Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,402
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI16

*MIMPI 16*

“Not only for them, but also for you..”


Seawal 6.30 pagi Humaira sudah tiba di rumah banglo Hajjah Khadijah sebagaimana yang telah dipinta oleh wanita itu. Humaira perlu mencuba baju pengantin yang sudah tersedia indah di bilik persalinan pengantin. Hajjah Khadijah sudah menempah sepasang baju pengantin yang khas mengikut saiz badan Humaira. Humaira hanya mengikut sahaja segala perkara yang sudah diaturkan oleh Hajjah Khadijah bersama Pn. Zahrah tanpa sebarang bantahan. Hatinya berdebar-debar apabila memikirkan semula apa yang bakal berlaku dalam masa beberapa jam dari sekarang.

‘Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Aku bukan pentingkan diri kan? Aku cuma nak cari kebahagiaan aku je. Tak salah kan? Semua ni memang asing bagi diri aku. Tapi, aku masih nak percaya bahawa tawaran yang Tok Jah offer ni juga merupakan petunjuk dari Mu, ya Allah. Sekiranya takdir ini adalah yang terbaik buat aku, agamaku dan duniaku, maka Kau kuatkanlah keyakinanku dalam pilihan ini, ya Allah..’

Pn. Zahrah yang berdiri di belakang Humaira memandang wajah anak bongsunya itu melalui cermin di hadapan. Humaira yang sedang disolek oleh seorang jurusolek pengantin yang diupah oleh Hajjah Khadijah itu seperti berada dalam dunianya sendiri. Pandangannya dihalakan ke hadapan melihat cermin, namun fikirannya tiada di situ sampaikan kehadiran ibunya di belakang pun tidak disedarinya.

“Aira.. Aira..”

“Eh, mak.. Mak dah lama ke masuk bilik ni?”

“Tak ada lah lama sangat. Baru juga mak masuk ni. Nak tengok wajah anak mak ni buat kali terakhir sebelum dia jadi isteri orang..”, ujar Pn. Zahrah sambil mengukir senyuman yang begitu manis buat tatapan anaknya itu.

“Hehe..  Kak Aisya mana, mak?”

“Akak awak ada tu dekat luar tengah berbual-bual dengan sepupu-sepupu Harith yang lain. Mereka kan dah biasa dengan awak berdua dari dulu lagi. Kejap lagi masuklah dia orang semua tu kata tak sabar nak tengok pengantin bersolek ni hah.”

Humaira tertawa apabila terbayangkan telatah beberapa orang sepupu perempuan Harith yang petah bercakap itu. Mereka semua selalu tersempak setiap kali Humaira sekeluarga menziarahi rumah Hajjah Khadijah pada setiap tahun untuk sambutan hari raya. Apa yang hairannya adalah Humaira tidak pernah perasan tentang kehadiran Harith setiap kali dia beraya di rumah itu. Begitu juga dengan Harith. Hal ini kerana Hajjah Khadijah dan arwah suaminya dahulu sangat sukakan kanak-kanak dan mereka telah mengambil beberapa orang anak angkat perempuan yang alhamdulillah semuanya telah berjaya diberikan didikan dan agama yang sempurna. Maka, Harith pun mempunyai ramai sepupu angkat yang sudah dianggapnya seperti keluarga kandungnya. Mereka juga sudah terbiasa duduk sebumbung dan saling menziarahi antara satu sama lain.

“Dik, akak dah siap makeup ni. Kejap lagi kalau lapar, nak makan tu sopan-sopan sikit tau. Hahaha. Nanti kalau nak minta tolong akak touch up balik bagitahu je akak, ya.”

“Hehe. Ok, kak. Terima kasih sangat-sangat ya, kak.”

“Sure, princess..” Jurusolek itu mengenyitkan mata kepada Humaira. Dia sangat senang dengan Humaira kerana baginya Humaira merupakan satu-satunya pengantin perempuan yang tidak mempunyai sebarang kerenah. Senang sahaja dia ingin menyolek wajah Humaira yang sudah sedia bersih kulitnya.

“Wah.. Cantiknya anak mak ni..”

“Sebelum ni tak cantik ke, mak?”

“Hish, budak ni.. Bukan tu maksud mak. Maksud mak, hari ni Aira nampak lebih cantik dan berseri-seri sangat sebab dah terpancar seri pengantin kat muka tu hah.”

Humaira sudah tersenyum simpul macam kambing apabila mendengar pujian ibunya itu. Bukan senang nak dengar orang memujinya sebegitu rupa. Sekali sekala dia dapat merasa bahagia seperti itu. Bagaikan seorang puteri yang amat disayangi oleh insan-insan yang tersayang.

“Aira, mak tanya sikit, boleh?”

“Untuk mak semuanya boleh. Hehehe.”

“Haha. Hm.. Mak nak tanya Aira buat kali terakhir.. Aira yakin dengan keputusan Aira ni? Betul Aira dah bersedia untuk terima Harith sebagai suami Aira yang sah? Bukan setakat hari ni je, tapi buat selamanya?”

“Insya’Allah mak. Aira yakin dengan apa yang Aira buat ni. Insya’Allah juga Aira yakin yang semua ni adalah takdir yang Allah dah tentukan untuk Aira. Aira percaya yang Allah akan tentukan segalanya yang terbaik buat Aira. Aira cuma nak mencari kebahagiaan Aira dengan cara ni. Aira ikhlas untuk terima Harith sebagai jodoh Aira yang terbaik. Mak doakan kebahagiaan Aira dengan Harith, ya mak?”, ujar Humaira lembut sambil menitiskan air mata.

“Insya’Allah mak akan sentiasa doakan kebahagiaan Aira. Mak memang sentiasa doakan untuk anak-anak mak semua supaya berjaya dan bahagia dunia dan akhirat..”, ucap Pn. Zahrah sambil mencium ubun-ubun anaknya itu.

“Mak tak marahkan Aira kan..?”

“Tidak, nak. Buat apa mak nak marah? Anak mak ni dah buat sesuatu yang buat mak rasa bangga sangat. Mak restukan perkahwinan ni..”

“Terima kasih, mak. Aira sayang sangat mak.”

“Mak pun sayangkan Aira. Aira dengar apa yang mak nak pesan ni tau.”

“Ya, mak..”

“Lepas ni Aira dah tak boleh bawak perangai budak-budak Aira tu lagi tau. Bila Aira dah jadi isteri orang nanti Aira kena belajar untuk lebih banyak bersabar dalam apa jua isu yang mungkin berlaku dalam rumah tangga Aira. Kalau Aira rasa penat atau ada masalah ke apa, banyakkan berzikir dan berselawat, ya nak. Insya’Allah, Allah akan permudahkan segala urusan. Kalau Aira perlukan seseorang untuk bercerita, Aira balik je rumah. Mak, ayah, Kak Aisya, Abang Izzat dan Abang Isyraf ada. Ingat tau, kami akan sentiasa ada untuk Aira.”

“Ok, mak..”

Mereka berpelukan erat antara satu sama lain. Semua pesanan yang dituturkan oleh Pn. Zahrah kepada Humaira itu disimpannya kemas dalam hati. Humaira berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan cuba berubah seperti apa yang dipesan oleh ibunya itu dan dia juga akan cuba belajar untuk menjadi yang lebih baik lagi.

“Dah, tak nak nangis-nangis lagi. Habis nanti makeup yang Aira pakai ni.”

“Alaa.. Betullah.. Habis makeup Aira.. Mak lah ni syahdu-syahdu sangat..”

“Eh eh.. Mak pula yang salah? Aira tu yang cengeng sangat eh.”

“Ehehehe.. Tak ada lah. Aira gurau je. Mak tak salah pun. Mak kan comel, baik, ibu mithali dan domestic engineer yang Aira sayaaaang sangat sampai bila-bila. Heee..”

“Lebih-lebih pula dia memuji, ya. Hahaha.”

Sementara mereka berdua bergelak tawa tiba-tiba seorang juru pakaian pengantin pun masuk ke dalam bilik untuk membantu Humaira menyarungkan pakaian pengantin ke badannya. Rombongan ‘Cik Kiah’ iaitu Kak Aisya bersama konco-konconya pun turut menyibuk ingin melihat Humaira menyarungkan pakaian pengantin yang cukup indah dengan sulaman dan manik yang berkilauan. Potongan baju itu tidak berapa ketat dan sengaja dilonggarkan sedikit sesuai mengikut cita rasa Humaira yang menyukai style muslimah moden. Shawl lembut berwarna krim disarungkan ke kepala Humaira dan dililit dengan bentuk bunga yang ringkas, namun masih lagi dapat menyerlahkan aura yang elegan dan cukup menawan.

Riuh rendah keadaan di dalam bilik persalinan itu dengan suara sanak saudara yang ingin melihat pengantin perempuan bersiap. Tetiba, dalam beberapa minit kemudian suasana meriah itu menjadi senyap buat seketika. Humaira dengan jurupakaiannya yang sedang membetulkan sedikit dress pengantinnya itu berjalan keluar dari ruangan persalinan seterusnya merapati kumpulan sanak saudara yang sedang menunggunya di luar. Mereka semua terdiam buat seketika. Ada juga yang sudah menekup mulut dengan tangan kerana mereka terpukau dengan penampilannya yang cantik itu.

“Hey, kau orang ni janganlah over sangat. Tau lah kita ni tak cantik sangat, tapi janganlah acah-acah terkejut macam tu. Haha.”

“Mana ada lah.. Sumpah lawa..”, semua yang berada di situ turut mengiyakan apa yang dikatakan oleh Kak Aisya.

“Iya ke? Hehe. Terima kasih.. Ish, malu pula semua tengok macam tu..” Humaira sudah mula dengan lakonannya yang bagaikan tergedik-gedik malu itu.

“Jom ambil gambar sama-sama, jom!”, jerit salah seorang sepupu Humaira yang baru sampai dari Johor.

Mereka semua mengambil gambar bersama-sama. Setelah puas bergambar mereka buat boomerang dan merakam video pula. Sepupu-sepupu Humaira memang tidak sah kalau tidak riuh sebegitu. Mereka semua seperti mempunyai genetik drama queen dan ‘masuk air’ yang memang tidak dapat dipisahkan dalam diri masing-masing. Ada sahaja perkara yang boleh dijadikan bahan gelak sesama mereka.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Mana kau pergi ni, Luth? Apsal kau tak angkat-angkat call, ah? Kau tau tak aku dah mula tak yakin dengan keputusan aku ni?” Harith yang sudah bersiap dengan baju melayu lengkap itu mengomel sendirian di dalam biliknya.

Dr. Hayden yang baru sahaja memasuki bilik anak terunanya itu menggeleng-gelengkan kepala setelah terdengar omelan Harith itu. Nampaknya Harith masih belum bersedia untuk bergelar suami kepada seseorang. Dr. Hayden tidak pernah mendesak anak lelaki tunggalnya itu untuk berbuat sesuatu walau sekalipun. Begitu juga pada kali ini dia tidak memaksa Harith untuk menerima cadangan ibunya untuk menyatukan Harith dengan Humaira. Namun, apa yang dilakukannya hanyalah mendengar segala pendapat Harith dan memberikan nasihat kepadanya. Selainnya, dia hanya menyerahkan segala keputusan di tangan anaknya itu kerana dia tahu bahawa anaknya itu sudah cukup besar dan matang untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Muhammad Harith.”

“Eh, Papa..”

“Rith tengah buat apa tu?”

“Haa.. tak ada apa-apa, Pa. Rith just tunggu any update from Luth, Pa. Dia tak angkat call Rith pun.”

“Oh.. Papa nak cakap dengan Rith sikit boleh?”

“Sure, Pa. What is it?”

“Anak Papa yang seorang ni dah bersedia ke nak jadi suami orang ni?”

“Macam apa yang kita dah bincang dengan Nenda semalam lah, Pa. Kalau nak kata pasal dah bersedia tu, Rith memang belum ada jawapan. Tapi, Rith harap sangat yang keputusan Rith ni akan jadi lebih kukuh bila tiba masanya nanti.”

“Rith nak tau tak satu cerita?”

“Cerita apa, Pa?”

“Ada suatu hari ni, ada seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Wanita ni kan, dia memang terkenal sangat dengan memiliki hati dan perwatakan yang mulia. Then, there’s one day when she was hospitalised sebab dah nak sampai due untuk bersalin. Sewaktu dia berjalan dan bersiar-siar ingin mengambil angin, tiba-tiba dia ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan sebab tak jumpa mak dan ayahnya. Kaki kanak-kanak tu terluka mungkin sebab terjatuh. Budak tu terus-menerus menangis sebab kaki dia luka. Jadi, si wanita ni pun mendukung budak kecil tu dan bawa ke kaunter hospital yang sangat jauh dari tempat di mana dia jumpa budak tu. Tak padan dengan perut dia yang memboyot ke depan tu dia still dukung budak tu sebab dia rasa sudah menjadi tanggungjawab dia untuk tolong budak tu. Nak jadikan cerita, lepas je dia dah jumpakan budak tu dengan keluarganya, tak lama selepas tu dia pun bersalin.. Cuba Rith teka apa yang wanita tu cakap kat suami dia selepas dia bersalin tu.”

“Alhamdulillah...”, jawab Harith sambil menggayakan cara percakapan Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur.

“Hahaha.. Perkataan tu memanglah dia ada sebut banyak kali sebelum tu. Tapi, yang Papa nak tanya ni adalah apa yang wanita tu cakap selain ‘alhamdulillah’.”

“Handsome anak kita ni kan, Abang? Macam Abang juga..”, jawab Harith lagi sambil mengenyitkan sebelah mata.

“Itu pun sudah pasti.. Hahahaha. Tapi, jawapan tu bukan yang Papa dengar waktu tu. Apa yang wanita tu cakap dekat Papa is.. I pray that our son will be a kindhearted person.. Because he’s the one who led me to help that child just now. I only think of our son that made me wanted to help that child more. Hence, I really thankful to our son, as the good deed that he led me to do gave me the strength to deliver our baby with ease..”

“And that’s my mom..”, ucap Harith dengan suara yang mendatar.

“Yes, that woman is your mom. So, from that story, I want you to think of the good things that you may give to others when you do this. Not only for them, but also for you. Papa really proud of you, sebab Papa percaya yang anak Papa ni memang dilahirkan untuk membawa ketenangan dan kebahagiaan buat semua orang. So, Papa akan sentiasa sokong apa yang anak Papa ni buat. But, if once you feel wrong or anything, remember that I’ll always be there supporting you and fight for you, ok?”

“Thank you, Pa.”, ujar Harith dan dia terus memeluk Dr. Hayden dengan harapan untuk meraih semula kekuatan dalam dirinya. Dia juga memerlukan sokongan daripada seseorang yang bergelar ayah. Ibunya sudah lama meninggalkan dunia sejak dia kecil lagi, maka ayahnya itulah yang menjadi tempat dia mengadu selain Nendanya.

“You’re welcome, my son. Promise me, if it’s already stated in your fate that you’ll be the husband to Aira, please be a good one. The one with full of responsible, a very supportive kind of husband, a leader of the house that will lead his family to the heaven.. and also a really romantic one...”

“Hahah.. Insya’Allah, Pa. Tapi, the last part tu Papa kena ajar Rith la eh. Hahahaha.”

“Sure.. Because I also love to have a grandchildren, eh.”

Mereka berdua melangkah keluar ke ruang tamu. Hajjah Khadijah serta beberapa orang saudara terdekatnya sudah menunggu di ruang tamu untuk bergerak dalam rombongan ke masjid di mana Harith dan Humaira akan menjalani sesi akad nikah. Mereka berbual sesama sendiri sementara menunggu pengantin perempuan turun. Ada beberapa makcik yang turut memuji-muji kesegakan Harith dalam pakaian nikahnya itu. Mereka juga masih tidak sangka bahawa Harith sanggup berkorban demi menjaga nama baik keluarga mereka. Namun, sekiranya Harith tiba-tiba bertukar fikiran, mereka sekeluarga sudah membuat kata sepakat bahawa mereka tetap akan bersama-sama menyokong apa jua keputusan Harith.

Sewaktu mereka sedang rancak berbual sesama sendiri, kedengaran beberapa suara datang dari arah tangga. Mereka yang berada di ruang tamu itu lantas menoleh ke arah tangga batu rumah itu. Bermula dari tangga yang pertama dari atas sudah kelihatan kain dress yang begitu lembut bergelombang sedang mencecah tangga batu itu. Jurupakaian Humaira di sebelah sudah mula mengangkat sedikit bucu baju pengantin itu supaya memudahkan Humaira untuk berjalan menuruni tangga.

Harith yang berada di tingkat bawah menoleh ke arah Humaira yang sedang menuruni anak tangga itu. Dia turut terpukau dengan keindahan penampilan Humaira pada pagi itu sama seperti yang lain. Tidak berkelip matanya melihat Humaira. Walaupun Humaira hanya memakai mekap yang nipis, namun penampilannya tetap kelihatan menyerlah dan cukup menawan. Cukup membuatkan hati mana-mana jejaka berdebar tak menentu apabila melihatnya.

‘Mamat ni dah kenapa tenung aku macam tu? Tengok kejap sudahlah. Karang tak pasal-pasal timbul maksiat hati kang haa.. Kita ni belum sah suami isteri lagi, dik oi.. Entah jadi ke tak pun belum pasti lagi. So, tolong jaga sikit pandangan tu boleh tak.’ Humaira sudah mula mengomel dalam hati sendirian kerana dia tidak berapa selesa dengan tenungan lama daripada Harith itu.

‘Betul ke ni perempuan kerek yang aku jumpa malam semalam? Macam lain je.. Tapi, yang ni cantik.. Eh, apa kau cakap ni Rith? Astaghfirullah.. Wake up Rith, wake up.. But, really.. she’s so beautiful like a princess..’

Tanpa Harith sedari kakinya sudah mula berjalan melangkah ke arah tangga. Dia berdiri betul-betul di hadapan anak tangga yang terakhir. Lagaknya itu bagaikan seorang putera yang sedang menunggu untuk menyambut tangan seorang puteri. Sampai sahaja Humaira di anak tangga yang terakhir langkahnya terhenti. Dua pasang mata itu saling bertentangan antara satu sama lain.

‘Mamat ni dah kenapa? Tepilah sikit, aku nak lalulah. Kau duk halang kat tengah-tengah jalan ni dah kenapa? Masalah betul lah dia ni. Haa.. kan aku dah membebel. Belum lagi jadi suami aku dah kena bebel. Tapi, sebab belum sah kahwin lagi la aku boleh bebel. Bila dah kahwin nanti kena control-control sikit.’

Harith tidak semena-mena ingin menghulurkan tangannya kepada Humaira seperti ingin memimpin tangannya. Namun, Hajjah Khadijah dan Dr. Hayden sudah cepat-cepat berdehem bagi menyedarkan Harith bahawa mereka perlu menjaga adat sebagai seorang muslim, tidak boleh bersentuhan selagi bukan muhrim. Harith yang sudah tersedar akan teguran Nenda dan Papanya secara tidak langsung itu terus menggerakkan tangannya dan berundur sedikit seperti ingin mempersilakan Humaira untuk berjalan melepasinya.

“Ehem.. Silakan.. Everyone already waiting for you..”

“Hmm..”

Kak Aisya dan sepupu-sepupu mereka sudah tergelak kecil melihat gelagat Harith yang seperti sudah angau setelah melihat penampilan baru Humaira itu. Mereka semua sudah mula bergerak keluar dan menaiki kenderaan masing-masing. Hajjah Khadijah yang mengiringi Humaira ke luar rumah itu tersenyum bahagia melihat Humaira dengan pakaian pengantinnya itu. Dia juga sempat memuji penampilan Humaira sebelum mereka berpisah untuk menaiki kereta masing-masing.

Izzat dan Isyraf yang sudah menunggu di pintu kereta sedang tersenyum sambil mengangkat kening ke arah Humaira. Isyraf membuka pintu kereta yang akan dipandu olehnya. Mereka sekeluarga akan pergi dengan dua buah kereta. Kereta yang dipandu oleh Izzat akan dinaiki oleh Aisya dan tunang-tunang mereka berdua. Manakala kereta yang dipandu Isyraf pula akan dinaiki oleh Pn. Zahrah, En. Raikal dan juga Humaira.

“Silakan tuan puteri..”, ucap Isyraf dengan lagak seperti seorang pemandu kereta diraja.

“Oh, thank you..”

“Wait.. I think there’s something I want to ask you.”, ujar Izzat dengan suara sedikit serius. Dia sudah mengerutkan sedikit dahinya.

“Apa lagi..?”, jawab Humaira dengan acuh tak acuh. Malas pula dia ingin melayan.

“Mandrem apa yang Aira dah bagi kat budak tu hah? Sampai macam angau jadinya. Tak lepas-lepas pandang ke sini.” Izzat sudah memberikan signal untuk Humaira memandang ke belakangnya. Kelihatan Harith sedang berdiri tercegat memandang Humaira dari jauh.

Harith yang mula perasan bahawa dirinya sedang dipandang terus berpusing dan memasuki kereta. Malu pula dia rasa apabila menyedari bahawa tindakannya yang tidak henti-henti melihat Humaira sampai ke kereta itu diketahui oleh Humaira sekeluarga. Ditambah pula dengan senyuman daripada Nenda yang dilihatnya melalui cermin pandang belakang kereta. Ternyata Nenda dan Papanya sedang tertawakan dirinya yang tiba-tiba kalut itu. Harith pun mula memandu keretanya dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Itu bukan mandrem namanya. But, natural beauty.. Heh heh heh.”

“Hooo.. Perasan punya budak..”, jawab Aisya. Ada sahaja yang dia dengki.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Harith yang sedang menunggu di luar masjid mengerling ke arah jam di tangan. Dalam beberapa minit lagi tok kadi akan sampai, tetapi Luthfi masih lagi belum memberi apa-apa jawapan. Harith cuba membuat panggilan yang terakhir. Kali ini dia membuat panggilan video melalui whatsapp. Panggilannya itu berjaya diangkat oleh Luthfi, namun sepupunya itu mengatakan bahawa dia sudah sampai di UK. Luthfi hanya mampu memohon maaf kepada Harith kerana dia tidak dapat pulang sebab dia masih lagi perlu memujuk Reena. Luthfi juga ada memesan kepada Harith supaya menolak cadangan Nenda untuk meneruskan majlis pernikahan itu kerana dia juga tidak mahu sepupunya itu terpaksa berkorban deminya. Walaubagaimanapun, Harith tetap rasa bersalah sekiranya dia tidak dapat menolong keluarganya pada saat itu.

“Macam mana?” Humaira yang tiba-tiba muncul di belakang Harith cuba bertanya perihal Luthfi. Dia juga turut menantikan kedatangan Luthfi bersama pasangannya.

“If you think you can’t do it, then I think better that you back off now. I’ll explain to the others and I’ll take the blame..”

“This time, I will never back off from this war. Mungkin perkara ni nampak remeh for you to easily say that you want me to back off. But, not for me. Plus, kenapa kau pula yang nak take the blame? Tak ada siapa pun kat sini yang paksa sesiapa kan?”

“Habis tu, kau masih nak teruskan ke?”

“... Aku masuk dulu.”

Humaira sudah memasuki masjid dan meninggalkan Harith yang masih terpinga-pinga. Humaira mengambil tempat di antara Pn. Zahrah dan Hajjah Khadijah. Dia sedaya upaya cuba mengukirkan senyuman. Dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja ketentuan yang bakal hadir dalam beberapa jam lagi. Humaira tidak putus-putus berdoa dalam hati agar apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini akan diterimanya dengan redha. Dia hanya menunggu keputusan daripada Harith sama ada lelaki itu mahu meneruskan pernikahan itu ataupun sebaliknya.

Tok kadi sudah sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan. Tok kadi yang sudah duduk bersila itu menoleh mencari pengantin lelaki. Saudara mara yang hadir sudah mula tercari-cari kelibat pengantin lelaki yang belum masuk ke dalam dari tadi. Hajjah Khadijah juga sudah mula bertanya kepada Humaira sekiranya dia ada terserempak dengan Harith di luar sebentar tadi. Humaira hanya mampu tersenyum tawar.

5 minit berlalu. Harith masih belum memasuki dalam masjid. 10 minit berlalu. Dr. Hayden yang dari luar mencari Harith hanya menggelengkan kepala kepada Hajjah Khadijah menandakan dia tidak berjaya menemui Harith. Humaira yang melihatkan gelengan itu sudah mula menundukkan wajahnya. Namun, dia masih lagi cuba memaksa dirinya untuk mengukir senyuman di bibir kerana tidak mahu menunjukkan kerisauan hatinya kepada ibunya di sebelah. Walau apapun, bisikan-bisikan yang kedengaran daripada para tetamu di situ sedikit sebanyak mula membuatkan debaran Humaira semakin laju.

Tangan Humaira sudah mula bertukar sejuk. Pn. Zahrah yang bagai menyedari perubahan riak wajah Humaira itu mengusap lembut belakang Humaira bagi menenangkannya. Setiap jarum saat yang berdetik membuatkan Humaira semakin berdebar. Kedua-dua tangannya digenggam kuat kerana tiba-tiba Humaira mula berasa malu yang teramat disebabkan oleh pengantin lelaki yang masih belum memunculkan diri. Saat itu, Humaira sudah mula memejamkan mata dan dalam hati dia hanya memikirkan yang dia ingin melarikan diri dari situ pada saat itu juga.

“Macam mana ni? Nampaknya pengantin lelaki masih tidak muncul-muncul juga. Rasanya kita terpaksa batalkan majlis ni ya wali?”, tok kadi bersuara setelah hampir 20 minit mereka menunggu.

“Assalamualaikum. Maaf kalau saya dah buatkan semua menunggu lama.”

Tetiba, suatu suara menghalang tok kadi daripada membatalkan majlis akad nikah itu. Suara itu amat dikenali oleh Humaira. Lantas dia mengangkat mukanya dan melihat Harith yang sedang berjalan dan mengambil tempat di hadapan tok kadi. Humaira terasa bagaikan ingin menangis pada saat itu.

Akhirnya, lafaz akad yang dibacakan oleh Harith dengan sekali lafaz itu mendapat pengesahan daripada tok kadi, wali, dan semua yang hadir menyaksikannya. Harith dan Humaira telah sah menjadi pasangan suami isteri. Tok kadi memulakan bacaan doa untuk kesejahteraan rumah tangga yang baru sahaja terbina itu.

‘Alhamdulillah, ya Allah. Terima kasih sebab kuatkan aku..’ Humaira mengucapkan syukur kepada Allah di dalam hatinya.

‘Alhamdulillah. Ya Allah, bimbinglah aku dalam menjadi seorang ketua keluarga mulai hari ni, amin..’ Doa Harith dalam diam seraya menoleh sekilas ke arah Humaira. ‘Maaf, sebab buat kau tunggu..’


Previous: MIMPI15
Next: MIMPI17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer