BAB1
“Ya
ALLAH!...” Samad tiba-tiba brek mengejut kereta yang dipandunya.
Berdesit bunyi tayar kereta bila dibrek mengejut seperti itu. Tan Sri Jalal
yang berada di tempat duduk belakang turut sama terkejut.
“Kenapa
ni, Samad?”
“Eee…saya
rasa saya terlanggar orang, Tan Sri. Mmm…Tan Sri tunggu kejap, saya pergi
tengok,” ujar Samad pemandu Tan Sri Jalal. Dia terus melangkah keluar dari
kereta untuk melihat adakah benar dia terlanggar seseorang tadi.
Saat
Samad menghampiri bahagian depan kereta kedengaran suara orang mengadu
kesakitan.
“Aduh…”
“ALLAH…betulah
aku dah terlanggar orang.” Tergesa-gesa Samad mendapatkan orang yang
dilanggarnya.
“Cik…aaa…”
mengelabah Samad dibuatnya bila melihat ada darah di lengan gadis yang terduduk
di depan kereta yang dipandunya.
“Apa
ni encik? Saya yang besar macam ni pun tak nampak ke? Aduh…”
“Maafkan
saya. Saya tak nampak awak nak melintas jalan tadi.”
“Aduh…encik,
rasa nak tercabut tangan saya ni.”
“Kenapa
ni, Samad?”
Samad
terus menoleh kebelakang bila terdengar suara Tan Sri Jalal bertanya.
“Aaaa….”
Samad tergagap untuk menjawab. Dia masih lagi rasa cemas.
“Luka
tu. Kita bawak dia ke klinik atau ke hospital yang paling dekat, Samad. Cepat!”
gesa Tan Sri Jalal bila melihat ada darah di lengan orang yang Samad terlanggar
tadi.
Tanpa
membantah Samad membantu orang yang dia terlanggar tadi untuk bangun dan
seterusnya dimasukkan ke dalam kereta.
“Macam
mana dik?” Samad menerpa ke arah gadis yang dia terlanggar tadi.
Fatimah
Dhaniyah menayangkan sikunya yang berbalut kepada Samad.
“Coollah, bang. Tak tercabut lagi tangan
saya ni. Luka sikit aje pun,” Fatimah Dhaniyah menjawab sambil tersengih.
“Alhamdulillah.
Bil rawatan abang bayarkan. Adik jangan risau.”
“Terima
kasihlah bang sebab hantar saya ke klinik dan bayar kos rawatan saya.”
Fatimah
Dhaniyah mengambil beg sandangnya dan digalas semula ke bahunya. Sebaik dia
ingin melangkah ada suara bertanya.
“Nak
ke mana? Kami boleh hantarkan.” Tan Sri Jalal bertanya sebaik Fatimah Dhaniyah
baru saja melangkah.
Fatimah
Dhaniyah tersenyum nipis sebelum menoleh memandang belakang semula.
“Betul
cakap Tan Sri tu. Biar abang hantarkan sebab abang yang buat adik jadi macam
ni.” Samad turut menyokong cadangan Tan Sri Jalal itu. Sekurang-kurangnya
dengan cara ini dia dapat menebus rasa bersalahnya.
“Mmm…buat
masa ni saya tak tahu nak ke mana lagi. Saya ni sebenarnya baru datang KL.
Ingatkan tadi nak pergi cari kerja. Tapi dah kemalangan macam ni terencatlah
sikit,” jawab Fatimah Dhaniyah sambil tersengih.
“Ooo…macam
tu ke. Mmm…ada kawan yang tinggal dekat KL? Abang boleh tolong hantarkan.”
Samad menyoal lagi.
Fatimah
Dhaniyah mengeleng. Samad sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah
kebuntuan untuk membantu. Tak kan dia nak tinggalkan gadis ini di sini saja.
Tapi dalam masa yang sama dia tidak boleh berlama di sini. Pastinya Tan Sri
Jalal ada temujanji dengan rakan niaga dan sebagai pemandu dia perlu memastikan
Tan Sri Jalal tidak lewat ke tempat temujanjinya.
“Kalau
macam tu kamu ikut kami aje. Samad, ambik beg dia bawak masuk dalam kereta.”
Tan Sri Jalal mengeluarkan arahan setelah mereka bertiga menyepi buat seketika.
“Baik
Tan Sri. Tapi kita nak hantar dia ke mana, Tan Sri?” soal Samad sambil mengikut
arahan yang diberikan kepadanya.
“Eh…tak
apalah Tan Sri. Saya boleh cari rumah tumpang yang murah kat area sini sementara cari kerja dengan
tempat tinggal yang elok.” Fatimah Dhaniyah mencelah.
“Kamu
tak perlu susah-susah sewa hotel bagai. Tinggal aje kat rumah saya buat
sementara sampai tangan tu elok,” ujar Tan Sri Jalal sambil memandang gadis
yang berdiri didepannya.
“Tapi
bukan ke Tan Sri ada temujanji lagi hari ini? Kalau hantar dia ke rumah, takut
nanti Tan Sri lewat pulak,” ujar Samad yang masih berasa serba-salah. Kerana
kecuaiannya, dia telah menyusahkan majikannya.
“Soal
tu kamu tak payah risau. Nanti saya akan telefon Syikin untuk membuat temujanji
baru. Sekarang ni kita selesaikan masalah ini dulu.”
Samad
terdiam. Dia rasa bersalah pulak bila Tan Sri Jalal cakap sebegitu. Fatimah
Dhaniyah tidak bercadang untuk membantah lagi. Dia sebaliknya melonjak
kegembiraan di dalam hati. Langkah pertamanya berhasil. Biarpun dia terpaksa
mencederakan dirinya sendiri tadi.
“Samad…”
Tan Sri Jalal menegur bila Samad masih terpaku tidak bergerak.
“Kalau
itu dah keputusan Tan Sri, saya ikut aje. Jom dik.”
Saman
tidak membantah lagi dan seraya membukakan pintu kereta untuk Tan Sri Jalal dan
gadis tadi.
“Silakan.”
Tan Sri Jalal mempelawa dengan senyuman nipis.
Fatimah
Dhaniyah membalas senyuman itu seraya melangkah masuk ke dalam kereta milik Tan
Sri Jalal.
“Hana
yang ni okey tak? Ami tengok profile dia macam okey aje dengan along.
Berpelajaran, cantik, bertudung pulak tu. Ami berkenanlah.” Puan Sri Yusni
menghulurkan sekeping gambar bersama biodata calon isteri buat Ahmad Uwais.
Farhana
mencapai dan melihat calon pilihan Puan Sri Yusni. Humm…memang cantik. Tapi
along tu berkenan ke nanti? Calon sebelum-sebelum ni semuanya reject. Omel
Farhana sambil membelek foto calon isteri Ahmad Uwais.
“Cepatlah
Hana bagi pendapat?” Puan Sri Yusni mengesa. Dia sudah pening untuk memilih calon
yang sesuai bagi anak terunanya.
Farhana
mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rambang matanya memandang satu per satu profile
di depan mata.
“Aduh…Hana
pun peninglah, ami. Semuanya ami berkenan. Semuanya cantik belaka. Ambik
semualah, ami.”
“Hisy!...jangan
nak buat pasal, Hana. Dekat sini ada lebih 20 orang calon yang ada ni. Hana nak
suruh along Hana tu kahwin 20 orang ni ke? Jangan cari penyakit, Hana.”
terkejut Puan Sri Yusni dengan saranan Farhana.
Farhana
tersengih. “Hana gurau ajelah. Tapi ami…ami yakin ke kali ni kita akan berjaya?
Along tu macam dah tak ada hati dekat perempuan aje gayanya. Semua calon yang
ami cadangkan dia reject mentah-mentah.”
“Tak
ada hati dekat perempuan? Betul ke Hana?Nauzubillah…” Puan Sri Yusni mula
mengelabah. Tak sanggup rasanya untuk dia menerima kenyataan anak lelakinya
sudah beralih menyukai kaum sejenis.
“Laaa…ami
janganlah nak melencong ke situ pulak. Maksud Hana, along tu macam dah serik
nak jatuh cinta. Tengoklah dah berapa temujanji yang ami aturkan? Semuanya
kantoi.”
“Hisy…Hana
ni buat ami terkejut ajelah tadi.” Puan Sri Yusni mengusap dadanya.
Puan
Sri Yusni letakkan semula gambar-gambar yang sudah di lihat dan di nilai di
atas meja kopi. Dia melepaskan keluhan berat. Sudah lebih 8 tahun rasanya
hubungan Ahmad Uwais dengan Rozi terjalin. Ingatkan percintaan mereka itu akan
berkesudahan dengan ikatan perkahwinan. Tapi siapa sangka hujan di tengahari.
