Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
126,101
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 23
                                                                 PERANGKAP

"Bammmm!!" Syafiqullah tergamam. Tanganya mencari-cari tisu di dalam kereta dan perlahan-lahan lelehan darah pada dahinya disapu dengan cermat.  Dia hanya mampu menikus di dalam kereta. Debaran kencang di dada terasa bagaikan gendang yang dipalu. "Duup!! daaapp!! duppp!! dapp!!".. Nafas seakan terhenti sewaktu menangkap bunyi seperti seseorang sedang berjalan menghampiri keretanya. "Sreett..sreett..sreett"...

"Yaaa Allahh..selamatkanlah aku..sesungguhnya aku hambaMu yang lemah Ya Allah.." bisik hatinya yang semakin cemas.

Keretanya digoyangkan ke kiri dan kanan. Macam hendak terbalik dikerjakan oleh makhluk yang masih enggan menonjolkan dirinya. Syafiqullah hanya mampu memejamkan matanya dengan mulut terkumat kumit membacakan Ayat Al-Kursi dan surah-surah lazim.. "kenapa di siang hari ? bukankah mereka lebih gemar menganggu manusia di malam hari?" getus hatinya kehairanan. "Arghhh..baik aku keluar, Allah ada bersama aku!" entah dari mana datang semangat dalam dirinya. Jemari Syafiqullah terketar-ketar menyentuh pintu kereta dan "klik"..

Perlahan-lahan dia menjengahkan kepala keluar, melihat kiri dan kanan. Setelah pasti tiada apa pun yang kelihatan di jalan tersebut, Syafiqullah mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan menyiasat siapakah yang telah mengjongketkan bahagian belakang keretanya tadi. 

Namun sebaik sahaja dia berdiri bersebelahan dengan pintu keretanya, Syafiqullah kaget. Hanya beberapa langkah sahaja dari tempat dia berdiri, dapat dilihat dengan jelas segerombolan monyet liar berwajah bengis merenung tajam ke arahnya. Gerombolan monyet itu tidak kelihatan seperti monyet-monyet biasa. Bahkan saiz badan mereka juga lebih agam dengan juluran taring panjang di hujung kiri dan kanan bibir merea yang terjuih. 

Melihatkan saiz monyet-monyet tersebut yang luar biasa, tahulah Syafiqullah bahawa monyet-monyet itu bukan monyet liar yang biasa berkeliaran di  jalanan. 

"Heyyy..manusiaaa!!" tiba-tiba salah seekor monyet itu bersuara keras.

"aa..yaa" antara dengar dan tidak sahutan oleh Syafiqullah.

"Aku tahu tujuan kau, kemana dan dengan siapa kau hendak berjumpa!" monyet itu bersuara lagi.

"jadii..kena..pa..kenaapa kau halang aku?" 

"kalau kau sayangkan nyawa kau, balik sekarang jugak!!" ujar monyet tersebut bernada amaran.

"erkk..akkkuu tak takut pada kau!" sahut Syafiqullah enggan mengalah.

"kau tak takut matii?!"

"mati itu pasti!!..dan Allah ada melindungi aku!!, sekarang kau dan kawan-kawan kau berambus dari sini!" keberanian yang tiba-tiba sahaja menyelinap memberikan semangat kepada Syafiqullah. "Arghh..jenis mahkluk halus ini, bila ramai berani bila sedikit takut!..getus hatinya".

"kuranggg ajarrrr kauuu!"

Serentak dengan itu gerombolan monyet itu meluru ke arahnya. Syafiqullah dengan segera masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu, menekan pedal minyak dan memecut laju. "Yang terbaik sekarang adalah selamatkan diri aku dulu!!" Dari cermin sisi, Syafiqullah dapat melihat gerombolan monyet tersebut yang semakin mengecil dan hilang dari pandangan. "Fuhhhh...selamattt.. Alhamdullilah!"...lega yang tidak terhingga apabila dia berjaya melepasi halangan tersebut."Ustaz Azhar pastinya sedang menunggu aku!, kena cepat nihh!"..


                                                      ****************************************************

Kematian Pak Kiai Hasbullah dengan kepalanya terpenggal daripada badan mula menjadi topik perbualan penduduk kampung. Inspektor Zahrul resah memikirkan pelbagai khabar angin mulai menebar di jalanan. Siasatan yang dijalankan juga tidak menemui petunjuk yang diharapkan. "Arghhh..kenapa tiada langsung senjata yang ditemui..hebat pembunuh tuh!!" 

Puas sudah pasukan siasatan menggeledah rumah dan kawasan sekitar tempat tinggal Pak Kiai Hasbullah namun pencarian mereka untuk mendapatkan bukti langsung tidak berhasil. Bahkan masih segar diingatan, sewaktu mereka sampai untuk mengambil mayat Pak Kiai Hasbullah, keadaan rumahnya kelihatan bersih dan kemas. Tiada unsur-unsur pecah masuk, rompakan dan yang sewaktu dengannya. 

"erkkkk.. Tuann..Tuan Zahrul..tengokk nih?" jari Sarjan Lokman lurus menunjuk kearah kepala Pak Kiai Hasbullah yang tergantung ditengah-tengah tiang sari rumahnya. Jejeran darah merah mengalir laju daripada batang leher yang terpenggal.

"huhh..Allahuakbarrr!!!..cepattt..cepatt!! turunkan kepala arwah!" arah Zahrul kepada Sarjan Lokman. 

"Tuann..Tuuann..kenapa tak nak boleh capai kepala nih?" kelihatan tangan Sarjan Lokman terkial-kial dalam cubaannya untuk  mencapai kepala yang tergantung itu. 

"Ishhhh..kau nihh..ketepi!" Zahrul membacakan beberapa surah pendek yang dingatinya dan dengan penuh hati-hati dia memanjat tangga yang di sandarkan pada tiang sari tersebut. Wajah Pak Kiai Hasbullah dengan mata terbeliak dan lidah terjelir mendatangkan rasa seram sejuk dihatinya. Dengan pantas wajah itu ditutup dengan kain putih sebaik sahaja dicapai. 

Mata Zahrul meliar melihat segenap penjuru rumah. Aturan perabot tidak berubah, tiada kesan pergelutan bahkan juga makanan yang terhidang di atas meja kopi di sisi dinding juga tidak terusik. "Pak Kiai sedang menunggu seseorang kah sewaktu dia dibunuh?" desis hatinya.

"Tuann..erkk...kami dah kumpul sedikit maklumat kat sini, kepala arwah pun kami dan letak dalam bekas simpanan, cumaa..badannya belum jumpa lagi Tuan..erkkk..boolehh tak kita sambung esok pulak Tuan..?" Sarjan Lokman bersuara kegusaran.

"kenapa nak tunggu esokk?"

"Erkk..Tu..tuaan..hari dah makin larut malam nih..rasa lain macam kat rumah nih.."

"kau nihhh..macam mana lepas jadi polis kalau penakut macam nih..aku tak kira, kita cari sampai jumpa badan dia!! malam ni jugakk!!"

Zahrul sendiri terpaksa mengakui, sepanjang pencarian mereka di rumah tersebut, pelbagai bunyian dan bauan aneh yang terpaksa didengar dan dihidu. Bukan sekali dua dia berbolak balik untuk meneruskan siasatan di rumah tersebut. Namun kerana tugas dikeraskan jua hatinya. "Hmmm..aku perlu beritahu Syafiq!, dia kena hati-hati kalau nak selamatkan isterinya!!".

                                                       **************************************

Al Uwais menyeringai . "Kalau kau tak mahu terima nasib yang sama seperti abang kawan baik kau si Ajim tuh, pastikan aku tidak dapat menjejak dimana pasangan yang kau tanda Al Qin!..hahahahah..hahahhaa..!!". Berita yang dibawa oleh Azrail mengesahkan persoalan yang sekian lama membuku dihatinya. Tindak tanduk Al Qin yang semakin mencurigakan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara yang cuba disembunyikan oleh Al Qin. 

"Kalau aku dapat mengidu bau perempuan manusia itu, nahaslah jawabnya!!.."pacaran cahaya merah menyala daripada sepasang mata miliknya jelas menunjukkan niat membunuh yang disimpan oleh Al Uwais. Sungguh dia enggan takhta kerajaan ayahandanya jatuh ke tangan Al Qin. "Aku perlu pastikan zuriat keturunan diraja bangsa Al Hin tidak di bawa oleh perempuan manusia itu!". "Dan setelah aku memastikan perempuan manusia itu mati, aku akan fikirkan cara bagaimana untuk mendiamkan Al Qin!!'

"Takhta ini milik akuuuu!!!!"


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham