Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,818
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

"Lah, kan I kata sampai Mid Year. Ni baru Ujian Mac. Anyway, congrats Nazmi. I tahu Alia memang boleh tolong you.” Pn Chan senyum sebelum berlalu.

Alia jatuh bahu. Shoot la. Dia mengangkat muka, bertembung dengan mata Nazmi. Kecik je mata Alia menahan sabar.

Sengih Nazmi waktu tu memang boleh sampai telinga!


---------------------------------

“Kau dah power apa! Asal kena tutor jugak?” Alia tak berhenti merungut dalam library tu. Buku pun disumbat dalam rak penuh buku lain dengan kasar. 

Nazmi sengih dengan buku bertimbun di tangan untuk pass ke orang sebelah yang tak berhenti membebel tu. Harini Alia tugas petang kemas library, maka sebab Ujian Mac Nazmi ni result power gila, dia pun mintak tolong kemas library. Tak ada mood nak mengajar katanya. 

“Sengih apa?” Alia dah angkat buku kulit tebal 367 muka surat tu. Dari tadi sengih memang nak kena hempuk! 

Oii, sabar sabar.” Nazmi dah angkat buku bertimbun sebagai shield kot kot biru nanti muka kena libas. 

Alia merengus sebelum menyumbat buku seberat alam tu ke rak. 

Nazmi ketawa leper. “Alahai. Disaster sangat ke jadi mentor saya?” Bahu disandar ke rak memandang Alia.

Alia menjeling sekilas. 

Nazmi sengih. “Another two months je pun. Tu pun kalau saya score lah Mid Year.” 

Laju buku di tangan kiri tu ditolak kuat ke badan tuan yang cakap tu. 

Nazmi terkebelakang. Dia ketawa. Nasib baik peluk buku bertimbun ni kalau tak senak jugak lah senior sorang ni punya hempuk. “Perks of being my mentor, saya akan sentiasa belanja awak.” Nazmi sengih lagi. 

Alia menarik satu buku dari pegangan Nazmi. “Aku banyak kerja lagi lah weh. Ingat setahun ni aku nak habiskan tutor kau je ke? Aku kawad lagi, netball lagi. Sukan Tahunan pun nak dekat dah. Belum cerita library lagi.” Dia menjeling bilik guru library. “Aku tak nak habiskan zaman sekolah aku dengan memori tutor kau je.” Dia memandang Nazmi. 

Seketika Nazmi diam. Dia merenung Alia. 

“Apa kau?” Alia dah ready nak libas. Pandang pandang. Baling buku ni kang. Nasib baik buku last.

Laju Nazmi setapak ke belakang. Dia menghalang serangan dengan kedua tapak tangan. “Awak ni. Kenapa emo sangat ni? Cuba chill.” Pandangannya tak berganjak. 

Bola mata Alia naik. Whatever lah budak! Dia memandang jam sekilas. 3.15 petang. 

Dia kembali memandang Nazmi. Nazmi masih seperti tadi, merenungnya. “Apa?” Suaranya naik, tapi tangan tak naik nak libas pakai buku. 

Nazmi angkat bahu. “Nothing.” 

Alia angkat kening. “3.30 aku ada kawad.” 

Nazmi kerut kening. Tak nampak beg extra pun waktu letak beg tadi kot nak letak baju sukan. Dia memandang Alia atas bawah. “Macam ni?” Baju kurung? 

Alia angguk malas. “Harini aku tengok je budak-budak tu. Bukan aku bagi command pun.”

Aaa. Nazmi angguk faham. 

“Dah. Aku gerak dulu.” Kaki dah menapak. 

“Eh awak.” 

“Apa?” Berpaling malas. 

“Nak ikut?” 


--------------------------------

“Kau dengan senior lain pun address by saya-awak ke macam mana?” Alia membetulkan sila. 

“Tak lah. Hai akak.” Dia melambai tangan ke seseorang. 

Alia berpaling. Najah, budak Form 4 menapak ke arah mereka. 

“Hai.” Najah senyum sambil mengambil beg. Dia senyum hormat ke Alia sebelum berlalu. 

Alia berpaling kembali ke arah Nazmi. Matanya mencerun. Baik kau explain, budak. 

Nazmi sengih angkat kening. “Let me tell you eh, senior.” Dia membuang pandang ke arah platun yang tengah berkawad tengah panas tu. Dia melunjur kaki sebelum menyilang. Alia pun mengikut membuang pandang ke arah anak buahnya yang berlatih kawad. Mereka berdua duduk di laluan susur gajah tepi court Pandu Puteri berlatih kawad tu.

“Bagi saya, panggilan saya-awak tu lagi comfortable.” 

Lambat-lambat Alia berpaling ke arah Nazmi. Nazmi tak beralih pandang. 

O…key… Meaning? Alia membuang pandang ke tengah court, memberi ruang Nazmi bersuara. 

“Kan awak jadi tutor saya. So untuk saya rasa comfortable dengan awak, saya panggil awak, awak.” Nazmi berpaling ke arah Alia. “For me, 'akak' tu untuk someone yang saya just jumpa tengah jalan. Or senior kelab. Or senior rumah sukan. Yang tak rapat sangat.” 

"The thing is, tak salah pun kan kau nak panggil 'akak'?" Alia memandang Nazmi tak puas hati.

Nazmi senget kepala. "Entah lah." Dia memandang court di depannya. "Tak rasa ke 'akak' tu macam ada barrier antara saya dengan awak?" Dia mengalih pandang ke arah Alia.

"Barrier mende," Alia buat muka. "Budak-budak PP aku elok je rapat dengan aku. Dorang panggil je 'akak'."

"Dorang lain." Nazmi sengih. "Dorang awak jumpa waktu berlatih je. Saya, awak jumpa hari-hari." Dia angkat kening dua kali.

"Eh, hello. Aku dengan dorang dari aku masuk sekolah ni okey."

Nazmi senyum nipis. "Takpelah. Ni cara saya nak rapat dengan awak." Lembut suaranya. Dia memandang Alia.

Alia sengih sumbing pada tengah court. “Kau nak kata kau rapat dengan aku ke apa?” 

“Asal? Berdebar eh saya panggil 'awak'?” Nazmi sengih mengusik memandang Alia. 

“Tolong lah.” Bola mata dah naik. “Kau tu junior.” Alia tak alih pandang dari tengah court

Nazmi menarik senyum nipis sebelum membuang pandang ke depan. “Saje je.” 

Bola mata dipusing lagi. “Kau dengan tone acah cool kau tu, dengan pose silang kaki kau tu boleh balik dah kot. Menyampah aku.” 

Nazmi ketawa. 

Seketika suasana sepi. Hanya kedengaran suara commander Form 4 Pandu Puteri bawah Alia tu dengan suara kiraan platunnya. 

“Awak.” 

“Hmm.” 

“Saya rasa en…” 

“Apa dia.” Malas dia bertanya. Ada lah tu nak merepek tu. Matanya mengikut gerak kaki platunnya. Tangan bermain dengan batu kecil sekitar court tu. 

“Saya rasa, saya tak nak score lah Mid Year.” 

Oiii!!!!” 

Terus Nazmi bangun berlari ke kantin sebelum kena baling dengan batu. Dia berpaling ke belakang bila sampai ke kantin, bertemu pandang dengan Alia. Dia sengih. 

Alia memusingkan bola mata sebelum memandang tengah court. Kemudian dia menggeleng kepala dengan ketawa kecil.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.