BAB 8
“Hai.
Deila?” Ahmad Uwais menghulurkan sejambak bunga kepada gadis bernama Deila. Dia
calon blind datenya yang seterusnya.
“Oh…sweetnya
you bawakkan I bunga. You must be
Ahmad Uwais., anak Puan Sri Yusni, right?”
Deila tersenyum lebar bila menerima jambangan bunga mawar. Ahmad Uwais sekadar
mengangguk saja.
“Duduklah.
Kenapa berdiri aje.” lawa Deila dengan ramah.
Ahmad
Uwais menarik kerusi dan mengangkat kepalanya memandang Fatimah Dhaniyah yang
berada disebelahnya.
“Tarik
kerusi, duduk.” arah Ahmad Uwais.
“Saya
duduk dekat sini?” Fatimah Dhaniyah membeliakkan matanya. Apa ke halnya mamat
singa lapar ni? Dia keluar lunch dengan awek, apa hal aku kena ada sama?
Deila
turut memandang dengan pandangan pelik. Tak kan date bawak driver sekali kot.
Nasib muka handsome, layankan ajelah. Deila mengomel dalam hati.
Ahmad
Uwais mengetip bibirnya menahan geram bila arahannya dipersoalkan. Hisy…minah
ni, aku suruh duduk ikut ajelah. Tak payah banyak cakap.
“Deila,
dia ni driver merangkap bodyguard I. So you tak kisahkan kalau dia join kita
sekali?” Ahmad Uwais memaniskan mukanya kepada Deila.
“Aaa…sure. I tak kisah pun.” Deila terpaksa
berpura-pura setuju.
Ahmad
Uwais tersenyum dan memandang Fatimah Dhaniyah seraya memberi isyarat tangan
agar Fatimah Dhaniyah mendekatkan mukanya. Fatimah Dhaniyah menurut.
“Dah.
Apa lagi duduk ajelah. Tak payah banyak tanya sangat,” bisik Ahmad Uwais dekat
ditelinga Fatimah Dhaniyah.
“Apa
ni bos? Bos nak berdating tak kan saya nak kena ada juga?” bidas Fatimah
Dhaniyah dalam keadaan berbisik juga.
“Kau
jangan banyak mulut boleh tak? Duduk ajelah!” Ahmad Uwais menekan nada
suaranya. Bengang bila arahannya dibantah.
Dalam
keadaan serba-salah Fatimah Dhaniyah terpaksa menurut arahan yang diberikan.
Dia menutup mukanya dengan buku menu yang ada di depannya. Dalam masa yang sama
seorang pelayan menghampiri meja mereka bertiga.
“Mmm…I
nak order apa ni ya?” Deila sedang melihat-lihat menu ditangannya.
“Bagi
saya beef lasagna dan oren jus.” Ahmad Uwais memesan menu yang dia inginkan.
Perutnya sememangnya sudah kelaparan.
“Beef
lasagna? Eee…mengemukkanlah you.” Deila mencebik.
“Itu
I order untuk I. You boleh cuba seafood pasta ke?” selamba saja Ahmad Uwais
membidas.
“Humm…sound nice. Okey. I nak order seafood
pasta dan beritahu chef masak pasta I guna minyak zaitun. Faham?”
“Cik
jangan risau, kat sini masakkan kami memang menitik beratkan soal kesihatan. Minum
cik?” tanya pelayan sambil mencatit pesanan tadi.
“Eh…I
nak tukarlah. Bagi I lasagna jugaklah. Tapi I nak vegetarian lasagna, okey.”
ujar Deila dengan lenggok lagaknya.
Pelayan
tadi mengangguk dan mencatit pesanan yang baru.
“Minum
cik?” sekali lagi pelayan tadi bertanya.
“Bagi
I banana shake.”
“Ada
apa-apa lagi?” tanya pelayan tadi sebelum dia berlalu.
“Itu
saja.” Ahmad Uwais menjawab.
“Miss
your order?” Pelayan tadi beralih kepada Fatimah Dhaniyah.
“Aaaa…”
“Aaa…dia
ni bagi sky juice aje. Dia alergi hari ni,” pantas Ahmad Uwais mencelah sambil
mengambil menu dari tangan Fatimah Dhaniyah dan dikembalikan kepada pelayan
yang bertanya.
Berkerut
kening Fatimah Dhaniyah. Aduh…memang nak cari gaduhlah singa lapar ni. Tadi dok
sibuk suruh aku duduk makan sekali. Aku tengah lapar ni boleh pulak dia order
untuk aku sky juice aje? Tak patut…tak patut. Fatimah Dhaniyah menelan liur
sambil cuba bersabar.
Ahmad
Uwais melemparkan senyuman mengejek kepada Fatimah Dhaniyah sebelum kembali
memandang Deila yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.
“You
check apa tu?” soal Ahmad Uwais.
“Mmm…I update dekat my mum about our lunch today.
My mum happy sangat bila kita dapat
jumpa ni.” Deila tersenyum-senyum keriangan.
“Oh…so nice your mum,” ujar Ahmad Uwais
sambil memaksa dirinya untuk tersengih.
“Kan?
I memang selalu dengar cakap my mum. For
I, my mum tu idola I yang sejati, okey. Nanti kalau kita kahwin, kita
tinggal dengan my mum ya. I tak bolehlah berpisah dari my mum.” Deila merenggek
manja.
Ahmad
Uwais longgarkan jerutan tali lehernya. Aduh…anak emak rupanya. Hisy…teruklah
aku kalau kahwin dengan minah ni. Asyik-asyik mak dia. Asyik-asyik mak dia. Ahmad
Uwais mengomel dalam hati. Fatimah Dhaniyah menahan gelak. Dia menutup mulutnya
dengan sebelah tangan dan menundukkan mukanya ke bawah.
“Aaa…apa
kerja you ya?” Ahmad Uwais menukar tajuk perbualan mereka.
“Kerja?
Buat apa I nak kerja. Sebelum kahwin, parent I yang sediakan duit belanja.
Nanti bila kita kahwin, youlah yang kena sediakan I duit belanja.”
Belum
sempat Ahmad Uwais menjawab, seorang pelayan datang menghampiri meja mereka dan
meletakkan makanan dan minuman yang mereka pesan tadi.
“Mmm…I
rasa macam nak tukar menu ajelah you.” Deila mengerutkan dahinya bila seorang
pelayan datang membawakan vegetarian lasagna yang dipesan.
“Bukan
ke you jugak yang order vegetarian lasagna ni tadi?” Ahmad Uwais menyoal.
“Memanglah
I order. Tapi I rasa lasagna ni macam mengemukkan ajelah. I kan on diet,” ujar Deila dengan manja.
“Habis
lasagna ni siapa nak makan kalau you order yang lain. Tak baikkan membazir.” Ahmad Uwais merungut.
“Eh…tak
pe…tak pe…saya boleh habiskan. Bak sini,” Fatimah Dhaniyah menarik pinggan
vegetarian lasagna ke arahnya.
“Please you…lagipun driver you dah
volunteer nak habiskan makanan yang I order tadi. ” Deila melunakkan nada suaranya.
Ahmad
Uwais mendengus. Akhirnya dia mengalah.
“Ikut
suka hati you, lah.”
Deila
tersenyum kemenangan.
“Bagi
I menu. I nak order yang lain,” pinta Deila kepada pelayan disebelahnya.
“Humm….spaghetti
carbonara. Tapi rasanya mengemukkan.” Deila masih melihat menu ditangannya.
Ahmad
Uwais semakin rasa rimas. Kalau dah semua mengemukkan baik tak payah makan.
Mahu saja diucapkan ayat itu kepada Deila. Namun dia menyabarkan dirinya.
“You…spaghetti
mana satu yang elok untuk diet ya? I confuse,
lah.” Deila inginkan pandangan daripada Ahmad Uwais.
“Spaghetti ialah sejenis karbohidrat. Karbohidrat
ialah sumber utama untuk tenaga. Kalau Cik Deila ambil spaghetti dengan
banyaknya sehari tanpa bersenam untuk jangka masa panjang, pasti akan jadi
gemuk. Senang cerita apa pun yang kita ambik dalam kuantiti yang banyak
pasti akan mengundang ke arah kegemukkan. Jadi tak payahlah nak cerewet sangat.
Lasagna yang Cik Deila order ni dah cukup untuk amalan diet Cik Deila tu.”
Deila
terkasima bila dirinya ditegur oleh seorang driver. Ahmad Uwais tergelak
tiba-tiba.
“You
kenapa gelak? Cuba tengok driver you ni! Suka-suka hati sound I macam tu.”
Deila menarik muka masam.
“Saya
bukan sound, Cik Deila. Saya hanya jelaskan dari sudut kesihatan, Cik Deila.”
Fatimah Dhaniyah mempertahankan dirinya walaupun pada hakikatnya dia memang
berniat untuk menyindir. Tapi sindirannya berbaur informasi yang benar.
“You…”
Deila merenget seperti anak kecik yang perlukan perhatian.
“Apa
yang dia kata tu betul. I setuju.” Ahmad Uwais dengan selamba menyokong
kata-kata Fatimah Dhaniyah.
Deila
menghempaskan kain alas di atas meja. Dia benci bila Ahmad Uwais tidak
menyebelahinya.
“I
nak baliklah!”
“Tak
nak makan dulu?” Ahmad Uwais bertanya sekadar bersopan.
“I
tak ada selera. Kalau you tak nak hantar I, I balik sendiri.”
“Okey.
Hati-hati balik. Bye.”
“You?...Aaarrrr…”
Deila menghentak kaki sebelum berlalu keluar dari restoran.
Ahmad
Uwais mengeleng kepala dengan perangai kebudak-budakkan Deila.
"Apa punya calonlah yang ami carikan ni. On diet konon. Tak slim mana pun aku tengok," mulut Ahmad Uwais tidak lekang dengan rungutan.
Saat Ahmad Uwais menoleh ke arah Fatimah Dhaniyah, bulat matanya bila melihat Fatimah Dhaniyah yang begitu enak menikmati makanan tanpa
menghiraukan dirinya.
“Sedap?”
soal Ahmad Uwais dengan nada menyindir.
Fatimah
Dhaniyah mengangkat kepalanya sedikit ke atas sambil tersengih.
“Mestilah
sedap, bos. Apa yang bos tercegat aje tu. Makanlah sama, bos. Nanti dah sejuk
tak sedap, bos,” gesa Fatimah Dhaniyah sambil dia menghabiskan lasagna di
depannya.
“Aku
tak ada seleralah.” Ahmad Uwais duduk mengadap Fatimah Dhaniyah dengan sebelah
tangan menampung dagunya.
“Sayanglah,
bos. Kalau bos tak nak saya habiskan. Rezeki tak baik dibazirkan.”
Fatimah
Dhaniyah mencapai beef lasagna milik Ahmad Uwais. Tindak tanduk selamba Fatimah
Dhaniyah menambah kerutan di dahi Ahmad Uwais.
“Cukup
ke tu? Kalau tak cukup orderlah lagi.” sindir Ahmad Uwais.
“Bereh
boh!” Fatimah Dhaniyah mejawab dalam dialek Kelantan.
Ahmad
Uwais mendengus.