Home Novel Keluarga Tak Mengapa, Sayang
Bab 13

13

“KAU dah bersedia ke Johor Baharu, Bad?”

Tanya ayah ketika dia baru menarik kerusi tetamu di bilik ayah. Badli tersentak dengan pertanyaan ayah yang tidak disangka-sangka itu.

“Belum, ayah!”

Akuinya, jujur. Sesungguhnya ada banyak perkara yang masih belum diselesaikan sepenuhnya. Ada dua projek yang baru diterimanya. Salah satu ialah projek interioruntuk rumah Syed Aqid yang baru dalam proses pembikinan floor plan.

“Kenapa?”

“Ada dua projek baru… one of them only twenty percent of the floor plan… another one is just signed the agreement,”

“Make it fast. Once customer agreed with your floor plan, you can give it up to another designer to take over that project,”

“It’s not as easy as you thought, ayah! Half way job is not my principal! Self-satisfaction! I guess you knew it better,ayah!”

“I don’t care about your feeling, Bad! No matter what, the new branch should be running next month!”

Badli tidak menjawab sebaliknya dia terus bangun meninggalkan ayah. Berasap telinganya mendengar arahan itu. Ayah umpama seorang diktator, setiap arahannya mesti dipatuhi.

“Listen carefully, Bad! All of the preparation to run the branch is hundred percent perfect. You must be there!”

“Ayah, Dina ada… Azlan ada! Semua anak-anak ayah boleh diharap, kan? Don’t make it hard,ayah! Bad tak kata pun Bad tak mahu pergi ke sana…Just give me more time! I need it, ayah! Bad cuma mahu siapkan semua kerja… Bad cuma mahu pastikan tak ada masalah bila Bad tinggalkan tempat ni,”

“They don’t have experiences, Bad!”

So am I... I am just a marine engineering degree holder if you forget about that!”

“No more delay, Bad!”

Tolak ayah, tegas. Badli yang marah dengan sikap ayahnya, menutup pintu sekuat hatinya. Dia tidak balik ke bilik sebaliknya dia terus keluar dari pejabat itu. Menekan butang lif sambil menunggu pintu lif terbuka dengan rasa marah yang membuak-buak.

Memang ada jurang komunikasi yang sangat besar antara dirinya dan ayah. Hal yang patut diselesaikan dengan tolak ansur pun tersangkut hanya disebabkan sikap kuku besi ayah. Dia menolak bukan kerana tidak bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi kerana tanggungjawab yang tergalas di bahunya juga perlu diselesaikan dengan baik. Dia bukan jenis individu yang buat kerja separuh jalan. Apa pun masalah yang berlaku, itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan kerjanya.

Benar, dia cintakan keseronokan hidup, dia sukakan perempuan, tetapi itu tidak bermakna dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Walaupun mungkin bergelar buaya darat, tetapi dia komited dengan kerjayanya.

Dahulu, dia terjebak dengan dengan kerjaya ini kerana paksaan ayah. Walaupun terpaksa, dia belajar untuk fokus dengan apa yang dilakukan. Kini, bila dia telah punyai segalanya, dia dipaksa lagi untuk memenuhi kepentingan diri ayah. Sungguh, dia tidak kisah melakukan apa yang dimahukan oleh ayah ketika ini, menguruskan sebuah cawangan reka bentuk dalaman di Johor Baharu, tetapi dia juga mahukan sedikit pertimbangan dari ayah. Dia meminta waktu bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kebaikan syarikat juga.

* * * * * * * *

“BILA?”

“Next two weeks, umi!”

“Wajib pindahlah ni?”

“Atas kepentingan perkhidmatan,”

Jawabnya, malas. Dia kemudian baring di atas sofa setelah mencampak tali leher ke atas meja kopi yang terletak di hadapannya. Tangan diletakkan di atas dahi sambil memejam mata. Kalau boleh, dia mahu melupakan seketika masalah yang membelenggunya.

“Bad tahu tak Bad di butik umi ni?”

“Tahu,”

“Habis tu?”

“Alah, sekejap aje umi…nak tidur sekejap aje,”

Jawab Badli. Dia tidak mengubah keadaannya walaupun dia tahu apa yang dimaksudkan oleh umi. Dia terus juga memejam matanya.

“Atirah mana, umi? Dia tak mahu buat kopi untuk Bad lagi ke? Tak ada kopi, mungkin lama sikit Bad tidur sini,”

Kata Badli, dengan mata yang masih terpejam. Atirah yang sedang menggosok pakaian baru mengerutkan keningnya. Walaupun jauh, dia dapat mendengar suara lelaki itu dengan jelas.

“Eh, sedap pulak dia memesan, ya?! Tirah tu bukan tukang bancuh air Bad tau,”

“Habis tu dia buat air sedap, kenapa umi?”

“Luar biasa sungguh soalan Bad ni, ye…Kalau Tirah bancuh sedap, kenapa Bad tak tanya Tirah sendiri?”

“Tadi umi jugak cakap Tirah bukan tukang bancuh air Bad,”

“Dia dah mula dah…dah pening dah….”

Kata Hajah Fatimah sambil memicit kepala anaknya. Atirah yang baru selesai menggosok sepuluh pasang baju, mula menggantungnya mengikut pesanan Hajah Fatimah. Melihatkan kemesraan dua beranak itu, dia terkenangkan Faizal dan Firdaus. Tidak pernah sehari pun dia berhenti memikirkan keadaan adik-adiknya.

“Kopi yang dipesan tak kunjung tiba jugak. Mungkin kena pesan tuannya sekali kot, baru boleh dapat kopi,”

“Hai, mulut!”

“Jom kita kahwin, Atirah!”

Atirah tersentak. Bukan sahaja tersentak kerana gurauan yang tidak disangka-sangka itu tetapi juga kerana tuan punya mulut sudah berada di sebelahnya. Sebuah senyuman diukir buatnya. Kemudian, mata itu dikenyit sekali.

“Badli! Umi tak suka Badli bergurau dengan Atirah macam tu,”

Beritahu Hajah Fatimah sehingga dapat didengar oleh kedua-duanya sekali. Atirah yang tidak menyenangi keadaan itu terus meninggalkan Badli. Bimbang jika ada salah faham yang bertamu di minda Hajah Fatimah.

“Dua-dua single, umi! Apa salahnya?”

“Bad! Bad sedar tak jenaka apa yang Bad sedang beritahu ni? Jangan kerana marahkan ayah, sakit hati, sakit kepala, Atirah yang jadi mangsa. Bukan semua perkara kita boleh jenakakan, Bad!”

“Bad tahu tu, umi!”

“Habis tu? Kalau tahu, minta maaflah pada Atirah,”

“Kenapa Bad kena minta maaf? Takkan nak mendirikan masjid pun kena minta maaf,”

Tanya Badli, mulai serius. Jika tadi dia mungkin bercanda untuk mengurangkan kusut di kepala, tetapi akhirnya, akal waras yang menapis bermacam-macam perkara sejak akhir-akhir ini mula mengakuinya. Sejak bila dan bagaimana perasaan untuk menjadikan Atirah sebagai calon isteri wujud, dia tidak menyedarinya tetapi Badli benar-benar mahukannya. Seingatnya, dia tidak pernah mengajak mana-mana wanita pun berkahwin dengannya waima dia pernah meniduri wanita itu sekalipun.

“Badli Shah bin Rosli!”

“Umi…umi izinkan tak Bad ambil Atirah sebagai isteri Bad?”

“Emm…umi, Atirah rasa Badli tak maksudkan begitu. Ini Tirah dah siapkan kopi yang Badli minta. Tirah rasa, lepas hilang pening kepala ni-

“Atirah duduk dulu, sayang,”

Hajah Fatimah menyambut kopi yang diberi oleh Atirah. Kemudian, dia menarik tangan anak gadis itu lalu mendudukkan Atirah di atas sofa biru itu. Hajah Fatimah menuju ke arah pintu utama butik itu lalu mengunci pintu dari dalam.

* * * * * * * *

ATIRAH menundukkan wajahnya sahaja. Sejak akhir-akhir ini banyak benar kejutan buatnya. Satu persatu hingga tidak tertanggung rasanya beban hati ketika ini. Umi dan Badli memohon jawapan darinya. Bagaimana dia hendak memberi jawapan sedangkan dia tidak pernah bermimpi untuk berkahwin pun dalam tempoh waktu terdekat ini. Tidak sempat bermimpi pun untuk bertemu putera hati kerana dia sedar akan kekurangan diri yang tidak mungkin akan didekati oleh sesiapa pun.

“Atirah tak bersedia, umi! Lagipun Tirah tak kenal Bad. Bukan setakat tak kenal Bad, malah Tirah tak pernah bermimpi untuk berkahwin pun,”

“Umi tak mahu paksa Tirah, umi juga tak mahu paksa Bad. Pernah terdetik di hati umi untuk menjodohkan Tirah dengan anak umi tapi dalam masa yang sama umi tak mahu dikatakan menentukan hidup Tirah mahupun anak umi sendiri…tapi bila Badli meluahkan, serius dengan kemahuannya, umi bersyukur…Cuma umi pulangkan kepada tuan punya badan,”

“Tirah tak pernah terfikir pun untuk berkahwin, umi. Yang selalu ada dalam fikiran Atirah cuma tentang adik-adik dan keinginan Tirah untuk menyambung belajar,”

“Takkan sebab adik-adik, Atirah tak mahu cari kebahagiaan sendiri?”

“Kebahagiaan apa kalau adik-adik sendiri pun Tirah tak mampu nak bahagiakan?”

“Bad…Apa pun keputusan Atirah, Bad kena terima,”

“Umi...Bad akan ke Johor lagi dua minggu. Bad tak mahu pergi kalau Atirah tak mahu kahwin dengan Bad,”

“Bad, kahwin bukan keputusan yang boleh dibuat sesuka hati, sewenang-wenangnya. Kalau sebelah pihak tak mahu, Bad kena akur. Bad tak boleh paksa. Kahwin bukan macam nak makan ubat. Tak mahu makan, kena paksa…baru makan,”

Celah Hajah Fatimah apabila Badli mula memperlihatkan kedegilannya. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti sejauh mana kesungguhan Badli hendak memperisterikan Atirah. Badli tidak pernah bertanya tentang Atirah, meminta pendapat sekurang-kurangnya untuk mengahwini Atirah. Tiba-tiba, akibat dihantar ke Johor, Badli meluahkan hasrat untuk memperisterikan Atirah, itupun sambil berbaring di atas sofa. Apabila ditanya, Badli berkata bahawa dia bersungguh-sungguh dengan hajatnya.

“Bad takkan pergi tanpa Atirah…Bad punya dua minggu lagi, umi,”

“Saya tak ada keinginan untuk berkahwin, jadi, janganlah paksa saya. Muktamad!”

Tolak Atirah, tegas. Dia bangun meninggalkan Badli dan Hajah Fatimah lalu mengunci diri di dalam bilik air. Dia memulas kepala paip semaksimumnya. Marah dengan Badli yang memaksa, dia membasuh muka sepuas-puasnya. Bila berasa lega, dia membuka pintu tetapi terkejut bila mendapati Badli menunggunya di situ.

“Atirah, saya dah bulat tekad untuk menjadikan Atirah sebagai isteri saya…kalau adik-adik yang menyebabkan Atirah tak boleh terima saya. Baik…hari ni jugak kita pergi jumpa adik-adik…Kalau Atirah mahu, biar adik-adik ikut ke Johor juga,”

“Tak mahu! Tak mahu! Tak mahu!”

“Kenapa tak mahu?”

“Sebab tak mahu!”

Marah Atirah lalu meninggalkan Badli. Tidak sampai selangkah. Badannya seakan ditarik semula ke belakang apabila tangannya dipegang oleh Badli.

“Takkan tak ada sedikit perasaan pun untuk saya?”

“Ada...banyak sangat tapi bukan suka...banyak rasa meluat!”

* * * * * * * *

ATIRAH mengayuh basikal perlahan-lahan. Pertengkaran dengan Badli terus-terusan mengganggu mindanya hingga kini. Tak semena-mena dia diajak berkahwin, seperti dipaksa pula gayanya. Hajah Fatimah pula tidak banyak bicaranya. Sesungguhnya wanita separuh abad itu meletakkan segala keputusan perkahwinan itu pada mereka berdua, tanpa paksaan katanya.

“Tak ada pelanggan ke hari ni?”

Jerit sesorang dari jauh. Atirah menoleh ke arah datangnya suara itu. Pak Samad yang sedang bermain dam bersama rakan-rakannya di balai raya ketawa, seolah-olah mengejeknya.

“Eh, dah berniaga pulak ke anak arwah Midon tu?”

“Takkan kau orang tak tahu…budak tu berniaga badan…siang ke pekan mencari pelanggan, petang ke malam, pelanggan datang ke rumah…maklumlah, rumah hujung kampung, sunyi, kan?”

Lelaki itu dan kawan-kawannya ketawa lagi. Berdesing telinganya menangkap panahan tajam yang ditujukan buatnya.

“Betul ke Samad? Menarik tu…ada masa boleh kita cuba!”

“Kau ada duit ke, Din? Nak cuba boleh tapi bukan percuma, kena bayar...”

Sindiran itu menusuk tajam ke hingga ke lapisan hati yang paling dalam. Atirah mengumpul segala kesabaran. Disimpannya dalam-dalam kesabaran itu. Sudah lama dia bertahan dengan sikap Pak Samad yang begitu suka memburuk-burukkan dia dan keluarganya. Rasanya sikap yang bertahan itu sudah lama berkudis dan bernanah. Sudah terbayang diminda bagaimana lelaki itu ditampar dan dipijak semahu-mahunya. Kenapa begitu iri hati dengan apa yang dilakukannya? Apa yang mereka susahkan tentang dirinya? Akhirnya, dia menarik dan melepaskan nafas sepanjang-panjangnya. Buat apa dia membazirkan kemarahan kepada orang yang tidak punya akal dan kemanusiaan seperti Pak Samad.

* * * * * * * *

“ABANG Bad dah gila ke? Seramai-ramai perempuan dalam dunia ni, kenapa perempuan tu jugak yang abang nak buat bini?”

“Kenapa dengan Dina ni? Siapa yang nak kahwin? Abang Bad, kan? Suka hati abang Bad lah nak kahwin dengan siapa pun!”

Badli menjawab kasar. Marah apabila Dina bertanya, seolah-olah ingin berperang dengannya. Dia yang sedang leka menonton program Man vs Wildrasa terganggu dengan kehadiran Dina di situ.

“Habis tu, buah hati abang yang bertambun dekat luar tu, abang nak campak macam tu aje lah, ya?”

“Dah nama bertambun, yang tak layak tu memang patut kena buang, kan?”

“Macam mana jadi pun, Dina tak mahu beriparkan perempuan miskin yang selekeh tu!”

“Eh, cakap berlapik sikit ya! Dina ingat Dina tu cantik sangat ke? Kalau cantik setakat cantik kena bedak…bangun pagi muka macam tepung gomak…tak payah nak mengata oranglah! Plastik semata-mata,”

“Plastik ke chopstickke...Yang abang nak bela sangat perempuan miskin tu kenapa? Agaknya abang dah kena bomoh ni,”

Marah Dina dengan suara yang semakin tinggi. Hajah Fatimah yang leka mencuci pinggan di dapur keluar menjenguk apabila terdengar keriuhan di ruang tamu.

“Kenapa dua beradik ni?”

“Kenapa umi tanya? Ini semua umi punya pasal! Umi yang sayang sangat perempuan miskin tu, kan? Umi tahu tak, Dina tak lalu tengok muka dia tau…Entah ubat apa yang dia guna, sampai abang Bad pun nak buat dia jadi bini! Kalau tak sebab umi, mesti semua ni tak jadi,”

“Itu kan keputusan abang Bad! Umi tak pernah paksa abang Bad pun,”

“Umi tak paksa tapi umi yang perkenalkan!”

“Kenapa Dina kurang ajar sangat dengan umi ni? Kan abang dah cakap, abang Bad nak kahwin dengan siapa, ikut suka abang...Baik umi, Dina, ayah atau siapa sahaja tak ada hak nak menghalang abang,”

“Abang Bad memang sengaja cari pasal, kan?”

Badli menarik nafas panjang. Dina boleh mempertikaikan keputusan ayah atau Azlan, tapi bukan keputusan umi atau dia sendiri.

“Abang Bad sengaja cari pasal atau Dina yang cari pasal? You don’t have any right to determine my life, even ayah as well…Whether you like or you don’t, I won’t change my mind!”

Badli bangun. Tangannya digenggam kuat. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dilepaskan kemarahan, sekurang-kurangnya sebutir penampar di muka adik bongsunya itu tetapi akal warasnya sempat melarang.

“Bad…cukuplah…jangan dibesar-besarkan sangat hal yang kecil,”

Just because of umi…once again…sekali aje lagi, Dina ulang apa yang Dina cakap pada abang Bad hari ini, Dina akan dapat apa yang abang dah pendam sekian lama,”

“Abang Bad ingat Dina hairan sangat ugutan abang Bad tu?”

“Irdina binti Rosli…cukup!”

Bukan Badli, tetapi Hajah Fatimah juga naik berang dengan sikap Dina. Dia bersabar semenjak anak itu berumur sepuluh tahun lagi. Masa yang sepatutnya anak itu dihukum dengan rotan, jika masih tidak mendengar kata selepas dinasihat berkali-kali, dia tidak dapat melakukannya kerana kasihkan suami. Hari ini, rasa kasih itu memakan diri.

“Tergamak umi tampar Dina!”

* * * * * * * *

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.