. Amir Rifqi pula hanya menunduk tanpa berani memandang kepada Ayris Imani yang merenung tajam kepadanya.

“ Berani you keluar pejabat waktu kerja? Hari pertama you dah berani tunjuk belang,” panjang lebar Ayris Imani memperli Amir Rifqi. Suaranya kedengaran tegas. Amir Rifqi menelan liur. Alahai, kenapalah bos aku garang macam singa betina?

“ Baiiiiikkkkkk….bos.”

Amir Rifqi mempraktikkan ajaran Farid kepadanya. Perkataan baik itu dia sebut panjang sekali sampai dia perasan yang ada beberapa staff tertawa sambil menutup mulut mereka. Takut ketawa mereka di dengari oleh Ayris Imani yang sedang menyinga itu.

You sengaja mempermainkan I?” tanya Ayris Imani.

Ayris Imani sudah mengamuk. Suaranya bergema nyaring. Hampir pecah gegendang telinga Amir Rifqi tatkala itu.

“ Bos cakap dengan siapa tu?” tanya Amir Rifqi sambil mengorek-ngorek telinganya. Kalau seminggu dia di sini boleh jadi pekak telinga dibuatnya mendengarkan jeritan histeria lady bosnya ini.

“ Dengan youlah!”

“ Kenapa bos menjerit? Saya dekat je pun. Kalau berbisik pun saya boleh dengar lagi,” selamba sahaja Amir Rifqi menjawab.

Pang! Ayris Imani menepuk meja dengan kuat.

You ni memang nak kena!”marah Ayris Imani.

“ Hah, bos nak buat apa dekat saya?”

Dek kerana gabra punya pasal, Amir Rifqi terus membuka buah silat yang ternyata sumbang lagaknya. Ayris Imani dan staff yang lain kepelikan memandang Amir Rifqi yang sedang berpancak silat. Dan selepas itu, apa lagi, bergema bilik mensyuarat dengan tawa mereka. Masing-masing memegang perut kerana tidak tahan melihat reaksi spontan Amir Rifqi itu.

Muka Amir Rifqi sudah bertukar merah. Malu semalu malunya. Dia menggaru kepalanya sendiri. Itulah, apasal dia gelabah semacam. Tidak fasal-fasal jatuh reputasinya yang kacak lagi macho ini.

You ni dah kenapa? Tak fasal-fasal boleh bersilat bagai di sini. Tu lah lain kali kalau nak masuk bagi salam. Ini tak main redah je. Ataupun you ni sememangnya tak tahu cara nak bagi salam? Tak kan perkara asas itu pun tak tahu? Al maklumlah staff baru. Banyak sangat yang tidak tahunya,” perli Ayris Imani.

Amir Rifqi mendenggus geram. Marahnya semakin membuak-buak. Lantas dengan selamba sahaja Amir Rifqi menjawab,

“ Saya tahulah! Tak perlu nak ajar saya!”

“ Hah kalau macam tu cubalah bagi salam!” kata Ayris Imani terus menduga.

“ Marabbuka!!!”

Senyap. Tiba-tiba sahaja Amir Rifqi rasa bilik mesyuarat itu menjadi senyap. Sunyi sepi bagaikan malaikat sedang lalu. Eh peliknya, kenapa mereka boleh senyap pula? Aku tersalah cakap ke?

Masyalah! Apa yang dah aku buat ni? Aku sepatutnya bagi salam. Amir Rifqi ketap bibir. Semua yang ada terdiam untuk sesaat. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Sungguh mereka tidak menyangka Amir Rifqi akan berkata begitu.

Kemudian, apa lagi, terburai terus ketawa mereka. Begitu juga dengan Ayris Imani yang sentiasa berwajah serius itu. Baginya pekerja barunya itu memang kelakar. Lebih kelakar dari Zizan Raja Lawak sampai dia boleh ketawa hingga terkeluar airmata.

You ni dah kenapa? Tiba-tiba je nak ambil tugas mungkar dan nakir,” perli Ayris Imani sambil menggelengkan kepalanya. Ketawanya masih berbaki. Manakala Amir Rifqi hanya mampu menunduk. Tidak sangka hari pertamanya telah mencipta sejarah baru di sini.

“ Marabukka..”

Farid tergeleng sambil ketawa geli hati. Manakala Amir Rifqi hanya mampu menahan perasaannya.

“ Ah ini semua kau punya fasal,” marah Amir Rifqi. Di dalam hati dia terus mengutuk dirinya.

“ Kau ni macam kartunlah. Kelakar!” komen Farid lagi. Mengekek dia ketawa.

“ Asyik ketawa dari tadi. Kau tak puas-puas lagi ke nak mempersendakan aku?” kata Amir Rifqi sambil menjeling tajam. Manakala Farid terus lagi dengan sengihan lebarnya. Kepalanya tergeleng-geleng.

“ Marabuka? Macam mana kau boleh sebut perkataan itu?” tanya Farid.

“ Ah aku gelabahlah. Tiba-tiba je perkataan tu yang terpacul keluar dari mulut aku,” terang Amir Rifqi.

Farid ketawa lagi. Pelik Amir Rifqi melihatnya. Dah macam orang kurang siuman dia rasakan Farid tatkala ini. Asyik dari tadi mengekek tawanya. Temannya ini tidak penatkah ketawa dari tadi lagi? Atau satu wayar dalam kepalanya sudah tercabut disebabkan dia terlalu banyak ketawa?

“ Atau kau sememangnya tak tahu bagi salam,” Farid masih giat mengusik.

“ Eh aku tahulah. Assalamualaikum..assalamualaikum…puas hati?” marah Amir Rifqi sambil dia membuntangkan matanya kepada Farid.

“ Bukan Marabukka?” Usik Farid lagi.

Amir Rifqi hanya mampu menahan rasa. Tidak fasal-fasal hari ini dia sudah menjadi raja lawak di pejabatnya ini. Aduh, macamana pula skill ini boleh ada dalam dirinya? Amir Rifqi terus mengutuk diri.

“ Kau memang selalu begini ya?” tanya Farid.

Amir Rifqi yang sedang menunduk memanggungkan kepalanya. Dia terpinga-pinga dengan pertanyaan Farid itu.

“ Begini?” tanya Amir Rifqi kembali.

“ Tak pasal-pasal berpacak silat bagai.”

Amir Rifqi mendenggus kasar. Sungguh dia tidak mahu mengingati peristiwa yang cukup memalukan itu lagi.

“ Bos tu garang sangat. Tengok muka dia sahaja macam dah nak terkeluar kencing aku. Ni kan pula bila dia dah mengamuk. Sebab tu aku mengelabah semacam sampai aku buka buah silat aku,” terang Amir Rifqi.

Bicara Amir Rifqi itu membuatkan Farid semakin giat dengan tawanya. Sungguh dia rasa temannya yang seorang ini begitu kelakar sekali.

Previous:
Next: bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.