Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,796
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 3
                                 HILANG


Berkerut-kerut dahi  Qinna..matanya melilau kiri dan kanan. “kemana saja la kau merayap nih Oyen oiiiii”..Qinna mendengus. Kehilangan Oyen sudah melebihi dua bulan amat Qinna kesali. Bahkan  suaminya juga hairan bagaimana Oyen yang sangat rapat dan manja dengan Qinna boleh menghilangkan dirinya secara tiba-tiba. 

“Tak jumpa juga lahhh..Syafiqullah melepaskan lelahnya di atas tembok di pinggir jalan setelah penat berpusing merayau keliling taman perumahannya  mencari Oyen. Sesaat kemudian dia berpaling ke arah Qinna. 

Qinna turut berpaling dan di wajahnya terpapar keresahan yang memgganggu tenteram hatinya.

“abanggg.,kat sini pun tak ada lahh” laung Qinna seraya memalingkan wajahnya kepada Syafiqullah. Jarak antara dia dan suaminya tidaklah terlalu jauh namun mereka menggunakan kaedah pecah dan cari. 

“Apa yang hilang?” ...

Qinna tersentak!

“Siapa!?” 

“Aku tanya apa yang hilang?”...

Qinna tidak lagi menyahut. Dia tahu di hadapannya  adalah rumah yang tiada berpenghuni. Segera dibuka langkah seribu meninggalkan kawasan rumah kosong tersebut dan menuju ke arah suaminya.

Namun, entah  kenapa tiba-tiba jalan yang menuju ke arah suami kelihatan sangat jauh dan penuh dengan belukar yang tebal  kiri kanannya. Qinna mengerutkan dahinya. Peluh renik mulai membasahi ubun-ubun. 

Baju t-shirt muslimah yang dipakainya dibasahi keringat apabila dia mengerahkan tenaga yang bersisa untuk berlari kepada suaminya. Anehnya susuk si suami masih juga berada jauhhhhh di hadapannya.

“Ehhh..kenapa tak sampai-sampai nihh? Rasanya jarak aku dengan abang tak sampai pun 20 meter..” gumam Qinna sambil masih lagi berusaha mengheret kakinya. Penat tidak terkira. Nafas Qinna mulai tercungap-cungap. Pendek-pendek nafas yang dihela. Di mata Qinna, dia melihat susuk suaminya sedang berdiri melambai   kan tangan. Tapi....wajah suaminya tidak menunjukkan sebarang  reaksi! 

“Apa yang kau cuba buat hah?!” Al-Qin menempik kearah mahkluk yang tersengih melihatnya.

“Alahhhh..aku nak main-main je la dengan manusia perempuan nih, yang kau nak marah sangat kenapa?” balas Azrail selamba.

Al- Qin merenung tajam seakan mahu di telan makhluk berupa seperti lutong itu. 

“Kau bukak balik jalan dia sekarang!!” Al-Qin membentak. Sepasang sayap mulai dikepak tinggi. Petanda dia akan menyerang kiranya permintaannya tidak ditunaikan.

“Baabaikk..baik..aaaku aku bukak sekarang”..ujar Azrail tatkala melihatkan wajah Al-Qin merah padam menahan marah. 

“Baik kau berambus dari sini sebelum aku makan kau hidup-hidup!” nada Al-Qin tidak sedikit pun  mengendur. 

Azrail mendegus seraya melompat-lompat seperti lutong meninggalkan Al-Qin. “Tak guna..cisss! mentanglah aku hanya makhluk halus kelas bawahan!” “Tunggullah kau Al-Qin..suatu hari nanti aku pasti dapat apa yang kau ada!” Menggigil tubuh Azrail menahan dendam yang mulai bercambah. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.