| 15 |
“OKEY abang, lusa we all datang lagi ya. Bye,”
pamit salah seorang pelanggannya sambil mencuit dagunya yang berjanggut tipis.
“Okey dear, jumpa lusa waktu yang sama, ya?
Jangan tak datang pulak,” balas Dwan dengan senyuman manis di bibir.
“Mestilah abang, we all dah bayar mahal kut.
Takkan tak datang pulak,” balas lelaki berperwatakan wanita itu dengan senyuman
lebar.
Bukan main suka dia apabila ada yang melayan.
“Okey,” akur Dwan.
Dua lelaki berperwatakan wanita itu berlalu
meninggalkan gimnasium itu selepas selesai sesi latihan mereka sebentar tadi.
Dwan menggeleng sambil tersenyum. Buku rekod
pelanggannya dicapai lalu dia menulis sesuatu pada buku itu.
“Dah habis ke?” tanya Azrin Aidil yang
tiba-tiba muncul entah dari mana di kaunter depan gimnasium itu.
Dwan mengangkat wajah sambil meletak pen di
tangan di tempat asalnya.
“Dah, tapi pukul 2.00 nanti aku ada klien
lagi,” jawab Dwan sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang ada.
Azrin Aidil turut duduk di sebelahnya. Jika
tiada pelanggan, mereka lebih senang duduk di kaunter depan.
“Kau tak jijik ke train dua orang mak nyah
tu?” soal Azrin Aidil tanpa berlapik.
Sejak dulu dia memang tidak suka dengan
golongan sebegitu.
“Jijik?” soal Dwan sambil berkerut memandang
Azrin Aidil di sebelah.
“Yalah, jijik. Lelaki, tapi tergedik-gedik
macam perempuan.”
“Dia klien aku ajelah. Lagipun, buat apa aku
nak jijik dengan dia orang. Aku train dia orang pun berbayar. Bukan free.”
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://3.bp.blogspot.com/-IQlbntm9-6Q/Uz6nchp-idI/AAAAAAAAEr8/fNIlrIjvE50/s1600/Allstars.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-IQlbntm9-6Q/Uz6nchp-idI/AAAAAAAAEr8/fNIlrIjvE50/s1600/Allstars.png" /></a></div>
“Itu aku tahulah. Tapi, kau tak geli ke bila
dia orang duk meraba-raba dan cuit-cuit kau? Sebab tu kalau bos suruh aku train
golongan macam tu, aku tak nak. Mak nyah, pondan, lelaki lembut, bapuk, semua
tu aku tak nak. Termasuk perempuan yang berlagak macam lelaki pun aku tak nak,”
ujar Azrin Aidil mengenai golongan yang paling dibenci selama ini.
“Amboi, benci sungguh kau dengan golongan
macam tu ek?” balas Dwan.
“Memang aku benci. Dah dilahirkan sebagai
lelaki, kenapa nak kena jadi macam perempuan? Bagi aku, golongan macam ni
semuanya loser, bacul dan dayus. Dah jadi lelaki, tetap nak jadi perempuan.”
Dwan tergelak sambil menggeleng. Matanya fokus
pada skrin telefon pintarnya.
“Tanggapan orang berbeza, Dil.”
“Maksud kau?” soal Azrin Aidil, inginkan
penjelasan.
Apa yang pasti, sukar untuk dia menerima
golongan sebegitu.
“Macam kita ni, tak semua orang suka kita,
kan? Samalah macam golongan dia orang tu. Ada yang suka, ada yang tak suka.
Yang penting, masing-masing menghormati hak masing-masing.”
“Eee... golongan macam tu, Nabi tak mengaku
umat, beb.”
Dwan tersengih lagi.
“Siapalah kita nak judge atau menghukum orang,
Dil? Kita pun bukan sempurna sangat, kan? Yang sempurna hanya satu, yang kat
atas tu,” jelas Dwan sambil menunjuk jari telunjuk ke atas.
Bermaksud, yang sempurna itu hanya ALLAH yang
satu.
“Eh kau ni, macam suka golongan macam tu aje.
Kau ni songsang ke? Kau jangan cari fasal. Aku tak suka ada kawan dua alam ni,”
ujar Azrin Aidil, risau.
“Hisy kau ni, ke situ pulak. Apa yang aku
cakap tu, betul, kan? Siapalah kita nak menghukum orang. Dosa, pahala, syurga,
neraka, tu semua ALLAH yang tentukan siapa yang layak, siapa yang tak layak.
Kita ni hamba-NYA aje.”
“Apa-apa pun, aku tetap tak suka dan benci
dengan golongan macam tu. Aku tak boleh terima.”
Azrin Aidil tetap dengan pendiriannya. Ada
sejarah silam yang mendorong dia untuk membenci golongan yang dimaksudkan. Apa
yang pasti, sejak tamat zaman sekolah lagi dia memang tidak suka dengan
golongan songsang atau dua alam.
Diam seketika. Dwan kelihatan fokus pada skrin
telefon pintarnya. Manakala Azrin Aidil pula sedang memeriksa buku rekod
kedatangan jurulatih yang ada di kaunter itu.
“Baru aku perasan, banyak-banyak trainer kat
gim ni, kau aje tak pernah dapat klien macam tu, kan?” ujar Dwan, baru perasan
akan hakikat itu.
“Ya, sebab aku dah beritahu bos, kalau ada
klien dari golongan macam tu, aku tak nak.”
“Patutlah.”
Masing-masing kembali menumpukan perhatian
kepada hal di depan mereka .
“Delyna tak datang ke hari ni?” tanya Dwan,
menukar topik perbualan.
Azrin Aidil memandang Dwan dengan pandangan
tidak puas hati.
“Kau ni, macam berharap dia datang jumpa aku
hari-hari aje, kan? Kalau sehari kau tak tanya fasal dia, tak boleh ke?”
Dwan tersengih.
“Ala, sorrylah kalau pertanyaan aku tu buat
kau marah. Bila dah selalu sangat dia muncul kat gim ni nak jumpa kau, lidah
aku ni macam dah terbiasa tanya fasal dia.”
Azrin Aidil merengus benci.
“Entah, aku tak tahu dia datang ke tak. Kalau
dia tak datang lagi bagus. Bila jumpa aku, asyik cakap benda yang sama aje.
Bosan!”
Dwan mengangguk faham.
“Apa kata, kau cari awek baru,” cadang Dwan.
“Untuk apa?”
“Kalau kau ada awek baru, bolehlah kau tunjuk
kat dia. Selagi kau tak ada awek, selagi tu dia menyimpan harapan, yang dia
masih boleh meraih hati kau yang dah keras macam roti kering tu.”
“Roti kering?”
“Ya. Kau tu badan aje sasa. Hati kau
sebenarnya taklah keras mana. Macam roti kering. Kena air sikit dah lembik
balik.”
“Itu satu penghinaan bagi aku,” ujar Azrin
Aidil, terasa hati.
“So, apa kaitannya dengan awek baru?” soal
Azrin Aidil kembali.
“Eee... lambatnya kau nak tangkap maksud di
sebalik kata-kata aku tadi.”
Azrin Aidil menggaru-garu kepala, tidak faham.
“Okey, macam ni. Kalau Delyna nampak kau ada
awek baru, gerenti dia putus asa dari terus mengharap pada kau. Kau faham tak
apa maksud aku?” jelas Dwan.
Azrin Aidil terdiam sejenak memikirkan semula
kata-kata kawan baiknya itu. Baru dia faham apa yang cuba Dwan sampaikan.
“Tapi, kau ingat nak cari awek ni senang ke?
Kau ingat cari awek ni macam pilih tongkeng ayam goreng kat pasar? Kau pun
tahu. Aku ni cerewet sikit bab nak pilih perempuan jadi awek aku. Kalau boleh
aku nak yang sopan santun, ayu, berbaju kurung biasa dan lemah lembut. Tapi
zaman sekarang ni, nak jumpa perempuan yang pakai baju kurung biasa ni, kau
ingat senang ke? Perempuan sekarang suka pakai baju kurung moden yang ketat
sana sini. Aku tak suka yang macam tu.”
Dwan mengeluh bosan. Dia sedia maklum tentang
ciri-ciri wanita yang disukai Azrin Aidil.
“Itu aku tahu, Dil. Anggaplah tu semua cabaran.
Orang nak dapatkan mutiara pun, kena cari tiram kat dasar laut. Tu pun tak
semua berkualiti. Inikan pulak nak cari permata di sebalik timbunan kaca. Kau
kena pandai pilih dan menilai. Tapi, janganlah demand sangat,” ujar Dwan.
Sempat dia memerli kawan baiknya itu di hujung
kata-katanya.
“Kau nak aku cari kat mana?”
“Facebook,” cadang Dwan sambil mengangkat
kedua-dua kening berulang-ulang kali.
Azrin Aidil diam sejenak. Cuba menimbang
cadangan kawan baiknya itu. Perlukah dia menerima cadangan Dwan itu?