Percintaan yang terjalin selama itu akhirnya terputus jua. Sejak itu Ahmad
Uwais menyibukkan dirinya dengan kerja 24 jam. Tiada lagi masa untuk bersosial
seperti dulu.
“Ami
ni dah tak sabar sebenarnya nak tengok along tu kahwin. Ami jeles tengok
kawan-kawan ami yang dok ulik cucu. Ami pun teringin jugak nak bermanja dengan
cucu. Main dengan cucu. Mesti seronokkan, Hana?”
Farhana
ketawa mengekek dengan hasrat Puan Sri Yusni itu.
“Apasal
Hana ketawa pulak?” Puan Sri Yusni menepuk lengan Farhana.
“Tak
adalah ami, macam kelakar pulak bila dengar ami berangan nak ulit cucu. Nanti
kalau ami sibuk ulit cucu, persatuan ami yang banyak tu macam mana?” Farhana
mengusik.
“Humm…tu
bisa di atur dong.” Puan Sri Yusni menjawab dengan loghat Indonesia sambil
ketawa. Farhana turut ketawa sama.
Sedang
mereka berdua tergelak kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Mereka
saling berpandangan.
“Eh..ami
kata abi tak balik makan tengahari tadi. Tu bukan bunyi enjin kereta abi ke?”
ujar Farhana seraya bangun untuk membuka pintu rumah.
“Pagi
tadi abi sendiri yang cakap dekat ami yang dia tak balik tengahari ni. Katanya
ada banyak temujanji hari ni,” jawab Puan Sri Yusni yang turut berjalan
seiringan dengan Farhana menghala ke pintu utama.
Sebaik
pintu dibuka sekali lagi mereka berdua berpandangan sesama mereka bila melihat
ada seorang gadis yang berpenampilan agak rock sikit walaupun bertudung bersama
dengan Tan Sri Jalal dan Samad.
“Siapa
tu, ami?” bisik Farhana dekat ditelinga Puan Sri Yusni.
“Entah.
Ami pun tak kenal. Tak pernah jumpa pun sebelum ni.” Puan Sri Yusni turut tertanya-tanya
siapa gerangan gadis bersama dengan suaminya itu.
Sementara
itu Fatimah Dhaniyah yang melangkah keluar dari kereta terpegun melihat
kemewahan yang dimiliki oleh Tan Sri Jalal. Kereta mewah saja ada beberapa buah
di garaj.
“Besarnya
rumah Tan Sri ni. Macam istana!” kata Fatimah Dhaniyah yang teruja dengan rumah
milik Tan Sri Jalal yang tersergam indah di depan matanya.
Tan
Sri Jalal senyum nipis melihat gelagat anak gadis didepannya ini. Keceriaan
gadis itu mencuit hatinya. Sebaik dia melihat kelibat isterinya di depan pintu
rumah Tan Sri Jalal berlalu menghampiri Puan Sri Yusni.
“Abang
kata pagi tadi tengahari tak balik. Ini tiba-tiba muncul pulak,” kata Puan Sri
Yusni sambil menyalami tangan suaminya.
“Meeting
cancel. Ada hal sikit tadi.”
“Hai
abi!...” Farhana menegur dan turut menyalami tangan Tan Sri Jalal.
“Hana
tak ada kelas ke?”
“Hari
ni tak ada kelas, abi. Abi…siapa tu?” soal Farhana sambil matanya terarah pada
seorang gadis yang sedang leka memerhatikan laman rumahnya sambil berbual
dengan Samad.
“Tadi
ada kemalangan sikit. Samad terlanggar gadis tu masa dia nak melintas jalan.
Nasib baik tak parah. Luka dekat siku tu sikit aje.”
“Laillahaillallah…kenapa
sampai boleh jadi macam tu. Samad…Samad…” mengeleng Puan Sri Yusni.
“Siapa
nama dia, abi?” soal Farhana.
“ALLAH….abi
terlupa pulak nak tanya nama dia tadi. Samad!...” Tan Sri Jalal memanggil Samad
sambil tangannya memberi isyarat agar Samad membawa gadis itu bersamanya masuk
ke dalam rumah.
Sebaik
menghampiri Tan Sri Jalal dan juga ahli keluarganya, Fatimah Dhaniyah melemparkan
senyuman kepada seorang wanita yang berusia mungkin dalam lingkungan 50an dan
seorang lagi gadis muda belia lagi rasanya.
“Ini
isteri saya, Puan Sri Yusni dan yang muda tu anak gadis saya, Farhana.”
“Panggil
aje Hana.” Farhana mencelah seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Fatimah
Dhaniyah menyambut huluran salam itu dengan hati yang senang. Kemudian dia
turut menyalami Puan Sri Yusni.
“Nama
apa?” soal Puan Sri Yusni.
“Nama
saya Fatimah Dhaniyah. Tapi Puan Sri boleh panggil saya Tim aje.” ujar Fatimah
Dhaniyah sambil matanya masih sempat lagi menjeling memandang Tan Sri Jalal.
“Kenapa
panggil Tim?” Farhana menyoal. Agak pelik pulak mendengar nama sependek itu.
Fatimah
Dhaniyah tersenyum. “Kenalah dengan imej saya ni. Orang kampung katagaya saya
ni ala-ala tomboi ayu gitu.”
Tan
Sri Jalal dan Puan Sri Yusni tergelak dengan gelagat gadis di depan mereka ini.
Farhana turut tergelak sama.
“Eh…kita
dok gelak-gelak ni, Siti mana? Yus, abang ingat sementara ni Tim tinggal dengan
kita. Kira ini sebagai ihsan kita sebab Samad terlanggar dia tadi. Dia pun baru
lagi dekat sini. Kerja pun tak ada lagi. Mintak Siti tunjukkan bilik untuk
Tim.”
“Iyalah,
bang. Lagipun memang kita yang salah sebab terlanggar dia, kan?”
Tan
Sri Jalal mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya.
“Samad,
kamu bawak Tim jumpa Siti. Suruh Siti kemaskan bilik sebelah bilik dia tu untuk
Tim,” arah Tan Sri Jalal. Samad mengangguk.
“Tim,
kamu ikut Samad. Pergilah berehat dulu.”
“Terima
kasih Tan Sri sebab bagi saya tumpang dekat sini buat sementara. Insya-ALLAH
esok siku saya dah tak sakit dah ni. Bolehlah saya pergi cari kerja dengan
tempat tinggal sekali.” Fatimah Dhaniyah melemparkan senyuman sebelum mengekori
langkah Samad dari belakang.
Tan Sri
Jalal melepaskan penatnya di atas sofa di ruang tamu. Puan Sri Yusni duduk
disebelahnya.
“Abi,
ami, Hana masuk bilik dulu. Ada tugasan yang belum siap lagi,” ujar Farhana seraya
berlalu menaiki tangga untuk ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Kesempatan
ini di ambil sebelum ami memaksa dia menjadi penilai calon-calon isteri
alongnya.
Puan
Sri Yusni memandang suaminya. “Abang nak balik ofis semula ke?” tanya Puan Sri
Yusni.
“Humm…ikut
hati nak balik ofis semula. Banyak lagi kerja yang menanti kat ofis tu. Tapi sekarang
rasa penatlah pulak,” ujar Tan Sri Jalal seraya melabuhkan badannya di atas
sofa panjang.
Puan
Sri Yusni melonggarkan tali leher suaminya.
“Lama
lagi ke along dekat Dubai tu, bang?”
“Mmm…kalau
tak salah abang esok dia balik. Kenapa?”
Puan
Sri Yusni mengeleng. “Tak ada apa-apalah. Saja tanya. Yus sebenarnya kesian
dengan abang. Bila along tak ada mesti muka abang letih semacam. Abang tu kena
jugak jaga kesihatan. Abang tu bukannya muda belia lagi.”
Tan
Sri Jalal senyum. “Iyalah Cik Puan…” dicuit hidung isterinya.
“Abang
nak air?” tanya Puan Sri Yusni manja.
“Boleh
jugak kalau Yus nak buatkan. Susu panas boleh?” Tan Sri Jalal menjongketkan
keningnya.
Puan
Sri Yusni tersenyum. “Mestilah boleh. Itukan air kegemeran abang. Abang tunggu
kejap.”
Puan
Sri Yusni berjalan menghala ke dapur untuk membancuh minuman kegemaran
suaminya.