Home Novel Komedi/Romantik Komedi You are my Hero Fatihah !
You are my Hero Fatihah !
NaimTamdjis
13/10/2013 14:01:43
16,629
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

Bab 4

Johana keluar dari tempat kerjanya pada pukul 6.30 petang. Disebabkan Johana lambat datang ke pejabat… maka dia terpaksa memakirkan keretanya di parkir lorong belakang. Tangannya mengapit beg plastik yang berisi roti garlic dan juga sup cendawan hasil buatan tangannya bersama Amira. Johana bernyanyi kecil lagu kesukaan menhitung hari dendangan Kris Dayanti. Suaranya saja dilembut-lembutkan. Jalan agak sunyi maklumlah ramai yang sudah pulang ke rumah. Apabila Johana ingin membelok ke lorong di mana keretanya dipakir. Johana telah ditahan oleh 2 orang pemuda;

“Opsss… nanti dulu” Johana rasa bahawa pemuda 2 orang ini tidak ada niat yang tidak baik. Dia segera berlari ke belakang tetapi 2 orang lagi dari arah belakang dan memegangnya. Mereka mengheret Johana ke dinding. Johana cuba meronta-ronta. Tetapi pegangan mereka sangat kuat malah siap menutup mulut Johana supaya tidak bersuara.

“Bagi semua duit kau!!” kata salah seorang pemuda yang berambut botak. Dia segera mengambil dompet Johana di poket belakang.

“Kunci mana? Kunci!!!” Johana tidak dapat berbuat apa-apa. Dia serahkan kuncinya yang terdapat di dalam seluarnya. Setelah Johana memberi kunci... tekupan di mulut Johana dilepaskan.

“Woi! Merompak siang-siang hari dengan geng memang bukan anak jantanlah!” herdik Johana. Si botak tersebut memandang Johana dengan pandangan menyinga.

“Oi! Kau jangan banyak ceritalah! Dah jom belah. Kau jangan nak buat apa-apa. Nanti nyawa kau melayang!!!” Si botak mengacukan pisau yang ada di tangan. Cuba menakut-nakutkan Johana. Kemudian 3 orang yang memegang Johana melepaskan pegangan mereka. Pemuda botak masih lagi mengacah-acahkan pisau dan mereka berempat mula beredar. Sebaik sahaja mereka jauh sedikit daripada JOhana. Johana meludah ke tanah

“Puiii! Sudahlah botak… pendek pula tu. Jantan tak guna” kata-kata Johana itu walaupun perlahan tetapi didengari oleh pemuda botak tersebut. Telinga panas mendengar kata-kata Johana dan berpaling kepada Johana.

“Kau memang nak cari nahas. Apa lagi geng!!! Belasahlah!!!” arah pemuda botak tersebut kepada kawan-kawannya. Johana kecut perut…

“Tolong!!! Mak kena bantai!!!” jerit Johana.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Fatihah melihat jam tangan… sudah menghampiri pukul 5.30 petang. Dia perlu segera sampai di IPK kerana pada pukul 7 malam dia ada temujanji dengan si lembut Johari. Fatihah kini berada Jalan Tun Razak. Dia menunggang motor besar Kawasaki Ninja milik Polis kerana baru selesai melakukan siasatan mencuri kereta di Jalan yang sama. Nampaknya jalan sudah mula sesak… Fatihah mengambil keputusan untuk mengikut jalan pintas. Sampai sahaja berhadapan dengan Hotel Casa… Fatihah lekas membelok mengikut lorong sebelah kanan. Sebagai anak jati Kuala Lumpur dia tahu selok belok jalan pintas. Sampainya di satu simpang lorong… Fatihah sempat memandang lorong ke sebelah tangan dan dilihatnya beberapa orang pemuda seperti sedang bergaduh.

“Aduh!!! Jangan pukul I. I Minta maaf” teriak seorang pemuda yang memakai baju Chef. Fatihah segera memberhentikan motornya. Lalu bergegas turun dan menghampiri kekecohan yang sedang berlaku.

“Jangan bergerak Polis!!!” teriak Fatihah. Pistolnya dikeluarkan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pemuda botak itu terperanjat apabila mendengar seorang perempuan menjerit polis. Mereka berempat berhenti menumbuk Johana. Mereka melihat Fatihah sedang mengacukan pistol kea rah mereka. Apa lagi cabut langkah seribulah mereka. Johana mengerang memegang perutnya yang sakit ditendang oleh pemuda botak itu tadi.

((((((((((((((((((((((((((((((((

Apabila melihat keempat-empat pemuda itu tadi sudah melarikan diri. Fatihah mendapatkan pemuda yang terbaring di jalan setelah teruk dikeroyok tadi.

“Encik takde apa-apa?” tanyanya. Pistol masih kejap di tangan. Manalah tahu yang kena belasah itu tadi juga merupakan gangster juga yang dibelasah oleh kumpulan lain.

“Auw!!! Minta nyawa… minta nyawa. Putus nyawa mak” Johana mengaduh. Suara ini seperti pernah di dengarinya. Fatihah mengamati wajah pemuda… MasyaAllah… inikan Encik Johari.

“Encik Johari” tegur Fatihah. Pistolnya disimpan semula di pinggang. Johana memandang wajah polis wanita yang memanggilnya tadi. Dia berasa pelik kerana ada polis yang mengenalinya. Baru dia perasaan selepas memandang wajah Fatihah.

“Cik Inspektor” balas Johana.

“Kenapa ni? Kena ragut lagi ker?” tanya Fatihah yang ingin tahu perkara sebenar.

“Ya Cik. Apalah malang nasib saya ini. Sudahlah semalam kena ragut. Hari ini kena samun pula. Letih mak. Nasib baik Cik ada tadi… kalau tidak tahulah apa yang terjadi kepada saya” keluh Johana. Badannya masih sakit lagi.

“Entahlah. Tiba-tiba tergerak hati saya nak ikut Jalan Short Cut. Tengok ada pergaduhan. Saya ingat ada pergaduhan kumpulan gangster. Mari saya dudukkan Encik Johari” Johana mengangguk. Fatihah memegang bahu Johana untuk membantunya bangun dan duduk di tepi jalan. Johana merasakan satu perasaan yang lain apabila memegang bahu Fatihah. Harum bau Fatihah menjentik perasaan lelakinya.

“Aduh.. sakitnya” Johana memegang perutnya. Sakitmya masih lagi tidak tertanggung. Setelah Johana duduk… Fatihah segera memanggil bantuan. Sementara menunggu bantuan tiba… Fatihah duduk di sebelah Johana.

“Apa yang mereka samun?” tanya Fatihah.

“Mereka samun beg duit dan kunci kereta saya. Tapi kunci saya dapat balik masa bergelut dengan si botak tu. Tapi beg duit mereka ambil. Habislah saya dokumen penting semua ada dalam dompet tu” Johana memegang mukanya. Dia berharap mukanya tidak cedera teruk.

“Itu plastik apa pula tu?” Fatihah mengambil satu beg plastik. Bekas plastik yang bertaburan jauh sedikit turut diambilnya. kelihatan kuih supnya telah tumpah.

“Itu ada sedikit roti garlik dengan sup cendawan pekat. Saya bercadang untuk beri kepada Cik Fatihah sebagai ucapan terimakasih saya atas bantuan semalam. Tapi dah tak elok. Mungkin sudah berderai… Maklumlah roti france yang telah dibakar” jelas Johana sayu. Fatihah berasa kasihan apabila melihat reaksi Johana. Dia membuka bekas plastik yang mengandungi roti itu…

“Elok lagi ni” walaupun berderai tetapi masih boleh dimakan.

“Jangalah makan. Benda dah jatuh” Johana menghalang Fatihah memakannya. Fatihah dengan selamba mengambil satu dan memakannya

“Sedap”

“Tapi”

“Awak sudah bersusah payah masakkan untuk saya. Takpe… saya ambilnya juga. Awak jangan risau. Lagipun tak baik bazirkan makanan. Kan benda ini elok lagi. Cuma berderai sahaja sedikit. Roti garlic awak ini sedaplah” Fatihah mengambil sekeping lagi. Memang dari tengahari tadi dia tidak sempat makan apa-apa. Sebentar kemudian 2 buah motorsikal polis datang. Fatihah cepat-cepat menutup bekas plastik dan bangun. Johana tersenyum dengan gelagat Fatihah. Terutama melihat wajah comel Fatihah meniup biskutnya sebelum memasukkan biskut ke dalam mulutnya. Fatihah!!! Awak comel!!!

Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.