Home Novel Komedi/Romantik Komedi Dia Suami Rahsia
Dia Suami Rahsia
Sweet Jasmine
16/11/2021 19:14:05
38,923
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2
CURI-CURI SAYANG


ZAIDAN cuba sedaya upaya buat-buat tekun mendengar ucapan panjang lebar Tuan Farid selaku Ketua Pengarah High Moon International Medical Centre. Tapi muka buat-buat tekun pun tampak muka paling bosan. Ruang pejabat yang dingin menambah rasa mengantuk. Hampir 48 jam dia langsung tak dapat rehat, sekarang kena tadah telinga pula dengan cerita Tuan Farid yang amat meleret-leret. Mungkin sebab dia dah dengar untuk yang ke sejuta kalinya. 


Dia menguap luas, berharap Tuan Farid akan berhenti bercakap tapi makin luas dia menguap, makin rancak pula cerita berterusan. Kata orang, dia bertuah kerana menjadi anak emas Ketua Pengarah tapi sesungguhnya, berat nak galas gelaran anak emas itu. Macam sekarang. Berat nak galas, berat lagi kelopak matanya melawan kantuk. 


   "But it is okay. Saya pun tak expect Tan Sri Hamid bersetuju nak sambung tajaan dia."


Hanya itu yang sempat masuk lewat lubang telinga Zaidan kali ini. Lelaki itu mengoyak senyum sumbing. Reaksi tak ikhlas namanya. Duduk pun dah tak senang kalahkan orang panas punggung.


Tapi Tuan Farid, lelaki beruban putih yang menginjak usia 65 tahun itu malah ketawa sendiri. Seronok mendengar ceritanya sendiri mungkin.


   "Oh. By the way... dah dapat email tentang Doktor Khalis?"


   "Apa Lis? Siapa?" Selamba Zaidan angkat kening. Tak pernah dengar sebaris nama itu. Atau lebih tepatnya, dia tak buka pun lagi sebarang email peribadi untuk minggu ini.


   "Doktor Khalis. Our Cardiology Unit's new surgeon. One of the best Cardiac Surgeon that Bridgeton Hospital has ever had. Next month akan mula berkhidmat dengan kita. Amazing, isn't it?"


   "So kenapa tak terus stay sana je? Yakin bukan kena kick out?"


Hahahaha! Tuan Farid ketawa menyangka bicara sarkastik Zaidan itu sebagai gurauan. Meski muka selamba badak Zaidan langsung tak ada segaris senyuman.


   "You should google him right now. Just how lucky we are to have a great person like him willing to work with us."


Pft - Tawa Zaidan meletus sekali. Tapi segera dia meraup sekali muka sambil membuang senyum sinis yang sempat bergayut di bibirnya. Pandangan Tuan Farid dibalas tanpa rasa gentar sama sekali. Perlahan-lahan melurut senyum dari wajah tua Tuan Farid.


   "Our hospital stood firm for over 40 years without him. What does lucky really mean?" 


Tuan Farid terdiam dipanah kata Zaidan. Sepi menjalar di antara mereka untuk beberapa saat sebelum akhirnya Zaidan bangun dari kerusi.


   "Well, i still got a lot of 'real' things to do. Gotta go now, you mind?" Susunan ayatnya tersusun tapi maksudnya atau mungkin intonasinya, tak menyenangkan Tuan Farid sama sekali.


Tuan Farid ketap gigi. Tiada lagi senyuman, tajam mata menikam sepasang mata Zaidan yang keletihan. 


   "Election untuk next Chief Physician dah tak lama. You need to change your attitude and stop being a jerk. No more goofing around, you're not getting younger, Zaidan. If you don't change, this Khalis will take over your future position."


Zaidan tenang mendengar 'ugutan' Tuan Farid. Mungkin ada gelora dalam jiwa tapi dia bukan jenis mengakui perasaan sendiri. Dia sentiasa berlagak kuat. Berlagak tak pernah terkilan, berlagak tak pernah terkesan dengan apa yang berlaku sekitarnya. Jadi kali ini pun, dia cuma angguk kepala. Tanpa membalas bicara Tuan Farid, dia lantas membuka langkah keluar dari pejabat. Tak sedar tangan digenggam kemas sepanjang langkah hingga ke dalam perut lif.


   "Chief physician my ass," sumpah Zaidan bila suara Tuan Farid terngiang-ngiang di cuping telinga.


Dalam masa yang sama, telefon bimbitnya berdenting sekali tanda ada mesej baru. Dengan muka mood taufan tornadonya itu, dia membaca mesej ringkas dari rakan sekerjanya sekali imbas.  Kerana mesej itu, dia terpaksa batalkan niat untuk rehat di pejabatnya dan mengubahnya ke unit kecemasan. 


Di unit kecemasan yang luas, setiap satu bilik dipisahkan dinding kaca dilengkapi beberapa alatan dan katil. Tika ini ruangan itu tak terlalu sibuk seperti biasanya.


Zaidan masuk ke dalam salah satu bilik. Tak cakap banyak, terus berdiri sebelah dinding kaca.  Dengan kedua-dua tangan di dalam poket jubah putihnya, anak mata mengimbas situasi. Sekujur tubuh lelaki terbaring kaku di atas katil, tak berbaju. Dikerumuni oleh 4 orang doktor pelatih dan seorang jururawat. Semua pada membisu.


   "Anyone?" Akhirnya Zaidan bersuara sambil menyandarkan tubuh pada dinding kaca. Berpeluk tubuh, silang kaki.


Mendengar itu, 4 orang pelatih di bawah kendaliannya mula saling berpandangan. Takut nak buka mulut. Well, 5 bulan lepas, Zaidan menerima 8 doktor pelatih atau intern di bawahnya tapi 4 orang awal-awal lagi dah angkat kaki dek tak betah dengan cara Zaidan. Tinggallah 4 orang lagi yang terumbang-ambing semangat bersisa. 


Pasha, gadis berketurunan india berusia 23 tahun. Orangnya berambut ikal panjang yang selalu terjalin kemas. Agak pemalu dan rendah tahap keyakinan dalam diri. Shahid, lelaki dari Sabah yang happy go lucky tapi bertukar gugup di depan Zaidan. Amira, antara intern yang paling diberi perhatian oleh beberapa atasan kerana prestasi cemerlang dan semangat berkobar-kobar. Jenis yang kalau dalam kelas dulu, orang sibuk nak balik, dia sibuklah nak tanya soalan. Hurgh. Oh. And seorang lagi, Adri. Satu spesis dengan Amira. Eloklah mereka berebut nak jadi 'Best Intern Of The Year'. Satu anugerah yang tak pernah wujud.


Okey, enough dengan penerangan tak penting, kembali pada Zaidan. Lelaki itu masih menanti anak buahnya untuk menyahut. Tiada soalan tapi dia mahukan jawapan.


Selang beberapa saat, Amira angkat tangan separa tanda meminta izin untuk bersuara. 


Zaidan angguk sekali memberi keizinan.


   "Patient lelaki, 49 tahun. Arrived in ER at 1038 AM. Report dari first responder, tulang retak akibat tekanan and terdapat kecederaan dalaman. Dah masukkan ubat melalui tiub. No pulse even after 30 minutes of CPR dalam perjalanan ke sini."


Terangguk-angguk kepala Zaidan mendengar penjelasan Amira. Muka acuh tak acuh, sesekali dia mengutil kulit bawah kukunya sendiri. Memang selamba. Itu yang buat anah buah makin tak senang.


   "Jadi? Shahid."


Shahid tersentak bila namanya meniti di bibir Zahid. Kecap bibir, mata liar mencari anak mata teman sekerja. S.O.S!


   "Er... Sahkan kematian ke?"


   "Patient tak mati lagi, kenapa nak sahkan kematian?"


Gulp. Shahid telan liur. Sempat mengerling pada 'mayat' pesakit yang terlentang di atas katil di depannya. Tak mati lagi macam ni? Aduh...


   "Any info dari first responder ialah maklumat untuk korang. Maklumat untuk selamatkan patient. Patient sampai, selamatkan patient. Patient tak dapat diselamatkan, baru boleh sahkan kematian. Faham?"


Semua terkebil-kebil mendengar ucapan Zaidan. Tak tahu harus berbuat apa, tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana.


Zaidan tak peduli. Dengan masih menyandar, dia angkat kening pada Shahid. 


Shahid rasa macam nak pitam. Dia melirik Adri untuk minta bantuan tapi Adri pun buat-buat kaku tak menoleh kiri kanan. Shahid buntu. Tak faham! Angkat kening isyarat apa? 


   "Tercegat apa? Selamatkanlah patient," arah Zaidan dengan suara jengkel. 


Barulah masing-masing kalut bergerak. Shahid menghidupkan mesin defibrilator, Pasha dan Adri menanggalkan cincin dan jam dari tubuh badan pesakit sementara Amira melekapkan pad elektrod di bahagian dada pesakit. Amira juga memasukkan wayar pad elektrod ke dalam penyambung dan mereka menanti mesin defibrilator menganalisis denyutan jantung pesakit dan menilai keperluan untuk kejutan terlebih dahulu.


   "No pulse on V-Tach," kata Shahid memegang penyambung yang sudah jururawat di belakangnya sapukan gel.


Amira angguk. "Charge 200."


Dalam gugup pun, Shahid tetap melakukan tugasnya. Aliran elektrik pertama dilakukan untuk mengengembalikan ritma jantung tapi malangnya, skrin mesin defibrilator tetap menunjukkan 3 garis panjang lurus.


Shahid agak keliru. Yelah. Nak selamatkan orang dah mati, dia bingung nak buat apa. Telan liur dia memandang Amira di depannya dan Amira angguk sekali tanda untuk 'teruskan saja walau kita semua tahu ini kerja sia-sia'.


   "Charge 300," maklum Amira.


Shahid angguk dan menekan penyambung pada pad elektrod untuk kali kedua. Berdebar masing-masing membaca bacaan pada skrin defibrilator. Sama seperti tadi. 


   "So what's next?" Zaidan bersuara menarik perhatian semua orang.


   "Er..." Shahid teragak-agak. "Sahkan kematian?"


   "Kau patut apply kerja bilik mayat. Sesuai dengan semangat kau bab nak sahkan kematian orang," tempelak Zaidan membuatkan Adri kerut dahi mengawal muka agar tak mempamerkan segaris senyum pun di waktu 'genting' begini. 


Shahid sudah pasrah. Nak gila rasanya bekerja di bawah Zaidan.


   "Pasha. Do Pericardiocentesis."


   "Baik, doc."


   "What should you do if there is still no response?"


Pasha terdiam. Melirik gemuruh pada Shahid. Kalau dia jawab sahkan kematian, kemungkinan besar dia yang akan jadi partner Shahid di bilik mayat. Aduh...


   "A pericardial window," celah Amira penuh yakin. Muka minta pujian.


Zaidan tepuk tangan sekali tanda berpuas hati dengan jawapan itu. Dia membuka satu langkah ke depan, kedua-dua tangan menyurup masuk ke dalam poket seluar slack hitam yang dipakai.


   "And if there is still no response after a pericardial window, korang boleh tanya Shahid what to do next. Things he likes to do." Sempat lagi dia menyindir anak buahnya sebelum mengatur langkah pergi.


Bila batang tubuhnya menghilang, semua pada menghela nafas lega. Muka memang lega habis. Berpeluh belakang tubuh, kecut isi perut. 


Shahid berundur 3 tapak ke belakang dan menyandar pada dinding kaca dengan alat penyambung masih dipegang.


Pasha dan Amira tercegat di sisi katil, saling bertukar pandang sementara Adri tersenyum-senyum sendiri di hujung katil.


   "Firaun tu suruh kau kerja bilik mayat, Shah," giat Adri digeletek rasa lucu dengan kejadian tadi. Kejung urat muka dia tahan ketawa tadinya.


Mendengar itu, Shahid menjeling sebal. "Aku ingatkan kat kolej dulu tahun-tahun paling teruk dalam hidup aku. Rupanya kat sini teruk lagi. Tu bukan Firaun. Tu bapak segala Firaun."


   "Esh. Tak baiklah cakap macam tu," larang Amira yang cantik seperti pelakon TV. 


   "Bagi aku, memanglah perangai dia teruk. Tapi... after all, dia doktor yang paling handal kat sini. Beruntung apa kita under dia," tokoknya lagi mengundang muka nak muntah dari Shahid.


   "Walaupun Doktor Uzair tu aku tengok tua nak mati, tapi aku lebih rela jadi intern dia faham tak? Betapa aku tak nak dekat dengan Firaun tu. Kau tengoklah sekarang. Dah sah-sah patient dah mati. Kenapa sampai suruh kita beria buat itu ini. Saja nak buat kita nampak bodoh?"


   "Lain orang lain cara."


   "Alah. Kau suka dengan Firaun tu sebenarnya kan? Bukan main lagi nak tarik perhatian dia aku nampak," serkap Shahid pula menarik minat Adri.


   "Kau suka dia, Mira? Gila ke? Weh. Jangan beranganlah nak usha dia. Aku syak dia tu gay. Tak tengok cara dia bergurau dengan Doktor Hadi? Eiy!" Giliran Adri pula menyerkap semborono. Kesian mayat di atas katil terpaksa tadah telinga akan perbalahan tak senonoh begini walaupun sudah mati.


Kulit muka Amira berubah merah padam. Geram betul dengan sikap Shahid dan Adri.


   "Malaslah aku layan korang. Nak tak nak, lagi 3 tahun kita kena hadap Doktor Zaidan. Take it or leave it."


   "Take it or leave it," ajuk Shahid dengan mimik mula berlebihan. Menambah sebal di hati Amira.


   "Erm... Korang. Why not... we start doing pericardiocentesis now?" keluar juga suara Pasha walau riaknya macam takut ditelan orang.


Mahu tak mahu, dengan muka cemberut semua mula menyambung kerja. Kerja menyelamatkan sekujur mayat.



--------------------------------------------



   "TERIMA KASIH, Gee," ucap Syuhada lembut pada Azirah, jururawat muda yang datang menghulurkan beberapa fail maklumat pesakit yang dia perlukan sekarang.


   "Saya nak turun kafe sekejap. Doktor nak kopi tak?" tanya Azirah yang sudah pun separuh tubuh di luar garis pintu pejabat.


Syuhada yang barusan baru membelek satu muka surat, angkat muka dengan senyum indah di wajah. Batang hidung dikerutkan tanda berfikir. Aih. Comel benar!


   "Tak. Saya dah nak balik. Malam ni takut tak boleh tidur."


   "Alright. Saya pergi dulu."


   "Okay... Careful my dear..."


Dia kemudian kembali meneliti maklumat pesakit. Tekun sambil mulut terkumat-kamit membaca tanpa suara. Sesekali, dia mencari maklumat lain melalui komputer pula. Tangan ligat di atas papan kekunci. Kadang menggerakkan tetikus dan menulis sesuatu pada buku notanya.


Selang 15 minit, telefon bimbitnya berdenting 3 kali tanda ada 3 mesej baru. Dia segera membuka aplikasi Whatsapp. Dahi licin berlapis nipis tatkala melihat sebaris nombor pengirim. Tak ada gambar profil. Nombor juga tiada dalam senarai kontak. Siapa?


Tak menunggu lama berteka-teki, kotak perbualan disentuh sekali. Terpampang satu gambar. Gambar... di lapangan terbang. Nampak seperti KLIA 2.


   "I'm back?" mesej terlisan di bibir. Menambah teka-teki dalam kepala. Satu lagi mesej di bawah mesej itu dia baca lagi.


   "This longing heart can't wait to meet you..."


Syuhada tambah keliru. Jangankan dahi berkerut. Bibir pun terherot memikirkan siapakah gerangan pengirim. Tak tahu pucuk pangkal. 


   "Salah nombor ke?" desisnya menilik sebaris nombor yang tertera di skrin telefon. 


Tapi baru sesaat nak menilik, pintu pejabatnya diketuk. Apabila kepala diangkat, pintu sudah pun terkuak dari luar disusuli kemunculan batang tubuh Zaidan. 


Bola mata Syuhada membulat kaget. "Doktor Zaidan?"


Zaidan menapak masuk sambil menutup pintu. "Seriously? Do i look like 'Doktor Zaidan' to you?"


Syuhada pantas berdiri, laju mendekati Zaidan. Dah macam orang buat maksiat dia mengintai-ngintai ke luar tingkap pejabat. Cermin pejabatnya gelap jadi tak dapat ditembus pandang oleh sesiapa.


   "Abang buat apa kat sini?" soal Syuhada separuh berbisik. Takut benar kalau ada orang lain nampak mereka berdua berada di dalam satu ruang yang sama.


Zaidan kerut dahi. Cuba merangkul pinggang Syuhada tapi Syuhada lebih pantas mengelak. Terlepas di cubaan pertama.


   "Tak ada pulak masa sign surat nikah dulu, tok kadi cakap yang seorang suami kena ada sebab dan alasan yang kukuh untuk jumpa isteri sendiri. Ke abang terlepas pandang?"


   "Abang... Kan Ayu dah cakap. Kalau abang terus macam ni, lambat laun orang akan curiga."


   "That's the point. Lambat-laun orang akan tahu so kenapa sayang beria sangat nak berahsia? Sayang bukan nikah lepas pregnant. Bukan nikah kat siam. Jadi kenapa?"


Syuhada terdiam kali ini. Lama menekur muka bersahaja suaminya yang angkat kening menanti balasannya. Sudah 3 tahun soalan ini cuba dibahas tapi tak pernah menemui jawapan berbeza. Jawapannya tetap sama.


Melihatkan air muka bersalah Syuhada, Zaidan jadi tak betah nak teruskan perdebatan. Jadi dia mencuit sekali batang hidung Syuhada.


   "Abang datang sekejap je. Tak ada orang nampak pun. Dah 3 hari abang tak peluk sayang kan? Rindu. Boleh abang peluk dalam 60 saat?" Pandai dia bermain kata tak seperti 'Firaun'. Hasilnya, berjaya menyentuh hati sang isteri. 


Syuhada tersenyum mendengar luahan Zaidan. Dia tahu Zaidan bukan jenis yang bermulut manis. Jarang sekali berkata sayang dan rindu. Kalau rindu sudah diucap, maknanya lelaki itu benar-benar diasak rindu. Jadi dia menarik perlahan tubuh Zaidan ke dalam pelukannya. Zaidan jauh lebih tinggi dan besar darinya tapi dia yang mendakap tubuh Zaidan. Tapak tangannya mengusap-usap belakang tubuh Zaidan mengalirkan kehangatan.


Zaidan pejam mata. Menikmati setiap saat dalam dakapan isteri kesayangan. Melepas rindu, melepas penat. 


   "You did well, my love," bisik Syuhada memaksudkan setiap pembedahan yang Zaidan lakukan sepanjang 3 hari ini.


   "But you said that i was rude," balas Zaidan pula. Masih dalam dakapan sang isteri.


Syuhada ketawa kecil. Dah baca tak nak balas. Tapi terkesan pula di hati.


   "Abang jugak yang suruh Ayu makan dengan Ceci sebab tak nak Ayu makan sorang-sorang. Lepastu cakap macam tu kat Ceci."


   "No comment."


Syuhada ketawa lagi sambil mengemaskan pelukan. Terpancar cahaya kebahagiaan di wajahnya.


Tok! Tok! Tok!  


Terkejut beruk Syuhada bila bunyi ketukan mencelah babak romantis mereka. Spontan dia meleraikan pelukan dan menjauh beberapa tapak dari Zaidan yang jelas tak puas lagi 'berasmaradana'.


   "Masuk," kata Syuhada usai membetulkan tudung dan pakaian. Kan dah cakap. Kalahkan macam orang buat maksiat dia punya tahap rasa berdosa tu.


Sedetik, pintu terkuak dan lelaki tegap berkaca mata muncul mendekati Syuhada. Ambil masa 5 saat untuk menyedari kewujudan Zaidan.


   "Eh. Eid. Kau buat apa kat sini?" sapa Hadi ceria. Jumpa bff, memanglah teruja. Hatta dah 48 jam bersama.


Mendengar soalan Hadi, Syuhada pula yang biru satu muka. Dia mencari anak mata Zaidan. Terkebil-kebil tayang muka anak kucing berharap Zaidan tak akan bertindak gila.


Kalau ikutkan kehendak hati, Zaidan mahunya menjerit dari bangunan hospital tentang status hubungannya dengan Syuhada tapi... apakan daya. Dia dah berjanji dengan Syuhada sebelum mereka menikah dulu. Hubungan mereka, rahsia.


   "Aku ada hal dengan Doktor Ada. Pasal patient aku," bohong Zaidan akhirnya. Air muka dan nada suara jelas berbaur terkilan. 


Mujurlah Hadi menelan jawapannya bulat-bulat. "Samalah. Aku pun baru nak tanya Ada tentang patient aku. Kau dah siap ke? Aku nak cepat ni."


Zaidan diam. Memandang  ke dalam mata Syuhada beberapa saat sebelum akur. 


   "Jumpa kau nanti," pamit Zaidan ala kadar. Kecewa dalam setiap langkah keluar.


Cukup menjentik rasa bersalah dalam hati Syuhada yang menghantar susuk suaminya sehingga hilang dari pandangan. Tak sampai hati melihat riak mendung kelabu itu. Nak saja dia peluk dan memohon seribu kata maaf. Ah.


   "Ada. Cuba you tengok patient i punya chart ni."


   "Oh. Ya. Mana?"

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sweet Jasmine