Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,006
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 9


BAB 9

Lampu kereta dan penghawa dingin sudah dimatikan. Enjin kereta pun sama sudah dimatikan. Tapi penumpang dibelakang sepi seribu bahasa. Fatimah Dhaniyah mengintai wajah Ahmad Uwais dari cermin pandang belakang. Hai..nak kata tidur, mata dok bukak aje. Dia ni nak tidur dalam kereta ke malam ni? Fatimah Dhaniyah keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk Ahmad Uwais.

“Bos…kita dah sampai rumah dah ni. Bos tak nak keluar ke?”

“Dah sampai?” Ahmad Uwais memandang sekelilingnya.

“Sila, bos.”

Perlahan-lahan Ahmad Uwais melangkah keluar. Fatimah Dhaniyah memerhati dari belakang. Mamat singa lapar ni kenapa? Masa kat ofis tadi tu okey aje. Ini mendung semacam pulak. Fatimah Dhaniyah menjongket bahunya dan berlalu masuk ke dalam rumah setelah mengunci kereta.

“Along…”

Langkah kaki Ahmad Uwais terhenti. Lambat-lambat dia menoleh kebelakang. Puan Sri Yusni berdiri dibelakangnya.

“Boleh kita cakap sikit?” pinta Puan Sri Yusni.

Ahmad Uwais menghela nafasnya. Dia dapat mengagak butir bicara yang bakal mereka bualkan nanti. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan dan sengaja dia lambat-lambatkan langkahnya menuju ke ruang tamu.

Fatimah Dhaniyah yang kebetulan baru masuk ke dalam rumah mengambil kesempatan bersembunyi di balik dinding untuk mendengar perbualan dua beranak di ruang tamu.

“Sebelum ami cakap biar along beritahu ami. Deila tu memang bukan calon yang sesuai untuk along, ami. Along memang tak boleh masuk dengan perangai dia yang gedik, ami.”

“Kalau iya pun kenapa along malukan dia kat restoran? Petang tadi mummy Deila, Datin Moon telefon bebel kat ami. Datin Moon tu kawan ami, along.” Puan Sri Yusni mengomel.

“Sorry, ami. Bukan along yang malukan dia. Tapi dia sendiri yang malukan diri sendiri. Gedik semacam aje. Tak makan nilah. Tak makan tulah. Takut gemuklah. Takut entah apa-apa lagi entah. Lecehlah, ami. Lagi buat along tak berkenan bila dia obsess dengan mummy dia, ami. Dia boleh cakap bila kahwin nanti nak tinggal dengan mummy dia lagi. Humm…” bidas Ahmad Uwais mempertahankan dirinya.

Puan Sri Yusni menghela nafas letih. Dia terduduk kepenatan. Nampak gayanya usaha kali ini pun gagallah. Ahmad Uwais duduk melutut di depan kaki Puan Sri Yusni.

“Ami…” Ahmad Uwais meraih tangan Puan Sri Yusni. “Maafkan along sebab kecewakan ami kali ini jugak. Humm…along hargai apa yang ami buat untuk along. Mungkin jodoh along belum muncul lagi. Ami sabar ek.”

“Humm..ami nak buat apa lagi along kenalah bersabar. Tapi along…cubalah bukak hati along tu untuk terima cinta baru.” Puan Sri Yusni mengusap muka Ahmad Uwais seorang lelaki itu baru berusia 5 tahun saja lagaknya.

Ahmad Uwais sekadar senyum nipis dengan gesaan Puan Sri Yusni.

“Satu lagi ami nak cakap. Doktor Laila ada call ami tanya bila along nak mula balik sessi terapi.”

“Mmm…along malaslah ami nak continueterapi dengan Doktor Laila tu. Endingalong masih lagi takut untuk driving.”

“Tapi sampai bila along nak biarkan perasaan takut tu?” Puan Sri Yusni risau kalau-kalau Ahmad Uwais akan terus dibelengu dengan kejadian lampau.

“Alongkan dah ada driver. So tak penting kot terapi tu. Hari dah lewat dah ni, ami. Along masuk bilik dulu. Selamat malam, ami.” Ahmad Uwais mencium dahi Puan Sri Yusni dan terus berlalu ke arah tangga untuk ke tingkat atas tanpa menyedari langkahnya diperhatikan oleh Fatimah Dhaniyah.



Fatimah Dhaniyah terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia ingin segera mandi dan seterusnya menunaikan solat Maghrib sebelum waktunya habis. Usai melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam, Fatimah Dhaniyah mencapai baju uniformnya dan menyangkutnya di dalam almari.

Kemudian dilabuhkan punggungnya di atas katil. Dilepaskan lelah setelah penat seharian bekerja. Sebelah tangannya mencapai diari yang diletakkan di atas meja sisi katil. Muka surat pertama dibuka.

Terpampang kalender yang sudah banyak dipenuhi dengan tanda pangkah. Matanya menyuruti satu per satu tarikh dan bulan yang sudah berlalu. Tinggal beberapa bulan saja lagi. Dilepaskan keluhan dalam.

“Terapi? Apa yang dah jadi dekat singa lapar tu ek?” Fatimah Dhaniyah teringat akan perbualan antara Puan Sri Yusni dan Ahmad Uwais.

“Kalau aku tanya Kak Siti, dia tahu ke? Tapi nanti kalau dia tanya kenapa aku sibuk-sibuk nak tahu, payah jugak. Hisy…” mulut Fatimah Dhaniyah terus mengomel sambal otaknya dikerah untuk mencari jawapan pada persoalan yang menghantui dirinya saat ini.



Ahmad Uwais menanggalkan songkok yang tersarung dikepalanya. Dilabuhkan badannya di atas katil. Di tarik laci meja kecik berhampiran katilnya. Bingkai gambar pertunangannya dengan Rozi ditarik keluar. 8 tahun berkasih dan seterusnya 3 tahun mereka menjalin pertunangan. Ingatkan pertunangan mereka itu akan bertukar ke ikatan perkahwinan pulak. Tapi siapa sangka hujan di tengahari. Percintaan yang terjalin sekian lama akhirnya terlerai jua.

“Rozi…”

Rozi yang sedang di makeup menoleh kebelakang. Dia agak terkejut bila Ahmad Uwais muncul tiba-tiba di tempat dia menjalani photo shot. Jarang benar tunangnya itu ingin datang ke tempat dia bekerja.

“Is? Macam mana you tahu I ada dekat sini?” tanya Rozi yang agak teruja dengan kehadiaran Ahmad Uwais.

“Tadi I pergi butik you. Staf you yang beritahu I yang you ada photoshot kat Tasik Putrajaya ni.”

“Ooo…”

Can we talk, Zee?”

Sure.” Rozi menoleh memandang juru makeupnya. “Sekejap ek. 10 minit.”

Selepas itu dia dan Ahmad Uwais berlalu menghampiri tepi tasik.

“I dengar lusa you nak flight ke Paris. Betul ke?” Ahmad Uwais ingin tahu.

“Haah. I ada fesyen show dekat sana. Kenapa you tanya? Salah ke I nak pergi fesyen show tu?” Rozi mempersoalkan kewajaran Ahmad Uwais bertanya padanya.

“Humm…I tak kata pun salah, Zee. Tapi sekurang-kurangnya apa salahnya you beritahu I dulu rancangan you ni? I tunang you, kan?” tegas Ahmad Uwais, namun nada suaranya masih terkawal.

Rozi mendengus, bosan. Beginilah selalunya bila mereka bertemu. Akan ada saja isu yang bakal menegangkan hubungan mereka.

“Is, ini kerja I. Perlu ke I bincang dengan you dulu? You bukannya manager I pun, kan?” Rozi menyoal Ahmad Uwais semula.

“Zee, I ni siapa pada you?” Ahmad Uwais membidas.

“Humm…Is, please jangan nak mulakan pergaduhan, boleh tak? I penatlah asyik nak gaduh dengan you. Asal jumpa nak bertengkar. Boring, lah.” Rozi menyilang tangannya. Dipamerkan wajah bosan.

Ahmad Uwais mengusap tengkoknya. Dilonggarkan jerutan tali lehernya. Dilepaskan keluhan panjang.

“Zee, sorry. I pun tak mahu bergaduh dengan you. Just…hummm….berapa lama you akan ada dekat Paris?” nada suara Ahmad Uwais kembali kendur.

“Seminggu.”

“Lamanya. You remember right that our wedding just around the clock?” Ahmad Uwais merenung mata Rozi.

Rozi menjongket bahunya. “Yes, I ingat. Dua minggu lagi, kan? I pergi Paris seminggu. So kita ada seminggu lagi sebelum tarikh perkahwinan kita. Yang you nak mengelabah sangat kenapa?”

“Zee, banyak lagi persediaan perkahwinan yang belum selesai. Tak kan you nak lepaskan tangan aje?”

Rozi mendengus. “Kita kan dah lantik wedding planner. Biarlah dia orang yang buat kerja. Kalau semua nak kita yang tentukan buat apa kita upah dia orang!” terangkat kening Rozi bila menyatakan ketegasannya.

“Tak boleh ke you skip fesyen show kali ni. Lepas kita kahwin, you nak pergi fesyen show mana pun you pergilah. I tak halang.” Ahmad Uwais mengharapkan pengertian daripada Rozi. Memang mereka sudah melantik wedding planner untuk melancarkan urusan perkahwinan mereka. Tapi bagi Ahmad Uwais, Rozi tidak harus lepas tangan begitu saja. Ini dia lihat Rozi seperti tidak teruja dengan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.

“You dah gila ke, Is?” nada suara Rozi meninggi.

“Gila apanya, Zee? You kena fikir tarikh perkahwinan kita dah nak dekat. Kalau pasangan lain sibuk dengan persiapan perkahwinan dia orang. Tapi you terbalik. You masih sibukkan dengan kerja you.” Nada suara Ahmad Uwais turut sama meninggi.

No!...I say NO!” Rozi membantah keras.

Keadaan mereka berdua kembali tegang. Perkara yang dibangkitkan oleh Ahmad Uwais tidak digemari oleh Rozi.

“Humm…macam nilah, Is. I think we should stop seeing each other for a while.”

Dahi Ahmad Uwais berkerut seribu. “What?”

“I perlukan ruang dan you jugak perlukan ruang, Is. Ruang untuk kita berfikir tentang hubungan kita ni. Should we continue it or…” belum sempat Rozi menghabiskan ayatnya, Anuar Ramli memanggil namanya.

“Ruang? Zee, what you mean by stop seeing each other? You nak putuskan pertunangan kita?” soal Ahmad Uwais dengan wajah benggang.

Belum sempat Rozi menjawab ada suara memanggil Rozi.

“Zee!..” Anuar melambai tangannya. Rozi melambai kembali sambil tersenyum. Ahmad Uwais turut sama menoleh memandang. Dia mengetip bibirnya.

“Sorry, Is. I terpaksa pergi. See you went I see you. Bye,” ucap Rozi dan terus berlalu pergi meninggalkan Ahmad Uwais tanpa memberi penjelasan.

“Zee!....”

Ahmad Uwais menumbuk angin. Dia terasa amat-amat kecewa tika ini. Dipejamkan matanya.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.