Bab
3
Keesokan
harinya Johana terlewat. Pukul 6.30 pagi dia baru bangun. Selepas mandi dan
bersiap dengan tergesa-gesa. Johana hari ini memakai baju chefnya… dan memakai
kasut. Beliau terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke Hotel. Sampai di
hotel Casa dalam pukul 7.45 pagi dan terus ke dapur. Masa itu Mr Soldado sedang
sibuk mengarahkan pekerjanya yang lain di dapur dengan telonya. Sebaik sahaja
nampak Johana.
“Why
are you late Jo?” di tempat kerja Johana dipanggil Jo. Mr Soldado segera
mendapatkan Johana yang sedang terkulat-kulat mencari jawapan atas
kelewatannya.
“Sorry
sir. I “ Johana menceritakan bahawa kononnya dia
sakit kepala semalaman dan tidak dapat tidur. Dia tidak mahu menceritakan bahawa begnya telah diragut. Dan seperti biasa Mr Soldado akan
berleter selama 10 minit. Johana hanya diam sahaja. Selepas itu Mr Soldado mengarahkan
dia membuat Balcalhau a minhatau. Salah satu hidangan utama masakan portugis
yang berasaskan ikan kod. Johana segera mengambil tempat di sebelah Amira…
pembantunya.
“Lambat
hari ni encik Jo? Malam tadi dating dengan makwe ker? Tengok midnight?” usik
Amira. Johana yang dari tadi memang tiada mood memandang Amira pembantunya
dengan pandangan jengkel.
“Tak…
malam tadi ada parti. Akukan sosialit macam Paris Hilton” balas Johana marah. Walaupun
marah tetapi ada nada kelembutannya.
“Hahahahaahahahahaha.
Relakslah chef… macam tak biasa pula kena sembur dengan Mr Soldado. Dia cakap
inggeris pun bukan kita paham sangat. Masuk telinga kanan… keluar telinga kiri”
Amira cuba memujuk Johana atau Johari.
“Kena
sembur betul-betul takpe. Ni siap pakej air liur lagi”
“Hahahahahahahahahaha.
Mungkin sebab itu makan dia masak semuanya sedap. Ada perasa tambahan”
“Sebab
itu saya geli nak makan masakan dia. Dah… jom mula masak. Kita masak sarapan
pagi dahulu. Kemudia baru masak untuk tengahari pula nanti” Amira mengangguk
dan mereka berdua mula bekerja.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Inspektor
Fatihah bangun lambat lagi. Kali ini pukul 9 pagi baru dia bangun. Malam tadi
pukul 4 pagi dia tidur kerana sibuk menyoal siasat penjenayah yang ditangkap
semalam kerana meragut. Rupanya penjenayah itu adalah seorang penagih dadah dan
baru 3 minggu menjalankan aktiviti jenayah di sekitar Kuala Lumpur. Kawannya
telah dikenalpasti dan bila-bila masa sahaja akan dapat ditangkap. Fatihah
sampai di pejabat pada pukul 10 pagi. Dia sesenyap mungkin masuk ke biliknya
dengan harapan ketuanya ASP Zahar tidak menyedari akan kelewatannya. Sebaik
duduk, dia memanggilnya Lans Koperal Ishak ke biliknya.
“Ya
tuan. Ada apa?” tanya Lans Koperal Ishak sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Fatihah.
“Duduk
abang Ishak” perintah Fatihah. Dia memang memang memanggil Ishak dengan panggil
abang sahaja. Sudah hampir setahun Ishak membantunya membateras jenayah dan
membuat intipan. Ishak segera duduk berhadapan dengan Fatihah yang sedang leka
menyaip di komputer di berhenti dan memandang Ishak.
“Abang
datang pejabat pukul berapa?” Ishak hairan dengan soalan yang diutarakan.
Dahinya berkerut.
“Pukul
9… seperti biasa. Kenapa?”
“ASP
Zahar ada tanya pasal saya?”
“Takde
pula. Pagi-pagi lagi ASP sudah pergi
Mahkamah. Kenapa?”
“Saya
takut ASP tahu saya lambat lagi.” jelas Fatihah.
“Biasalah
tu Inspektor. Malam tadikan pukul 3 pagi baru kita balik”
“jadi
bagaimana dengan suspek malam tadi” tanya Fatihah terus kepada tujuannya
memanggil Ishak.
“Kes
bapok tu?” tanya Ishak semula untuk kepastian. Fatihah memandang Ishak
“Saya
rasa kamu tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu abang. Walaupun mangsa
seorang dua alam… tetapi kita sebagai Polis wajar bertindak professional.
Mangsa adalah seorang lelaki. Jadi apa kata panggil dia encik Johari. Boleh?”
Fatihah membetulkan orang bawahannya.
“Maafkan
saya Cik Inspektor. Baiklah mengenai kes Encik Johari….” Mereka terus
berbincang kes Johanah.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Puas.
Itulah yang tergambar di wajah Johana. Johana berbangga apabila masakannya
dipuji oleh duta negara Portugal terutama masakan ikan kodnya. Tetapi yang
menerima pujian lebih tentulah ketua chef, Mr Soldado. Johana masuk semula ke
dapur selepas berjumpa dengan duta tersebut.
“Aik
chef, tersenyum nampak. Ada awek Portugis minta nombor telefon ker?” usik
Amira.
“Eh
kamu ni. Bukanlah… saya masakan saya dipuji oleh Mr Ambossador.”
“Owh.”
Johana ke tempat mesin air untuk minum air sejuk. Tekaknya haus kerana dari
tadi tidak minum air akibat terlalu sibuk melayan permintaan tetamu duta.
Semasa meneguk air, telefonnya berbunyi… tanpa melihat pemanggil… Johana
menjawab.
“Hi.
Johana Here” dengan lenggok suara yang halus tetapi perlahan. Takut didengar
oleh kawan sekerjanya. Rahsia perlu menjadi rahsia.
“Hello.
Assalaimualaikum. Saya Inspektor Fatihah dari IPK KL” alamak! Inspektor
Fatihah. Lantas Johana meletakkan cawan di para dan mula menukar cara
percakapannya.
“Ya
Inspektor. Waalaikumussalam. Ada apa yang boleh saya tolong?” Johana
mengeluarkan suara jantannya.
“Encik
kena datang ke IPK petang ini untuk tujuan kawad cam dan beri keterangan kepada
pendakwaraya.”
“Orang
itu sudah mengaku salah ke cik Fatihah?”
“Sudah.
Tapi kita perlukan kawad cam dan rekod percakapan untuk tindakan pendakwaraya.”
“Baiklah”
sebaik sahaja meletakkan panggilan. Johana bersiul-siul suka.
“Hmmm…
sebagai ucapan terimakasih. Aku nak masak sesuatu yang istimewa” Johana
tersenyum dan mendapatkan Amira.