Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,402
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI13

*MIMPI 13*

“Nobody is perfect..”

    

    Hembusan nafas Humaira semakin deras dan degupan jantungnya juga makin laju. Humaira berlari di sepanjang laluan jalan untuk naik ke kawasan Tanah Rata dari Brinchang. Dia sudah mula bersenam dan berlari sejak awal pagi lagi. Segarnya hirupan udara waktu pagi di kawasan bukit yang tinggi itu hanya dia sahaja yang dapat rasakannya saat itu. Sampai sahaja di kawasan deretan kedai Tanah Rata Humaira sudah memperlahankan langkahnya bagi mengumpul semula gas oksigen yang kekurangan dalam sistem peparunya. Pandangan matanya ditebarkan luas ke arah deretan kedai yang ada di situ. Niat di hati ingin mencari makanan untuk bersarapan.

    Humaira berhenti di sebuah restoran yang sudah biasa dia membeli makanan di situ. Perut dan tekaknya seperti biasa hanya berselera untuk menerima nasi goreng telur mata dengan air milo ‘O ais sebagai sarapan pagi. Kuih-muih atau makanan lain dia sukar untuk makan pada awal-awal pagi sebegitu. Sesudah dia membayar makanan dan minuman yang dibelinya itu Humaira pun beredar untuk kembali ke kereta yang diletakkannya di tempat parkir di atas bukit bersebelahan taman.

    Humaira berjalan melintasi jalan besar untuk ke kawasan taman Tanah Rata. Baru sahaja dia ingin mendaki jalan tar yang agak cerun itu tiba-tiba bunyi kuat seperti tayar yang bergesel kuat di atas jalan kedengaran. Humaira pantas menoleh ke arah bunyi tersebut dan kelihatan sebuah kereta telah pun melanggar satu benteng jalan. Kereta yang kelihatan agak mewah itu sudah terbalik di atas jalan dan perkara tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kawasan kejadian.

    Tanpa berlengah lagi Humaira yang melihat kejadian itu terus berlari ke arah tempat kejadian untuk turut memberikan pertolongan. Kelihatan orang ramai sudah mengerumuni kereta itu dan beberapa orang lelaki sedang berusaha untuk menarik keluar pemandu kereta mewah itu dengan berhati-hati. Pemandu kereta itu kelihatan seperti dalam keadaan separuh sedar. Humaira yang sudah menghampiri meminta laluan kepada orang ramai agar dia dapat mendekati mangsa dan membuat pemeriksaan kecemasan.

    “Saya doktor, sila berikan laluan! Encik! Encik! Encik dengar tak ni?”, tanya Humaira seraya dia memeriksa denyutan nadi mangsa yang terbaring layu itu. Mangsa tidak memberikan apa-apa respon selain bernafas dengan lemah.

    “Sesiapa tolong call ambulans!”

    “Baik, doktor!”, jawab seorang lelaki yang berdiri berdekatan Humaira.

    Beberapa minit kemudian van ambulans dari Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HSHK) pun tiba di lokasi kejadian. Pegawai kesihatan ambulans bergegas mengeluarkan stretcher untuk mengangkat mangsa memasuki van.

    “Doktor.”, ujar Azrin sambil menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat. Azrin merupakan pegawai ambulans yang bertugas pada pagi itu.

    “Ya, Rin. Tolong alihkan mangsa ke atas stretcher.”, jawab Humaira sambil mengangguk.

    Setelah mangsa sudah dialihkan ke dalam ambulans Humaira turut sama menaiki van itu untuk terus ke hospital. Nampaknya dia terpaksa memulakan tugasnya awal pada hari itu. Sepatutnya dia mula bekerja pada sebelah petang, namun apakan daya, jonah-nya seperti tidak mahu lepas dari dirinya. Ada sahaja kes-kes kecemasan yang berlaku sepanjang dia bekerja di HSHK itu tidak kira dalam waktu bertugasnya ataupun di luar waktu bertugas.

    Setibanya van ambulans di hadapan pintu masuk wad kecemasan HSHK, mereka semua mengalihkan mangsa ke atas katil kecemasan dan ditolak memasuki wad kecemasan. Humaira turut sama menolak katil kecemasan itu sambil melihat tubuh mangsa yang sudah tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Raykal yang kebetulan bertugas pada pagi itu segera menghampiri mereka.

    “Kemalangan kat mana ni?”

    “Dekat kawasan taman Tanah Rata tu. Kereta dia tiba-tiba berpusing dengan laju dan terlanggar benteng pembahagi jalan. Kereta pun terbalik. Kebetulan saya ada kat sana, tu yang ikut sekali ni.”

    Mendengar sahaja jawapan Humaira itu Raykal pun menoleh ke arah mangsa yang berada di atas katil kecemasan itu. Keadaan mangsa yang berlumuran darah di bahagian kepala, tangan dan kaki itu membuatkan Raykal tiba-tiba berasa berputar. Walaupun tangan dan kaki Raykal masih membantu menolak katil itu tetapi pandangan sekelilingnya sudah semakin laju berputar dan membuatkan dia sedikit hilang fokus dengan keadaan sekeliling.

    Humaira yang sudah mula perasan dengan perubahan Raykal secara tiba-tiba itu memandangnya dengan perasaan risau.

    “Raykal are you okay? Raykal?”, panggilan Humaira itu tidak dijawab oleh Raykal dan hal itu menyebabkan petugas kesihatan yang lain turut memandang ke arah Raykal.

    Raykal dengan tidak semena-mena melepaskan pegangan tangannya dari besi katil itu dan ketinggalan langkah di belakang. Dia memegang kepalanya sambil memejamkan matanya. Tangan Raykal mula mencari dinding bagi menyokong dirinya untuk berdiri dengan betul dan bersandar. Humaira yang melihat keadaan Raykal itu seperti ingin berlari mendapatkan Raykal, namun melihatkan Raykal masih mampu berdiri dia terus sahaja menjalankan tugasnya demi menyelamatkan mangsa kemalangan itu.

    Di dalam ruangan bilik kecemasan Dr. Raymond, Orthopaedic specialist (doktor pakar bahagian tulang) sudah pun bersedia untuk membuat pemeriksaan tulang mangsa yang dikatakan seperti mempunyai retakan di beberapa bahagian anggota.

    “We need to operate on the mandible as it have a fracture there. Also the right forearm. Nurse, prepare an OT for us.”

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

    Dr. Raymond, Dr. Han dan Humaira sudah memasuki bilik pembedahan bagi menjalankan operasi. Dr. Raymond memusingkan kepalanya seperti sedang mencari seseorang.

    “Why, Dr. Ray? Is there any problem?”, tanya Humaira kepada Dr. Raymond.

    “Where’s Dr. Raykal that suppose to handle today’s morning shift from ED (Emergency Department) ?”

    “I saw that he’s not in a well condition just now, Dr. That’s why I came here to replace him.”

    “Okay, we start now.”, jawab Dr. Raymond dengan suaranya yang penuh serius.

    Beberapa saat sebelum mereka ingin memulakan operasi, tiba-tiba pintu bilik OT itu terbuka dan di hadapannya Raykal sedang berdiri dengan keadaan kedua-dua tangannya diangkatkan ke atas.

    “I’m sorry for being late.”, ujar Raykal sambil menundukkan sedikit kepalanya.

    “Are you serious you wanna join this operation?”, tanya Dr. Raymond kepada Raykal.

    “Yes, doctor!”

    Dr. Raymond menunjukkan tangannya ke arah bahagian hadapan yang bertentangan dengannya sebagai isyarat bahawa dia ingin Raykal menjadi pembantu operasinya pada pagi itu. Humaira yang memahami maksud isyarat itu bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada Raykal. Wajah Raykal yang seperti sudah kembali tenang ditatapnya sekejap.

    ‘Dia dah ok kot. Muka dia macam dah tenang sikit daripada tadi.’, kata Humaira dalam hati.

