Home Novel Komedi/Romantik Komedi You are my Hero Fatihah !
You are my Hero Fatihah !
NaimTamdjis
13/10/2013 14:01:43
16,629
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
pertemuan pertama

Bab 2

“Kenapa kamu semua lambat? Dekat setengah jam Johana tunggu. Kamu berdua masak burger ker?” kata Johana sebaik sahaja Amy dan Sofia mendapatnya.

“Sorilah Johana. Tadi ramai sangat orang. Beratur panjang” jawab Sofia.

“Dah… jom balik cepat. Besok Johana nak kerja awal. Besok Kedutaan Portugal nak buat Lunch. Pukul 7 Johana kena terpacak menghadap Ketua Chef Mr Soldado. Kalau lambat lagi mengamuk pula orang tua tu. dah la cakap inggeris ada telo portugis yang pekat. Siap pakej menyembur-nyembur` lagi” Johana mengajak mereka segera bergerak untuk ke seberang jalan bagi menaiki teksi. Mereka bertiga rakan serumah. Malah bekerja di hotel yang sama. Amy sebagai penyambut tetamu manakala seorang lagi sebagai pegawai akaun. Mereka segera beredar sambil diikuti oleh pemuda kurus kering tadi.

Secara tiba-tiba apabila mereka bertiga hendak melintas, pemuda itu tadi segera meragut beg Gucci Johana. Johana tergamam akan tindakan pemuda itu tadi lekas menjerit

“Tolong! Pencuri” jeritnya dengan suara yang agak halus. Fatihah yang dari tadi curiga akan gerak geri pemuda itu tadi segera mengejarnya. Pemuda tersebut selepas meragut beg Johana terus berlari ke seberang jalan ke arah kawannya yang sedang menunggu dengan motor tanpa mempedulikan trafik yang lalu lalang. Begitu juga dengan Fatihah yang mengejar pemuda tersebut tanpa mempedulikan keselamatannya.

“Jangan lari Polis!!!” jeritnya. Pemuda itu menoleh ke belakang ke arah Fatihah apabila mendengar perkataan Polis dan cuba melajukan lagi langkahnya. Fatiha nekad untuk mengejar suspek ini kerana telah lama pihak polis mencari dalang yang meragut di sekitar Bukit Bintang ini. Setelah begitu hampir dengan suspek Fatihah melompat dan seterusnya menendang pinggang pemuda tersebut menyebabkan pemuda tersebut jatuh. Kawan pemuda tersebut yang menunggu dengan motor setelah ternampak kawannya itu terjatuh terus memecut laju motornya meninggalkan kawannya seorang diri.

“Jangan bergerak. Saya Polis” tegas Fatihah kepada pemuda tersebut. Pemuda yang jatuh tadi segera memandang Fatiha dengan pandangan menyinga.

“Oit Polis. Kau ingat aku takut ker!!!” gertak pemuda tersebut sambil bangun. Dia mengeluarkan pisau rambonya yang disimpan di belakang poket seluarnya.

“Encik jangan membuat sesuatu yang bodoh. Serah diri kepada Polis!!!” tegas Fatihah. Dirinya bersiap sendiri untuk menerima tindakan yang akan dilakukan pemuda tersebut.

“Bodohlah kalau aku serah diri pada kau!” pemuda tersebut mula menyerang Fatiha dengan tujuan untuk menikamnya. Fatihah mengelak cubaan tersebut. Pemuda tersebut yang hanya menikam angin dan terdorong di hadapan… Fatihah mengambil peluang ini untuk menendang rusuk pemuda tersebut dan menyebabkan pemuda itu tersungkur buat kali kedua. Fatihah segera mengunci pergerakan pemuda itu dan merampas pisaunya. Pemuda tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana tubuhnya telah ditindih oleh Fatihah. Fatihah segera mengambil gari dan mengari pemuda tersebut. Setelah digari, kawan sekerjanya Lans Koperal Ishak berlari mendapatkannya dan membantu Fatihah supaya pemuda tersebut duduk. Kini lans Koperal itu mengambil alih memegang pemuda tersebut dari Fatihah. Fatihah segera mengambil beg Johana. Johana dan kawan-kawannya segera mendapatkan Fatihah.

“Itu beg saya Encik” Johana menganggap Fatihah seorang lelaki kerana gaya maskulin yang ditunjukkan oleh Fatihah. Fatihah memandang Johana… dia merasakan sesuatu.

“Kenapa suara awak garau?” dia pelik kerana Johana bersuara garau.

“Saya sebenarnya lelaki cik” Johana hanya tersenyum. Dia juga salah menafsir orang di hadapannya. Rupanya perempuan. Topi dan kegelapan malam telah melindungkan wajah Fatihah tadi.

“Owh. Maafkan saya. Saya Inspektor Fatihah dari cawangan khas Polis Kuala Lumpur. Kami berdua sedang dalam tugas untuk mengesan penjenayah di sini. Kebetulan benda ini terjadi masa kami bertugas” jelas Fatihah. Dia tidak menyangka di hadapannya kini adalah seorang lelaki tetapi berpakaian wanita.

“Terima kasih atas bantuan cik Inspektor. Kalau cik Inspektor takde tadi. Tak tahulah saya. Banyak dokumen penting di dalam itu” comel juga polis ni… getus hati Johana.

“Sama-sama. Saya harap lepas ini encik berhati-hati. Lepas ini sila buat laporan di balai polis. Ini untuk memudahkan siasatan dan mendakwa dia ni” Fatihah menunding jari kepada pemuda tersebut yang kini dijaga oleh Lans Koperal Ishak. Ishak telah menghubungi ibu pejabat untuk bantuan kereta peronda.

“Baiklah cik. Terima kasih banyak-banyak” Johana menghulurkan salamnya. Fatihah menyambut salamnya. Kemudian Johana memandang pemuda tersebut

“Jantan tak guna” laju sahaja perkataan itu keluar dari mulut Johana.

“Diamlah kau bapok!!!” balas lelaki tersebut. Johana menyirap dan mahu menghentak kepala pemuda tersebut dengan begnya. Tapi tindakannya dihalang oleh Fatihah yang memegang tangannya. Johana memandang Fatihah… Fatihah hanya mengelengkan kepalanya sahaja dengan maksud supaya Johana tidak meneruskan tindakannya. Johana tidak jadi menghayunkan beg tersebut… entah mengapa hatinya terpujuk.

Previous: Prolog
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.