*MIMPI 15*
“Letak pelan aku dalam tangan Allah..”
Harith yang terdengar doa yang baru dibaca oleh Nendanya itu menjadi sayu. Niatnya ingin mengurut kepala Nenda dibatalkan kerana dia masih belum punya jawapan sekiranya Nendanya ingin menyoal tentang cadangan pernikahan antara dia dan Humaira. Dia juga masih belum dapat apa-apa berita daripada Luthfi yang telah menghilang berjam-jam lamanya.
Me
Luth, Nenda tiba2 nak aku ganti tempat kau
Dengan sorang perempuan ni
Aku tak kenal dia pun
Nenda nak aku nikah dengan dia esok kalau
kau dengan Reena tak ada
Me
Kalau kau tak reply message aku ni
aku tak mengaku kau sepupu
Luth
Weh serious ah
Luth
Sorry doh aku still driving ni
Reena tak angkat langsung call aku
Ni aku on the way nak cari dia kat KLIA. Mama
dia kata maybe dia nak fly to UK
Luth
Weh tapi apsal tetiba Nenda nak kau kahwin
dengan perempuan tu?
Mana dia jumpa perempuan tu
Tidak sampai beberapa minit selepas Harith menghantar pesanan ringkas kepada Luthfi melalui whatsapp dia menerima maklumbalas daripada Luthfi.
“Cepat pula kau reply. Tau pun takut hilang sepupu.”, ngomel Harith sendirian. Dia terus menaip sesuatu bagi membalas pesanan ringkas daripada Luthfi.
Me
Manalah aku tau
Nenda just cakap yang dia tu saudara mara
kita juga. Anak Auntie Zara
Luth
Then kau cakap apa kat Nenda?
Luth
Kau setuju
Me
Kau gila?
Me
Takkan lah aku nak setuju terus
Ni aku dah kusut dah fikir pasal benda ni
Masalah kau, aku pulak yang terbabit sekali
Luth
Hahahahahaha
Me
Kurang ajar
Kau boleh gelakkan aku
Kau balik sini sekarang
Biar kau je yang kahwin dengan si Aira tu
Luth
Haha sorry weh
Tak ada lah.. Aku kesian jugak kat kau Rith
Tapi nak buat cam mana aku tak dapat
jumpa dengan Reena lagi ni
Luth
Eh, ok aku kena gerak lu
Aku dah sampai KLIA ni
Bye
“Weh, dia boleh chow macam tu je..? Sepupu siapalah ni. Hesh...”
Harith memandang sekeliling. Para tetamu masih ramai bertungkus-lumus membantu dalam persiapan majlis. Harith terdiam kembali. Dalam keadaan riuh rendah tetamu yang tidak putus-putus berkunjung tiba itu menambahkan lagi rasa simpatinya buat keluarga Luthfi dan terutama sekali Nenda yang sudah berusia itu. Ini baru sahaja hari persiapan majlis, belum lagi majlis pernikahan yang sebenar. Jumlah para tetamu pasti menjadi lebih ramai. Pasti mereka sekeluarga akan menerima malu yang teramat sekiranya para tetamu yang hadir keesokan hari bertanya mengenai majlis pernikahan yang tiba-tiba bertukar ke majlis doa selamat.
‘Perlukah aku berkorban demi menutup malu keluarga? Tapi aku tak kenal pun dia siapa. Betul ke dia tu baik macam apa yang Nenda cakap? Tapi kalau betul pun dia baik, diri kau tu sendiri dah bersedia ke nak jadi suami orang? Kerja pun tak lagi, nak bagi nafkah apa kat anak dara orang tu nanti? Eh, tapi Nenda kata nak bagi asset share kat aku lepas aku kahwin nanti. So kira ok la kan? Hm.. tapi.. perempuan tu setuju ke nak kahwin dengan aku? Yes, confirm! She won’t agree with the idea. Perempuan sewel je kot yang nak terima cadangan mengejut macam ni. Hahaha.. Pandailah kau ni, Rith. Eh, tapi... dia tak sewel kan..?’
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Aira jangan risau, ok. Mak tau Tok Jah tu bukan jenis yang memaksa. Lagipun, mak dah cakap dah yang mak nak Aira habiskan belajar dulu.” Pn. Zahrah cuba menenangkan hati Humaira. Dia juga tahu soal perkahwinan itu tidak boleh dibuat main. Ini soal masa depan anak bongsunya itu. Dia sama sekali tidak akan memaksa Humaira sekiranya anaknya itu belum bersedia ingin berumah tangga.
“Alah, tapi apa salahnya kalau Aira terima. Dapat jadi cucu menantu orang kaya, bakal suami pun boleh tahan handsome, sama tempat belajar pula tu. Bapa dia pun ada hospital sendiri, nanti senanglah Aira nak dapat kerja lepas habis belajar nanti. Betul tak, Aira?”, jawab En. Raikal yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka anak-beranak. Dia mengeyitkan mata kepada Aira sekadar ingin mengusik anak bongsunya itu.
“Eeiishh… Ayah ni.. Entah apa-apa je. Orang bukannya mata duitan lah. Orang ada maruah juga tau tak. Takkan lah Aira senang-senang nak bagi orang jadikan Aira ni macam ‘Mak Sanggup’ pula.” Humaira sudah mula memuncungkan bibir.
“‘Mak Sanggup’? Ahahaha..” Aisya tiba-tiba tergelak mendengar perumpamaan adiknya itu.
“Iyalah, Mak Sanggup. Aira perempuan, takkan Pak Sanggup pula. Ish, akak ni. Mak tengok ni akak sengaja nak sakitkan hati orang tau.”
“Sudah, sudah. Aisya, awak jangan nak gelak-gelak sangat. Awak tu tak lama lagi nak kahwin. Baik doakan yang baik-baik untuk majlis awak tu nanti. Jangan nak gelakkan orang pula.”
“Akak bukan gelakkan pasal majlis tu. Akak gelakkan Aira ni je. Haha.”
Humaira sudah mula menjeling Aisya. Sakit pula hati dia melihat kakaknya itu sakan mengusiknya. Mentang-mentang lah Aisya sudah ada pasangan, kalau tidak silap-silap Aisya yang akan menjadi sasaran Hajjah Khadijah untuk dinikahkan dengan Harith.
“Dah, jangan risau sangat. Nanti pandailah mak slow talk dengan Tok Jah tu. Lagipun, banyak lagi jalan penyelesaian yang lain kan.”
“Betul!”, jawab Humaira dengan semangat.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
Humaira sedang duduk di bangku balkoni hotel yang mereka sekeluarga menginap. Waktu sudah hampir lewat petang. Humaira kelihatan sedikit gelisah sambil tidak habis-habis melihat skrin telefon bimbitnya. Dia sedang menunggu maklum balas daripada seorang staf yang menjaga Bahagian Akademik Fakulti Perubatan di universitinya. Staf itu sudah janji untuk menghantar screenshot keputusan peperiksaan tambahan yang perlu diambil bagi sesiapa yang tidak pass peperiksaan kali pertama. Keputusan itu akan menentukan sama ada dia dapat meneruskan Tahun 3 ataupun dia terpaksa mengulang kembali 1 tahun tempoh pengajiannya dalam Tahun 2. Debaran yang dirasakan membuatkan dia tiada mood langsung untuk membuat sebarang aktiviti lain selain menunggu. Makan tengah harinya bersama keluarga tadi pun tidak berapa berselera.
‘Ya Allah, aku dah buat segalanya yang terbaik. Tapi, kenapa hati aku ni masih berdebar-debar, ya Allah. Bantu aku, ya Allah. Aku tahu Engkau Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat aku. Sumpah, aku takut saat ni, ya Allah...’
Tinggg! Sebuah pesanan ringkas masuk ke dalam whatsapp Humaira. Dia memulakan dengan bacaan bismillah lantas membuka message column yang dihantar oleh staf Bahagian Akademik tempat dia belajar itu.
“Ya Allah...”
Tidak semena-mena air matanya menitis tanpa dia sedari. Dia menekup mulutnya dengan tangan kerana tidak mahu tangisannya kedengaran oleh ahli keluarganya yang lain. Humaira memandang ke arah langit yang luas. Dia seperti mencari-cari apakah hikmah dan ujian yang sedang Allah tentukan untuknya kali ini.
‘Allah, aku tak kuat.. Kenapa kau uji aku sebegini, ya Allah? Aku dah tak sanggup nak ulang semula 1 lagi tahun pengajian. Perit yang aku tanggung waktu setahun aku repeat year dulu tu pun masih lagi berbekas dalam hati aku ni, ya Allah. Kali ni kau uji aku lagi dengan perkara yang sama.. Aku tak sanggup...’ Air matanya laju menjatuhi pipinya dan mukanya pula sudah bertukar merah padam dek kerana menangis.
‘Mak.. Apa yang Aira perlu buat sekarang ni..? Aira rasa nak putus asa dah ni.. Walaupun masih ada satu lagi peluang untuk Aira repeat year tapi Aira dah tak sanggup nak lalui semua tu lagi.. Aira tak sanggup nak berdepan dengan semua orang.. Aira tak sanggup nak berpura-pura kuat dan teruskan dalam bidang yang Aira rasa tak layak untuk Aira teruskan.. Aira tak layak, mak..’
Air hujan yang mulai turun dengan renyai-renyai bagaikan turut merasai kesedihan Humaira saat itu. Makin lama hujan makin lebat dan makin galak pula Humaira menangis bagi melepaskan segala kepedihan di hati.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Malam ni makan kat mana, eh? Ada cadangan?”, tanya En. Raikal kepada anak-anaknya yang sudah berkumpul di dalam bilik hotel itu.
“Tak tahu. Abang ikut je.”, jawab Izzat ringkas.
“Dekat area sini je tak ada restoran yang best ke?”, tanya Isyraf pula.
“Akak tak kisah. Akak ikut je. Tapi kalau boleh nak makan nasi. Hehe.”, jawab Aisya sambil tersengih.
“Eh, mana anak mak lagi seorang? Awak semua nampak Aira tak?”
Humaira yang sudah reda dengan tangisannya sebentar tadi langsung memasuki ruang bilik hotel dengan riak muka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia memandang Pn. Zahrah yang juga sedang memandang ke arahnya. Humaira terus memberikan senyuman demi menutup sebarang riak sedih di mukanya.
“Kenapa, mak? Mak cari Aira ke?”
“Yalah, mak cari awak. Saspen mak tengok tiba-tiba seorang anak mak hilang ke mana. Aira buat apa lama-lama kat balkoni tadi? Tak perasan pula mak yang awak masuk situ tadi.”
“Hehe. Tak ada la lama sangat. Saja nak ambil angin luar. Sedap, sejuk.”
“Haaa.. Tak pun kita makan kat rumah bakal mertua Aira je la. Nak tak, Aira? Hahaha.” Ada sahaja idea En. Raikal hendak mengusik Humaira.
“Ish, ada pula abang ni cakap macam tu. Tak habis-habis nak menyakat budak ni.”
Aisya, Izzat dan Isyraf yang turut memahami maksud En. Raikal itu turut sama tertawa. Humaira hanya mendiamkan diri walaupun bibirnya tersenyum tawar.
‘Perlu ke aku buat keputusan ni, eh? Macam mana agaknya reaksi mak, ayah, Kak Aisya, Abang Izzat dan Abang Isyraf? Tapi, apa salahnya kalau aku nak cuba cari kebahagiaan dengan cara lain kan? Lagipun, aku betul-betul buntu tak tau nak buat apa sekarang. Apa nasib aku yang seterusnya pun memang aku dah tak tahu. Adik-beradik aku semua dah berjaya tamatkan pelajaran dia orang dan dah bekerja dah pun. Semua dah ada pasangan masing-masing. Tinggal tunggu waktu majlis masing-masing sampai je. Aku ni? Apa pun tak ada.. Apa je yang aku boleh bagi dekat mak dan ayah..?’
“Aira? Aira nak makan kat mana?”, tanya Pn. Zahrah sekaligus mematikan lamunan Humaira yang sudah melayang jauh.
“Aira.. Ok je..”
“Maksud Aira?”
“Aira setuju dengan cadangan tu.”
“Cadangan? Cadangan nak makan kat mana?”
“Kat rumah Tok Jah.. Lepas tu kita bincang terus pasal cadangan Tok Jah tu..”
Semua yang berada di dalam bilik itu benar-benar terkejut dan terus terpinga-pinga kerana tidak sangka dengan jawapan yang diberikan oleh Humaira itu. Masing-masing terdiam dan saling memandang antara satu sama lain.
“Aira ni bergurau, kan? Aira jangan buat macam-macam. Mak serious tengah berdebar-debar ni.”
“Tak, Aira serious la ni. Semua orang dah ada pasangan masing-masing kan. Apa salahnya kalau Aira terima cadangan Tok Jah tu dan cuba terima si Harith tu kan?”
“Oh wow.. Abang tak sangka Aira ni dare sampai macam ni eh. Haha.”, jawab Izzat.
“Aira ni dah kenapa? Tak payah lah. Awak habiskan dulu belajar tu.”, sampuk Isyraf.
“Kenapa apa? Abang Isyraf jealous ke kalau Aira kahwin awal daripada Abang Isyraf?”
“Hahaha. Kalau nak cakap pasal jealous kita orang bertiga ni semua belum kahwin, Aira. Ni bukan setakat langkah bendul je. Berbendul-bendul dah.”, jawab Aisya yang sudah mula menyandar di kepala katil. Mereka yang lain semua tergelak dengan pernyataan itu. Hanya Pn. Zahrah yang masih menunjukkan riak kerisauan di mukanya.
“Aira betul ke ni? Aira rasa kesian kat Tok Jah sekeluarga ke? Ataupun Aira ada masalah lain? Cuba cakap kat mak.”
“Tak ada lah, mak. Aira ok je. Cuma yalah, Aira rasa kesian dekat Tok Jah tu. Tadi masa dia bercakap dengan Aira pun muka dia nampak letih dan pucat je. Mesti dia penat nak fikirkan pasal majlis pernikahan yang terpaksa dibatalkan tu. Then, I think if I’m there to help her, Aira dah buat sesuatu perkara yang baik dalam menjaga nama dan maruah keluarga mereka kan. Lagipun, bila Aira fikirkan balik keluarga Tok Jah pun kita semua dah kenal kan. Uncle Ayden tu pun ok je Aira rasa. Sekarang ni kiranya macam keluarga Tok Jah dah hantar lamaran dekat Aira lah kan? So, Aira rasa macam tak ada sebab untuk Aira tolak..”
Masing-masing kehilangan bicara. Apa yang sedang berada dalam fikiran masing-masing hanya tuhan yang tahu. Pn. Zahrah hanya mengusap lembut rambut Humaira. Terharu rasanya dia mendengar kata-kata anaknya yang seorang itu sanggup berkorban demi membela nama dan maruah keluarga orang. Besar betul pengorbanan itu. Namun, dia juga berasa amat berat hati ingin melepaskan anak daranya itu ke pangkuan orang lain dalam keadaan seperti itu.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“So, can I call you Aira?”
“Sure.”
“Ok, look. Kenapa awak setuju dengan cadangan Nenda, eh?”
“Aaa.. Cop! Before that, can we just gunakan bahasa ‘aku-kau’? Are you ok with that?”
‘Boleh tahan sempoi betul perempuan ni. Hm.. Not bad. No wonder Nenda said that she’s not like the other girls out there.’
“Sure. Why not.”
“Nice! Hm.. Kau tahu kan aku ni senior sikit daripada kau?”
“Nenda ada bagitahu.”
“Then, kau tak kisah ke nak kahwin dengan aku yang lebih berumur daripada kau ni?”
“Fokus aku cuma nak tolong keluarga Mak Long dan Ayah Long aku je. Plus, I really worry if anything may happen to my Nenda. That’s all.”
“Oh.. Baik juga kau ni eh. Bagus. Next, kau tak ada awek ke?”
“It’s not that I don’t have any, but I just chose to be like that. I want to focus on my career first.”
“Hm.. Bagus, bagus. Just like me. Eh, wait.. You’re...straight, right?”
“Of course!” Harith sudah mula berkerut dahi.
“Haha. Chill, chill.. Just joking. Don’t take it to your heart.”
“So, now it’s your turn. Kenapa kau setuju dengan perkara ni?”
Humaira yang sedang berdiri berhadapan dengan Harith di hadapan swimming pool terus memusingkan badannya dan menghampiri swimming pool itu. Dia duduk di tepi tembok swimming pool dan mula mencelupkan kakinya ke dalam air.
“Hm.. Sejuknya air ni..”, kata Humaira dengan suaranya yang halus.
“You’re still not answering me.”
“Oh, sorry. Hm.. Macam mana nak cakap, eh? Mula-mula tu memanglah aku rasa macam ‘Seriously.. What??’ -like that.” Humaira bercakap dengan penuh aksinya.
“Yalah, of course lah aku memang terkejut kan. Macam dalam drama-drama pula keluarga nak satukan semua ni. Aku memang tak pernah langsung terbayangkan benda ni akan berlaku dalam hidup aku juga. Memanglah aku ni agak drama queen, tapi tak adalah sampai aku suka nak ada dalam situasi macam ni. Aku ingat lagi yang dulu aku sendiri pun pernah bagi amaran kat mak ayah aku supaya dia orang tak ada nak paksa-paksa aku untuk kahwin dengan sesiapa pun daripada pilihan mereka. Aku nak cari pasangan hidup aku sendiri. Full stop.” Humaira berhenti untuk mengambil nafasnya semula sebelum meneruskan ceritanya.
“Next.. Bila waktu aku jumpa dengan Tok Jah dalam bilik dia pagi tadi, aku dengar apa penjelasan dia, and aku tengok muka dia macam tak bermaya je bila cakap pasal sepupu kau si.. Apa nama dia? Hud?”
“Luth.”
“Haa.. Luth. Betullah tu. Aku jadi kesian pula dekat Tok Jah. Dia tak patut ada dalam keadaan stress macam tu. Tak patut..”, ujar Humaira dengan memek mukanya dan jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan.
‘Over pulak minah ni..’, ujar Harith dalam hatinya. Humaira yang berada di sebelahnya dijeling.
“Bila aku dah rasa kesian tu aku pun tiberrr je rasa semangat nak tolong Tok Jah dengan keluarga dia untuk selesaikan masalah ni. Hm, tu je lah reason kenapa aku terima.”
“Bukan sebab kau tak ada boyfriend?”, kata Harith dengan muka menyindirnya.
“Choi! Orang datang nak tolong keluarga dia, dia kata kita macam tu pula? Haa itulah budak-budak zaman sekarang, tak reti nak menghargai niat baik orang lain. Ada pula dia kata niat baik kita ni ada niat di sebaliknya pula?” Humaira sudah mengecilkan matanya sambil membalas jelingan daripada Harith.
“Joking. Ha ha.”, jawab Harith seperti ingin membalas semula apa yang Humaira pernah katakan kepadanya pada awal tadi.
“Like I said, I also the same with you lah. I nak fokus pada pelajaran. Lama lagi I nak habis belajar, so better if I don’t mess my head with GUYS..”
“Then, baguslah.”
“Eh, kenapa rasa macam aku pernah cakap macam tu tadi, eh?”
“So, what’s your plan now?”
“Plan? What plan? Semuanya Tok Jah kata dia yang akan tolong uruskan kalau aku setuju dengan cadangan dia. So.. aku follow je lah.”
“Not that. I mean, apa pelan kau lepas dah kahwin dengan aku nanti? Kau nak cerai dengan aku beberapa bulan lepas tu? Lepas tu bagi reason sebab kita dah tak serasi, macam tu?”
“Eh, boleh tahan eh kau ni. Mesti kau pun banyak tengok drama-drama melayu kan? Bagus kau ni. Boleh jadi pengarah filem.”
“Can you please be serious on this topic?”
“Hehe. Owkay, owkay.. So, macam ni lah. Kalau kau nak tahu pelan aku, aku sebenarnya tak ada pelan apa-apa pun sebab aku hanya letak pelan aku dalam tangan Allah. Sebab pelan aku sebelum-sebelum ni mostly tak jadi pun. Jadi sekarang aku hanya bagi kerja untuk pelan tu kat Allah je sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku, untuk keluarga aku, untuk Tok Jah dan keluarga kau, dan akhir sekali untuk kau juga.”, jawapan Humaira itu telah membuatkan Harith sedikit terkesan dengan kata-katanya.
“Sure, kita akan sama-sama doakan supaya sepupu kau dan pasangannya untuk balik sini sebelum majlis nikah esok. Tapi, kalau dia orang tak ada juga pada masanya, insya’Allah aku dah berpegang kuat dengan keputusan aku..untuk terima pernikahan ni. Aku nak letakkan keputusan dari hasil istikharah aku tadi kat tangan Allah..”, ujar Humaira lagi sambil memandang jauh menembusi ke dalam air yang berada di hadapannya itu.
‘Ya, aku nak bertaruh untuk arah tuju kehidupan aku ni sekali lagi. Walaupun dahulu aku pernah bertaruh istikharah untuk berada dalam bidang perubatan dan sekarang aku hampir tidak berjaya, namun aku masih lagi nak bertaruh kat Allah untuk kehidupan aku yang seterusnya. Sebab aku masih nak percaya, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diri aku sendiri. Sebab aku sentiasa buntu dengan fikiran aku sendiri..’
“Bagus juga idea kau tu.”
“Hah?”
“Yalah, bagus juga idea kau tu sebab aku pun rasa cerai-cerai ni macam tak cool. Lagipun, aku tak nak dapat dosa kalau nak buat kahwin kontrak bagai.”
“Kan.. Hahahah.”
Mereka berdua sama-sama tergelak. Sisa gelak yang masih berbaki ditambahkan dengan senyuman yang ikhlas daripada mereka berdua. Tenang sedikit rasanya apabila masing-masing bagaikan sudah mendapat kata sepakat untuk menerima pernikahan itu walau masing-masing sudah pasti mempunyai alasan dan kisah yang tersendiri. Mereka seboleh-bolehnya ingin menolak ke tepi semua alasan-alasan yang bakal membuatkan keputusan mereka itu goyah. Malahan, mereka hanya ingin meletakkan kepercayaan mereka sepenuhnya kepada ketentuan Allah kerana itulah satu-satunya idea yang dirasakan sangat sempurna buat mereka semua.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Suka Mak Bonda tengok mereka berdua tu boleh tersenyum gembira macam tu. Alhamdulillah. Mak Bonda takut juga kalau cadangan Mak Bonda tu bakal buatkan mereka berdua sedih atau tertekan. Terima kasih ya, Zara. Mak Bonda tak tau lah nak balas apa atas pengorbanan yang Zara buat ni untuk lepaskan Aira bernikah dengan Rith.”
“Tak ada apalah, Mak Bonda. Bagi Zara mungkin semua ni dah takdir Allah, jadi Zara redha je. Lagipun, Aira sendiri yang dah setuju. Dia kata, dia nak percaya dengan gerak hati dia selepas dia buat istikharah tadi..”, jawab Pn. Zahrah sambil memandang ke luar.