    Mereka memulakan operasi di bahagian tulang rangka dagu (mandible) di mana terdapat beberapa retakan dan sedikit longgar di bahagian tendon yang seharusnya membantu dalam memegang kuat tulang itu ditempatnya yang betul.

    “Suction.” Mendengarkan arahan itu Raykal pun meletakkan suction tube ke bahagian dalam pipi pesakit bagi menyedut keluar darah yang terkumpul di dalam mulut pesakit.

    Arahan “suction” itu diberikan beberapa kali. Setelah tulang rangka dagu itu sudah dapat diselamatkan Dr. Raymond memberikan isyarat supaya Dr. Han menyambung tugasan seterusnya untuk menjahit bahagian dagu pesakit yang sedikit terkoyak. Dr. Han yang sudah mengambil tempat terus memberikan isyarat anggukan menandakan dia sudah bersedia untuk memulakan operasi seterusnya.

    Bahagian daging yang terkoyak itu mereka alirkan dengan cecair yang digunakan bagi mengelakkan sebarang infeksi berlaku ke atas bahagian luka yang terbuka itu. Raykal berterusan membantu dalam memegang suction tube. Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba percikan darah terpancut keluar dari bahagian mulut pesakit. Keadaan itu jarang berlaku kerana seharusnya pesakit tidak akan menyedarkan diri buat jangka masa yang ditetapkan selaras dengan jumlah dos suntikan bius yang diberikan oleh pakar bius sebelum operasi dijalankan. Namun, dalam kes ini nampaknya pesakit itu seperti tersedar sendiri dengan lebih awal daripada jangka masa yang sepatutnya membuatkan dia tersedak dengan keadaan operasi yang sudah pasti sangat menyakitkan jika dijalankan sewaktu kita berada dalam keadaan sedar.

    “Suction.”, arah Dr. Han kepada Raykal. Namun, tangan Raykal masih tidak bergerak dan dia kelihatan seperti hilang fokus.

    “Dr. Raykal, suction!”, arah Dr. Han sekali lagi dengan nada yang lebih kuat daripada tadi.

Panggilan itu hanya membuatkan Raykal sedikit tersentak dan dia terus memandang wajah Dr. Han. Matanya sudah terkebil-kebil menunjukkan tanda-tanda dia dalam keadaan terkejut ataupun trauma. Tangan Raykal perlahan-lahan menggerakkan suction tube ke dalam mulut pesakit. Darah yang terkumpul dalam mulut pesakit itu sudah mula membuak-buak dan seperti ingin melimpah keluar. Namun, Raykal masih belum menyedut keluar darah itu kerana tangan Raykal mula terketar-ketar dan mukanya dipenuhi dengan rintik-rintik peluh.

“Dr. Raykal, keep calm!”, tegur Dr. Han dengan suara yang sedikit tegas.

“Dr. Raykal, you ok tak? Kalau tak, let me do this.”, tanya Humaira pula. Dia sudah mula risau dengan keadaan Raykal yang kelihatan tiba-tiba berubah gemuruh itu.

“Wake up, Dr. Raykal! The patient’s life is in your hand! You must fight yourself!”, kedengaran suara Dr. Raymond di corong radio yang menyambungkan talian antara bilik bedah dengan bilik pemerhati. Dr. Raymond yang berada di sebalik kaca bilik pemerhati sudah merenung Raykal dengan pandangan yang tajam.

    Dengan tidak semena-mena suction tube dalam genggaman Raykal terlepas. Nasib baik Humaira sempat menangkap suction tube itu daripada terjatuh ke lantai. Raykal sudah berundur ke belakang sedikit demi sedikit. Pandangannya kembali berputar dan membuatkan dia berasa pening sehingga akhirnya dia jatuh terduduk. Situasi cemas itu membuatkan semua yang berada di situ terdiam buat seketika.

“Aira, let’s finish the operation first.”, arah Dr. Han kepada Humaira.

Humaira yang tersedar dari kejutan dengan situasi sebentar tadi terus mengangguk dan meneruskan tugasnya dalam membantu Dr. Han menyempurnakan operasi yang tergendala itu. Kak Lia yang menjadi jururawat pembantu dalam operasi itu cuba untuk membantu Raykal bangun, namun Raykal masih tidak mampu membuka matanya dan tangannya masih bergigil.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Raykal masih lagi duduk bersandar di suatu sudut ruang bilik OT. Dia duduk di atas lantai di mana dia berada sejak kejadian dalam operasi sebentar tadi berlaku. Wajahnya yang masih mempunyai percikan darah pesakit itu tidak dihiraukan, malah wajahnya juga kelihatan kosong sahaja tanpa sebarang reaksi. Raykal termenung lama memikirkan keadaan dirinya yang masih belum dapat mengatasi trauma yang dihidapinya sejak beberapa tahun dahulu.

Raykal dipindahkan untuk bekerja di hospital ini juga adalah atas saranan daripada Dr. Raymond yang merupakan teman baik Dr. Rayyan. Sejak dia menyambungkan pelajaran di universiti di luar negara, kes kecemasan sering dielak oleh Raykal kerana setiap kali dia berhadapan dengan pesakit yang mengalami kemalangan kereta yang ekstrem dia pasti akan mengalami trauma seperti apa yang telah berlaku dalam operasi tadi. Sewaktu dia bekerja di HKL juga berlaku perkara yang sama. Walaupun prestasi Raykal sangat memberangsangkan dalam setiap tugasannya sebagai seorang doktor, namun kelemahannya yang satu itu masih belum dapat diatasinya setiap kali berhadapan dengan mangsa kemalangan yang diterima dalam bahagian wad kecemasan. Oleh itu, Dr. Raymond mencadangkan agar Raykal dipindahkan ke HSHK supaya dia berpeluang untuk berdepan dengan banyak lagi kes kemalangan yang sering berlaku di kawasan Cameron Highlands itu. Tujuannya adalah supaya Raykal dapat terus mencuba melawan traumanya yang semakin lama seakan-akan tidak pernah mahu pulih.

Pintu masuk di bilik OT itu tiba-tiba terbuka secara automatik. Humaira memasuki ruangan bilik itu dan menoleh ke arah Raykal yang masih tidak berganjak. Dia pun melangkah menghampiri Raykal sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket labcoat putihnya. Setelah dia menghentikan langkahnya betul-betul di sebelah lelaki itu, Humaira mengeluarkan sepaket tisu basah dan mengeluarkan beberapa helai tisu seraya menghulurkan tisu itu kepada Raykal.

“Nah, ambillah tisu ni dan lap darah kat muka awak tu.” Kata-kata Humaira itu tidak diendahkan. Raykal hanya melirikkan matanya ke arah sepasang kasut yang berada di sebelahnya itu buat seketika dan kembali melayarkan pandangannya ke hadapan.

Humaira yang melihatkan keadaan itu terus meletakkan tisu yang dihulurnya tadi ke atas tangan Raykal dan terus memusingkan badan untuk berlalu pergi. Namun, langkahnya terhenti seketika. Dia menoleh ke belakang untuk memberitahu sesuatu kepada Raykal.

“Don’t stay here too long. The others might need to use this room for other operations. So, please make sure you come out before that.”

Raykal hanya menyahut ucapan Humaira tadi dengan muka kosongnya itu. Hal itu membuatkan Humaira terus melangkah pergi. Walaubagaimanapun, kata-kata itu masih dapat didengari oleh Raykal dan dia mula menyapu kesan darah di muka dan lehernya menggunakan tisu basah yang diberikan kepadanya itu. Tidak lama selepas itu Raykal mula bangun dan menapak keluar dari bilik OT dengan langkah yang perlahan dan kurang bermaya.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Humaira yang oncall pada malam itu keluar dari wad kecemasan lebih kurang pada pukul 3.30 pagi. Dia ingin membeli air minuman di mesin automatik dan berniat untuk mengambil udara malam buat seketika bagi menyegarkan dirinya yang sudah mula mengantuk. Sampai sahaja di hadapan mesin air Humaira memasukkan beberapa keping duit kertas dan mula menekan butang untuk memilih jenis air yang ingin dibelinya. Sambil menunggu air kotak itu keluar Humaira sudah mula menguap. Mulut Humaira terbuka dengan seluas-luasnya lalu dia cepat-cepat menutup mulutnya itu menggunakan belakang tangan.

“Ya Allah, tak senonoh betul anak dara seorang ni, menguap besar. Hm, nasib baik tak ada orang nampak. Tak ada, kan?”, ujar Humaira sendirian sambil menoleh ke kiri dan ke kanan bagi memastikan tiada orang yang nampak tingkah laku kurang sopannya tadi. Dia yang cakap, dia juga yang soal balik. Memang bukan Humaira lah kalau tak berperangai macam itu.

Mata Humaira tiba-tiba terhenti pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk di balkoni hospital sambil kepalanya mendongak memandang langit. Serasa Humaira macam dia biasa nampak pandangan belakang badan seperti itu. Nampak seperti belakang badan Raykal, tetapi dia berasa hairan juga kerana sepatutnya Raykal sudah habis waktu bekerja dari waktu petang lagi. Kenapa Raykal masih berada di hospital pada waktu pagi-pagi buta sebegitu pula? Dia menjadi musykil.

Humaira menapak dengan perlahan-lahan tanpa menghasilkan sebarang bunyi agar kehadirannya tidak disedari oleh lelaki itu. Humaira menghentikan langkah dalam selang beberapa tapak dari belakang lelaki itu. Dia cuba mengintai pandangan sisi wajah lelaki itu untuk memastikan sama ada lelaki itu memang betul Raykal ataupun tidak. Humaira terkumat-kamit membaca surah 3 Qul dan menghembus ke kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah. Doa pelindung orang kata. Air milo kotak yang dia beli lebih tadi disuakan ke tepi muka lelaki itu.

“Kalau you datang sini semata nak tunjuk kesian kat I, tak payah lah.”, ujar Raykal perlahan. Air kotak yang dihulur itu masih tidak diambilnya.

“Do you think that you are important enough for me to concern that much? I came just to give you this. Kebetulan I terbeli lebih and I saw you here, so why not, kan?”, jawab Humaira dengan penuh bersahaja walaupun memang sebenarnya dia sengaja beli lebih untuk diberikan kepada Raykal. Nak jadi senior yang prihatin, kenalah buat baik sikit.

“Cepatlah. Tenaga kat tangan I ni sangat berharga tau malam ni. Banyak patient yang masuk malam ni akan bergantung harap kat tangan I ni.”

Raykal tersengih kecil mendengar kata-kata perasan Humaira itu. Dia menyambut huluran air kotak itu dan mengucapkan terima kasih kepada Humaira. Masing-masing terdiam buat seketika sambil menyedut air yang sejuk itu. Nikmat sangat agaknya sampai tidak terkata apa-apa. Humaira yang sudah kehabisan air mengeluarkan satu lagi air kotak dari dalam poket labcoat dan terus mencucuknya dengan straw. Dia menyedut air itu dengan sekali sedut sahaja bagaikan sudah beberapa hari tidak minum. Raykal yang dari tadi hanya memerhati gelagat Humaira yang menyedut minuman dengan laju itu tiba-tiba tergelak kecil.

“Kenapa you gelak?”, tanya Humaira kehairanan. ‘Aku tak ada cakap apa-apa pun dari tadi, apasal tiba-tiba mamat ni tergelak pula? Tiba-tiba aktif pula lepas dapat minum milo? Kalau aktif je tak apalah, jangan terlebih sewel pula sudahlah.’

“Nothing.. You haus sangat ke?”

“Oh.. I memang selalu minum laju. Lagi-lagi kalau air tu sejuk macam ni. Kalau you hulur 3 gelas air sejuk depan I, tiga-tiga tu I boleh habiskan dalam masa beberapa minit je.”

“Really?”

“Betul, tak tipu.”

“Hahah.” Raykal sudah mula tersenyum.

Senyuman Raykal yang semulajadi itu sangat memukau Humaira yang melihatnya. Beberapa saat selepas itu suasana menjadi sepi semula. Raykal kembali mendongak ke langit yang luas. Humaira yang mencuri-curi intai wajah Raykal yang tenang itu masih menggigit straw minuman di mulut kononnya sedang menyedut air.

“You tak nak tanya ke? Kenapa I jadi macam tu tadi?”

“Jadi macam mana?” Humaira sudah tahu, pura-pura tidak tahu.

“Tak ada apalah..”

“Kalau tak ada apa-apa macam tu I gerak dulu lah, ek.”

Humaira sengaja berkata begitu bagi mengumpan Raykal. Baru sahaja Humaira ingin memusingkan badan tiba-tiba Raykal bersuara. Umpan sudah mengena nampaknya.

“Actually... I trauma sebab I pernah kemalangan teruk dulu. Papa I jumpa I dalam keadaan tak sedarkan diri kat tepi sungai.” Keadaan kembali sunyi buat seketika. Humaira kembali menumpukan perhatiannya kepada Raykal. Dia sudah bersedia untuk menjadi pendengar setia Raykal saat itu.

“I sebenarnya tak ingat pun siapa diri I yang sebenar. I hilang ingatan. Sampai sekarang I masih tak ingat siapa family I, I asal dari mana, I sebenarnya kerja apa dulu, and especially who I am. Bangun-bangun je I dah ada kat hospital and there's a lot of operation that I've gone through. Since then I always got that kind of trauma. I also have some kind of dream like the moments where I got into accident that night.”

“Dalam mimpi tu, awak mengalami accident kereta ke? Bukankah awak kata tadi awak dijumpai kat tepi sungai, kan?”

“Yes, maybe. I think I got into a car accident beforehand, then maybe I was walking half conscious or fell into the woods and fainted on the riverside. I also not sure about that. I can’t remember anything at all.”

“Then, yang awak panggil Papa tu siapa?”

“He’s my foster father. The one who found me at the riverside. Kebetulan dia tengah buat research in that area. Dr. Ray tu sebenarnya kawan baik Papa I. That's why he treated me like that. He just wants me to fight over my own trauma.”

“I see..”

“Mesti you rasa I ni lemah, kan?”

“This sentence might be a bit cliche, but, nobody is perfect. Tak ada seorang pun selagi yang bergelar manusia, tak ada kelemahan, kecuali our prophet Muhammad SAW yang Allah dah bagi syafaat dan kelebihan kepada dia.” ‘Ceeewah.. Ustazah Humaira dah mula dah dengan kata-kata motivasi dia.’

“Tak ada lah, I ni dah lah macam ni, lepas tu ada hati pula nak berlagak dengan MO macam you masa awal-awal dulu kan. Haha.”

“Betul.”

Mereka berdua menoleh antara satu sama lain dengan serentak. Tiba-tiba mereka berdua pun tersengih dan tergelak bersama. Siapa sangka pasangan ‘Tom dan Jerry’ ini yang dulunya selalu bergaduh mulut tiba-tiba boleh duduk bersama dan membincangkan isu peribadi seperti itu.

“Hm, ok lah, I kena masuk dalam balik, nak sambung kerja I. Anyway, if you need any help just ask me. I'll help as much as I can.”

“I don't need your help.”, jawab Raykal pantas dan ringkas.

Humaira yang mendengar jawapan itu menoleh kembali melihat riak muka Raykal. Cukup annoying. Baru sahaja tadi Raykal minta maaf tiba-tiba sudah berlagak semula? Mamat ni memang tidak tahu erti insaf ke macam mana?

Raykal yang seperti sudah dapat membaca fikiran Humaira terus tersenyum sumbing. Dia memang sengaja memberikan ayat minta penumbuk itu kerana dia sudah dapat mengagak reaksi Humaira yang sebegitu. Akhirnya, Humaira yang sudah dapat menangkap usikan Raykal itu pun tersengih sambil mengecilkan sedikit matanya seraya menggelengkan kepala dan berlalu pergi.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Humaira yang baru selesai menunaikan solat sunat dhuha di surau hospital kembali ke meja wad kecemasan untuk menyambung semula menyiapkan kerjanya. Humaira masih lagi berada di hospital sedangkan waktu oncall dia sudah pun habis beberapa jam yang lalu. Dia tidak mahu menangguhkan kerjanya yang tinggal sedikit sahaja lagi untuk siap. Humaira menoleh jam yang menunjukkan sudah masuk jam 10.30 pagi. Kemudian dia sambung menaip untuk menyimpan rekod data pesakit.

“Doktor, bila nak balik? Kenapa tak balik-balik lagi ni? Sudah-sudah lah tu menaip. Sambung esok je la doktor.”, ujar Kak Lia yang sudah menghampiri Humaira. Tadi katanya sekejap sahaja. Ini sudah berjam dia melihat Humaira masih belum pulang dari syif malam.

“Sikit..je lagi ni. Dah nak siap dah pun, tinggal dua column je lagi nak kena isi.”, jawab Humaira sambil jari-jemarinya berterusan menaip.

“Tapi..”

“Alhamdulillah dah siap pun..!”, kata Humaira dengan ceria dan sengaja dikuatkan sedikit untuk ditujukan kepada Kak Lia yang nampak risau akan dirinya.

“Hm, baguslah tu. Sekarang pergi balik cepat ataupun pergi sarapan dulu sebelum balik. Nanti doktor pengsan Kak Lia juga yang susah.”, ujar Kak Lia sambil menggeleng-geleng kepala.

“Eh?? Doktor belum sarapan lagi ke? Nah, ambillah nasi goreng ni saya ada beli lebih.” Aisyah yang tiba-tiba muncul entah dari mana menghulurkan sebungkus nasi goreng kepada Humaira.

“Serious ni? Eh.. Awak ni macam tau-tau je favourite breakfast saya ni.. Huhu. Terima kasih, Aisy sayang.”, puji Humaira melambung apabila dia dihulurkan dengan nasi goreng kegemarannya itu.

“Hehe. Sama-sama kasih.”

“Tapi Kak Lia, saya belum nak balik lagi. Sebelum saya drive balik saya nak tidur dulu.. Kejaaaaap je eh.. Hehe.”

“Yeeee lah doktor. Pergilah beradu.”, jawab Kak Lia yang sudah terbiasa dengan tabiat Humaira yang sudah dianggap seperti adik kandungnya itu.

Humaira mengemas sedikit meja kerjanya itu dan berlalu ke katil pesakit yang terletak di bahagian belakang sekali. Dia menarik tirai menutupi sekeliling katil kosong itu dan mula memanjat katil untuk mendapatkan sedikit waktu tidur sebelum memandu pulang ke rumah. Dia tidak ingin mengambil sebarang risiko di atas jalan raya memandangkan dirinya dalam keadaan tidak cukup rehat.

Humaira yang mulanya berbaring memandang ke siling memusingkan badannya dan mengiring ke sebelah kanannya. Sesi perbualan antara dia dan Raykal awal pagi tadi tiba-tiba muncul bermain dalam fikirannya.

‘Tak sangka pula yang dia ada cerita macam tu rupanya. Kalau akulah jadi macam dia, confirm aku sedih gila bila tiba-tiba macam hilang dalam dunia lain dan tak tahu apa-apa pasal diri sendiri. Tapi, dulu ujian aku lain pula, walaupun lebih kurang sama dengan kes dia.. Hidup ni bagaikan roda yang berputar.. Dulu, aku yang ada trauma, sekarang junior tempat kerja aku pula yang ada trauma. Malah, lebih teruk lagi dari aku.’

Humaira yang sudah melelapkan matanya terus dibuai mimpi. Dalam keadaan yang belum dapat tidur semalaman itu, di mana-mana tempat dia berbaring pun boleh membuatkan dia terlena dalam sekelip mata.


Previous: MIMPI12
Next: MIMPI14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer