Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
PROLOG

Lelakibogel berkepala botak itu meneruskan langkahnya. Dengan badan yang penuhberlumuran minyak hitam, perlahan-lahan dia menghampiri perempuan muda yangsedang duduk memeluk tubuh di pangkal katil. Wajah perempuan yang sedangdiserang ketakutan itu direnungnya dengan pandangan yang tajam.

“Kau,kau siapa? Kau nak apa, hah?” tanya perempuan itu memberanikan diri.

“Aku?Engkau tak kenal aku? Perempuan tak guna! Engkau ingat engkau tu siapa? Engkauingat aku ni sampah? Tak ada perasaan? Perempuan cantik semuanya tak bolehdipercaya, suka memandang hina lelaki seperti aku!” Bentak lelaki bogel ituseraya mengesat air liurnya yang meleleh ke dagu.

“Tapitak apa. Malam ini engkau boleh panggil aku apa saja yang engkau suka. Engkauboleh panggil aku orang botak, orang gila, orang minyak, ataupun kau panggilsaja aku Malaikat Maut! Ya, akulah Malaikat Maut! Dan malam ini, nyawa kau akanjadi milik aku!”

“Tolong,jangan bunuh aku! Apa saja yang kau nak kau boleh ambil, tapi tolong janganapa-apakan aku!” Perempuan itu merayu sambil otaknya ligat berfikir mencarijalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada ancaman lelaki bogel itu.

“Barusekarang engkau nak beri apa yang aku mahu? Sayang semuanya sudah terlambat,tak guna kita bicarakannya lagi. Aku cuma mahukan kasih sayang dari kau, susahsangatkah untuk engkau tunaikan permintaan aku itu? Tapi tak apalah, malammasih panjang. Dan malam ini akan jadi milik kita berdua. Engkau jangan risau.aku akan pastikan setiap inci tubuh engkau merasai nikmat kasih sayang yangpaling dalam yang pernah kau rasa dalam hidup kau. Aku berjanji akan buat kaurasa menyesal kerana menolak kasih sayangku.”

“Tolong!Tolong! Orang minyak!” Perempuan itu menjerit sekuat-kuat hati. Dia terjun darikatil dan cuba berlari keluar namun orang minyak itu dengan pantas menangkaptubuh langsing perempuan itu lalu merebahkannya ke atas katil sambil menekanperut perempuan itu dengan lutut. Sebelah tangannya menekup mulut perempuan itudengan kemas sementara tangannya yang satu lagi mencengkam erat ke leherperempuan itu.

“Perempuan tak guna! Sekejap lagi aku akan tanggalkan pakaian engkau satu persatu. Engkau akanberada dalam keadaan telanjang, sama seperti sewaktu engkau dilahirkan ke duniaini, suci dan bersih dari segala noda-noda hidup. Dan kematian, akanmembebaskan engkau dari kehidupan dunia yang penuh dengan kekecewaan.” kataorang minyak itu sambil menguatkan lagi cengkaman tangannya ke leher perempuanitu.

“Kautentu ingin tahu bagaimana aku akan melakukannya bukan? Baiklah. Mula-mula, akuakan gunakan kuasa pukau aku yang masih belum sempurna tapi cukup untuk buatkanengkau jadi separuh sedar. Tubuh engkau akan jadi lemah dan tidak berdaya tapiengkau masih sedar apa yang sedang berlaku ke atas diri engkau. Kemudian akuakan-”

Orangminyak itu membaca ayat-ayat mantera dalam bahasa yang sukar difahami lalumenghembuskan nafasnya ke muka perempuan itu. Perempuan itu mula berasa peningdan hanyut seperti dilambung ombak. Tubuhnya menjadi lemah dan longlai. Diacuba mengangkat tangannya tapi tidak berdaya. Dia cuma mampu memerhatikansahaja orang minyak  itu dengan kasarmenanggalkan baju tidur beserta colinya.

Orangminyak itu kemudian menindih dan memeluk tubuhnya dengan buas. Dia menjeritsekuat hati namun suaranya seperti tersekat di dalam kerongkong. Apa yang dapatdidengarinya hanyalah bunyi dengusan nafas orang minyak yang semakin lamasemakin keras.

Orangminyak itu terus menindih dan menggomol tubuhnya yang tidak bermaya. Dantatkala perempuan itu merasakan jari-jari kasar mulai mencengkam kuat ke lehernya,dia memejamkan matanya rapat-rapat. Air mata jernih mengalir perlahan membasahipipinya. Dalam hati, dia berdoa agar kematiannya berlaku dengan pantas…. 

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY