Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,779
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

Alia menapak ke blok dengan mengusung empat hardbound copy FYPnya. Akhirnya settle FYP dia!!! Settle hardbound, tinggal nak pass dekat semua yang wajib dia pass. Dari jauh dia melihat pintu biliknya terbuka sedikit dengan kasut banyak di luar bilik. Dia menapak sebelum menolak pintu bilik.

“Uish. Banyak gila.” Sakinah yang duduk di meja belajarnya menegur dulu.

Empat rakan kelas yang lain yang datang melepak di  biliknya tu menoleh memandang Alia.

“Kau angkut dari mana ni?” Nuha bertanya dari sila di lantai.

“Dari motor lah.” Alia duduk di katilnya. Penat mengangkat thesis berapa kilo entah.

“Makan?” Rina yang bersila sekali mengangkat mangkuk maggi.

“Makan lah.” Alia membuka tudung. “Nak tidur.” Dia dah baring.

“Tidur je kerja.” Sakinah dah membebel. Alia hanya sengih pada phone di tangan.

“Ala, takkan tak ingat tajuk lagu tu?”

Alia berpaling memandang temannya di lantai bilik. Dia kemudian memandang Sakinah di meja. “Kenapa ni?”

“Ni ha.” Zira dah membuka kata. “Sya ni lupa tajuk lagu ni.”

“Eh, aku pulak.” Misya dah bising. “Kau punya lagu, aku pulak yang kena ingat.”

“Ala, kau kan pro bab mengingat ni.”

Alia dah memandang phone kembali. Dia sengih. “Lagu apa pulak?” Jari dan mata laju berlari memandang screen.

“Ala, lagu tu catchy. Lagu lama. Aku lupa pulak macam mana lagu tu.”

“Apa benda gila. Macam mana kitaorang nak tolong kalau melodi pun kau lupa.” Misya dah bising.

Ketawa besar yang lain.

Eeee, sabar jap.” Zira dah on phone. Mencari lagu mungkin.

Alia hanya sengih di perbaringan. Dia meletakkan phone di tepi katil. Kemudian dia baring menghadap rakannya yang lain sebelum menutup mata.

“Ni ha!” Zira sengih pada phone dipegangnya. Butang ‘play’ ditekan.

Alia hanya sengih namun mata tak dibuka. Penat oi usung thesis!

Melodi lagu kedengaran. Automatik Alia membuka mata. Melodi yang cukup familiar… Dia menelan liur. Aku Mahu Dia - Hazama kedengaran.

Lagu yang…

“Amacam? Cair tak?” Sengih kelima-lima tak cair.

Alia hanya senyum menggeleng. “Pandai jela korang. Saje je bawak lagu tu.” Waktu tu dah habis persembahan FTFN, dan budak-budak tu jumpa dia waktu tengah jalan tengok career fair.

“Eh, betul apa akak.” Jau memandangnya. “Tu lagu Mi nak tuju dekat akak tu.”

Alia memandang Nazmi. Nazmi sengih sebelum kenyit mata padanya. Dan Alia hanya memusingkan bola mata sebelum sengih menggeleng.

Dan Alia di pembaringan memusingkan badannya menghadap dinding sebelum selimut ditarik menutupi kepala. Dia menelan liur sebelum menghela nafas perlahan. Stop it, Alia.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.