Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,809
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 21
                                                              SEMPADAN KASIH

Qinna mengerdip matanya laju-laju. Digosok-gosok anak mata seakan tidak percaya dengan apa yang berada di hadapan. Perlahan-lahan Qinna bangun daripada katil yang ditiduri. Dia tidak pasti di mana dia berada sekarang. Segenap penjuru bilik di telitinya. Mata Qinna hampir terjojol keluar melihatkan keadaan bilik tersebut.. Indah. Amat sangat hinggakan ternganga mulut Qinna tidak terkata.

"Erkk..Qinna sayang, boleh tolong saya tak?" kedengaran suara Al Qin daripada belakang.

"ehhh..?"

"Tolong tutup mulut tuh..?" ujar Al Qin sambil tersenyum kecil.

"aa'ahh..owhhh" serentak dengan itu sepantas kilat Qinna menekup mulutnya. 

"Ahemm..erkk..ke mana tadi?" ujar Qinna sambil memusingkan badan mengadap Al Qin. Wajahnya merona kemerahan menahan malu kerana ditegur oleh Al Qin. "Aduhhh..nampakk sangattt!" getus hati Qinna.

"Ni.." tangan Al Qin menatang dulang yang diperbuat daripada emas putih berkilauan, dan hidangan yang kelihatan amat menyelerakan. 

"Waahhh...terima kasih"Qinna tersenyum senang. Ketika itu baru Qinna menyedari perutnya berkeroncong sejak dari tadi, tetapi dek kerana terpukau dengan keindahan bilik itu, dia terlupa seketika. 

"Sini Qinna..."ujar Al Qin seraya meletakan hidangan di atas meja bulat kecil berukiran awan larat dengan kemasan emas disisinya. Tangan Qinna diraih lembut dan dipimpin ke meja tersebut. Qinna melemparkan senyuman manis kepada Al Qin. Layanan Al Qin kepadanya sangat berbeza daripada Ustaz Syafiqullah. Walaupun si Ustaz tidak pernah berkasar dengan Qinna tetapi dia juga tidak seromantik Al Qin. 

"Akhirnya kita dapat bersama..aku sangat gembira kau sudi mengikut aku ke sini Qinna..sudah terlalu lama aku nantikan saat ini.."

"maksud kau?"

"Aku..memang telah lama menyayangi kau Qinna..terlalu lama, aku tidak sanggup membiarkan perkara buruk berlaku pada orang yang aku sayang.."

"kenapa aku?"

"kerana kau istimewa di sini Qinna, di hati aku" Al Qin menunding jari ke dadanya.

"kau telah menanda aku sejak aku kecilkan? kenapa ketika itu tidak berlaku sebarang kejadian pelik pada aku?! orang tua aku tidak pernah menceritakan apa-apa pun?"

"hmmm..aku fikir kerana hijab kau ditutup..maka memori tentang aku menjadi pudar dalam ingatan kau sayang.."

"tapiii..kenapa aku sering merasakan perasaan rindu pada sesorang?"

"sebab aku sentiasa pastikan kau tidak melupakan aku..dan aku ada cara aku sendiri Qinna.." saat jemari Al Qin mahu menyentuh jemari Qinna, dengan segera Qinna menepis lembut.

"eekk..akuu lapar..boleh aku makan sekarang?" Qinna mengubah topik perbualan

"lepas makan nanti jangan kemana-mana yea? aku akan datang balik nanti..ada urusan sedikit di luar..selamat menjamu selera sayang.."ujar Al Qin sambil mencium ubun-ubun Qinna. Seketika kemudian kelibat Al Qin menghilang di balik pintu.

Qinna sekadar mengangguk kepala, mengawal keayuan seboleh mungkin, dan sebaik sahaja Al Qin hilang dari pandangannya.. "waahhh..masa untuk makannnnn!!"..dengan segera tangan Qinna mencapai makanan yang dihidangkan. Selesai sahaja mengisi perut, Qinna meneroka bilik yang luas dan indah itu. Katil bersaiz king dengan cadar yang sangat lembut dan selesa, warna putih gading yang digandingkan dengan kemasan emas sangat berpadanan, aroma bilik yang lembut dan wangi menyenangkan hati Qinna. Tiba-tiba..

"Ekk.urghhh..uweeekkkk..." Qinna cepat-cepat menekup mulut. Dengup jantung tiba-tiba sahaja berlari pantas. Qinna tertunduk-tunduk menahan perutnya. Di waktu yang sama, kepala Qinna terasa berat dan pusing. "Arghhh...tak tahannn!!" Qinna hampir terjelepuk jatuh ketika sepasang tangan dengan pantas menyambut tubuhnya.

"Qinna?!! kau okayy?" Al Qin bersuara bimbang. 

"hhmmm..yeeahh..aakkuu..ookaayy.."lemah sahaja suara Qinna. Mata Qinna dapat melihat kebimbangan yang bukan sedikit pada wajah Al Qin. "Aku okay." ujarnya disertai dengan usapan lembut di wajah Al Qin. Tangan Qinna di cium penuh kasih. Hati Al Qin berbunga-bunga." Kiranya aku tidak bertepuk sebelah tangan"..Al Qin merasa sangat bahagia. 

"lain kali kau hati-hati yea sayang?" Al Qin bersuara sambil memapah tubuh Qinna ke katil semula.

Al Qin menuangkan secangkir minuman kepada Qinna. Di suap Qinna minuman tersebut dan setelah dilihat Qinna selesa diatas katil barulah Al Qin bersuara semula.

"esok bidan diraja bangsa Al Hin akan datang memeriksa kau, aku perhatikan kau kerap muntah-muntah..aku bimbang.." sambung Al Qin

"huh? kenapa bidan? kau fikir aku mengandung?" Qinna membalikkan soalan

"kau tak rasa macam tuh?"

"emmm..baru sekali kan kau meniduri aku? tak mungkin secepat itu..."sambung Qinna

"kau tak marah aku meniduri kau?"

"kau mahu aku berterus terang?"

"yaaa..semestinya"

"sejujurnya kau lebih hebat di ranjang dari dia.."secepat itu Qinna melarikan wajahnya. Malu mungkin.

"kau puas bila bersama aku tapi tidak bila dengan dia?" seraya tangan Al Qin menyentuh pipi Qinna dengan penuh kasih.

"hmmm.."anggukan kecil Qinna sangat bermakna pada Al Qin.

"kau sudi jadi isteri aku?"

"erkkk..aakkuu..perlukan masa untuk itu..kau tahukan aku isteri orang?"

"Qinna.." serentak dengan itu sebuah ciuman dilepaskan pada dahi Qinna, melorot ke mata, ke pipi, ke telinga dan akhirnya berhenti di bibir mungil Qinna. Bibir Qinna dan Al Qin bertaut rapat, sesekali lidah Al Qin mengulum lidah Qinna. "Arghh..hmm..nghh.." desahan kecil terkeluar daripada bibir Qinna. 

"Al Qin..Al Qin..arghh..nghhh..nghh.."nafsu keduanya tidak dapat dibendung lagi. Tubuh kekar Al Qin kini sudah pun berada di atas badan Qinna. Qinna membiarkan sahaja seluruh tubuhnya di belai oleh ciuman Al Qin. Nikmat yang tidak tertahankan. "Sayanggg?..izinkan aku.." Dan Qinna mengiyakan sambil merangkul erat tubuh Al Qin. Dan kali ini, kenikmatan itu lebih berganda kerana Qinna melakukannya dengan rela hati dan penuh perasaan kasih pada mahkluk bersayap yang berusia ribuan tahun itu.

                                                              *************************************


"Chripp..chripp..chripp"..kicauan burung menyedarkan Syafiqullah daripada lenanya. Dia tercungap-cungap. Renik peluh halus kelihatan di rerambutnya. Mata Syafiqullah terasa berat. "Kenapaaa Qinna!!" kebimbangan Syafiqullah semakin menjadi nyata. Dia melingas kiri dan kanan. Di capainya kotak kecil berisi helaian rambut Qinna Nur Laila. 

Syafiqullah tahu dia harus segera bertemu dengan Ustaz Azhar. "Makin di biarkan makin melarat nant! sebelum parah aku kena segera jumpa Ustaz Azhar!!' desis hatinya. Syafiqullah bingkas bangun daripada katil. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi. Dengan segera dicapai tuala dan kemudinnya menuju ke bilik mandi. Semenjak ketiadaan Qinna, keadaan rumah mereka semakin tidak terbela. Jika dihitung-hitung, sudah hampir dua bulan Qinna menghilang. Dan selama itu juga lah, Syafiqullah dan mertuanya tidak henti-henti berusaha mencari Qinna.

Hari ini, Syafiqullah sudah berjanji akan menemui Ustaz Azhar. "Harap-harap Ustaz Azhar dapat bantu aku. tolong la ya Allah..aku mahukan isteri aku semula..walau apa pun yang berlaku pada dia..tolong selamatkan dia ya Allah.."rintih hatinya. Dengan langkah penuh mengharap Syafiqullah meninggalkan rumahnya untuk bertemu dengan Ustaz Azhar. 

Sepanjang perjalanannya, Syafiqullah fokus sahaja. Namun tiba-tiba saat dia tiba di satu selekoh tajam, dengan tidak semena-mena, lintasan putih melayang entah dari mana menyebabkan Syafiqullah terpaksa  menekan break kecemasan. "Sreekkkkkkkk...." berbekas kesan tayar kereta Syafiqullah di jalan raya. Sepi. Sunyi sehinggakan tidak kedengaran unggas -unggas bersuara.  Syafiqullah  yang terkejut dengan segera memberhentikan kenderaannya di bahu jalan. Ketika itu, barulah disedari dia berada di jalan yang gelap dan suram..pohon-pohon rendang dan tinggi menjulang menghalang sinaran matahari. Menyelinap perasaan takut di hatinya. 

Bulu roma Syafiqullah tiba-tiba sahaja menegak. Meremang tengkuknya. Syafiqullah mengusap-gusap belakang tengkungnya. Sambil mulut berkumat kumit membaca segala ayat yang terlintas difikiran, Syafiqullah dengan segera masuk semula kedalam kereta dan berniat untuk meninggalkan tempat itu. 

Namun barus sahaja dia mahu menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba sahaja dirasakan seperti bahagian belakang keretanya seakan dijongketkan oleh sesuatu. Tangan Syafiqullah yang menggigil -gigil memaut erat stereng keretanya. Debar hati tak usah dicakapkan lagi. "Aaapaa yang berlaku nihhh.." mata Syafiqullah melihat menerusi cermin padang belakang. Dia tidak sanggup untuk memusingkan kepalanya untuk melihat siapakah atau apakah yang sedang mengangkat belakang kereta. Peluh jantan mengalir deras. 

"Uwargghhhhh....bammmmm!!!" serentak dengan itu bahagian belakang keretanya di hempas kuat ke jalan raya menyebabkan Syafiqullah turut terhantuk kepala pada panel tingkap kereta."adoiiiii...arghhh..sakitnya.." darah kelihtan mengalir daripada bahagian dahi yang terhantuk dengan panel tingkap itu.  Syafiqullah masih lagi berperang dengan perasaan sendiri." Kalau aku keluar.. aapa akan jadi pada aku?"

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham