Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,095
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Sinopsis My Sweet Tom Girl

Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j.

Bekerja dengan lelaki bernama Ahmad Uwais bukannya sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mendajalkan antara satu sama lain. Namun tanpa mereka sedari di dalam hati masing-masing mula bercambahnya bibit-bibit cinta.

Namun saat Ahmad Uwais melafazkan rasa cintanya, Fatimah Dhaniyah tekad menolaknya walaupun hatinya turut mengakui menyintai lelaki itu. Tapi kenapa dia menolak cinta lelaki yang dia cintai? Apakah misi penyamarannya berjaya dan siapa yang dia ingin dekati sebenarnya? Dapatkah Ahmad Uwais menerima keputusan Fatimah Dhaniyah itu?

My Sweet Tom Girl menghimpunkan kisah kasih sayang dalam erti kata kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

Next: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.