Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,782
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 30

Alia sengih sendiri. Dia menopang dagu melihat Nazmi bermain kejar-kejar dengan anak buahnya sebelum Nazmi baring di rumput dan laju anak-anak buahnya duduk di atas badan Nazmi. Terlepas tawa Alia.

Nazmi menoleh ke arah Alia. “Awak tolong lah saya!”

Alia sambung gelak. Nak sangat anak buah, ambik sekali lima terus. Rezeki abang dan kakak iparnya bila dia dapat lagi sekali anak buah kembar. Memang meriah lah raya nanti.

Nazmi menapak ke arah Alia sambil memegang tangan anak-anak buahnya.

“Nah air. Minum duduk. Jangan berebut.” Laju Alia menghulurkan cawan air kepada anak-anak buahnya. Bukannya tak tahu kalau lambat mesti berebut antara mereka. Laju mereka ambil cawan air sebelum masuk rumah. Tu mesti nak berebut kipas pulak tu. Nazmi melabuhkan duduk di kerusi depan Alia. Terus dia meletakkan kepala atas meja.

“Penatlah.” Nazmi dah mengadu.

Alia memusingkan bola mata. “Dah kata kan dorang memang lasak. Seronok sangat main dengan dorang lepastu semput.” Dia menghulur air pada Nazmi.

Nazmi menangkap tangannya. Dia sengih mengusik pada Alia. “Siapa yang kata?”

“Siapa yang kata apa?” Suara Alia naik. “Eee, dah peluh peluh nak pegang orang.” Dia menarik tangannya tapi lagi kuat Nazmi genggam.

“Siapa yang kata yang dorang lasak?” Senyum mengusiknya tak padam.

“Manusia.” Alia dah memandang tempat lain.

Pecah ketawa Nazmi. Dia menopang dagu memandang isterinya. “Siapa manusia tu?” Payah sangat nak guna saya-awak. Malu tapi tak nak mengaku. Cubit pipi tu kang.

Alia angkat bahu. Malas nak layan. Suka sangat bahan orang. Dia bangun. “Dah, nak masuk.”

Laju Nazmi menangkap tangannya. “Eh, sabar lah. Tak baik tau tinggal suami awak sorang-sorang, sayang.” Dia sengih.

Alia dah buat muka. Mula lah tu nak buat muka aku merah. Dia duduk namun membuang pandang ke luar rumah.

Nazmi tak berhenti sengih. “Best kan kahwin dengan saya?” Dia memandang Alia.

Eee,” Spontan Alia menjawab. Namun katanya terhenti di situ. Tak tahu lah kenapa lepas dah kahwin ni tak tahu nak menjawab apa dah.

Nazmi hanya sengih. “Saya bersyukur sangat dapat kahwin dengan awak. Impian saya dari lapan tahun lepas tahu tak.” Dia merenung isterinya. “Saya fikir dalam hati, saya akan usaha jugak dapatkan awak sebab rasa yang saya rasa tu bukan main-main. Walaupun saya baru 15 tahun waktu tu.” Dia sengih. “Tapi saya memang tak pernah rasa macam tu sebelum ni.”

“Memang nak sembang waktu nak masuk maghrib ke? Boleh sembang malam nanti kot.” Alia menggumam. Time-time ni lah pun nak bersembang jiwang. Tak kena time betul.

Nazmi dah muncung. “Awak ni kan. Orang tengah luahkan perasaan kot.”

“Ye. Masalahnya dah 44 kali saya dengar hari ni.”

Nazmi ketawa. “Biar lah. Dekat awak je saya boleh buat macam ni.” Dia sengih.

Alia buat muka. Perangai dari dulu sampai sekarang sama je.

Dan sengih Nazmi tak cair.

 

 -------------------------------------

“Rindu ke?”

Alia angkat muka. Bertembung dengan mata Nazmi yang baru keluar bilik air, bersanda rpada pintu. “Apanya?”

“Tu.” Mulut Nazmi menunjuk ke arah albumnya di riba Alia.

Alia tunduk memandang album di riba. Dia hanya sengih sendiri. Album Nazmi yang menyimpan gambar-gambar kenangan mereka. Dia menyelak halaman demi halaman. Kenangan kembali berputar.

Nazmi sengih sebelum menapak duduk sebelah Alia.

“Eh, sibuk je.” Alia merungut.

“Eh, tak baik tau. Saya ni suami awak.” Nazmi sengih.

Alia buat muka. “Tak habis habis ugut pakai tu.” Dia menggumam pada album di riba.

Nazmi ketawa. Matanya jatuh pada gambar mereka sewaku FTFN.

“Mesti awak paling ingat memori ni kan?” Nazmi mengusik Alia.

Alia memusingkan bola mata. “Ha’ah. Setiap kali ingat mesti akan terfikir, kenapa lah aku boleh kenal dengan budak-budak ni? Dah lah perangai jahat buat macam-macam dekat orang lain.”

Eeeee.” Suara Nazmi naik. “Orang dah taubat kan.” Laju dia menarik pipi kanan Alia.

Laju Alia menepis. “Sakit lah!”

Nazmi jelir lidah.

“Macam budak-budak.” Alia memandang Nazmi.

“Well, orang ni jugak lah awak pilih buat suami.” Nazmi mengangkat kening dua kali memandang Alia.

Alia mencebik sambil mengangkat bahu. “Terpaksa.”

Eee.” Suara Nazmi naik lagi.

Alia hanya sengih. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sengihnya padam. Dia memandang Nazmi. “Tiba-tiba saya teringat pasal prank awak dulu.”

Prank mana satu ni, sayang?” Nazmi memandang Alia.

Alia buat muka. “The one yang awak buat dekat saya.” Ingat orang boleh lupa ke kalau panggil sayang?

“Oh.” Nazmi sengih bersalah. “Kenapa?”

What about the other girls? Tak ada dengar apa-apa cerita dari dorang? Lepas apa awak buat?”

“Eh.” Nazmi memandang Alia. “Bukan ‘awak’ okay. ‘Kitaorang’.” Dia membetulkan. Benda tu satu group Five Star yang buat, mana boleh dia sorang je kena.

Alia memusingkan bola mata. “Whatever.”

Nazmi sengih. “To tell the truth lah kan sayang, ada lima orang je kitaorang pernah buat prank tu.” Dia memandang Alia.

Oh, should I be touched to be in that list?

Nazmi ketawa. “No.” Dia menarik pipi Alia lagi. “Both of the girls yang sebaya saya tu, schoolmates Razi waktu upper form. So, he apologised to them on behalf of us.” Dia senyum memandang Alia.

Alia mengangguk sendiri. Memang fated betul jumpa balik dekat sekolah baru.

None of them have trauma about it?

Is that including you?

Laju Alia menampar bahu Nazmi. “Buat main.” Dia dah bising. Benda-benda ni mana tahu ada long-term effect ke apa. Ye lah, mental health orang lain-lain. Mana tahu ada yang tak boleh terima kena malukan macam tu, lepastu depression ke. Nauzubillah!

Nazmi ketawa. “No, sayang.” Dia mencuit hidung Alia. Pantas Alia menepis. Dia sengih. “And guess what, senior yang kena dulu before awak tu senior kos saya waktu U dulu.” Dia mengangkat kening dua kali memandang Alia.

Alia angkat sebelah kening. “Lepastu?”

“Kena pukul.”

What?!

Nazmi ketawa lagi. “Why so naïve, my wife?” Dia menarik kedua-dua pipi Alia.

Eee, kau!”

“Aip!” Nazmi bulat mata. “Apa ni bahasa macam tu?” Dia mencekak pinggang memandang Alia.

Alia buat muka. “Betul-betul lah.” Kerut keningnya. Orang nak dengar cerita dia, dia boleh main-main pulak!

Nazmi sengih. Dia mengusap perlahan pipi Alia. Alia hanya menjeling. “Lepastu, turn saya pulak minta maaf dekat dia on behalf all of us. Dia dah bertunang dah pun time tu.” Dia merenung Alia.

Alia memandangnya sebelum menolak tangan Nazmi di pipinya.

Eeee, baru nak romantik!”

Alia hanya buat muka. “Another one?”

Another one,” Nazmi merenung Alia sebelum meraih tangannya. “Bukan kes besar pun. Awak pun tak tahu nama dia pun kan?” Dia memandang Alia. “Dia ada je dekat sekolah tu lepas tu. Kes yang awa ktahu tu semua yang besar. Tak ada apa-apa pun.”

“Yelah tu.” Alia menarik tangannya. “Dah kalau ramai drop out, mana tak jadi besar kes tu?”

“Sebab kitaorang popular.” Nazmi buat muka riak.

Alia buat muka. “You can be a legend without breaking girls’ heart, you know?” Dia menjeling Nazmi.

Nazmi hanya sengih. “Ye sayang. Nanti saya ajar anak kita jadi gentleman eh.” Dia mengusik.

Alia buat muka lagi. “Pergi main jauh-jauh lah.”

Nazmi ketawa. Dia memandang Alia. “Tak nak tanya yang last sekali?”

Huh?

Nazmi sengih. “And the last one,” Muka Alia dipegang lembut. “Jadi isteri saya sekarang ni.” Dia sengih lagi.

“Sudah-sudahlah tu.” Alia dah give up dengan ayat cheesy Nazmi.

Nazmi ketawa. “Betul apa.” Dia merenung Alia.

“Orang lain pun kahwin jugak.” Alia buat muka.

Nazmi sengih. Dia merapatkan jarak. “Tapi awak sorang je kahwin dengan saya.” Dia mengusik.

“Allah..” Alia dah mengurut dahi. “Sampai subuh esok ke nak kena dengar ayat geli awak ni?”

Nazmi ketawa. Kemudian dia sengih merenung Alia. “Mesti saya orang terakhir yang awak pernah tutor yang pertama buat awak jatuh hati kan?” Dia angkat kening dua kali.

Alia buat muka. “Tak.”

Eeee, tipu!”

Alia memandang Nazmi dengan sengih. “Saya pun orang terakhir yang awak prank tapi yang pertama buat awak jatuh hati kan?” Dia angkat kening dua kali.

“Comelnya awak ni!!!” Laju Nazmi mencubit kedua-dua pipi Alia. Susah payah Alia mengelak sebelum dirinya ditarik dalam pelukan.

“Sayang saya kan?” Nazmi sengih memandang Alia dari belakang.

Alia hanya angkat bahu.

Eeee, orang dah sweet sweet macam ni pun tak nak cakap sayang jugak ke?” Nazmi dah membebel.

“Tak cakap pun tak sayang.”

Seketika mereka diam berpandangan sebelum pecah ketawa. Teringat kenangan dulu. Pelukan dieratkan.

“I love you. And I know you love me too.”

Previous: Bab 29
Next: Akhir

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.