Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,774
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 22
                                                               HIGANBANA BUNGA KEMATIAN


  Tiada secarik senyuman di wajah Ajim. Hatinya panas mengenangkan sikap Al Qin yang  terlalu menurut hati dan perasaan. Kelahiran Melati dalam hidupnya sudah cukup memeningkan kepala apatah lagi dengan ketibaan Qinna Nur Laila ke dunia mereka? Melati adalah anak saudara kesayangannya..bah juga bakal pasangannya..yaa..apa yang hendak dihairankan dalam dunia mereka? 

Ajim cuma menunggu waktu sehingga Melati cukup dewasa untuk menjadi wanitanya. Melihat kepada kecantikan Melati yang merupakan kacukan manusia dan bangsanya, Ajim akui sangat banyak bangsa lain dalam alam halus  yang turut berminat menjadikan Melati pasangan mereka. "Arghhh..aku perlu segera menanda Melati!".. sakit pula hatinya mengenangkan sikap playboy Roy si hantu raya yang pernah mencuba nasib mengorat Melati. 

"Abang..cepatlah..tengok!! cantikkan pemandangan kat sini?" Melati tersenyum simpul..

"Yeaa..nanti abang sampai.." sepantas itu juga Ajim mengibaskan kepaknya dan melayang terbang ke arah Melati.

Sebaik dia hinggap dan bertenggek diatas dahan tidak jauh daripada Melati matanya menangkap sejenis tumbuhan berbunga merah delima  di pangkal pokok tersebut. 

"Ehh...bunga higanbana?."

"Abang?! kenapa mata asyik kat bawah jea..Mel kat sini laa?"

"Erkk..ehh..yaa-yaa..maaf.." ujar Ajim. 

"Mel tahu tak apa kegunaan bunga higanbana kat bawah pangkal pokok nih?" seraya jarinya menunding kearah bunga yang berwarna merah menyala itu?

"bunga higanbana? bunga apa tuh abang?" Melati nyata masih kurang pengetahuan mengenai alam halsu yang dihuninya sejak lahir.

"bunga kematian..tapi kalau abang ambil sedikit bahagian bunga ni dan dijadikan herba bagi membantu Al Qin mungkin perempuan manusia tuh akan selamat di sini..bau kematian pada bunga ini sudah cukup untuk melindungi bau manusia pada tubuh Qinna..selebihnya Al Qin kenalah berusaha bagaimana untuk memastikan Qinna selamat..hehh.." Ajim lebih kepada bercakap dengan dirinya sendiri.

"Apa yang abang merepek nih..siapa mati?" ujar Melati tidak dapat menangkap maksud bicara Ajim.

"Ehmm..tak da apa-apalah Mel..Mel dah puas dok sini?..Jom abang bawak Mel balik..dah beransur cerah kat sini..Mel tahukan abang kurang suka dengan cahaya?"

"Okayy..jommm.."

Dengan sebelah tangannya memegang erat tangan Melati, Ajim berdesup menerbangkan anak saudara kesayangan yang juga kekasih hatinya pulang ke sarang mereka. Sehingga kini, Melati masih belum mengetahui perasaan sebenar Ajim terhadapnya. Semenjak kehilangan ibu dan ayahnya, Melati dijaga oleh Ajim dengan penuh kasih sayang. Melati selalu beranggapan tindakan Ajim adalah kerana dia merupakan anak saudaranya dan tidak terdetik pun perasaan sayang di hatinya kepada Ajim lebih daripada kasih seorang anak kepada bapanya. Tetapi semakin dia menginjak dewasa, Melati dapat merasakan perubahan dalam tingkah laku Ajim. Tinggal sahaja Melati belum berani membuka mulut berbicara soal hati dengan Ajim!.

                                                          **********************************************


"Macam mana Ajim? kau dah jumpa bunga yang berfungsi sebagai herba tuh?"

"yaa aku dah jumpa..cuma aku nak tahu, macam mana kau sorok bau Qinna daripada semua mahkluk halus kat sini? aku pun tak dapat hidu bau dia?" 

"hmmm..akuuu..aakuu..bersama dengan dia lagi..aku fikir bau tubuh ku buat masa sekarang yang menglingkari badannya mengurangkan bau manusia dia..jadi buat masa sekarang aku fikir dia akan selamat tapi kita kena cepat cari kan bunga tuh Ajim.."

"kauuu??Qinnn?? kau seriusss..dah dua kali kau meniduri dia Al Qin..kau benar-benar mahu dia mengandungkan benih kau kan?"

"kau pun tahu hati aku pada Qinna kan Ajim? aku sanggup serahkan nyawa untuk dia..apalah sangat dengan benih aku tuhhh"?

"okayy..fokus pada perbincangan asal kita Ajim..kat mana kita boleh jumpa bunga higanbana nih??"

"aku dah jumpa pun tempatnya..esok kita kesana..boleh? aku ada hal mustahak malam nih..kau balik dulu dan jaga Qinna baik-baik..banyak mata-mata kat sini..nyawa Qinna dalam jagaan kau..kau kena ingat tuh Qin.."

"owhh..okay-okay..aku ingat sahabat! terima kasih sebab ingatkan aku, jadi kau akan uruskan sendiri bagaimana cara untuk ambil bunga higanbana nih?

"yaa..biar aku yang uruskan.. kau jangan bimbang..dahhh..pergi balik dan pastikan Qinna tidur dibawah lindungan kepak kau.."

"Jumpa nanti" dan kedua sahabat karib itu pun berpisah. 

Setibanya Al Qin di sarang kediamannya, dia mengukir senyuman indah tatkala dilihat Qinna sedang terbaring tenang di atas buaian renjut. Sengaja dia tidak membawa Qinna ke istana ayahandanya. "Terima kasih sayang..kerana sudi membalas cinta aku"..

Perlahan Al Qin menghampiri Qinna dan menghayun buaian itu. Qinna yang hampir terlelap terus membuka luas matanya. Melihat Al Qin disebelah menenangkan hatinya yang sedikit gundah. "Arghhhh..aku perlu balik juga malam ini..macam mana dengan ibu dan abahku? macam mana dengan keadaan suami ku?" desis hatinya.


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham