BAB 3
“Selamat
pagi, Cik Hana.”
“Selamat
pagi Kak Siti.” Farhana menarik kerusi untuk dirinya duduk. Dicapai pinggan dan
menyenduk nasi lemak untuk dirinya.
“Cik
Hana makan dulu ya. Kak Siti nak ambik air susu untuk Tan Sri,” ujar Kak Siti
seraya terus ke dapur.
Farhana
menjamah nasik lemak yang sudah digaul bersama sambal sotong. Dahinya berkerut
sedikit.
“Emm..sedap
pulak sambal sotong ni. Resepi mana Kak Siti dapat ni?” Farhana tertanya-tanya
sambil menyuap lagi nasi lemak ke mulutnya.
“Hai
anak dara ami ni bukan main berselera lgi. Tak nampak orang lain lagi dah ni.” Puan
Sri Yusni yang baru turun mengusik Farhana yang sedang bersarapan sendirian.
“Opss…sorry
ami, Hana ada kelas pagi ni. Tu yang nak kena cepat sarapan. Ami…cuba ami
dengan abi rasa nasik lemak sambal sotong Kak Siti ni. Sedap,” gesa Farhana.
“Pagi
ni bukan akak yang masak, Cik Hana,” ujar Kak Siti yang baru muncul dari dapur.
Diletakkan mug berisi air susu panas di atas meja makan untuk Tan Sri Jalal.
“Bukan
Kak Siti yang masak? Kak Siti beli dekat mana?” soal Farhana.
“Akak
tak beli. Tapi Tim yang masak.”
“Tim
masak?” soal Puan Sri Yusni sambil berpandangan dengan suaminya.
“Haah,
Puan Sri. Subuh-subuh lagi dia dah bertukang kat dapur. Tak sempat saya nak
halang. Katanya dia segan kalau duduk saja aje kat sini,” jelas Kak Siti
seperti yang dikatakan oleh Fatimah Dhaniyah kenapanya subuh tadi.
“Siti,
Tim mana? Dia tak sarapan sekali ke?” tanya Tan Sri Jalal bila tidak nampak
kelibat Fatimah Dhaniyah di meja makan bersama dengan mereka.
“Aaa…dia
ada dekat luar, Tan Sri. Tengah siram pokok bunga.”
“Siram
pokok bunga? Kamu suruh ke, Siti?” Puan Sri Yusni terkejut. Tan Sri Jalal dan
Farhana sama-sama menoleh memandang Kak Siti.
“Eh…taklah,
Puan Sri. Dia yang nak buat sendiri. Saya dah halang dah tadi. Tapi dia buat
tak dengar aje.”
“Humm…kamu
panggil dia ke sini kejap, Siti,” ujar Tan Sri Jalal.
“Baik,
Tan Sri.”
Kak
Siti berlalu ke dapur dan seterusnya ke pintu belakang untuk memanggil Fatimah
Dhaniyah.
“Tim!...Tim!...Mari
sini kejap!” laung Kak Siti dimuka pintu belakang.
“Ada
apa, kak?” Fatimah Dhaniyah menyahut.
“Marilah
sini kejap. Tinggalkan aje kerja tu kejap!”
Fatimah
Dhaniyah menutup pili air dan berlalu mendapatkan Kak Siti yang masih menantinya
di depan pintu belakang.
“Kenapa
akak panggil saya tadi?” soal Fatimah Dhaniyah sebaik dia menghampiri Kak Siti.
“Tan
Sri nak jumpa. Pergilah dekat meja makan utama tu. Dia orang tengah sarapan
tu.”
“Sekarang
ke, kak?”
“Iya,
sekarang. Pergi cepat.”
Fatimah
Dhaniyah mengangguk. Dia mengesat tangannya yang basah pada hujung baju
t-shirtnya dan membetulkan kedudukkan tudung yang dipakainya sebelum berjalan
menuju ke arah ruang meja makan utama.
“Assalamualaikum,
Tan Sri, Puan Sri, Cik Hana.”
“Waalaikumussalam.”
Mereka bertiga menjawab salam serentak.
“Duduk
sarapan sama, Tim.”Puan Sri Yusni mempelawa.
“Aaa..tak
apa, Puan Sri. Baju saya ni kotor. Nanti kotor pulak kerusi. Saya sarapan dekat
belakang ajelah.” Fatimah Dhaniyah menolak dengan ramah.
“Siku
Tim dah baik ke? Tak rasa sakit lagi?” Tan Sri Jalal bertanya sambil memandang
siku gadis itu.
Fatimah
Dhaniyah menoleh memandang Tan Sri Jalal. Hatinya berbunga bahagia bila ditanya
begitu oleh Tan Sri Jalal.
“Luka
sikit aje, Tan Sri. Boleh angkat tangan ni kira okeylah tu,” jawab Fatimah
Dhaniyah berseloroh.
Puan
Sri Yusni dan Tan Sri Jalal yang mendengar tersenyum.
“Kak
Tim, nasik lemak Kak Tim ni sedaplah.” Farhana yang dari tadi senyap tiba-tiba
mencelah, memuji.
“Alah…masak
main campak-campak aje, Cik Hana.” Fatimah Dhaniyah merendah diri. Setakad
masak nasi lemak ni dari kecik dia sudah diajar oleh tok ibu dan arwah ummi.
Tak susah mana pun untuk menyediakannya.
“Selain
masak, Tim pandai buat kerjarumah apa lagi?” soal Puan Sri Yusni.
“Tak
adalah pandai macam-macam benda, Puan Sri. Bertukang sikit-sikit tu insya-ALLAH
bolehlah. Tapi walaupun nampak saya ni ala-ala tomboi tapi bab memasak,
mengemas rumah tu tak ada hal punyalah Puan Sri. Kacang aje,” jawab Fatimah
Dhaniyah dengan nada selamba.
“Jadi
sebelum datang sini kat kampung Tim tak kerja, lah? Buat kerja rumah aje, ya?”
soal Puan Sri Yusni lagi. Ingin jugak dia tahu pengalaman kerja Fatimah
Dhaniyah sebelum ini.
“Eh…taklah
Puan Sri. Kat kampung dulu saya buat macam-macam kerja. Bendang buat, operator
pengeluaran pun ada. Bawak teksi pun pernah, Puan Sri. Asalkan dapat buat duit
yang halal, saya buat aje apa-apa kerja.”
Hati
Puan Sri Yusni berbunga gembira. Dia memandang suaminya dan mengangguk.
“Mmm…apa
kata kalau Tim bekerja dengan kami sebagai driver?” Tan Sri Jalal menawarkan
pekerjaan kepada Fatimah Dhaniyah.
Fatimah
Dhaniyah terbukam sekejap. Driver? Habis Abang Samad macam mana? Tak kan sebab
hal semalam Abang Samad kena buang kerja. Aduh…kesianlah pulak kat Abang Samad.
Hati Fatimah Dhaniyah dipagut rasa bersalah tiba-tiba.
“Habis
Abang Samad?”
Tan
Sri Jalal tersenyum mendengar pertanyaan Fatimah Dhaniyah.
“Samad
masih driver saya. Tapi Tim akan jadi driver anak saya.”
“Driver
Cik Hana?” soal Fatimah Dhaniyah untuk kepastian.
“Eh…nak
jadi driver Hana buat apa Kak Tim. Hana ada lesen memandu kereta, lah.” Farhana
mencelah.
“Bukan
Hana. Tapi sebagai driver kepada abang Hana. Anak sulong saya, Ahmad Uwais.
Tapi sekarang ni dia tak ada dekat sini. Dia ada kerja di Dubai. Sehari dua
lagi dia akan balik dan nanti saya akan kenalkan Tim dengan dia,” jelas Tan Sri
Jalal pulak.
“Ha?”
Fatimah Dhaniyah hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Ya ALLAH, terima kasih kerana memudahkan
kerja ku ini. Dia mengucap syukur di dalam hati. Girang hatinya dengan tawaran
yang tidak disangka-sangka ini.
“Tim
setuju tak dengan tawaran saya ni?” tanya Tan Sri Jalal untuk kepastian. Kalau
setuju dia akan suruh pekerjanya keluarkan surat tawaran secepat mungkin.
“Tapi
saya tak tahu jalan-jalan dekat KL ni, Tan Sri,” ujar Fatimah Dhaniyah sekadar
beralasan.
“Soal
tu Tim jangan risau. Nanti Samad akan ajar cari guna GPS. Mudah aje nak guna
GPS tu. Lama-lama nanti Tim mahirlah jalan sekitar Lembah Klang ni.”
“Kalau
Tan Sri dah cakap macam tu, saya ikut ajelah. Terima kasih Tan Sri sebab bagi
saya peluang kerja. Saya janji saya akan kerja dengan rajin. Cuma…”
“Laa…apa
lagi?” soal Tan Sri Jalal.
“Tan
Sri boleh tak bagi dulu gaji pertama saya. Saya nak cari rumah atau bilik sewa.
Saya tak ada duit nak bayar deposit sewa,” ujar Fatimah Dhaniyah tersengih. Dia
sekadar ingin menduga hati lelaki bernama Tan Sri Jalal ini.
Tan
Sri Jalal tergelak. Puan Sri Yusni pun sama tergelak.
“Tim,
tawaran kerja yang Tan Sri bagi ni termasuk pakej penginapan. Tim boleh tinggal
dekat sini selagi Tim bekerja dengan kami,” jawab Puan Sri Yusni bagi pihaknya
dan suami.
Fatimah
Dhaniyah mengangguk setuju. Peluang dah ada depan mata, tak kan nak dilepaskan
macam tu saja. Jauh di sudut hatinya dia memuji insan didepannya saat ini. Baik
jugak dia orang ni. Walaupun baru kenal aje dengan aku, Tapi dah tawarkan
kerja.
Ya
ALLAH, terima kasih kerana memakbulkan doa
hambaMu ini untuk berada lebih lama di dalam keluarga ini. Fatimah
Dhaniyah memanjatkan rasa syukur.
“Dahlah
tu. Mari sarapan dengan kami. Duduk dekat sebelah Hana tu,” gesa Puan Sri Yusni
sambil menghulurkan pinggan kepada Farhana untuk dibagikan kepada Fatimah
Dhaniyah.
“Eeerr…tak
apalah Puan Sri. Saya ada kerja lagi yang belum siap kat luar tu. Nanti saya
sarapan dengan Kak Siti aje. Saya mintak diri dulu.” Fatimah Dhaniyah berlalu
untuk menyudahkan kerja-kerjanya dengan hati yang gembira.
Sebuah
teksi berwarna biru berhenti di depan pintu pagar rumah Tan Sri Jalal.
Sementara menunggu pemandu teksi mengeluarkan beg bagasinya, Ahmad Uwais
berdiri di depan pintu pagar. Dia cuba mengintai kalau-kalau Kak Siti ada di
depan rumah sambil menyiram pokok bunga.
“Encik,
beg ininya.”
Ahmad
Uwais memandang beg bagasinya. Kemudian dia memandang pemandu teksi tadi.
“Terima
kasih.”
Sebaik
pemandu teksi itu berlalu Ahmad Uwais berjalan menghampiri pintu pagar kecik.
“Aduh…kunci
pulak pagar ni. Kunci aku dalam beg besar ni pulak. Malasnya aku nak pungah beg
ni.” Ahmad Uwais merungut sebelum jarinya menekan loceng.
“Tim...tolong
tengok siapa ada dekat luar tu kejap. Akak tengah cuci bilik air ni. Kalau ada
orang jual-jual datang kau cakap aje tak nak. Tak payah layan. Kat sini selalu
jugak jurujual datang nak kenalkan macam-macam jenis produk.”
“Okey…okey…tak
ada hal tu, Kak Siti. Saya boleh bereskan.”
Fatimah
Dhaniyah pantas berlalu dan berdiri di depan pintu utama. Dia memandang ke arah
pintu pagar. Ada seorang lelaki yang berpakaian jubah paras lutut. Dan
berseluar slack. Muka berjambang pulak.
“Tok
Arab ni datang nak jual apalah pulak. Beg yang dia bawak sikit punyalah besar. Entah-entah
dia nak jual minyak attar kot? Ataupun minyak angin? Ke minyak urat?”
macam-macam jenis minyak keluar dari mulut Fatimah Dhaniyah. Matanya masih lagi
memerhatikan gerak-geri lelaki Arab yang setia berdiri di depan pintu pagar
utama rumah Tan Sri Jalal.
“Hai…Kak
Siti ni dengar ke tidak ni? Dari tadi aku tekan loceng tak nampak pun batang
hidung dia. Loceng tak function ke?
Hisy…” Ahmad Uwais mengomel sambil bercekak pinggang.
Bosan
menunggu. Ahmad Uwais menjerit memanggil Kak Siti.
“Kak
Siti! Bukak pintu pagar ni!”
“Huh!...Tok
Arab tu kenal Kak Siti ke? Boyfriend Kak Siti kot. Cayalah Kak Siti ni. Cari
boyfriend Tok Arab,” omel Fatimah Dhaniyah sambil memerhatikan gerak-geri Tok
Arab itu.
“Kak...boyfriend
akak cari akak!” laung Fatimah Dhaniyah.
“Boyfriend?
Masa bila aku ada botfriend?” Kak Siti tertanya sendiri bila terdengar jeritan
Fatimah Dhaniyah.
Kak
Siti menjengok keluar sedikit kepalanya dari bilik air.
“Weii…akak
mana ada boyfriend. Kau mengarut apa ni, Tim?”
“Habis
tu ada Tok Arab kat luar tu tahu nama akak!”
“Tok Arab? Apalah yang budak Tim ni mengarut
ni.” Kak Siti mengaru kepalanya. Entah-entah bangla jual karpet tu tak? Dia
memang tahu nama aku. Alah…time macam nilah nak datang jual karpet pulak.
“Tim,
kau halau ajelah Tok Arab tu. Akak malas nak layan. Banyak lagi kerja akak nak
buat ni,” laung Kak Siti yang kembali menyambung kerjanya.
“Okey!”
jawab Fatimah Dhaniyah dan kembali memandang ke arah pintu pagar utama. Fatimah
Dhaniyah menyarung selipar dan berjalan menghampiri pintu pagar.
Kening
Ahmad Uwais berkerut bila melihat wajah asing menghampirinya. Aku ni salah
rumah ke? Tapi rasanya betullah ni rumah aku. Siapa minah ni? Pakai tudung,
tapi gaya jalan dah macam bonzer. Tak kan kawan Hana? Kebanyakkan kawan kolej
Hana aku kenal. Tomboi ni first time
aku tengok ni. Ahmad Uwais mengomel sendirian dalam hati.
“Kau
siapa?” soal Ahmad Uwais sebaik tomboi itu berhenti didepannya. Mereka hanya
dipisahkan dengan pintu pagar.
Huish!...Tok
Arab ni boleh tahan kurang ajar dia. Tanya aku macam samseng aje. Dia ingat dia
punya samseng aje. Dia tak tengok samseng aku lagi.
“Kau
tanya aku? Kau tu siapa? Datang rumah orang terjerit-jerit macam beruk.”
“Kau
kata aku, beruk?” bulat mata Ahmad Uwais. Mendidih hatinya bila minah tomboi
yang tak dikenali mengutuknya.
“Aku
kata macam beruk. Tapi kalau kau rasa diri kau tu beruk, baguslah.”
“Kurang
ajar!” muka Ahmad Uwais sudah merah padam dibuatnya. Inilah pertama kali dia
disindir seperti ini.
“Eeerr…cakap
orang kurang ajar. Dia yang kurang ajar dulu. Helo Tok Arab! Kalau nak jual
minyak attar ke, minyak urat ke, jual kat rumah orang lainlah. Satu lagi jangan
kacau Kak Siti. Dia tak suka. Faham?”
“Apa
yang kau merapu ni, ha? Bukak pintu pagar ni, cepat! Aku nak masuk!”
Hisy…Tok
Arab ni. Tak faham bahasa melayu gamaknya. Eh…tapi dah dia ni Tok Arab,
memanglah dia nak faham bahasa melayu sangat, kan? Aku nak translate dalam bahasa arab aku tak pandai pulak. Macam mana ni?
“Hoi,
kau pekak ke! Bukak pintu pagar ni!” sekali lagi Ahmad Uwais menjerit. Hatinya
benar-benar panas sekarang ini.
“Ewah…ewah…ewah…ikut
sedap lidah kau aje cakap aku pekak ek? Lu memang nak cari gaduhlah, der!”
Fatimah Dhaniyah sudah menyinsing lengan bajunya. Darahnya sudah menyirap
sampai ke kepala.
“Aku
yang cari gaduh ke kau! Bukak pintu pagar ni!” makin tinggi nada suara Ahmad
Uwais.
Fatimah
Dhaniyah senyum sinis. “Bukak pintu pagar ni? Tunggu kejap ek.”
Fatimah
Dhaniyah berjalan menghala ke pili air. Dibukak pili air dan dihalakan hos paip
menghala ke arah pintu pagar.
“Kau
nak buat…”
Belum
sempat Ahmad Uwais menyudahkan ayatnya, badannya tiba-tiba dihujani dengan
limpahan air paip. Habis basah pakaiannya.
“Oii…basahlah!”
laung Ahmad Uwais dengan suara lantang.
“Padan
muka! Tak faham bahasa sangat.” Bidas Fatimah Dhaniyah yang terus menghalakan
hos paip ke arah lelaki Tok Arab itu.
“Ya
ALLAH…Tim! Kau buat apa ni?” terjerit Kak Siti bila melihat anak majikannya
dimandikan oleh Fatimah Dhaniyah.