Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,797
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 29

Suasana senyap. Semenjak dua menjak ni mesti Alia akan berdepan dengan situasi begini. Dengan raut wajah yang beku. Cuma bezanya hanya manusia yang duduk dihadapannya sekarang ini.

“Kitaorang datang ni sebab nak mintak maaf dengan akak. I know this sounds childish tapi untuk Nazmi benda ni bukan main-main, kak.”

Am menuturkan tenang. Yang lain hanya memandang Alia. Alia memandang raut wajah seorang demi seorang. Tiada rasa untuk membuka kata.

“Memang kitaorang dah lama stop nak teruskan plan kitaorang tu lepas Nazmi confess dia suka dekat akak, tapi dia tak sempat nak explain dekat akak lepastu terus jadi macam ni.” Jau pula menyambung. “Kitaorang nampak Nazmi happy sangat bila dengan akak. Dia sanggup ulang alik bilik guru nak jumpa Pn Chan suruh pujuk akak sambung tutor dia sebab dia seronok. Seronok bila jumpa akak. Seronok bila dapat gelak dengan akak. Kitaorang tak sangka pulak akak dapat tahu dengan cara macam tu and Nazmi tak sempat nak explain.” Ayat hujung tu dia perlahankan suaranya.

Alia melepas nafas perlahan. Namun dalam hati terasa berdebar. Dia confess dia suka aku? Dari dulu? Kenapa dia tak ada cerita waktu confrontation haritu?

Alia memandang muka-muka di depannya. Bukan sekali Nazmi panggil backup untuk pujuk dia. Cuma kali ni dia rasa lain sebab yang datang adalah mereka yang pernah berkongsi kenanga dengannya di zaman sekolah.

“Akak nak jumpa dia.”

 

 -------------------------

Sekali lagi, suasana sunyi sehingga hingar kafe tu tak terasa dekat mereka berdua. Alia memandang Nazmi yang sedang mengacau air di dalam cawan.

“Kenapa kau tak cerita habis pasal kau nak stop mainkan aku tu?” Soalan sebenarnya adalah ‘kenapa kau tak bagitahu kau suka aku dari dulu’ tapi tak terkeluar ayat tu.

Nazmi memandang Alia. Dia angkat bahu. “Awak kan tak percaya saya.” Suaranya seperti jauh hati.

Alia mengangkat kening. Sunyi seketika.

“Kenapa aku?”

Nazmi mengangkat muka. Bertemu mata dengan Alia yang tengah angkat kening, menunggu jawapan.

“Kenapa awak apa?”

Alia mengangkat kening sebelah. Seriously soalan kau tu?

“Tak, serius.” Nazmi menegakkan badan. Terasa seperti telepati soalan Alia tu sampai kepadanya dengan riak wajah Alia begitu. “Kenapa awak apa? Kenapa awak yang saya tujukan lagu waktu event dulu?”

Alia memusingkan bola mata. Aku bagi chance kau cerita boleh main-main pulak!

“Kenapa aku yang kau nak kahwin?”

“Oh.” Nazmi memandang Alia sekejap. “Sebab saya tak boleh stop fikir pasal awak dalam lapan tahun ni.” Dia memandang Alia.

Alia menjatuhkan pandangan pada luar tingkap kafe. Riak wajahnya seperti berfikir.

“Kalau aku kata tak nak?” Dia memandang Nazmi.

“Sebab?” Nazmi menentang pandangannya.

Refleks Alia mengangkat kening sebelah. “Sebab?” Dia mengulang soalan Nazmi. “Well, seingat aku kau dulu manusia yang pernah buat plan yang hancurkan hati semua perempuan yang pernah jadi mangsa kau. So, possible je kalau kau nak jadikan aku mangsa kau lagi kan?”

“Tu bertahun dulu wak.” Dia merenung Alia. “Tapi dah berhenti bila saya kenal awak.” Dia senyum nipis. “Awak manusia yang pernah buat saya senyum, buat saya ketawa, buat saya ada semangat nak belajar, yang paling penting awak manusia pertama buat saya jatuh hati dekat awak.”

Mata mereka bertemu. Senyum nipis Nazmi tak cair.

Alia berdehem. Suasana menjadi sunyi kembali. Seketika kemudian Alia membuka kata. “Apa kau boleh jamin dekat aku kalau aku kahwin dengan kau?”

Nazmi tergelak. Dia memandang muka Alia yang dah nak keluar aura marah. “I’m sorry.” Dia tersengih. “Tapi comel lah awak ni.” Dia menyambung tawa. “Acah macam tak nak kahwin dengan saya tapi tanya soalan macam tu.” Sengihnya tak cair.

Alia memusingkan bola mata. Seronok je dia ni ketawakan aku. “Kalau kau tak boleh jamin, aku tak nak kahwin dengan kau.”

Nazmi sengih lebar. Hati terasa lapang tiba-tiba.  “Well, saya ni lecturer Matematik je.” Dia sengih memandang Alia. “Itu pun sebab jasa senior saya yang saya paling sayang ajar saya sampai kerja pun saya ambik yang berkait dengan dia.”

Alia menarik senyum nipis.

Nazmi senyum memandang Alia. “Saya tak boleh jamin awak apa-apa, wak.” Matanya redup merenung Alia. “Tapi awak bagi semangat dekat saya untuk usaha. Ingat dekat awak buat saya berusaha nak capai apa saya nak.” Lembut suaranya bertutur. “Ingat awak buat saya rasa nak kerja keras cari duit untuk halalkan awak.”

“Dah boleh stop kot ayat geli kau tu.”Alia menggumam sambil mengacau air.

Nazmi ketawa. “Ah, serius saya rindu dekat awak.” Dia menopang dagu memandang Alia. Rasa nak sujud syukur bila segalanya dipermudahkan!

Alia buat muka menyampah. “Macam confirm je aku nak kahwin dengan kau.”

“Eleh. Kalau saya tak kahwin dengan awak pun bukan ada orang nak dekat awak.” Nazmi dah sambung ketawa.

“Eh budak ni.” Alia dah bulat mata.

Ketawa Nazmi tak berhenti. “Kalau awak ada pen mesti awak dah baling dekat saya kan.”

Alia memusingkan bola mata tapi selepas itu dia hanya senyum menggeleng. Tak tahu kenapa tapi hati sendiri pun rasa lapang. Dia memandang Nazmi. “Tak macho betul pakai backup nak pujuk aku.” Dia ambik kesempatan membahan Nazmi. Asyik kau je bahan aku.

Nazmi tegak badan. “Awak lah.” Dia dah muncung. “Keras sangat hati tu. Saya sampai demam tahu tak bila kena baling kertas waktu dekat library dulu. Ni ha kening saya luka kena kertas awak baling.” Dia menunjuk keningnya yang berparut.

“Eh, nak compare luka kau dengan aku mana lagi sakit?” Alia dah angkat jari telunjuk ke muka Nazmi.

Nazmi merenung Alia. “Awak luka sebab awak dah jatuh hati dekat saya kan?” Dia sengih mengusik.

Alia bulat mata lagi. “Bahan aku, bahan aku. Okayreject kahwin dengan kau.”

“Awak!”

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.