Kelihatan dua orang perempuan muda yang memakai pakaian seragam anggota bomba sedang melangkah malas menyusuri pinggir Tasik Universiti. Seorang daripada mereka memakai tag nama bertulis “Raihayu” manakala seorang lagi memakai tag nama bertulis“Anita”. Kedua-duanya kelihatan agak kepenatan dan kuyup dibasahi peluh.
“Fuuhhh… penatnya PT hari ni. Rasa macam tercabut semua skru dekat sendi-sendi aku ni.” Kata Anita.
“Kau jugak kan yang nak sangat masuk kadet bomba. Siap heret dengan aku-aku sekali. Sekarang ni nak tukar pun dah tak boleh dah.”
“Aku ingatkan masuk kadet bomba ni boleh releks, paling teruk pun kena kawad je. Manalah aku tahu kena pikul batang balak semua tu.”
“Hari tu aku ajak kau masuk kadet polis kau tak nak. Kalau tak, dah ada pistol dah kita sekarang ni. Ada pistol baru akak-akak senior yang perasan cantik tu respek sikit dengan kita.”
“Eh, kau jangan nak mengarutlah. Mana ada diorang bagi pistol? Kau ingat diorang senang-senang nak bagi kita pistol? Buatnya ada yang masuk hantu pergi tembak semua abang-abang, akak-akak senior yang dia meluat, tak ke haru jadinya.”
“Habis tu kalau tak nak bagi pistol, buat apa ada training menembak pakai pistol segala? Kan ke buang masa je tu.”
“Kau ni Ayu, manalah aku tahu. Benda kadet-kadet ni semua kan untuk kita timba pengalaman je. Kalau kau nak sangat pistol, lepas grad besok kau masuk polis. Tak pun kau beli je pistol mainan. ”
“Ayu! Ayu!” Seorang perempuan muda berambut perang berlari-lari anak menuju ke arah mereka berdua.
“Ada apa Tasha?” Raihayu panggung kepala.
“Ada abang senior suruh bagi surat ni kat awak.” Tasha menghulurkan surat itu kepada Raihayu.
“Surat apa ni Tasha? Abang senior mana yang bagi?”
“Entah, tak kenal.” Tasha mengangkat bahu.
“Ok, thanks Tasha.”
“Okey, pergi dulu.” Tasha kembali menyertai rakan-rakannya yang sedang berdiri menunggunya.
“Isshh… surat apa ni, hah?” Muka Raihayu berkerut.
“Alah, buat-buat suspense pulak dia. Surat apa lagi kalau bukan surat cinta. Orang cantik macam kau ni mestilah ramai yang kemaruk nak berkenalan.”
“Isshh… aku takde masa nak layan benda-benda macam ni. Aku datang sini nak belajar, bukannya nak bercinta.”
“Apa yang kau cakap tu, memang betul. Tapi kau tahu tak, masa jadi freshie macam ni lah kita nak open market. Barang tengah hot mestilah ramai yang nak beli. Kita letak harga tinggi-tinggi, jual mahal-mahal, mana tahu dapat buyer yang cute hensem, anak Datuk Seri pulak tu, baru cerah masa depan.”
“Kau cakap pasal apa ni? Mentang-mentanglah budak business, semua kau nak jual ek?”
“Aku nak ingatkan kau aje. Kita jadi freshie ni tak lama, tahun depan dah jadi senior. Bila dah jadi senior, kita punya hotness akan beransur hilang sebab kena bersaing dengan freshie yang baru. Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk kita jerat dan ikat ketat-ketat bakal suami kita. Lepas grad terus kahwin, tak payah susah-susah nak cari boyfriend lagi. Ada faham?”
“Kau ni masuk universiti nak belajar ke nak cari laki?”
“Dua-dualah! Ijazah pun dapat, laki pun dapat. Hehe….”
“Tapi kalau dia tak ikhlas, saja nak main-mainkan kita, macam mana? Kita juga kan yang akan menanggung akibatnya.”
“Pasal apa nak fikir yang negatif? Fikir yang positif sudahlah. Okey, macam ni. Kau baca dulu surat dia. Kalau kau rasa surat dia tu patut dibalas, kau balas jelah. Kalau kau rasa tak nak balas, kau campak jelah dalam tong sampah. Yang penting, kau baca dulu surat tu, tengok dia nak beritahu apa dekat kau.”
“Hmm… okey lah. Jom balik bilik dulu, malaslah nak baca kat sini.”
“Kau balik dululah. Aku nak pergi kedai koperasi kejap, nak beli lilin.”
“Lilin? Buat apa dengan lilin?”
