Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,417
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Mimpi 5

*MIMPI 5*

‘I’ll get all in one.’


   ‘2 t-shirts lengan pendek..1 lengan panjang..1 favourite cardigan..2 seluar selesa..1 seluar tidur..shawl tak perlu iron 2-3..telekung dan air mineral botol besar. Haa jangan dilupa toiletries and women’s needs.’

   Semua barang-barang tersebut pantas sahaja tangannya melipat dan digulung padat macam packing nak pergi berkhemah. Seterusnya, dia menyumbat semua pakaian dan keperluan-keperluan tersebut ke dalam beg hikingnya yang agak besar. Humaira juga mengikat sleeping bagnya di bawah beg hikingnya seperti biasa.

   “Ok, settle! Tinggal nanti nak pergi singgah Mydin dan beli jajan* untuk adik-adik (dia lebih senang untuk memanggil kanak-kanak dari penduduk kampung dengan panggilan tersebut) dan juga nak beli air kotak sikit untuk stock makanan. Yosh! Mari kita menikmati alam!”

   Khai, junior Tahun 1 yang mengetuai program kali ini telah berpesan kepada mereka semua yang terlibat untuk berkumpul di foyer kampus pada jam 2.30 petang selepas solat jumaat. Mereka yang dalam kumpulan memasak perlu bergerak awal pagi seawal 9 pagi untuk bersama-sama memborong bahan-bahan memasak termasuklah barang-barang yang diperlukan oleh kumpulan sukaneka dan juga hygiene team. Seperti biasa senior yang sudah lama berkecimpung dalam selok belok program ziarah KOA ini akan diperlukan khidmatnya dalam bahagian memasak, bermula daripada membeli bahan-bahan, membersihkan bahagian memasak, jadi ketua memasak, membasuh-basuh, sediakan makanan untuk penduduk kampung dan sehinggalah dalam bab-bab mengemas semula. Hal ini kerana bahagian memasak merupakan bahagian yang paling berat tugas-tugasnya dan dalam jangka masa yang panjang sehinggalah habis program.

   Walaubagaimanapun, kali ini Humaira bertegas ingin juga menurut serta medical team untuk sesi medical checkup kerana itu juga merupakan tujuan utama dia sebagai senior klinikal untuk memberikan consultation bagi sesi tersebut. Dia juga perlu memerhati dan menerima ilmu sebanyak yang mungkin daripada prof dan doktor sukarelawan yang akan datang untuk menjaga bahagian consultant nanti agar dia lebih arif dan tidak kekok untuk berkhidmat di hospital kelak. Dalam masa yang sama, Humaira juga gemar untuk menyertai program KOA ini dengan tujuan untuk mengasah bakat berkomunikasi dengan orang ramai, dapat menyumbangkan tenaga kerja, menyampaikan dakwah secara tidak langsung dan sekaligus dapat merehatkan mindanya dengan menikmati keindahan alam semulajadi yang kebanyakannya belum tercemar dengan hiruk-pikuk seperti di kawasan bandar. ‘I’ll get all in one’ katanya.

   “Nasib baik hari ini tak ada kelas langsung.”. Selalunya dia akan berkemas semalam sebelum hari kejadian sekiranya dia mempunyai kuliah pada pagi jumaat kerana dia akan terus bergegas dan berkumpul sebaik sahaja kuliah tamat. Tetapi, sekiranya dia tidak ada kuliah pagi dia akan berkemas pada waktu pagi itu juga kerana baginya berkemas ini tak perlukan masa yang banyak. Ambil itu ini dan campak-campak masuk dalam beg sahaja sudah siap.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

   “Hmm.. Mana dia orang ni? Kata nak kumpul 2.30. Ini 2.45 masih tak nampak batang hidung ni, apa kes?”

   Humaira memarkir keretanya di tepi jalan berdekatan foyer. Dia menoleh ke arah foyer dan kelihatan beberapa orang pelajar sedang menunggu dengan beg besar masing-masing.

   “Haaa, patutlah tak nampak batang hidung. Junior tahun 1 yang aku kenal pun Khai seorang je. Memang patut pun aku tak nampak yang lain-lain ni sebab tak kenal. Apalah aku ni. Hihi.”, digaru-garunya kepala yang tidak gatal.

   Humaira lantas menuruni keretanya setelah mematikan enjin. Dia menghampiri kumpulan pelajar yang berada di foyer itu dan menyapa mereka dengan senyuman manis. Salah seorang daripada pelajar itu menegurnya dengan suara yang terlebih ceria dan agak kuat menyebabkan semua mata yang ada di situ memandangnya.

   “Kak Maira! Yay, Kak Maira ikut sekali!”

   ‘Waduh, waduh, waduh.. Budak ni tak boleh nak kuat lagi ke suara tu?’

   “Hah, iya Zara. Akak ikut. Tetapi awak tak perlulah nak umumkan dekat semua orang yang ada kat sini.”, jawabnya dengan senyuman yang paling manis diberikan kepada Aizara, seorang junior dari Diploma Radiologi yang telah dikenalinya sejak 4 tahun lalu. Aizara ini juga seorang yang agak aktif dalam kegiatan-kegiatan sukarelawan seperti ini. Maka, dari situlah mereka berkenalan dan sering berjumpa.

   “Hehe, sorry lah kak. Saya excited sangat dah lama tak jumpa akak ni hah. Tak sangka cuti hujung minggu yang saya korbankan ni rupanya jodoh yang mempertemukan saya dengan akak.”, jawab Aizara dengan tersengih-sengih.

   “Hmm banyaklah jodoh awak. Ni awak ikut seorang saja kah? Kawan baik awak yang seorang tu tak ikut?”

   “Oh, Julia ke maksud akak? Dia tengah sibuk sekarang ni. Yalah, waktu jadi junior pun dah sibuk, inikan pula dah masuk tahun akhir lagilah berlambak assignments and final year project (FYP). Saya ni pun kalau fikirkan balik memang banyak juga kerja nak kena buat tapi disebabkan saya rindu sangat dah lama tak masuk KOA, jadi saya curi-curi juga masa yang ada.”

   “Alololo.. Bagus betul adik akak seorang ni ya.”, sambil itu matanya mengerling ke arah seorang pelajar yang dari tadi bagaikan ingin menanyakan sesuatu kepadanya.

   “Hai, assalamualaikum. Awak MBBS* tahun 1 ya?”, sapanya kepada pelajar itu.

   “Ya, kak. Akak ni Kak Maira kan?”

   “Ha ah. Awak nama siapa eh?”

   “Saya Imani. Hari tu saya tak dapat datang masa meeting tu jadi maaflah sebab saya tak cam akak. Saya yang ada bagi nama untuk ikut carpool naik kereta akak. Boleh kan?”

   “Oh, Imani tu. Eh, mestilah boleh. Awak dah bagi nama pun kan. Haha. Mana seorang lagi yang nama Izzati tu eh? Batch awak juga kan?”

   “Ha ah, kak. Sayalah Izzati tu. Hai akak.”, jawab seorang pelajar yang berdiri di sebelah Imani sambil mengangkat tangan dan tersenyum menampakkan gigi.

   “Hai…”, balas Humaira dengan nada menggedik. Dia memang suka berdrama dengan adik-adik junior. Baginya itulah cara yang dapat menceriakan suasana apabila bersama orang yang baru dikenali agar tidak berasa janggal.

   “Apa-apa pun mana perginya si Khai? Dia dah ambil peralatan-peralatan yang diperlukan untuk medical checkup tu dekat CSL (clinical skills lab) ke belum?”

   “Dah Kak Maira. Dia tengah on the way nak ke sini. Hah, itu pun dia.”, jawab Imani setelah ternampak kelibat Khairil.”

   Kelihatan Khairil bersama beberapa orang kawannya sedang membawa kotak-kotak yang mungkin berisi barang-barang perubatan yang telah disewa oleh mereka daripada pihak kampus.

   “Khai, dapatkah kesemua barang-barang yang akak bagi senarai hari tu? Cukup semua kuantiti macam apa yang kita dah request?”

   “Cukup kak. Alhamdulillah semua barang yang kita nak ada dan dapat pinjam. Saya dah ambil gambar macam yang akak suruh tu.”

   “Ok, bagus. Sekarang kita tunggu semua sampai lepas tu terus bertolak. Bagitahu yang lain lagi 5 minit kita nak gerak. Takut lambat-lambat nanti hujan jalan nak masuk pedalaman tu nanti licin dan bahaya.”. Humaira telah memesan supaya Khairil menangkap gambar-gambar barangan yang dipinjam agar mudah untuk mereka memastikan semula barangan itu cukup dan tiada yang keciciran sebelum balik pulang dari KOA nanti. Jenuh juga dibuatnya nak jawab dengan pihak kampus sekiranya ada barang yang hilang. Pernah suatu ketika dahulu ada penutup pengukur tinggi tertinggal di dalam bonet kereta seorang pelajar. Maka, kecohlah satu kumpulan mereka terpaksa mencari di merata tempat dan masing-masing diarahkan untuk mencari di dalam kereka masing-masing serta dikerah untuk mengingatkan kembali sekiranya ada yang ternampak penutup kecil tersebut buat kali terakhir. Mereka bernasib baik kerana penutup itu masih ada di dalam bonet kereta pelajar itu. Sekiranya tidak, Humaira sudah mati akal dan hanya berserah sahaja apa yang bakal diterima olenya kerana barangan tersebut telah disewa di atas namanya dan dia berasa dia yang bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

   “Kak Maira, bahan-bahan masak dah beres kah? Akak dah tolong beli sekali kan belon dan barang-barang untuk sukaneka tu semua?”

   “Itu semua awak jangan risau lah. Akak dah pergi beli pagi tadi dengan En. Danial dan kawan-kawan daripada Sahabat MRA (Malaysian Relief Agency) kat  Mydin. Ok, cuba kira semua orang dah cukup belum? Tengok senarai kumpulan carpool yang kita dah buat dalam whatsapp group tu.”. Humaira segera memberikan arahan setelah melihat beberapa kumpulan pelajar sudah semakin ramai berkumpul di situ. Mungkin kumpulan mereka sudah lengkap semuanya. Dia tidak mahu melengahkan masa kerana baginya masa itu emas. Lagi cepat mereka sampai di sana lagi banyaklah aktiviti yang dapat mereka laksanakan di sana.

   “...27, 28, 29, 30. Cukup semuanya kak. So, now everyone can go to their carpool group and we will convoy and follow Kak Maira’s car. Kak Maira, dah tak ada apa-apa lagi kan?”

   “Yup. Jom.”

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

   Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke pedalaman KOA Pos Satut di mana mereka akan menjalankan program Ziarah KOA.

   “Alhamdulillah sampai juga akhirnya.”

   Sepanjang perjalanan mereka Humaira seronok berbual dengan Aizara, Imani dan Izzati. Adik-adik junior memang banyak sangat pertanyaan dan sifat ingin tahu mereka. Kebanyakan isi perbualan mereka berkenaan program ziarah ini. Terlampau banyak pengalaman dan kisah yang dapat Humaira kongsikan kepada mereka. Sebenarnya sangat menarik pengalaman-pengalaman dan ilmu yang mereka boleh dapati daripada program seperti ini. Kalau bukan disebabkan kesibukan dirinya yang sudah 1 tahun lebih memasuki tahun klinikal itu, sudah tentu Humaira akan menulis buku tentang kisah-kisah dan pengalaman yang diperolehinya sepanjang dia mengikuti program-program Ziarah KOA itu. Baginya pengalaman tersebut sangat bermakna dan tak dapat diperolehi dari mana-mana pun.

   Sepanjang Humaira mengikuti program-program seperti ini dia telah mempelajari pelbagai cara untuk survive dalam kawasan yang jauh daripada teknologi, kekurangan kelengkapan elektronik dan serba-serbi kekurangan. Namun, apa yang dia pelajari di situ sebenarnya kekurangan tersebut boleh ditangani dengan pelbagai cara yang lain. Hidup ini sangat lengkap sebenarnya. Keterbiasaan kita dengan kemudahan-kemudahan yang baru itu yang membuatkan kita kurang pakar dan tidak tahu untuk melakukan banyak perkara dengan ketiadaan kemudahan tersebut. Dia juga lebih mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepadanya kerana di KOA ini lebih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik berbandingnya.


Previous: Mimpi 4
Next: Mimpi 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer