ASPURI KOLEJ DELTA
Haris duduk berteleku di hadapan pintu bilik bernombor C26A itu. Dia tak pasti bagaimanakah caranya untuk menarik perhatian Amelia agar membuka pintu. Setelah agak lama membatu di situ, Haris berasa bosan dan merancang untuk pergi memeriksa bilik-bilik lain di tingkat 2 itu. Mungkin ada sesuatu yang menarik untuk dilihat dan boleh dijadikan topik perbualan di dewan makan.
Haris tak jadi melangkah apabila dia mendengar pintu bilik Amelia dibuka dari dalam. Seorang perempuan muda berambut bob cut, berseluar trek dan memakai t-shirt kolej berdiri tercegat di muka pintu.
“Eh Liya, tengok ni, ada kucing sesatlah!” Laung perempuan berambut bob cut itu sebaik saja melihat Haris.
“Miaww! Awak cari siapa?”Tegur perempuan berambut bob cut itu.
“Saya nak jumpa Amelialah. Awak ni siapa? Wawa ke?”
“Awak lapar ke? Nak makan?”Perempuan berambut bob cut itu menguak pintu bilik dengan lebih luas.
“Liya, aku rasa dia laparlah. Kau ada benda yang boleh dimakan tak?” Tanya perempuan berambut bob cut itu menunggu reaksi Amelia.
“Entahlah, ada kot. Eh,mana dia Wawa?” Sahut Amelia sambil memandang ke arah muka pintu.
“ Miaww…jom, marilah masuk.” Pelawa Wawa.
Haris dengan rasa berdebar melangkah masuk ke dalam bilik. Amelia yang sedang baring mengiring atas katil sambil memegang majalah Kucings segera bangun sebaik saja meliha tHaris.
“Wow! Cantiknya Liya tak pakai tudung. Macam heroin cerita Hindustan. Tapi pasal apa pakai seluar trek dengan t-shirt kolej? Spoil betul! Apa, malam ni malam mari memakai t-shirt kolej ke, hah Liya?”
“Eeee…comelnya dia! Meh sini,” Amelia duduk melutut sambil melambai tangan memanggil Haris. Haris segera mendekati Amelia.
“Awak ni boy or girl, hah? Nanti jap nak check tengok.”
Dengan perasaan yang agak kemalu-maluan, Haris membiarkan Amelia mengangkat ekor dan memeriksa kantung zakarnya.
“Ooo…boy rupanya.”
“Waah…besarnya biji getah dia Liya!” Kata Wawa dengan suara yang agak kuat.
“Ishh…Wawa ni, biji getah? Takde benda lain ke nak dibuat perumpamaan?”
“Lebatnya bulu dia. Kucing jenis apa ni Liya? Parsi ke?” Tanya Wawa.
“Tak, bukan Parsi. Entahlah, baka kacukan kot?”
“Apalah Liya ni, nampak tengah study majalah Kucings, Turkish Angora pun tak kenal ke?”
“Tengok pada bentuk muka, tak silap aku dia ni jenis Turkish Angora.”
“Yeaaa! Liya memang pandai.”
“Turkish Angora? Jenis kucing mahal ke Liya?”
“Mahallah jugak. Dulu sebelum baka Parsi jadi favourite, Turkish Angora ialah baka yang paling mahal. Ada orang kata kucing kesayangan Rasullullah yang disebut dalam hadis tu ialah kucing dari baka Turkish Angora ni lah.”
“Eh, ya ke Liya? Saya tak tahu pun.”
“Cantik kan mata dia Liya. Sebelah hijau, sebelah biru.”
“Ah-ah, susah ni nak jumpa kucing yang ada mata lain-lain kaler macam ni.”
“Tapi kaler bulu dia kelakar, kan? Macam kaler kucing kartun jahat yang suka kacau Tweety tu. Ai totai tor er putitet!” Wawa mengembongkan pipi membuat memek muka lucu.
“Hahaha…..” Amelia ketawa geli hati.
“Comel jugak si Wawa ni. Tapi body kurus jerangkung. Angin tiup pun boleh tumbang.”
“Awak nama apa ya? Takpe, nanti saya pilih nama baru untuk awak. Okey tak?”
“Suka hati Liya lah. Tapi nama Tompok, Comel, Manja, Garfield, Kitty, Pussy tidak dibenarkan sama sekali.”
“Hmm…haa, saya nak panggil awak Leon! Camne? Suka tak nama baru awak?
“Leon? Siapa tu? Bekas boyfriend Liya ke?”
“Mana dapat nama Leon tu Liya?”
“Nama Leon ni ialah nama salah satu watak penting dalam game Resident Evil.”
“Oh ya, si Leon hero Resident Evil 4. Tak sangka pulak Liya suka main game. Yes! Aku dah jumpa soulmate aku.”
Seekor cicak tiba-tiba jatuh ke atas bahu Wawa. Wawa menjerit sambil menepis cicak itu. Cicak itu melantun jatuh betul-betul di hadapan Haris.
“Leon! Tangkap dia Leon! Lekas bunuh dia!” Jerit Wawa.
Haris melihat sahaja cicak itu menghilang ke bawah katil.
“Apalah si Leon ni, cicak jatuh depan mata pun dia buat tak tahu je.” Protes Wawa.
“Dia tak berminat kot dengan cicak. Mesti kucing high class ni. Kan Leon?” Amelia membelai dan mengurut-urut tubuh Haris.
“Saya memang tak minat dengan cicak. Saya cuma minat dengan Liya je. Aaahh…sedapnya Liya. Kalaulah Liya dapat urut saya macam ni hari-hari, kan best hidup ini.”
“Ruginya. Kalau dia bunuh cicak tu tadi, senang-senang je kita dapat pahala free.”
“Apa kau merepek ni Wawa? Siapa cakap bunuh cicak dapat pahala?”
“Kau tak tau ke Liya, semua ustad cakap macam tu lah.”
“Yalah, kalau betul pun dapat pahala, mestilah si Leon ni yang dapat sebab dia yang bunuh cicak tu.”
“Apa pulak dia? Binatang tak dikiralah dosa pahala.”
“Dahlah Wawa, banyak lagi cara lain kita boleh buat yang boleh mendatangkan pahala. Contohnya, bagi makan si Leon ni. Kan Leon? Leon nak makan ke?”
Haris mengangguk-angguk tanpa sedar.
“Eh, Wawa!” Amelia menepuk bahu Wawa.
“Dia fahamlah cakap aku! Gila betul, tak caya aku!”
“Ah, mengarutlah kau ni Liya. Kucing mana faham bahasa manusia. Kalau anjing tu lainlah.”
“Okey, kalau tak percaya kau tengok ni.” Amelia memandang tepat ke muka Haris.
“Leon, kalau Leon faham cakap Liya, Leon angguk kepala. Okey? Angguk cepat!”
Jika diikutkan hati, Haris ingin saja mengikut kehendak Amelia itu dan melihat sendiri apakah reaksi Amelia dan Wawa namun Haris sedar tindakannya itu mungkin akan mencetuskan situasi pelik dan menambahkan kerumitan dalam hubungannya dengan Amelia. Oleh itu Haris mengambil keputusan untuk mengabaikan kehendak Amelia dengan berpura-pura tidak mendengar dan baring dengan santai sambil menjilat perut.
“Hahaha…” Wawa gelak sekuat hati.
“Huh, tak sportinglah Leon ni.” Amelia bangun menuju ke meja tulis lalu membuka laci kabinet kecil di sebelah meja tulis.
“Mmm…cuma Twisties je yang ada. Leon makan tak, Twisties?” Amelia menayang-nayang bungkusan Twisties di hadapan Haris. Haris ingin mengangguk namun dia meneruskan aktiviti menjilat perut.
“Eh Wawa, tadi cakap nak pergi tandas?”
“Kejap lagilah. Liya, kau agak si Leon ni kucing yang ada tuan ke, atau kucing gelandangan?”
“Ishh…mestilah kucing yang ada tuan. Kau tengok tu, nampak bersih, sihat je kan. Takkanlah kucing gelandangan.” Amelia mencurahkan ketulan Twisties ke atas tapak tangannya dan menyuakannya di hadapan Haris.
“Nah Leon, jom makanTwisties.” Haris menggigit dan menelan semua ketulan Twisties dari tapak tangan Amelia sehingga habis. Pengalaman makan dari tangan Amelia itu melahirkan satu perasaan aneh yang agak intim dan erotik pada diri Haris. Dia ingin perasaan aneh itu berterusan dan dia mendapat satu idea.
Sedikit serpihan Twisties kelihatan melekat pada tapak tangan dan jari-jari Amelia. Haris segera mengambil kesempatan dengan menjilat-jilat tapak tangan dan jari-jari Amelia. Amelia menjerit kegelian namun dia tidak mengalihkan tangannya. Sebaliknya dia membiarkan Haris terus menjilat jari-jarinya sambil menahan rasa geli.
“Leon tak payah baliklah malam ni. Leon tidur sinilah ya, okey?” Amelia kembali mengurut tubuh Haris.
“What? Tidur sini? Maksud Liya, tidur dengan Liya? Eeee…bestnya. Boleh tak Liya pergi tukar pakai baju tidur seksi?”
“Eh, dia mana boleh tidur sini Liya. Mesti tuan dia tengah tunggu dia ni. Kesian la dengan tuan dia tu.”
“Alah, aku rasa dia dah biasalah malam-malam tak balik rumah. Tuan dia pun mesti dah tak kisah dia balik rumah ke tak. Kan Leon? Leon nak tidur dengan Liya kan malam ni?”
Haris ingin sekali menggangguk mengiyakan pertanyaan Amelia itu namun dia terus saja mendiamkan diri.
“Kalau macam tu Liya, bagilah dia tidur dengan aku malam ni. Dah lama aku tak tidur peluk kucing.”
“Kau ni selalu macam tu la Wawa. Apa yang aku nak, semua kau nak. Bila aku dah tak nak, kau pun turut sama tak nak. Kau pergi cari kucing lainlah. Leon ni dah jadi milik aku!”
“Apa pulak, aku yang nampak dia dulu. Jadi dia hak akulah!”
“Mana boleh! Aku yang bagi dia nama Leon, bagi dia makan Twisties.”
“Alaa Liya, please la. Malam ni je. Aku rasa lonely sangat-sangat malam ni.”
“Alah mak. Kasi spoillah Wawa ni, aku nak tidur dengan Liya. Ishh…”
“Hmphh….okeylah. Malam ni dia tidur dengan kau. Tapi malam ni je tau, malam lain dia tidur dengan aku.”
“Okey, thanks Liya.” Wawa merangkul tubuh Haris dan meletakkan Haris di atas katilnya.
“Malam ni Leon tidur dengan Wawa ya. Takpe, kalau Leon rasa sejuk, nanti Wawa peluk Leon rapat-rapat.” Ujar Wawa sambil membelai-belai bulu di bahagian belakang Haris.
“Isshh…terlepas peluang aku nak tidur dengan Liya. Tapi takpelah, bukan rezeki aku malam ni. Wawa pun okey apa, bau badan dia pun sedap. Harap-harap lepas ni dapat tidur dengan Liya pulak.”