“Eh, malam ni kan kita nak main Spirit of the Coin. Kenalah tutup lampu, lepas tu pasang lilin, barulah syiook!”
“Hah, yalah. Nanti jumpa kat bilik.”
Tiba di biliknya Raihayu terus membuka sampul dan membaca isi kandungannya.
Dearest Miss Raihayu,
Assalamualaikum. How do you do? You makan budu? (hehehe). Fistly, let me introdiuse myself. My name is Anakin Skywalker. Haha, actualy, this is not my name. It is the real name of Dark Vader. The reeson i am righting to you is becaose i want to know you more closer.
Maybe you wandering why i rite to you in English, not in Bahasa Malaysia. It is becaose i want to show you that i also can rite English ass good ass you. I know you are TESL studen so you will be prout of me becaose i rite this letter without using dicksyenary.
Its not eesy for me to rite this letter becaose i never do this before. But from the fist time i see you at the Kafetaria, i cannot stop stinking about you. You are so biultiful. I never see a girl so biultiful in my life. My hart is jumping like “geduk, gedak, geduk, gedak”. From that time, you always on my mine.
I know you maybe has alot of boys want to be your boyfiend. But I am not the same with them. I am a sinsier person. When i say someting, i reely meen it. So,righ now i stink we fiend fist. That way you can know if i reely a sinsier person or not. If you stink i am not a good person, then we not fiend anymore. Pleese give me a change to be your fiend.
I am so sorry if this letter interfear your consentruction. I know final exam is near. I hop you do good in the exam. I know righ now i not impotent person to you. But i reely-reely want to be impotent person. I like you so much that i hop one day you will accep me ass impotent person to you.
I stink that is all i want to say righ now. I reely hop you can replay this letter so that i know you has read this letter. You can give your replay letter to your fiend Anita and she can give your letter to her classmate Shahrul. Shahrul is my fiend and he can give your replay letter to me. Well, i stink i stop righting righ now. So, goodbye for now. See you in your replay letter.
Your secret admiral,
p/s:You has the moss biultiful eyes in the endtiyer wold.
Selesai membaca surat itu, Raihayu melipat dan memasukkan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Tak lama kemudian Anita masuk ke bilik. Raihayu kelihatan sedang baring terlentang di katilnya.
“So, apa cerita surat tu?”
“Kau bacalah sendiri.” Raihayu menghulurkan surat itu kepada Anita. Anita mengeluarkan surat dari sampul danbterus membacanya. Muka Anita berkerut-kerut dan kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
“Sakit kepala kan baca surat dia, berdenyut-denyut rasanya. Macam tu punya teruk English pun dapat masuk universiti? Kenapa lah dia nak menyeksa diri tulis surat pakai bahasa Inggeris? Tulis pakai bahasa Malaysia kan senang. Malas lah aku nak layan surat dia tu, macam otak tak betul je.” Ujar Raihayu.
“Hahaha, kelakar betul surat dia. English dia memang teruk tapi sekurang-kurangnya dia mencuba. Dia tahu kau budak TESL, so dia try nak impress kau. Aku rasa kalau dia tulis dengan spelling yang betul, nice jugak surat dia. Nampak macam dia ikhlas nak kenal dengan kau.”
“Huh, aku tak minat lah Nita benda-benda macam ni. Kau tahu kan aku anak sulung, anak harapan keluarga. Aku datang sini nak belajar supaya aku dapat capai cita-cita aku nak jadi cikgu, supaya kejayaan aku akan jadi kebanggaan keluarga, supaya adik aku lebih bersemangat dalam pelajaran. Kalaulah diorang tahu aku datang sini nak terlibat dengan kisah-kisah cinta, mesti diorang sedih. Bukan aku tak nak ada boyfriend Nita, aku pun ada perasaan juga, tapi bukan sekarang. Perjalanan kita masih panjang. Aku tak nak gagal exam, kena buang semata-mata asyik dengan cinta.”
“Wah, panjangnya lecture. Yalah, aku faham maksud kau tu. Okey, kalau macam tu kita reject teruslah mamat ni. Tak payah balaslah surat dia tu. Eh, aku dah beli lilin. Malam ni pukul dua belas kita mula, okey?
“Okey!” Raihayu bangun dari katil lalu menyambar surat dari tangan Anita. Surat itu diramas-ramas lalu dicampak kedalam bakul sampah.
Suasana sekeliling tiba-tiba beransur-ansur menjadi gelap gelita lalu menutup terus pandangan Haris. Namun suasana gelap itu kemudian beransur-ansur hilang dan kembali pulih seperti sediakala. Kelihatan Raihayu sedang duduk menghadap komputer riba sambil menaip sesuatu. Pintu bilik di buka dari luar dan kelihatan Anita melangkah masuk kedalam bilik dengan sekeping sampul surat di tangan.
“Ayu! Ada surat!”
“Nita, kan aku dah cakap aku tak nak layan benda-benda macam ni.”
“Sorry, yang ni kau kena baca. Aku betul-betul nak tahu dia tulis apa.”
“Siapa?”
“Siapa lagi, mamat yang hari tu ler.”
“Alaa…mamat tu lagi. Siapa pulak yang jadi posman?”
“Shahrul, budak repeat yang satu kelas dengan aku tu.”
“Kau ajelah yang baca. Aku tak nak, buat sakit hati je.”
“Mana boleh macam tu. Dia tulis untuk kau. Nah, cepat baca. Lepas tu bagi aku pulak.” Anita menghulurkan sampul surat kepada Raihayu. Raihayu membuka sampul lalu membaca surat itu.
Dearest Miss Raihayu,
Assalamualaikum. Hai, is me again. It is egg days now. It is OK if you dont want to replay my letter. I understem you are beesy righ now. For your informansion, i also rite this letter without using dickscenery. I feel more comfeeden now. You has give me strange to rite in English and i want to tank you for that.
In this letter, i want to tell you more about myself. Let start with favurate color. I like blue color becaose it is the color of the sea. I like to sit on the sand and wacth the blue sea. I like the sount of the wafe. It make me want to sleep. So, what is your favurate color? Is it blue color also? I hop you can tell me becaose i reely want to know.
I also like to wacth movee. I like Star Wars movee. My favurate crater is Yoda. He small butt he is a good farter.I also like R2D2. Funny robot (hehehe). But I dont like Dark Vader or Count Duku. They are bed man. So, do you like wacth movee? I hop you like wacth movee becaose i want take you to wacth movee sumday.
Now, i want to ask you, what is your favurate foot? My favurate foot is seafoot tomyam. I like seafoot tomyam becaose it has pissball, prong, squirt. I also like pride chicken. Peeple say KFC now not has good pride chicken anymore. But i dont beelivit. Do you like pride chicken? One day i show you where we can eat the best KFC pride chicken in the KL.
Yesterday i go to Kafetaria to wet you but you never cum. I am so fastrated. I reely hop you will cum becaose you always cum in the Kafetaria. But its ok if you dont cum in kafetaria. I can wet you another time.
I has alot to say to you but i stink i stop just for now. I stink you dont like loong letter that why you dont replay my letter. Like i say just now, i know you beesy righ now. But I reely-reely hop this time you replay this letter becaose i want to know your angser to my questien.
I stink that is all i want to say to you. I witch you good luck and sweet dreem. Bye for now.
Your secret admiral,
p/s:I always dreem about you. Butt at the end of my dreem, you always fall into the dark.
“Gila! Surat mengarut apa ni? Kan aku dah cakap aku tak nak baca!” Raihayu menggumpal surat dan mencampakkannya ke arah Anita.
“Kenapa ni Ayu, dia tulis apa?”
“Kau nak baca sangat tadi kan, nah! Kau bacalah tu.”
Anita membuka gumpalan surat lalu membacanya. Mulut Anita bergerak-gerak, sekejap sengih sekejap nganga yang kemudian bertukar menjadi hilaian ketawa yang kuat diselangi batuk-batuk keras.
“Okey, sorry, hahaha…” Anita menggupal kembali surat itu lalu dicampak ke dalam bakul sampah.
“Okey Ayu, sorry! Yang tu last, no more love letters!”
Suasana kembali bertukar gelap. Dan bila suasana kembali terang, kelihatan Raihayu terbaring bogel di atas katil. Satu lembaga manusia berlumuran minyak hitam sedang menindih tubuh Raihayu. Sebelah tangannya mencengkam kuat ke leher Raihayu. Sebelah lagi tangan memaut paha Raihayu. Tubuh Raihayu dienjut-enjut dengan kasar. Kelihatan darah cair meleleh keluar dari kedua-dua payudara Raihayu.
Haris membuka mata. Semua gambaran yang muncul tadi lenyap tiba-tiba. Haris dan Raihayu kembali ke alam nyata.
“Sorry Kak Ayu, saya tak sanggup nak tengok apa yang berlaku seterusnya.”
“Tak apa Haris, akak rasa akak dah ingat semuanya. Terima kasih sebab tolong kembalikan ingatan akak.”
“Sorry Kak Ayu, kalau Kak Ayu tak keberatan saya nak tanya sikit tentang apa yang kita lihat tadi.”
“Haris tanyalah. Tak apa, akak tak kisah. Mungkin pertanyaan itu akan menjadikan ingatan akak lebih jelas.”
“Okey, saya rasa sekarang ni kita dah dapat gambaran ringkas siapa Kak Ayu yang sebenarnya dan sebab mengapa Kak Ayu masih ada kat sini. Berdasarkan name tag yang dipakai oleh Kak Ayu tadi, kita tahu nama sebenar Kak Ayu ialah Raihayu. Kak Ayu mungkin dirogol dan mati dicekik oleh makhluk seperti manusia yang berlumuran minyak hitam yan-”
“Orang minyak!”
“Orang minyak? Kak Ayu pasti makhluk tu orang minyak?
“Akak sempat bercakap dengan dia sebelum dia bunuh akak.”
“Kak Ayu sempat cakap dengan dia? Kak Ayu kenal dia ke?”
“Tak, sebab tu akak tanya dia nak apa, Akak ingatkan dia tu pencuri ke, perompak ke apa? Rupa-rupanya dia nak rogol, nak bunuh akak.”
“Sekarang ni dah sah dia manusia yang berlagak macam orang minyak supaya orang tak kenal dia. Dia mesti kenal dengan Kak Ayu, mesti dia dah lama intip Kak Ayu, kalau tak macam mana dia tahu bilik Kak Ayu. Kejadian tu berlaku dekat Aspuri ni ke,Kak Ayu?”
“Ah-ah, akak ingat lagi. Dekat blok C ni lah, tingkat 2 ni lah.”
“Ooo…kalau macam tu, sekarang ni timbul satu persoalan. Adakah senior bengap yang hantar surat cinta dan orang minyak yang bunuh Kak Ayu adalah orang yang sama?”
“Boleh jadi. Ya, akak dah ingat! Dari gaya dia bercakap seolah-olah dia ada menyimpan dendam dengan akak.”
“Mungkinkah dia berdendam sebab Kak Ayu tak balas surat dia?”
“Mungkin jugak.”
“Saya rasa sebab itulah Kak Ayu masih ada kat sini. Kak Ayu sekarang ni dah jadi hantu yang gentayangan sebab Kak Ayu ada unfinished business. Saya rasa orang minyak yang bunuh Kak Ayu tu tentu masih hidup lagi dan saya juga rasa selagi dia masih hidup, selagi itu lah Kak Ayu takkan bebas ke mana-mana dan akan terus terikat dengan kampus ni.”
“Betul tu, Haris. Akak dah cuba keluar dari kawasan kampus ni tapi macam ada tembok ghaib yang menghalang akak.”
“Kalau dalam bangunan lain yang ada dalam kampus ni, akak boleh masuk tak?”
“Akak pernah cuba masuk dalam mesin ATM dekat Menara Siswa tu.”
“Iya? Camne? Boleh masuk Kak Ayu?”
“Boleh, akak sempat main-main lagi dengan duit yang bersusun-susun dalam mesin ATM tu.”
“Iya? Kak Ayu boleh pegang duit tu?”
“Boleh. Siap boleh simpan bawah ketiak lagi.”
“Mmm…kalau saya nak mintak tolong Kak Ayu ambik sikit duit tu, boleh tak?”
“Akak dah agak Haris nak tanya pasal tu. Haris ingat akak ni toyol ke? Dah, kalau benda lain akak boleh tolong. Tapi kalau mencuri, Haris cari hantu lain!”
“Sorrylah Kak Ayu. Saya gurau je, Kak Ayu marah ke?”
“Akak tak marah. Tapi akak tak suka Haris cuba ambil kesempatan atas keadaan akak yang dah jadi hantu ni.”
“Okey, Kak Ayu. Saya mintak sorry banyak-banyak. So, apa perancangan Kak Ayu sekarang?”
“Hmm…entahlah. Akak lepak sini dululah kot. Tunggu je apa yang akan berlaku lepas ni.”
“Kalau macam tu, saya balik dululah Kak Ayu, rasa mengantuklah!”
“Ah-ah. Haris baliklah dulu, lain kali kita borak lagi.”
Haris melompat turun dari tembok koridor dan mula melangkah menuju ke arah tangga.
“Oh ya, Haris! Kalau Haris nak jumpa akak atau perlukan pertolongan, Haris seru je nama akak dalam hati, akak pasti akan datang dengan seberapa segera.”
“Okey Kak Ayu, thanks. Jumpa lagi!”