Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 17

KOLEJ DELTA

 

Masa untuk makan malam kembali tiba. Begitulah rutin hidup manusia sejak zaman berzaman lagi, makan, tidur, makan, tidur.

Haris dan Razif melangkah masuk ke dalam dewan makan yang separuh penuh. Mereka terus masuk ke dalam barisan dan beratur untuk mengambil nasi dan lauk. Mata Haris ligat mengimbas ke segenap ruang dewan makan itu namun dia berasa kecewa kerana tidak dapat mengesan kehadiran Amelia.

Setelah selesai proses memilih lauk pauk dan minuman, Haris dan Razif bergerak menuju ke tempat duduk kegemaran mereka. Proses menyuap, mengunyah dan menelan pun bermula.

“Eh,sedap pulak lauk malam ni. Biasa kari ayam rasa tawar semacam je.” Ujar Haris.

“Ah-ah, aku dengar cerita baru-baru ni makcik Nigeria tu kena tangkap sebab tak ada permit kerja.”

“Iya ke? Habis tu yang ni tukang masak barulah ya? Sedap jugak dia masak kari ayam.”

“Cuba kau try kangkung goreng belacan ni, best gila.” Razif mencampakkan sejemput sayur kangkung goreng belacan ke atas timbunan nasi dalam tray Haris. Haris menggaulnya dengan nasi dan menyuapkannya ke dalam mulut.

“Emm…betullah, memang best kangkung goreng belacan ni. Ini baru dikatakan tukang masak yang sebenar.”

“Diorang cakap tengahari tadi lagi best, dia punya ayam goreng lagi sedap daripada KFC.”

“Aiyoo..ruginya. Aku malaslah nak balik kolej tadi, makan kat kafetaria je.”

“Aku pulak makan kacang goreng je. Boring la siang malam makan nasi.”

“Ya tak ya. Pagi nasi lemak, tengahari nasi campur, malam pun nasi campur. Muak jugak ek.”

Setelah menghabiskan hidangan makan malam mereka, Haris dan Razif bertafakur sebentar sementara menunggu nasi yang dimakan sampai ke destinasinya dengan selamat. Sesekali mereka meneguk air oren Sunquick untuk melancarkan lagi proses itu.  Mata Haris kembali mengimbas mencari wajah Amelia namun masih lagi menemui kegagalan.

Setelah agak lama bertafakur dan merasakan kemunculan Amelia tidak akan berlaku, Haris mengajak Razif beredar dari situ. Namun ketika Haris hendak bangun dari kerusi, kelihatan Amelia melangkah masuk ke dalam dewan makan. Dia tercegat seketika seperti mencari-cari seseorang. Sebaik saja dia terpandang Haris, kakinya pantas melangkah ke arah Haris.

Haris berasa sedikit gelisah apabila  dia melihat Amelia melangkah laju ke arahnya. Perasaan gelisahnya semakin menjadi-jadi apabila dia menyedari tangan kanan Amelia sedang memegang sekeping sampul surat berwarna coklat.

“Ishh..ini dah nampak macam nak jadi kes serius ni. Surat apa pulak kat tangan dia tu? Hang janganlah buat aniaya kat aku Amelia. Kita bincanglah elok-elok. Hang dengarlah dulu penjelasan aku ni Amelia,” Haris cuba bertelepati dengan Amelia walaupun dia tahu Amelia tidak dapat mendengarnya.

Setibanya Amelia di hadapan Haris, dia segera menghulurkan sampul surat itu kepada Haris tanpa berkata apa-apa. Amelia menundukkan mukanya namun daripada riak wajahnya Haris dapat merasakan Amelia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Seolah-olah sebahagian daripada dirinya tidak bersetuju dengan tindakan yang sedang dilakukannya.

Haris mencapai sampul surat yang dihulurkan Amelia dengan tangan kanan sambil tangan kirinya membuat isyarat berhenti meminta Amelia tunggu sebentar. Namun Amelia terus saja melangkahkan kaki meninggalkan Haris yang kini dihujani seribu persoalan tentang isi kandungan sampul surat itu.

“Woi! What the hell is happened? Siapa pompuan tu? Pasal apa dia bagi sampul surat tu kat kau?” Suara Razif mengejutkan Haris dari lamunan.

“Hah? Err..nama dia Amelia. Entah, manalah aku tahu pasal apa dia bagi sampul surat ni kat aku.”

“Ooo..selama ni kau simpan pompuan ya, sepatah pun kau tak beritahu dengan aku. Kau dah buat apa dengan dia sampai dia bagi surat saman kat kau?”

“Ishh...mana kau tahu ini surat saman. Surat saman macam ni ke rupa dia?”

“Habis tu surat cinta? Woi, mana ada orang tulis surat cinta pakai sampul warna coklat. Setahu aku kalau sampul coklat mesti surat rasmi. Cuba kau tengok ada tak dia tulis urusan seri paduka baginda.” Haris membelek kedua-dua belah sampul surat dengan perasaan penuh curiga.

“Takdelah. Depan belakang kosong je.”

“Bukaklah tengok apa dia isi kat dalam tu.”

“Ah, kita balik bilik dululah. Kita bukak kat sana.”

Sesampainya saja mereka di bilik, Haris segera mengoyak bahagian tepi sampul surat berwarna coklat itu. Dia menjenguk sedikit ke dalam sampul surat dan kemudian mengeluarkan dari dalam sampul surat itu sehelai kertas putih yang dilipat dua. Haris membuka lipatan kertas putih itu dengan penuh waspada sambil hatinya berdoa yang baik-baik sahaja.

“Woi, bacalah kuat-kuat, aku pun nak dengar jugak.” Gesa Razif tak sabar.

“Ah, kau baca sendirilah lepas ni. Kacau je.”

“Ooo…sejak ada pompuan ni, sombong kau ya.”

“Diamlah, aku nak baca surat pun tak senang.”

“Eheh, makin berlagak kau ya.”

Tanpa mempedulikan Razif, Haris kembali menatap lembaran kertas putih yang sedang dipegangnya itu. Hatinya berdebar kencang sebaik saja melihat namanya disebut di pembuka kata surat itu.

 

Saudara Haris yang dihormati,

            Assalamualaikum. Maafkan saya kerana menulis (menaip sebenarnya) surat ini menggunakan laptop. Bukan saya tak pandai menulis menggunakan tangan tapi tulisan saya hanya saya yang faham. Saya tak mahu awak salah faham apa yang ingin saya sampaikan.

            Tujuan saya menulis surat ini ialah kerana saya ingin memohon maaf di atas sikap saya terhadap awak tempoh hari.Saya mengaku sikap saya itu sungguh kasar dan biadap. Tapi itu ialah kerana pada masa itu saya percaya awaklah orangnya yang mengunci break disc motor saya.

            Sebenarnya bukan saya sengaja suka-suka menuduh awak sesuka hati. Kawan saya cakap, dia sendiri yang nampak awak usik-usik motor saya. Jadi saya terus percaya cakap dia sebab dia kawan baik saya. Di tambah pula dengan pakaian awak yang seperti budak jahat tahun 80’an (saya pernah tengok cerita Gila-gila Remaja),tak nampak langsung yang awak tu seorang mahasiswa.

            Saya sebenarnya malu nak cerita perkara yang sebenarnya kepada awak. Tapi sebab saya tak mahu awak berterusan memandang serong terhadap saya, dan saya juga tak mahu menyimpan rasa bersalah ini berterusan maka saya ceritakanlah juga kepada awak.

Rupa-rupanya yang kunci brake disc motor saya itu adalah kawan baik saya sendiri. Dia cakap dengan saya dia buat begitu sebab dia nak tengok emosi saya jadi macam mana.Experiment untuk class project katanya. Bila dia cakap macam tu saya memang betul-betul mengamuk. Tak ada sivik punya kawan. Kawan baik dia sendiri tergamak dia buat experiment.

Saya rasa sangat malu dengan awak. Satu minggu lebih saya tak pergi dewan makan sebab tak sanggup nak tengok muka awak. Memang saya rasa sangat bersalah menuduh awak yang bukan-bukan. Kawan saya pun sama. Sebenarnya dia nak jumpa sendiri dengan awak nak minta maaf. Tapi dia tak berani sebab dia takut awak cekik dia. So, saya harap sangat-sangat awak maafkanlah dia.

Okaylah, saya rasa saya dah luahkan segala yang terbuku di hati ini kepada awak. Sekarang terpulanglah kepada awak samada awak nak maafkan kami atau tidak. Itu hak awak.

Saya harap awak balaslah surat ini. Penting bagi saya untuk mengetahui samada awak maafkan kami atau tidak.  Awak boleh gunakan email saya iaitu [email protected] ataupun awak boleh Whatsapp ke 018-8528394.

 Awak tak perlu tulis dengan panjang lebar. Cukuplah dengan perkataan “Saya maafkan awak berdua” ataupun “Tiada maaf bagimu”. Apapun jawapan awak, saya akan terima dengan hati yang terbuka.

Akhir kata, majulah bolasepak untuk negara. Bye.- Amelia Shaari

 

Selesai membaca surat daripada Amelia itu, Haris dapat merasakan seperti ada satu aura yang sangat positif datang menyelubungi dirinya dan menaikkan semangatnya secara tiba-tiba. Segala beban yang ditanggung berkaitan dengan Amelia terasa seperti diangkat dari bahunya lalu dibuang jauh ke hujung dunia. Laluan untuk memiliki Amelia kini kelihatan luas terbentang, tidak lagi dipenuhi dengan ranjau dan duri. Haris tersengih sendiri.

“Eh, kau nak bagi aku baca ke tak ni? Duk sengih sorang-sorang, kelakar sangat ke surat tu?” Razif bersuara.

“Nah, ambiklah! Tak reti nak sabar.Takde benda pun, surat minta maaf je.” Haris menghulurkan surat itu kepada Razif. Razif menyambar surat itu lalu membacanya dengan rakus.

“Dia cakap pasal apa sebenarnya dalam surat ni? Aku baca tak kelakar pun. Sekarang kau kena cerita dengan aku dari A sampai W pasal si Amelia ni. I want to know what the hell is about.” Tegas Razif sambil menghulurkan kembali surat itu kepada Haris.

“Okeylah, sebab kau nak tahu sangat what the hell is about, aku ceritalah jugak. Ceritanya lebih kurang macam ni. Pada suatu hari….”

Haris pun menceritakan kepada Razif segala kejadian yang berlaku bermula daripada pertemuan pertamanya dengan Amelia sehinggalah kepada kejadian di dewan makan beberapa minit yang lalu. Sepanjang proses penceritaan itu berjalan, Razif sentiasa saja menyampuk dan bertanya itu ini dengan tujuan untuk memahami dengan lebih jelas akan isi kandungan cerita yang disampaikan oleh Haris. Haris kemudian menamatkan ceritanya setelah Razif berpuas hati tiada lagi rahsia yang tersembunyi di sebalik cerita itu.

“So, sekarang ni tak sure lagilah Amelia tu dah ada boyfriend ke takde?” Tanya Razif. Haris cuma menanggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Razif itu.

“Aku rasa dia tak sesuailah dengan kau Ris. Pada pengamatan aku lah, si Amelia ni termasuk dalam kategori pompuan Alpha.” 

“Pompuan Alpha? Maksud kau pompuan dominatrix?”

“Ah-ah. Contohnya macam ni. Katakanlah kau baru saja kahwin dengan dia. Orang baru kahwin biasalah kan, banyak benda yang nak kena beli. So, korang berdua pun pergilah shopping dekat Mid Valley. Korang pun pilih-pilihlah barang yang nak dibeli. Punyalah banyak sampai penuh satu troli. Maklumlah, baru dapat gaji.

Nak dijadikan cerita, hari tu hari minggu. Orang yang datang shopping punyalah ramai. Kebetulan pulak ada Wany Hasnita tengah promosi single terbaru dia. Kau pulak punyalah minat gila dengan Wany Hasnita, dapat tengok dia live depan mata sampai terbeliak biji mata-”

“Wei, bila masa pulak aku minat dengan Wany Hasnita ni? Kau jangan nak reka-reka cerita!”

“Kau tolong diam boleh tak? Ini cerita aku, suka hati akulah. Eh, kat mana tadi? Aaa… masa kau tengah asyik duk tengok Wany Hasnita tu sampai meleleh air liur, kau tak perasan yang si Amelia tengah patah-patahkan batang carrot menahan jealous.

 Lepas tu, bila dah kering air liur tengok Wany Hasnita, kau pun pergilah beratur nak bayar. Sebab orang ramai, dia punya queue punyalah panjang.  Lepas lebih kurang lapan jam beratur, tibalah giliran korang.

Cik cashier yang cute comel entah kenapa sambil scan barang asyik senyum-senyum kat kau. Yang kau pulak, sebab tak nak dicap sombong, senyumlah balik sambil kenyit-kenyit mata kat cik cashier tu.Tapi kau tak perasan si Amelia yang dah sedia jealous duk asah pisau sambil terjegil biji mata tengok kau.

Bila kau tengok cik cashier bagi respon yang baik, kau pun terus masuk rapat. And by the way, nama cik cashier tu ialah Jessica. Tanpa membuang masa, kau terus peluk Jessica. Jessica pun apa lagi….

‘Abaang… emmm… oh, yes! Yes! Faster! Faster! Ohh...aaahhh abaaangg! Oohmyygawwdd! Semuanya lapan ratus lapan puluh lapan ringgit bang oiii!’ Jessica menjerit kepuasan.

Kau pun cepat-cepat seluk tangan dalam poket belakang. Wait, tak ada. Lepas tu kau seluk poket depan. Tak ada. Lepas tu kau seluk semua poket kat pakaian kau. Pun tak ada. Lepas tu, barulah kau teringat wallet kau ada kat atas meja mekap dalam bilik tidur. So, agak-agak kau apa reaksi Amelia bila dia dapat tahu kau lupa bawak duit?”

“Alah, biasa jelah situasi macam tu.Mesti dia cakap, ‘Oh, abang lupa bawa duit ya. Takpe, pakai duit ayang dulu. Sampai rumah nanti abang bayarlah balik. Tapi kalau abang tak nak bayar pun takpe. Kita kan suami isteri, kenalah saling bantu-membantu.”

“Tengkorak hangit dia cakap macam tu! Kau tahu dia akan buat apa? Dia akan maki hamun kau on the spot. Dia akan bangkit cerita habis segala kelemahan dan kekurangan kau selama ini live depan orang ramai. Lepas tu dia akan acu-acukan pisau tadi depan kau sambil ugut nak colek biji mata kau sebab suka tengok pompuan lain.

Lepas tu, si Jessica yang terkejut beruang terus telefon polis sebab takut kau mati kena tikam. Tak lama kemudian polis pun sampai. Tengok-tengok polis pompuan. And by the way, nama dia ialah Jennifer. So, Jennifer pun terus acukan pistol dekat Amelia sambil berkata,‘Freeze! NYPD! Put down your weapon!’

Lepas tu, tiba-tiba tanpa usul periksa,Jennifer terus peluk Amelia. Laaa… rupa-rupanya Jennifer tu kawan baik dia. Amelia pun apa lagi, terus dia suruh Jennifer tangkap kau sebab datang shopping tak bawak duit. Jennifer terus keluarkan gari lalu masuk rapat nak gari kau. Kau pulak tak nak menyerah diri. So, bergelutlah korang berdua.

Dalam duk tengah bergelut tu, tiba-tiba kau terpegang kawasan larangan Jennifer. Jennifer pun apa lagi….

‘Hey! Don’t touch my… oh, that feels good, oh yess! Please don’t stop! Oooh yeesss! Make me scream, boy! Ooohhgawwdd! Ooohhgawwdd! Oooh myy gawwddd! OK, now you’re going to jail you moron!’

Haaa, itulah yang akan berlaku terhadap kau kalau kau kahwin dengan pompuan Alpha macam Amelia tu.”

“Ahh, aku tak rasalah Amelia tu pompuan Alpha. Kalaupun dia tu pompuan Alpha, aku sanggup tanggung risiko sebab bukan mudah nak jumpa pompuan macam dia. Terus terang cakap, dia sangat-sangat menepati citarasa aku.”

“Yalah, yang tu aku memang faham. Dari segi luarannya memanglah menepati citarasa kau. Bukan kau aje, aku yang first time tengok dia pun naik geram. Apa taknya, muka cantik, body dia pulak… tak payah cakaplah, memang barang baik punya.”

“Body dia memang power, jarang pompuan Melayu ada body seksi macam tu. Eh, kau agak berapa saiz betik dia?”

“Mmm…kalau mengikut pengamatan aku yangsekali imbas tadi, aku rasa dalam lingkungan 34-35C kot.”

“Sure eh?”

“Entah ler. Susah nak agak sebab betik dalam sarung. Sekarang ni pulak ada banyak jenis sarung yang boleh buat saiz betik nampak lebih besar dari saiz sebenar. Ah, kau tanya dia sendirilah senang.”

“Gila, kau nak bagi aku mampus tanya saiz betik dia. Kitorang baru je nak berbaik.”

“Eh, kau yang tanya aku pasal betik dia tadi, kan? Takde siapa yang tahu saiz betik dia melainkan tuan punya betik tu sendiri. Sebab itulah aku suruh kau tanya dia.”

“Okey, nanti tahun depan aku tanya dia. Priority yang paling utama sekarang ni ialah macam mana nak balas surat dia ni. Nak pakai emel ke nak Whatsapp je?”

“Aku rasa baik kau pakai emel. Kalau kau memang betul-betul nak ejas dia, inilah masanya kau nak gunakan segala ayat-ayat power yang kau simpan selama ni. Biar bila dia baca emel kau nanti, terus dia jadi cair. Biar ayat-ayat power kau tu melekat terus dalam kepala dia. Biar bila dia jumpa kau nanti, dia terus menyerah diri.

Cuma sebelum kau hantar tu bagilah aku baca dulu. Mana tahu aku ada ayat-ayat yang lagi power yang boleh mencairkan lagi Amelia.”

“Hah, tak payah. Ayat aku dah cukup power dah. Masuk ayat kau nanti, jadi cerita makyong pulak kang emel aku.”

“Okey, suka hati kaulah. Tapi kalau Amelia tak cair bila baca emel kau tu, aku tak tahu. Aku dah offer nak tolong tapi kau tak nak. So, tanggung sendirilah ya.”

“Allahuakhbar...Allahuakhbar...” Suara azan Maghrib dari surau kolej secara tiba-tiba mematikan perbualan Haris dan Razif. Kemerduan suara tukang azannya bagai memukau, meresap terus ke lubuk hati mereka berdua.

“Wow...tak pernah lagi aku dengar suara azan sedap macam ni. Rasa tenang, rasa syahdu je. Rasa macam sekarang jugak nak pergi sembahyang.” Puji Razif setelah suara azan tidak lagi kedengaran.

“Ah-ah, macam ni lah baru betul. Takdelah main tangkap muat macam selalu. Diorang dah jumpa kot tukang azan yang dicari-cari tu. Aku pun rasa macam nak pergi sembahyang je.” Haris turut memuji.

“Eloklah tu sheikh, kau pun dah lama tak solat berjemaah kan? Jomlah ikut aku pergi surau.” Razif membuka almari lalu membelek-belek mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai ke surau.

 “Wei, tunggu apa lagi? Cepatlah salin pakaian tu,”  Gesa Razif yang kini siap berbaju Melayu serba hijau serta berkopiah putih.

 “Errr… kau pergi dululah. Aku nak pergi mandi kejap.”

“Aku dah agak dah. Tiap kali aku ajak pergi surau ada saja alasan kau. Lain kali, mandi awal-awal. Masuk waktu je boleh terus pergi surau. Hidup kita di dunia ni tak lama. Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu. Masa yang ada terluang ni rugi kalau kita biarkan terbuang begitu saja. Lagi pun, banyak kelebihannya solat berjemaah ni. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh-”

“Oiii, ustad Razif, aku macam dengar ada orang qamatlah. Mungkin diorang nak start sembahyang dah ni. Baik kau pergi sekarang,”

“Iya ke? Aku tak dengar pun? Takpelah, nanti aku sambung balik pasal kelebihan solat berjemaah ni. Lepas mandi tu kau terus solat tau. Okeylah, aku pergi dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikum salam, ustad Blue.”

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY