Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,069
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 6
                                TANDA

 Jari-jemari Qinna yang halus dan runcing mengelus-elus belakang pelipis telinganya. Entah kenapa semenjak dua menjak ini, terasa seperti ada bahang yang hangat di situ. Puas dibelek di hadapan cermin solek. Namun tiada apa yang kelihatan.  Semenjak hari dia ditemui, sehingga kini, rasa panas berpijar itu tidak pernah hilang. Qinna makin menyedari satu perkara. Suaminya menjadi semakin possesive !!

 “ Apa yang terjadi sebenarnya?” Ingatan  Qinna masih terlalu kabur.. kalau ada pun yang dia ingat hanyalah “Qinna Nur Laila bt Sayid Abdillah,aku bukan setakat mengenali siapa  kau, bahkan kaulah pemilik hatiku!”. Masih terngia-ngia ungkapan misteri daripada suara tersebut. “Adakah dia orang yang sama?” Suaranya.. aku memang kenal surau itu!”

“Al Qin? Kau masih mahu melihat Qinna, aku tak fikir kita sempat?” Ajim sangat berharap sahabatnya akan menukar fikiran.

“Arghh kejap jea Ajim.. aku janji... Lagipun rindu nih dah tak tertahan lagi!”

“Al Qin. Demi usia persahabatan kita.. tolong laahhhh.. sayangi nyawa kau dulu sebelum nyawa dia!”

“Aku tahu kau sangat cintakan dia.. tapi kau tahu juga kan hubungan kau dan dia mustahil dapat bersama!” Ajim masih enggan mengalah. Masih segar di ingatan  bagaimana hancur  hidup abangnya apabila dia jatuh hati dengan perempuan Al Insaan. Dan sekarang?! Sahabat baiknya pula? 

                                  ***********

Selesai mengemas ruang dapur, Qinna berinjak ke ruang tamu. Cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengemas apa yang patut. Keadaan rumahnya sedikit tidak terurus semenjak kejadian tersebut. Qinna tertanya-tanya kenapa suaminya berubah sikap. Kalau dulu pantang rumah berselerak,pasti akan dikemas dan disusun rapi biar sedap mata memandang. 

Walaupun hatinya mula berbolak balik mahu bertanyakan asbab sikap si suami, sehingga kini Qinnna masih membisu. “Arghh nanti abang balik, aku akan cuba korek rahsia dia..asyik-asyik keluar rumah jea..sampai takde masa untuk aku!.. bila aku nak keluar dia takkan kasi kalau berseorangan..dah macam tunggul aku kat umah nih.. mujur boleh pergi bekerja lagi!!” hati kecil Qinna mulai bersungut. 

Selesai diruang tamu, Qinna bergerak ke arah tingkap rumahnya, diselak jendela dan dibetulkan kedudukannya, tatkala tangannya membuka tingkap nako, mata Qinna tiba-tiba membulat!. 

Mata Qinna menangkap susuk tubuh yang sedang bertinggung di atas dahan pohon Ara tidak jauh dari rumahnya. Degup jantung Qinna semakin cepat. Entah kenapa dia merasakan susuk itu seperti pernah dilihatnya.

Qinna menoleh ke arah jam di dinding. Azan Magrib akan berkumandang seketika nanti. Qinna menutup tingkap tergesa-gesa, berpusing membelakangkan tingkap dan segera berlalu menuju ke bilik air. 

“Allahuakbarrrr..Allahuakbarrr..!”Laungan  Azan Magrib yang berkumandang daripada surau berdekatan sedikit melegakan hati Qinna yang mulai gelisah. “Ishhh.. mana pulakkkk abang nihhh?” gerutu Qinna sebal. 

“Hari dah nak malam nih tak balik-balik!” 

“Aku ada di sini, Qinna Nur Laila”

Qinna kelu. Melingas matanya kiri kanan mencari si empunya suara.. 

“Qinna cari aku?” Jangan risau.. aku bukan seperti suamimu.. aku tak pernah meninggalkan mu Qinna”. 

“Siapa kau hah? Kenapa kau ganggu hidup aku?”

“Aku?” Aku yang pertama pernah kau sayang Qinna.. sebelum..”  Al-Qin tidak menghabiskan ayatnya. 

“Sebelum apa?” Qinna semakin biasa dengan suara itu. Kepingin sangat dia melihat gerangan siapakah pemilik suara itu. Rasa takutnya semakin menipis. 

“Kalau benar aku adalah pemilik hatimu, tunjukkan wajah mu pada aku!” Entah dari mana datang keberanian Qinna. 

Al-Qin tersentak. “Aku ingat dia sudah lupa atau tak dengar apa yang aku ucap dulu”...

“Benar kau nak lihat wajah aku Qinna?”

“Ya” 


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.