Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,795
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11
Alia berfikir sambil memusingkan pen. Memang senior year, tapi kalau dah sabit nama aku memang nak kena budak ni. Dia menahan sakit hati dalam hati. Seronok ye kau guna nama aku? Tu kira menfitnah tu. Aku doa nanti makbul. Dia menarik nafas perlahan. 

Kali ni kalau buat pun bukan sebab dia nak buat sebab suka-suka, ni sebab…

“Hai.”

Alia mengangkat muka. 

Nazmi sengih di depan mata. Kemudian dia memandang meja. “Kosong je? Mana buku?”

Alia tunduk memandang meja. Kosong. Cis! Ni semua gara-gara kau budak! Hilang focus aku nak buat homework English!

Nazmi kerut dahi bila nampak muka Alia keruh. Ni kenapa pulak ni? "Mind sharing?"

Alia hanya mengangkat bahu. Nazmi kerut dahi sebelum duduk.


------------------------------

Nazmi menguap. Pergi tandas ke bina tandas Alia ni? Lama betul. Ada lah dekat 40 minit. Nak kata lari, buku ada je dekat meja ni.

Kemudian dia berfikir. Ke dia tak pergi tandas? Otaknya laju memikir. Langkah pantas diatur keluar library

Kakinya tenang berjalan sepanjang koridor. Hanya mata yang meliar dan telinga yang peka mendengar kot kot dapat menangkap apa-apa bayangan atau bunyi. Mana ke dianya senior aku ni? Terkunci dalam toilet ke? Pelik sangat kalau dia nak tunggu Alia depan toilet perempuan tu. Pergi mana pulak dia ni? Dia memandang sekeliling yang sunyi tanpa sebarang bunyi. Tak ada sesiapa buat latihan lah pulak harini.

Nazmi menapak berjalan sebelum membelok.

“Argghhhhh!!!!!!!!”

Terduduk Nazmi di koridor tu. Jantungnya hilang rentak. Darah terasa hilang dari muka! Bulat matanya memandang makhluk di depannya.

Alia dah ketawa besar. Dia sampai mencangkung menahan tawa melihat muka Nazmi. Pucat habis!

“Awak!!!!” Nazmi bulat mata. “Kalau sakit jantung saya tadi!!!!” Dia menyentuh dadanya yang berdegup laju. Alia dilihatnya masih ketawa.

Alia mengelap air mata kerana ketawa terlalu kuat. Dia memandang Nazmi sebelum menyambung ketawa. Kalau boleh record tadi mesti boleh buat bahan ketawa! Dia dah terduduk di lantai koridor tu. Sakit perut ketawa!

Nazmi menjeling Alia. Degup jantungnya kembali normal. Gila kau siapa tak terkejut belok belok je nampak manusia depan mata. Elok je bahu bersandar dekat papan kenyataan dengan tangan silang. Sengaja je bulatkan mata dia bagi tambah seram. Gila! Mati-mati aku ingat hantu!

“Kau kena tengok muka kau tadi.” Alia tak berhenti ketawa.

Nazmi menjeling. “Awak dah plan kan nak terkejutkan saya?” Suaranya naik tak puas hati.

Alia masih ketawa. “Aku tak expect pulak kau terkejut macam tu.” Dia menyambung ketawa. Kemudian dia memandang Nazmi yang dah muncung. Dia sengih menahan tawa.

“Suka eh, suka.” Nazmi dah bangun. Dia menyapu belakangnya. 

Alia bangun dari duduknya. Dia memandang Nazmi sebelum ketawa lagi.

Nazmi memandangnya tak puas hati. Mujur aku tak ada lemah jantung!

Alia sengih. “Aku berdiri je kot dekat situ.” Dia menahan tawa. “Kau yang terkejut lebih.”

Nazmi bulat mata. “Eee, dah lah sunyi. Tiba-tiba nampak orang. Mana tak terkejut.” Dia memandang Alia tak puas hati.

“Apa benda, kata prankster.” Alia memprovok sambil sengih. “Kena terkejut sikit dah pucat muka tu.” Dia menyambung tawa.

Nazmi mengecilkan mata memandang Alia. “Orang cari dia sebab risau. Dia boleh buat prank macam tu.”

Alia sengih lagi. “Aku pergi toilet lah.”

Nazmi memandangnya dengan hujung mata. “Yeke?” Dia mengangkat kening. “Macam tipu je.”

Alia angkat bahu. “Jom lah. Satgi nampak orang lain kau melompat lagi kang.” Alia ketawa lagi.

Nazmi memandangnya tak puas hati sebelum ikut menapak.


-------------------------------

Perhimpunan pagi tu riuh apabila ramai budak nampak tepung berselerak di palang koridor depan pintu satu kelas dan belon yang dah pecah. Berbisik mereka sesama sendiri.

Dan mata Nazmi laju mencari bayang seseorang.


------------------------------

Dia meletak buku tulis di atas meja.

Thank you. Dah, pergi masuk kelas sekarang. Jangan merayau.” Cikgu Syikin berpesan. Nazmi hanya sengih. Dia mengangguk sebelum berlalu.

Langkahnya terhenti apabila lalu melepasi bilik disiplin. Kerut dahinya melihat bayang seseorang yang memang dia kenal. Matanya menyapu isi bilik. Eh, ni bukan budak yang…

“Awak buat apa dekat sini?”

Nazmi toleh ke kiri. Elok Cikgu Salim, cikgu disiplin yang dia pernah petik nama nak menipu dekat Alia waktu awal dia mula tutor tu berdiri sebelah dia.

Automatik Nazmi sengih. “Saya cari Teacher Murni.” Dia memandang sekilas dalam bilik disiplin sekali lagi. Alia nampaknya tak perasan kehadirannya. Dia mengalih pandang kepada Cikgu Salim sebelum senyum nipis dan berlalu pergi.

Alia ke yang buat?


-----------------------------------

“Awak ke yang buat?” Alia mendongak. Nazmi dipandangnya dengan kening terangkat sebelah. “Apanya?” Mukanya menahan riak walhal dalam hati dah tahu dah.

Nazmi memandangnya dengan pandangan, 'seriously?'

Alia mengangkat kening.

“Tepung.”

Alia senyum senget sebelum tunduk. “Yang mana satu ni?” Dia menyambung baca soalan Sejarah.

Nazmi menarik kerusi di depannya sebelum duduk. “Budak tu. Budak yang kena tepung pagi tadi kan. Saya nampak awak dengan dia dalam bilik disiplin.” Dia memandang Alia.

Alia mengangkat kembali wajahnya. Dia mengangkat bahu. “Tak ada bukti.”

Nazmi memetik jari. “Betul lah awak kan?” Suaranya naik. “Yang awak keluar lama semalam tu sebab nak buat dajal tu lah kan.”

“Eh, baik sikit.” Alia menunjuk pen ke muka Nazmi. “Dia yang cari pasal.”

Nazmi diam.

Dah tersampuk apa pulak dia ni diam tiba-tiba? Alia memandang Nazmi. “Dia buat hal dengan aku lah. Aku mana pernah prank orang tak ada sebab.”

Nazmi senget kepala. “Serius? Tak pernah prank orang tak ada sebab?” Dia sengih mengusik.

Alia memusingkan bola mata. “Tipu.” Dia menunduk memandang buku. Malas nak melayan.

Eee, serius ni.” Nazmi letak kedua lengan di atas meja. Dia tegak memandang Alia.

“Ya Allah.” Alia memandangnya. “Betul lah.”

Nazmi merenungnya. “Dia buat apa dekat awak?”

Alia senyum sinis. “Dia kata dekat Cikgu Liza aku menggatal dating dekat library. Memberi contoh buruk kepada adik-adik.” Tanpa nada dia menuturkan. Dia memandang Nazmi kosong. “Like seriously, kau fitnah ketua library? Kau fitnah aku? Memang tak lah aku nak lepas.” Dia buat muka. Memang padan lah pun, baru Form 2 nak cari pasal dengan aku. Aku ketua library kot! Tak memasal kena sedas dengan Cikgu Liza semalam!

Nazmi bulat mata. “Seriously?” Panjang nadanya. Ni drama apa pulak ni tiba-tiba menuduh orang? “Berani dia tuduh awak eh?”

Alia hanya angkat bahu dengan tak berperasaan. “Entahnya. Kalau aku doa makbul.” Separuh mengugut nadanya. Ye lah, doa orang teraniaya makbul.

Nazmi hanya sengih. “Asal tak ajak kitaorang sekali?” Dia mengangkat kening dua kali.

Alia memandangnya. “Tak best ah. Aku suka settle sorang sorang. Tak pandang muka aku budak tu pagi ni.”

Nazmi senget kepala. “Lepastu macam mana sekolah ingat awak yang buat?”

Alia angkat bahu. “Aku kena panggil dengan Cikgu Liza semalam. Dia sebut lagi nama budak tu yang report dekat dia. Harini budak tu dah kena. Kau rasa?”

Nazmi mengangguk. “Betul gak eh.” Dia memandang Alia. “Tapi teruk sangat budak tu sampai kata awak macam tu.”

Alia hanya mencebik. “Peminat kau kot. Jealous aku rapat dengan kau.”

Nazmi sengih lagi. “Jealous ke?” Dia memandang Alia.

Alia memusingkan bola mata. “Kau bayang baru Form 2 dah perangai macam tu. Aku dulu Form 2 baik kot.”

Nazmi tergelak.

Alia mengangkat kening sebelah memandangnya tak puas hati. “Apa kau?”

Nazmi sengih. “Panjat tembok tu baik eh?”

Alia buat muka. “Takkan aku nak walk in macam tu je. Dah lah dah pukul 9.30 pagi.”

Nazmi ketawa. “Baik tak payah datang sekolah wak, kalau macam tu.”

“Eh, aku pelajar harapan sekolah apa.”

Nazmi sambung ketawa. Dia memandang Alia yang muka dah macam jeruk. Dia sengih. “So, apa jadi lepas ni?”

Well,” Alia angkat bahu. “Dorang tak ada bukti kukuh pun nak sabitkan aku. Nama korang pun…” Dia terhenti.

Nazmi angkat kening.

Alia menahan wajah dari beriak. Macam mana boleh terlepas ni? Dia berdehem. “Nama korang pun naik. Tapi aku senyap je sebab memang tak ada bukti. So case settled because no harm done.”

Nazmi mengangkat kening. “No harm done?” Dia sengih.

Alia buat muka. “Bukan trauma ke apa budak tu. Kena mandi dengan air tepung je. Kira nak mengajar dia lah tu. Biar elok sikit perangai.”

Nazmi sengih. “Nak kitaorang sekolahkan sekali ke budak tu?”

Alia buat muka. “Tak payah lah. Kalau dia buat hal lagi aku pass task ni dekat kau.” Dia angkat kening dua kali.

Nazmi hanya sengih.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.