Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,817
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 23

Macam tak percaya.

Dia baring di katil memandang siling. Kedua tangannya diletakkan pada dada, merasa degup jantung. Macam tak percaya.

“Ye. Aku jumpa dia.” Dah 400 kali ulang ni. Susah sangat ke nak percaya?

“Kau biar betul?”

“Ya Allah.” Orang di telefon di sebelah sana dah menarik rambut sebelum menyambung. “Yes. The one and only. Positive.”

“Alia?” Lebih kepada berbisik suaranya.

“Yes.”

Alia. Nazmi memandang siling bilik. Sungguh lah. Panggilan telefon dari Raziq, kawan sejak universiti dia tadi memang buat dia tutup laptop walaupun tengah buat programming. Raziq yang dah selalu tengok wajah Alia pada lukisannya. Kalau dia yang jumpa Alia tadi apa jadi agaknya.

“Aku pun terpaku gak mula-mula nampak dia. Tapi buat chill jela. Terkejut gak ingat dia ada anak dekat situ, rupanya anak buah dia.”

Anak buah? Dia belum kahwin ke? Kenapa? Nazmi memandang siling. Seketika kemudian dia menggeleng. Don’t start, Mi. Don’t start. Dia tak tunggu kau. Nazmi mengeluh sebelum mengiringkan badan ke kanan. Matanya jatuh pada gambar berbingkai di atas meja. Senyum tawar dia pada gambar tu.

Gambar Five Star bersama Alia. Waktu FTFN. Dia termenung seketika. Sungguh lah… Dia menggeleng sendiri. Kemudian sengih tawar lagi. Tak boleh jadi ni.

Nazmi bangun sebelum mencapai telefon bimbit. Nombor didail.

 

 -------------------------------

Suasana meja tu sepi. Hanya pandangan mata memandang antara satu sama lain. Nazmi yang tengah mengacau teh ais tu mengangkat pandang. Bertemu mata dengan orang depannya. Orang di depannya angkat kening.

“Serius doh, Mi. Benda ni bukan main-main.”Am membuka kata.

“Betul.” Ane mengangguk.

Persidangan Five Star malam tu sebab Nazmi tak boleh berhenti fikir pasal perbualan dia dengan Raziq haritu.

“Sebab tak main-main lah aku panggil korang datang.” Nazmi dah tunduk balik mengacau teh ais.

Five Star yang lain memandang antara satu sama lain. Parah betul budak ni kalau dah masuk mood serius. Memang antara mereka tak ada rahsia. Semua cerita tahu antara satu sama lain. Cuma sama ada cepat atau lambat je. Dan cerita berzaman Nazmi dan Alia kembali terbuka bila Nazmi call suruh semua turun sebab dia nak cerita face-to-face. Dan kini…

Razi memandang Nazmi. Kemudian dia berdehem. Semua mata terus tertumpu pada Razi. “Kau confess je lah Mi. Dah lama dah pun kau suka dia kan.”

Yang lain mengangguk.

Hanya Five Star yang tahu kisah sebenar. Kisah di sebalik plan bertahun dulu yang dah lama dihentikan sejak Nazmi bagitahu yang dia ada perasaan pada Alia. Rasa yang bukan main-main walaupun waktu tu mereka hanya baru berumur 15 tahun.

Nazmi mengeluh. Dia memejam mata apabila kenangan akhir di library bersama Alia terlayar di minda. Dia membuka mata sebelum memandang Five Star yang lain. Semuanya memberikan pandangan simpati padanya.

Worst case yang boleh jadi pun…” Jau berhati-hati menutur kata. “Dia reject kau.” Rendah dia menyambung.

Nazmi mengeluh lagi.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.