Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,414
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI11

*MIMPI 11*

‘Faith. A meeting without a plan.’


    Humaira mengerling sekilas jam di tangan. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Dia memakai dress lepas bergelombang yang berwarna baby blue manakala kepalanya dilitupi dengan shawl berwarna royal blue yang memberikan padanan yang cukup ayu dan elegant dalam masa sama. Humaira sudah berjanji untuk menemani Nenda dan Dr. Hayden ke majlis perkahwinan anak kepada sahabat baik bapa mertua kesayangannya itu.

           Bukan dia tidak tahu niat sebenar Nenda untuk mempertemukannya dengan anak sahabat baik Dr. Hayden yang lagi seorang itu. Apa yang Humaira ingat Nenda pernah sebut-sebut sebelum ini nama lelaki itu ialah Airil atau Aril pun dia tidak berapa pasti. Katanya, lelaki itu juga merupakan seorang doktor tetapi lebih muda beberapa tahun daripada Humaira. Nenda tidak henti-henti promote cerita yang baik-baik tentang lelaki itu. Airil tu budak baiklah, kacaklah, rajin menolong mak dan ayahnya di hospital swasta milik keluarganya dan jenis yang pandai hormat orang tua lah. Nasib baik Humaira berkerja di Cameron Highlands dan bukan tinggal di rumah Nenda di KL. Kalau tidak jenuhlah dia kena dengar nama Airil disebut-disebut setiap hari. Perhubungan jarak jauhnya dengan Nenda itu pun hampir setiap hujung minggu dia akan mendapat whatsapp call daripada Nenda yang memang tidak pernah lari dari topik mengenai Airil. Inikan pula jika dia duduk serumah dengan Nenda. Mahunya dia terpaksa mendengar pujian-pujian melambung Nenda terhadap lelaki itu tiap-tiap hari.

           Humaira menginap di rumah keluarga mertuanya itu sebaik sahaja dia sampai dari Cameron semalam. Humaira sampai KL pun sudah agak lewat malam jadi dia hanya dapat bertemu Nenda dan Dr. Hayden sewaktu sarapan pada pagi tadi. Terlampau banyak cerita yang ingin dia kongsikan di meja makan tadi kerana sudah hampir dua bulan dia tidak melawat kedua-dua ahli keluarganya itu atas sebab kesibukan kerja.

           “Aira cucu Nenda.. Cantiknya dia.. Sesuai sangat dress biru ni dengan Aira. Nenda ingatkan ada bidadari manalah tadi yang sedang menunggu Nenda depan tangga ni.”

           “Ala Nenda ni.. Suka sangat buat Aira kembang tau. Nanti kalau Aira kembang banyak-banyak lepas tu dah tak muat lagi nak pakai dress ni macam mana?” Mereka berdua pun tertawa mesra.

           “Alhamdulillah dua bidadari kita ni dah siap, ya. Apa kata sekarang ni kita masuk kereta dulu, lepas tu kita sambung borak dalam kereta, boleh?”, sampuk Dr. Hayden yang datang dari luar rumah bagi mencari dua bidadari hatinya itu yang masih berbual di dalam rumah.

           “Laaa Papa dah lama ke tunggu kat luar? Aira ingatkan Papa belum turun lagi.”

           “Papa pula yang belum turun? Papa ni lelaki lah. Bukannya perlu pakai make up lilit shawl semua tu macam kamu. Haha. Ni Papa nak tanya Aira. Anak Papa dress up cantik-cantik ni nak tunjuk dekat siapa sebenarnya hah?” Suka pula Dr. Hayden mengusik anak menantunya itu.

           “Nenda tau untuk siapa.. Airil kan. Haa, betul kan tekaan Nenda?”

           “Siapa, Nenda? Ai...ra..? Aira nak tunjuk dekat diri Aira sendiri? Haa betullah tu, Nenda. Aira memang suka dress up cantik-cantik waktu nak pergi majlis-majlis macam ni. Lepas tu nanti Aira kan suka selfie sama-sama dengan Nenda, dengan Papa, dengan Pak Mail semua. Heheheh.” Pandai Humaira pusing corner baik punya bagi mengelakkan nama itu berterusan disebut-sebut bagaikan mantera pula dia mendengarnya.

           “Haha, pandailah Aira ni. Dah, jom kita gerak. Kesian pula Pak Mail tunggu kita lama-lama kat luar tu.”

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

    “Nenda, Aira tunggu Nenda dekat luar toilet dulu, ya. Nak jawab call dari specialist ni kejap.”

           “Ok.”, jawab Nenda yang masih lagi dalam bilik tandas.

    Humaira menjawab panggilan dari ketua specialist yang ingin membincangkan sesuatu kepadanya. Tidak sampai 15 minit kemudian dia meletakkan panggilan sesudah habis berbincang. Sementara menunggu Nenda keluar dari tandas, Humaira memandang sekeliling ruang kawasan dalam lobi hotel yang menjadi tempat berlangsungnya majlis perkahwinan yang dihadirinya itu. Tiba-tiba, ada sesuatu lembaga yang datang muncul dari arah belakangnya dan menghentam tubuh molek Humaira itu membuatkan dia terjelopok ke hadapan.

           “Aduh..”, Humaira yang terjatuh melutut itu cuba untuk bangun semula, namun perkara itu agak sukar kerana dia merasakan lututnya yang telah bergesel dengan lantai itu seperti berdenyut-denyut. Dia cuba untuk menoleh dan melihat siapakah gerangan yang telah melanggarnya bagai lori balak keras yang terlanggar seekor anak kambing yang kecil molek.

    “Oh, god. I'm so sorry, miss. I'm really really sorry, miss. It's really an accident. I didn't really saw you just now. Are you ok, miss? Can you stand up? Aa.. Pa, I'll call you back, ok. Carl accidentally bumped into someone.” Raykal terus memutuskan talian telefon dengan papanya bagi memastikan keadaan gadis yang tidak sengaja dilanggar olehnya itu.

           “Can you stand up by yourself? Need help?” Raykal menghulurkan tangannya di hadapan muka Humaira untuk membantunya bangun.

           “It's ok, I think I can still lift myself up, insya’Allah.”

           Humaira mencuba untuk tidak memaut tangan yang terhulur di hadapan mukanya itu. Dia dengan sedaya upaya menggerakkan kakinya untuk bangun dengan perlahan-lahan. Dalam masa yang sama Humaira mengangkat mukanya menoleh ke arah wajah yang sudah membongkok hampir di sebelahnya. Gerakan matanya tidak semena-mena terhenti melihatkan seraut wajah itu. Begitu jugalah tindak balas yang diberikan daripada gerangan tersebut.

    “Awak?!” Kedua-dua mereka menyebutnya dengan serentak.

           “Banyak-banyak orang, DMK (doktor muka ketat) ni juga yang kau nak kena jumpa dah kenapa.”, ujar Raykal kepada dirinya sendiri.

           “Hah? Apa awak cakap? Dah lah langgar orang macam takda mata. Lepas tu nak cakap macam tu pula.” Humaira sudah mula berkerut.

           “Dah awak tu yang berdiri je macam tunggul kat sini siapa suruh. Lagipun, saya dah minta maaf, kan.” Raykal terus berlalu pergi. Humaira yang berjalan terhincut-hincut akibat sengal-sengal yang masih terasa di bahagian lutut itu sedaya upaya melangkah laju bagi mengejar langkah Raykal yang seperti tidak merasa bersalah langsung.

           “Eh, apa masalah awak? Suka hati sayalah nak berdiri kat mana-mana pun. Ni tempat awam kan, suka hati sayalah nak berdiri mana. Awak tu yang jalan tak reti nak tengok depan tu kenapa?”

           “Eh, saya tengah jawab call tadi, manalah saya perasan ada tiang gol nak terpacak kat situ. By the way, are you following me here?”

           “In your dream lah!”

           “Not in my dream either. Not my taste.”

           “Hey, hey! Awak pula ingat awak tu taste saya ke? Simpang malaikat empat puluh empat lah. Setakat kulit putih pucat macam vampire awak tu, saya lagi rela nak ada taste dekat vampire berbanding awak lah.”

           “Hah, pergilah kat vampire. I bet he'll die with bloody ears bila dengar awak berleter.”

           “Biarlah saya nak berleter ke apa. Mulut saya, bukan mulut awak.”

           “Shut up or I'll kiss you!” Raykal mengacah seperti ingin mencium Humaira. Tindakannya itu berjaya membuatkan Humaira terus diam dan menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.

           “Tahu takut.”

           Raykal pergi meninggalkan Humaira dan terus melangkah mencari papanya di dalam dewan hotel. Humaira hanya terkebil-kebil di luar pintu dewan. Dia tergamam buat seketika.

           “Eee nasib baiklah takda orang kat sini. Kalau tak siaplah dia aku belasah sampai lumat sebab dah malukan aku. Perangai macam tu nak aku berbaik-baik? Memang tunggu kiamat lah agaknya. Maaflah Kak Lia, nasihat Kak Lia tu memang mustahil untuk saya ikut macam menunggu kucing bertanduk la jawabnya.”

           Humaira memasuki ruang dewan semula setelah memastikan pakaiannya masih lagi dalam keadaan yang baik. Dia berjalan menuju ke arah Nenda yang sudah duduk bersebelahan dengan Dr. Hayden di meja makan dalam dewan.

           “Aira sayang, mana Aira pergi tadi? Nenda tercari-cari Aira kat mana tadi tau. Nenda masuk dalam dulu sebab ingatkan Aira dah masuk dewan.”

           “Ya Allah, Nenda sorry Aira tak perasan pun sebab tadi ada kemalangan sikit. Ada orang terlanggar Aira sampai Aira terjatuh. Lepas tu dia buat perangai tak bersalah pula.”, ujar Humaira dengan nada tidak puas hati. ‘Agaknya Nenda tak nampak aku sebab masa tu aku pergi kejar budak tu sampai nak dekat entrance tadi kot.’.

           “Aira minta maaf ya, Nenda. Mesti Nenda risau sangat tak jumpa Aira tadi.”

           “Tak apalah Aira, Nenda tu dah hilang sikit risau dia dari tadi sebenarnya. Maklumlah, dah dapat jumpa calon cucu menantu dia tadi.”, Dr. Hayden mula memberitahu tentang perkara yang Humaira terlepas hanya beberapa minit lalu. Nenda sudah tersenyum-senyum melihat Humaira.

           “Pasal apa, Pa? Calon cucu menantu? Calon untuk siapa pula ni? Luth dah ada calon baru ke?”

           “Apa pula untuk Luth. Luth tu pandai-pandai lah dia cari sendiri. Nenda dah malas nak campur urusan pilihan hati dia. Nenda bagi nasihat pun bukannya dia nak dengar kan.”

           “Janganlah macam tu, Bonda. Apa yang dah lepas tu biarlah lepas. Luth tu kan cucu Bonda juga.”, ucap Dr. Hayden dengan lembut bagi memujuk hati bondanya.

           “Sudahlah. Bonda dah tak nak ingat lagi pasal tu. Apa yang penting sekarang Bonda nak Ayden tetapkan satu tarikh untuk jumpakan Aira dengan Airil. Ayden berbincanglah dengan Dr. Kamil nak buat macam manapun Bonda tak kisah.”

           “Eh, apa ni Nenda? Mana boleh main paksa-paksa macam tu. Aira tak nak lah. Aira ni dah tua bangka dah tak best nak bercinta-cinta ni semua.”

           “Aira janganlah macam tu. Nenda bukan nak paksa. Nenda cuma nak Aira beri semula peluang dekat hati Aira tu untuk terima cinta yang baru. Boleh ya Aira, cucu kesayangan Nenda ni? Aira cuma perlu jumpa Airil je. Jumpa dan cuba dulu berkawan dengan dia. Lepas tu kalau Aira rasa tak serasi Nenda tak akan paksa pun Aira untuk terima dia.” Pujukan Nenda itu masih membuatkan Humaira terdiam sambil berfikir-fikir.

           “Boleh ya, Aira? Nenda tengok Airil tadi baik sangat budaknya. Tak berlagak, sopan dan senyum dia pun manis je. Nenda dapat rasakan yang Airil mampu untuk bahagiakan Aira semula. Nenda cuma nak tengok Aira lebih bahagia je.”

           Humaira memandang Dr. Hayden demi mengharapkan bantuan daripadanya. Namun, Dr. Hayden sekadar membalas dengan senyuman. Dia juga ingin melihat menantunya itu dapat mengecapi bahagia semula. Sudah lama dia menyimpan rasa simpati terhadap menantunya itu atas pemergian anak lelaki tunggalnya beberapa tahun lalu.

           “Ok lah, Nenda. Aira ikut je cakap Nenda. Tapi Nenda janji takkan paksa Aira untuk terima dia, ya? Promise me?”

           “Yes, Nenda promise!”

           “Lepas tu Nenda kena promise juga yang Nenda akan terus bantu Luth untuk dia cari calon yang baik juga.”

           “Hmm.. Yalah, Nenda janji.”

           “Promise juga yang Nenda akan tolong carikan calon untuk Papa juga. Hahaha.”

           Terbeliak mata Dr. Hayden mendengarnya. Nenda terus ketawa mendengar permintaan Humaira yang terakhir itu dan mengangguk bersetuju dengan cadangan tersebut. Dr. Hayden yang melihat anggukan dari ibu kesayangannya itu menjadi lebih tergamam kerana tidak percaya bahawa dirinya yang sudah lewat usia itu masih lagi menjadi bahan perbincangan tentang isu perkahwinan. Mendengarkan gelak tawa yang tercetus daripada kedua-dua ibu dan anak menantunya itu dia pun tertawa geli hati dengan reaksinya sendiri yang mudah terpedaya dengan gurauan mereka sebentar tadi.

           “Ada-ada je kamu ni, Aira. Tapi kan, Papa rasa Aira memang rugilah tadi.”

           “Rugi apa pula, Pa?”

           “Rugilah.. Sebab tak sempat nak jumpa dengan bakal suami Aira! Hahaha. Aira tak tengok tadi. Muka Airil tu punyalah sedih sebab tak sempat nak tunggu Aira. Itulah, Aira lama sangat dari toilet tadi.”

           “Ish, Papa ni. Tak baik menipu lah. Airil tu muka Aira pun dia tak kenal. Tak ada maknanyalah dia nak sedih tak dapat jumpa Aira ni. Yalah, siapalah Aira ni kan.. Rupa tarak, perangai pun kasar, masak pun dah malas.. Hmm..”

           “Eh, apa pula cakap macam tu. Cucu Nenda ni serba-serbi sempurna tau. Siap ada pakej mulut muncung yang seksi ni lagi.”, gurau Nenda sambil mencuit muncung Humaira yang sengaja dibuat-buat itu.

           Mereka terus sahaja leka berbual-bual. Sedar tidak sedar ada dalam 1 jam lebih juga mereka berbual lama di situ. Tambahan pula, Dr. Hayden sudah lama tidak berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, makin rancaklah perbualan mereka.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

           “What are you looking at, bro? Pretty ladies, huh?”

           “I am not you, ok. Haha.”

           “Wow wow wow.. Carl, you're so mean to me now, ah. We've been the best housemate for 6 years and now that's what you addressed me?”, balas Michael, sahabat baik Raykal sewaktu dia belajar di Rusia.

           “Aww don't be so serious, man. I'm just joking, ok.”

           “Saya bergurau juga. Hehe.”

           “Haha. Hey, why not we take our housemates pictures together? Our groom today so smart and handsome looking guy though.” Raykal memuji penampilan rakan baik mereka, Syahmiran sebagai pengantin lelaki.

           “Yea right. He used to be so messy back then, not to mention. HAHAHAHA.” Seronok pula mereka mengutuk belakang rakan baik mereka itu. Mereka memang selalu bergurau begitu dan masing-masing sangat maklum tiada maksud negatif dalam setiap gurauan mereka. Sekadar mahu meriuhkan keadaan.

           Raykal dan Michael mengajak rakan-rakan mereka yang lain agar naik ke pelamin untuk menangkap gambar kenangan bersama. Pada masa yang sama, Humaira, Nenda dan Dr. Hayden sudah mendahului menaiki atas pelamin untuk bergambar dengan pasangan pengantin. Humaira meminta tolong salah seorang daripada kumpulan sahabat-sahabat pengantin yang berdiri berdekatan pelamin itu untuk menangkapkan gambar mereka bertiga bersama pasangan pengantin itu.

           “Encik, minta tolong ambilkan gambar kami, boleh?”, pinta Humaira kepada seorang lelaki yang berdiri di tepi pelamin.

    “Sure can.”, jawab lelaki itu pantas dengan sebuah senyuman.

    “Weh, guys tengok ni weh. Cantik juga kan awek ni.”, ujar lelaki yang sedang tolong mengambilkan gambar untuk Humaira sekeluarga. Sempat lagi lelaki itu meng-usha Humaira.

    “Cantik tang mana yang korang nampak?” Tiba-tiba Raykal bersuara dengki dengan Humaira.

    “Boleh tahan apa. Asal tak jongang, tak juling, tak botak, ok lah. Hahaha.” Mereka beramai-ramai tergelak apabila mendengar kata-kata itu.

    ‘Kurang ajar punya botak. Tadi punyalah nak usha perempuan tu, tetiba mengata pula.’. Raykal tiba-tiba berasa geram dengan kata-kata rakan sama belajarnya itu.

    “Terima kasih, ya.”

    “Oh, sama-sama kasih, cik. Cantik gambar yang saya ambil tu. By the way, can you help us to take our photo in exchange?” Sempat pula lelaki itu mengayat Humaira.

    “Yeah, sure.”

    Humaira meminta Nenda dan Dr. Hayden untuk menunggunya sebentar sementara dia mengambilkan gambar sekumpulan sahabat itu. Dalam keramaian yang berada di atas pelamin itu Humaira tiba-tiba terpandang seraut wajah yang telah berlawan mulut dengannya di luar dewan tadi. Sepasang mata itu hanya merenungnya kembali. Humaira memberikan arahan kepada mereka agar gambar yang akan diambilnya nampak lebih cantik dan kemas. Setelah semuanya sudah bersedia dengan posing masing-masing Humaira mengira nombor satu sampai tiga. Gambar yang terpapar dalam handphone yang sedang dipegangnya itu difokuskan kepada wajah seorang lelaki yang menayangkan wajah tiada perasaan.

    “Again. Smile, everyone! Repeat after me, ok. 1, 2, cheese! Candit! 1, 2, gwiyomi! 1, 2, shoot!”

    Masing-masing yang berada dalam gambar kelihatan gembira kerana terhibur dengan telatah Humaira yang pandai memberikan arahan sebagai jurugambar tidak berbayar. Humaira melihat kembali gambar-gambar yang telah ditangkapnya itu. Setiap gambar itu dia zoom in ke wajah yang sangat dikenalinya.

    ‘Pandai pun kau senyum eh. Selalu muka seposen je yang kau tayang.’ Tanpa Humaira sedari sebuah senyuman terukir di bibirnya.

    “Tengah usha calon boyfriend ke?” Raykal yang sudah menghampiri Humaira di bawah pentas pelamin bersuara.

    Humaira cepat-cepat zoom out gambar yang dilihatnya itu supaya tidak diketahui oleh Raykal. “Ha ah tengah usha bakal BF. Yang pakai topi tu macam cute juga. Ada lesung pipit lagi, hm..” Humaira sengaja berdalih dengan Raykal membuatkan lelaki itu menayangkan muka menyampah dengan kenyataan itu.

    “Hey, thanks a lot, gorgeous. You dah macam gaya photographer je tadi. By the way, you saudara pengantin ke?” Lelaki yang meminta tolong Humaira tadi berterima kasih kepadanya.

    “Eh, tak lah. I just teman my father, kawan kepada ayah pengantin lelaki. Then, saya minta diri dulu, ya.”

    “Ok, sure. Again, thanks. Really nice to meet you.”, lelaki pemilik telefon bimbit itu tersenyum sampai ke telinga sementara matanya tidak beralih-alih dari mengekori susuk tubuh Humaira yang berlalu pergi.

    Humaira yang sudah berdiri berhampiran pintu dewan hotel sempat lagi menoleh mencari kelibat Raykal dari kejauhan. ‘Boleh tahan handsome and smart juga dia bila pakai jaket baby blue macam tu. Eh, sama pula warna baju dia dengan aku hari ni. Hehe. Ish, apa kau merepek ni Aira! Tak payah nak berangan dengan lelaki macam tu. Buat sakit kepala je nanti.’

    Raykal turut mencari kelibat Humaira di antara para tetamu majlis yang sudah memenuhi ruang dewan. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket jaketnya. Dia mengamati gambar yang terpapar dalam skrin telefonnya. Wajah gadis yang memakai dress berwarna baby blue ditatapnya lama. Raykal merasakan bagai ada sesuatu yang tersimpan dalam suatu sudut ingatannya tentang senyuman itu kerana getaran yang dirasakan saat itu membuatkan dirinya sedikit keliru.


Previous: MIMPI10
Next: MIMPI12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer