Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,467
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Mimpi 4

*MIMPI 4*


“Ya, Allah lah yang menjadi tempat dia mengadu segalanya..”


   Humaira bangkit dari tidur pada sepertiga malam yang terakhir untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Akhir-akhir ini dia sukar untuk bangun malam atas kesibukan dirinya yang ditimbuni dengan tugasan-tugasan yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Kini dia sudah memasuki tahun klinikal, maka makin bertambahlah tugasan yang perlu dibuatnya sehinggakan waktu tidurnya juga sudah tidak teratur. Tetapi, apakan daya memang itulah kehidupan yang dia impi-impikan selama ini. Dia tidak mahu dirinya terlampau hanyut dengan perkara yang tidak bermanfaat. Oleh itu, dia lebih rela meletakkan dirinya dalam kehidupan yang penuh kesibukan dan memberikannya peluang untuk berbuat kebajikan kepada seluruh ummah Nabi Muhammad s.a.w. sekaligus beribadah di jalan Allah buat sepanjang hayatnya.


   “Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan buat sahabatku, Nathrah. Kekuatan untuknya melupakan segala tragedi buruk yang dialaminya pada masa silamnya. Berikanlah kekuatan kepadanya untuk terus merasa selamat dalam perlindunganMu kerana sesungguhnya tiada apa yang lebih selamat melainkan rahmat perlindunganMu. Hanya Engkau sahaja yang mampu melindunginya sewaktu ketiadaanku. Amin ya rabbal’alamin.”


   Humaira meraup wajahnya setelah usai mengaminkan doa. Hatinya berasa tenang. Dia merasakan dirinya bagai dibekalkan perisai yang mampu melindungi dirinya daripada pelbagai macam bahaya. Segala bebanan yang dipikulnya selama beberapa hari kebelakangan ini bagaikan telah ditarik semuanya setelah dia meluahkan segalanya dalam sujudnya. Ya, Allah lah yang menjadi tempat dia mengadu segalanya selain ibunya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hatinya. Maka, dia lebih rela untuk meluahkan segala perasaan bahagia, sedih, marah, takut, lelah dan sakit hati yang dipendamnya kepada Allah, Sang Pencipta seluruh alam.


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


   ‘Hmm..sedapnya bau.”, detik hati Nathrah yang telah bersiap untuk keluar dengan labcoat yang digantung kemas di lengannya. Dia menuruni anak tangga dengan perasaan tidak sabar untuk mencari dari mana datangnya bau sedap yang dihidunya itu.

   ‘Ini mesti kerja Maira ni. Dia je lah yang rajin masak-masak ni. Lagipun Syira dan Sara dah balik. So, tinggal aku dengan Maira je kat rumah ni. Siapa lagi yang masak pagi-pagi ni kalau bukan Maira kan? Takkan tetiba Mak Jah sebelah rumah ni nak buatkan sarapan untuk kita orang kan? Hm, tak logik, tak logik..’


   Syahirah dan Kaisara, teman serumah mereka sudah pulang ke rumah halaman masing-masing. Biasalah mereka memang sudah lama menyertai kelab PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) jadi setiap minggu mereka akan pulang ke rumah halaman kecuali sekiranya mereka mempunyai urusan yang penting yang perlu diuruskan di tempat belajar. Mereka berempat sudah akrab bagaikan adik beradik kandung. Sejak pertama kali mereka bertemu di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) tempat mereka belajar itu, mereka sudah merasa serasi antara satu sama lain. Meskipun masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan mereka sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain dan saling memberikan sokongan padu dan nasihat-nasihat yang membuatkan mereka mampu bertahan walaupun berjauhan dengan keluarga.


   Sampai sahaja kakinya menapak pada anak tangga yang terakhir Nathrah mengintai ke dapur disebalik dinding yang memisahkan antara tangga dan ruang dapur. Dia mengintai-intai apa yang Humaira sedang lakukan di dapur. Setelah beberapa saat mengintai keningnya terangkat sedikit lagak orang yang sedang merencanakan sesuatu. Nathrah mula melangkah memasuki dapur sambil berjaga-jaga tidak mahu kehadirannya di situ disedari oleh Humaira.


   Humaira yang telah lama menyedari kehadiran Nathrah di belakangnya terus berpura-pura sedang leka membasuh peralatan memasak di sinki. Tiba-tiba kedua-dua belah pinggangnya dicucuk oleh jari-jemari Nathrah. Mulalah adegan jerit-menjerit dan gelak jahat antara mereka.


   “Hoi! Tak ada kerja lain ke, huh? Nak sakat orang je kerja dia ya.”

   “Hahahahaha. Eh, tapi kenapa awak gelak juga eh? Awak dah perasan kita kat sini dari tadi ke?”

   “Yalah, makcik. Awak tu yang sembur perfume banyak sangat sampai dari jauh lagi pun dah berbau. Saja je kita buat-buat tak perasan. Nanti kempunan pula awak nak sakat kita pagi ni kalau dah kantoi awal kan.”

   “Hahahahahahha. Alahai, baiknya kawan titew ni. Ni yang sayang sangat kat awak ni. Muah muah muah..”

   “I am me..”, sambung Humaira mengajuk ayat daripada lagu Dato’ Seri Vida yang sedang hot waktu itu. Lantas mencetuskan tawa mereka.


   Nathrah memeluk erat Humaira sampaikan hampir tidak stabil Humaira dibuatnya.


   “Banyaklah sayang awak. Dah, jom makan. Nanti lambat pula kita nak ke hospital. Awak kata nak kita temankan awak pergi visit paeds ward kan. Jangan lupa bawa mainan yang awak minta kita tolong belikan kelmarin. Kita letak dekat meja depan tv tu.”

   “Baiklah, Miss Maira yang comel..”


   Nathrah menyengih sambil menarik kebelakang sikit kerusi dapur untuk duduk. Dia mengambil empat senduk sup brokoli yang terhidang di hadapannya. Disendukkannya juga sup ke dalam mangkuk Humaira. Manakala, Humaira mengalihkan roti bakar yang telah siap dibakar ke pinggan bersih dan turut dihidangkan di atas meja makan. Mereka berdua menikmati sarapan pagi dengan penuh selera.


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


   Mug kegemaran Humaira yang berisi air green tea 3 in 1 sejuk dicapai Humaira lalu diteguk tiga kali perlahan-lahan. Dia memang sangat menggemari air sejuk lagi-lagi air masak yang disimpan dalam peti sejuk sehingga menjadikan air itu sejuk bagaikan hampir menjadi ais itu boleh mengalir deras dalam saluran kerongkongnya selama lebih dari 1 minit. Oleh itu, dia juga sering menggelarkan dirinya sendiri seorang Puteri Ais, ala-ala Princess Elsa dalam cerita Frozen tu..


   “Minum apa tu, Maira?”

   “Green tea sejuk. Nak sikit?”

   “Oh, tak apa lah. Kita dah minum nescafe panas sebelum bersiap tadi. Saja-saja tanya. Thanks.”

   “Nak gerak dah ke? Hari ini kita naik Grab je tau. Sebab rasa malas pula nak pusing-pusing cari parking area hospital tu. Nanti tak sempat pula kita nak clerk patient*.”

   “Alright.”


   Beg tangannya yang disandarkan di atas kerusi di sebelahnya dicapai lalu mereka pun bergegas keluar setelah mendengar hon kereta ‘abam Grab’.


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


   Dari satu katil ke katil yang lain Humaira menziarahi pesakit-pesakit yang terlantar di Wad Pembedahan itu. Humaira perlu mencari tahu kes-kes pesakit yang baru dimasukkan ke dalam wad itu malam semalam agar dia dapat present hasil history taking* yang diambilnya itu di hadapan doktor sekiranya ditanya nanti. Kebanyakan para pesakit enggan melayani soalan-soalan daripada para pelajar perubatan seperti mereka ini kerana bagi mereka ianya hanya membuang masa. Namun, terdapat juga pesakit yang sangat memahami dan sangat teruja untuk membantu dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Itulah lumrah seorang pelajar perubatan kerana mereka juga faham bahawa tidak semua pesakit berada dalam keadaan yang stabil dan selesa untuk melayani pertanyaan mereka. Namanya pun pesakit kan, sudah tentulah mereka sakit dan tak larat untuk bercakap banyak.

Maka, sebagai seorang pelajar perubatan mereka perlu lebih kuatkan semangat dan tebalkan muka untuk terus mendekati pesakit-pesakit ini kerana mahu tidak mahu mereka perlu juga mengetahui kes-kes para pesakit tersebut. Jika tidak, siapa lagi yang akan menjawab dan present the case sekiranya sampai waktu doktor membuat bedside teaching dan bertanya tentang pesakit tersebut? Mahunya kalau dapat doktor yang garang habis nanti kena ceramah free pula kalau tiada siapa yang dapat present the case.


   Bagi Humaira kena marah atau kena sound dengan doktor tu perkara biasa yang tidak dapat dielakkan dalam sesi pembelajaran. Ini kerana dia telahpun berpuluh-puluh kali dipesan oleh ibu dan bapa saudara, abang dan juga pensyarah kepada abangnya. Mereka yang dahulunya pernah juga bergelar sebagai pelajar perubatan ini seringkali berpesan bahawa setiap kesalahan yang ditegur oleh doktor yang mengajar ini akan membuatkan mereka dan juga kawan-kawan yang lain lebih peka tentang apa yang perlu mereka titikberatkan sewaktu bertugas dalam hospital. Berkemungkinan pelajar yang ditegur itu akan berasa malu atas teguran yang diberikan di hadapan ramai, namun, ia akan lebih menguatkan ingatan mereka agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Perkara ini juga secara tidak langsung turut memberikan ilmu baru buat rakan-rakan seperjuangan yang lain.


   ‘If there is no wrong, there is no right’. Sekiranya tiada erti salah, macam mana kita ingin tahu sesuatu itu betul?


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


   Setelah hampir 4 jam mereka berdiri sepanjang sesi bedside teaching berjalan akhirnya Dr. Kevin menamatkan sesi pembelajaran mereka dengan suntikan kata-kata semangat kepada para pelajarnya agar mereka terus cekal berusaha sampai dapat menjadi doktor seperti dirinya malah lebih hebat lagi. Karakternya yang peramah dan penuh bermotivasi inilah yang membuatkan Dr. Kevin menjadi favourite doctor kepada setiap pelajar yang menjalani surgery posting. Biarlah dia bercakap lama-lama sampaikan pelajar perlu berdiri berjam-jam pun mereka sanggup asalkan doktor yang mengajarnya ialah Dr. Kevin.


   ‘Nice and approachable doctor is a good example of a good doctor. This is because a doctor should be approachable to their patients as they need to get as much info from the patients and a good history taking will lead to an accurate diagnosis* and give a proper treatment.’. Kata-kata ini sering diingatkan oleh doktor-doktor pensyarah mereka sewaktu di dalam kuliah.


   Selang empat katil dari tempat Humaira berdiri merupakan laluan pintu keluar dari wad pembedahan itu. Humaira terlihat kelibat seorang ‘makcik’ berjubah putih berlengan pendek sedang melambai-lambai tangan ke arahnya dari jauh. Setelah kumpulan belajar mereka bersurai dia pun segera mendampingi ‘makcik’ tersebut. Mereka berpelukan bagaikan sudah berabad tidak bersua.


   “Hey, ya Allah rindunya kat awak..”

   “Ehem. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.”. Humaira sengaja mengingatkan Aneessa tentang memberi salam kerana pemberian salam dalam Islam merupakan salah satu doa kita kepada saudara kita seislam itu agar dikurniakan kesejahteraan oleh Allah.

   “Heee wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh, sis Maira. Hahaha.”


   Aneessa memang jenis yang mudah gelak. Namun, dalam gelak tawanya itu terdapat juga sisi tegas dalam dirinya. Bagi Humaira, Aneessa ini merupakan seorang sahabat yang amat dikaguminya kerana Aneessa sangat cekap dalam menangani segala tugas yang digalasnya, malah dia juga jenis seorang yang mudah untuk diajak berkawan. Terserlah keyakinan dalam setiap tutur bicaranya yang membuatkan ramai tidak teragak-agak untuk melantiknya sebagai seorang ketua kumpulan walaupun dia seorang perempuan. Dia juga merupakan seorang pelajar dean’s list. 

‘Bukan senang kot nak dapat dean’s list dalam keadaan kau busy dengan macam-macam program yang kau kena handle.’, lintas hati Humaira.


   “Haha. Rindu juga kat sis YB (diberi gelaran Yang Berhormat atas kesibukkannya meeting sini sana mengalahkan YB) kita ni. Makin cun sis sekarang ni, ya. Apa tips?”

   “Tak payah nak YB-YB sangat eh. Sis dah tak larat nak handle program-program lagi. Kerja-kerja tu semua I dah pass down to juniors. Haha.”

   “Eh, tapi rindu lah nak masuk KOA (kampung orang asli) lagi. Rasa macam dah lama sangat kot sis retired. Weekend yang terdekat ni ada KOA lagi tak agaknya? Kalau ada beritahu eh.”

   “Haaa bagus sis tanya. Baru je semalam ada junior tu tanya if there’s any seniors yang nak join KOA weekend ni. I just told her that we all macam busy sikit minggu ni sebab group posting kita orang dah nak dekat exam end of posting next week. Al-maklumlah, paeds kan. Haha. But then, I terlupa pula nak forward kat batch group yang lain.”

   “Weh! Nak, weh! Nak join! Hahaha.”

   “Haha. Ok ok, nanti I bagi nombor telefon junior tu kat you eh. Macam biasa lah, bidan terjun kan you ni.”

   “Well.. senior kan.”, lagak Humaira sambil flip shawl angin kerana hujung shawlnya tersemat rapi di sebalik labcoatnya.


   Mereka pun berbual-bual sambil berjalan menuju lif hospital. Memandangkan mereka ada kelapangan masa jadi mereka pun bercadang untuk makan tengah hari bersama supaya dapat berborak dengan lebih panjang. Sudah lama sangat mereka tak berjumpa sejak dah masuk tahun klinikal ni. Walaupun mereka belajar di bawah bumbung hospital yang sama, dengan jarak wad yang berlainan dan atas kesibukan masing-masing menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk terserempak antara satu sama lain.


============================


☆Hello. Hopefully, u all enjoy reading this. Jangan lupa untuk berikan komen dan pendapat anda tentang novel 'Mimpi Yang Pasti' ini ya! Segala kata-kata dan pendapat daripada para pembacalah yang akan memberikan suntikan positif buat Dr. Writer untuk terus berkarya. Maka, jangan segan-segan untuk type comment di bawah ni.👇👇👇 Even a word 'like' or 'hate' can raise a writer.

Assalamualaikum.

Previous: Mimpi 3
Next: Mimpi 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer