Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 19

KAFETARIA MENARA SISWA

 

Masa untuk makan tengahari kembali tiba. Begitulah rutin hidup manusia sejak zaman berzaman lagi. Makan, tidur, makan, tidur. Tengahari itu Haris berhajat untuk makan di kafetaria Menara Siswa. Dia malas hendak balik ke kolej kerana dia ada kelas pukul 2.00 petang.

Ketika Haris tiba di kawasan parkir Menara Siswa, dia melihat motosikal Amelia diparkir di situ. Hatinya berbunga-bunga. Dia tidak sabar untuk masuk ke dalam kafetaria dan menyapa Amelia.

Setelah memarkirkan motosikalnya di sebelah motosikal Amelia, Haris melangkah masuk ke dalam kafetaria. Hatinya bagai digeletek ingin melihat tindak balas Amelia apabila melihat wajahnya. Matanya jinak mencari wajah Amelia. Haris tersengih bila pandangannya menangkap kelibat Amelia yang sedang makan seorang diri di sebuah meja bulat di sudut kiri kafetaria. Amelia kelihatan tidak menyedar ikehadirannya. Dia sedang asyik memandang ke skrin telefon sambil menyuap nasi ke dalam mulut .

Setelah mengambil pinggan dan mengisinya dengan nasi tomato, ayam goreng berlada dan acar timun, Haris mengisi gelasnya dengan teh o ais limau. Selepas membayar harga makanan dan minuman di kaunter bayaran, Haris menuju ke meja Amelia.

“Hai, assalamualaikum. Boleh saya duduk sini?” sapa Haris. Amelia mendongak memandang Haris.

“Oh, waalaikum salam. Duduklah.” balas Amelia sambil mengukir senyum. Matanya kembali terpacak ke skrin telefon sambil ibu jarinya ligat mengetuk-ngetuk skrin telefon.

“Alah mak, silap timinglah. Nampak tengah syok main handphone. Rasa macam mengganggu pulak. Ishh… awkwardnya.”

“Kejap ya, sikit je lagi.” Ujar Amelia seperti memahami apa yang terdetik di hati Haris.

“Eh, takpe, takpe,” Haris menggaul-gaul nasi dan acar timun dengan sudu lalu menyuapnya ke dalam mulut. Dia mengunyah perlahan-lahan kerana tidak mahu bunyi kunyahannya mengganggu konsentrasi Amelia.

“Huh, seksa gila makan slow macam ni. Rasa macam makan depan mak mentua.”

“OK, dah habis wasap. Awak tanya apa tadi?”

“Eh, takde. Err… awak dah baca emel saya?”

“Ha’ah, dah. Sorrylah, tak sempat lagi nak balas emel awak. Ingat nak tulis malam ni.”

“Eh takpelah. Dah jumpa kat sini, tak balas pun tak apa.” 

“Iya? Betul ni tak balas pun tak apa?”

“Ah-ah. It’s okay. Apa yang awak nak tulis dalam emel tu, awak beritahu sekarang pun boleh.”

“Well…actually sebenarnya saya tak tahu apa yang nak ditulis, sebab itulah saya belum balas lagi emel awak tu. Takkanlah nak tulis “thank you, alright, goodbye” je kan.”

“Takpelah,tak cakap apa-apa pun okey, saya tak kisah.”    

“Well, kalau betul awak tak kisah, kita tutup kat sini je lah ya cerita yang memalukan ni. Confirm ya, kosong-kosong?”

“Okey, confirm kosong-kosong.”

“Okey, emm… tapi saya nak tanya sikitlah pasal emel awak tu. Kenapa ya macam ada dua orang yang tulis?”

“Hah, dua orang? Aku dah agak dah. Aku tak patut terkejut sebenarnya. Memang selama ni pun Razif bukannya nak dengar cakap aku. Dia buat suka hati dia je. Kau tulis apa dalam email aku tu Razif, hah?”

Dua orang? Ooo… mungkin kawan saya yang punya kerja kot. Sebab, lepas tulis emel tu, saya bagi dia baca. Lepas tu saya pergi tandas. Mungkin masa tu dia tokok tambah dalam emel tu. Saya pulak tak check balik emel tu, terus send. Err, sorrylah, dia ada tulis benda-benda yang tak elok ke?”

“Benda yang tak elok? Rasanya takde. Dia macam tambah side comments dekat ayat-ayat yang awak tulis tu. Mula-mula baca rasa macam confuse jugak, nak marah pun ada. Tapi bila baca balik rasa macam kelakar pulak. Tapi apa pun, terima kasih banyak-banyaklah sebab awak maafkan kitorang.”

“Alah, tak ada apa pun, cuma salah faham je. Cuma kawan awak tu je yang saya sakit hati sikit.”

“Ah-ah, saya faham. Saya sendiri pun memang sakit hati dengan dia. Bila saya baca yang awak tulis dia macam tercabut wayar, saya punyalah gelak. Tapi walaupun dia macam tercabut wayar, entah kenapa saya suka kawan dengan dia.”

“Ooo…eh, kawan awak semua panggil awak pakai nama penuh ke atau ada nama timangan?”

“Semua kawan saya panggil saya Liya je. Kenapa, awak ada nama timangan nak bagi saya ke?”

“Eh, takdelah, tanya je. Err… Liya ambik course apa?”

“Ekonomi.”

“Ekonomi? Oo…eh, sem lepas Liya stay kat kolej mana?”

“Kolej Alpha.”

“Alpha? Biar bonar!”

“Kolej Alpha? Jauhnya tu. Itu dah masuk area PJ. Mesti boring kan hari-hari ulang alik naik shuttle bas.”

“Ah-ah. Sebab itulah sem ni, walaupun saya dengan Wawa dah ada motor, kitorang mintak jugak tukar kolej Delta sebab dekat sikit dengan fakulti. Naik motor tak sampai pun lima minit.”

“Ah-ah,memang dekat pun. Err, Wawa tu…  yang tercabut wayar tu ek?’

“Haha…siapa lagi kalau bukan dia. Nanti lain kali saya kenalkan dia dengan awak.”

“Baguslah, tak sabar rasanya nak jumpa dengan dia.”

“Eh, betul ni? Saya call dia sekarang ya?”

“Ehhh, takpelah. Buat susah-susah aje, lain kali jelah ya.”

“Hahaha….”

“Liya ketawa nampak manislah.”

“Iya? Manis yang macam mana tu? Boleh tak bagi huraian sikit?”

“Hmmm…haa, manis macam coklat!”

“Coklat? Coklat tu bukan pahit ke?”

“Iya, pahit. Tapi, pahit-pahit manis.”

“Tak fahamlah.”

“Okey, Liya suka coklat tak?”

“Eh, sukalah. Ada ke perempuan yang tak suka coklat?”

“Okey, kalau macam tu, kenapa Liya suka coklat?”

“Kenapa ya? Mmm… okey, saya suka coklat sebab bila makan coklat saya rasa happy, rasa excited. Tambah kalau tengah down, bila makan coklat rasa macam bersemanga tbalik.”

“Haaa…itulah maksud saya.”

“Mmm? Lagi tak faham.”

“Maksud saya, bila saya tengok Liya senyum, Liya ketawa, saya rasa happy, rasa seronok. Rasa macam dunia ni takde orang jahat. Rasa macam-”

“Rasa macam makan coklat?”

“Hah! Itulah maksud saya, manis macam coklat!”

“Haha…betul ke awak rasa macam tu? Atau awak saja nak usik saya ni?”

“Eh, bukan nak mengusik, memang betul saya rasa macam tu. Tak percaya tanya ayam goreng ni, hehe….”

“Ada ke tanya ayam goreng. Tapi tak sedaplah ayam goreng ni. Susah kan sekarang ni nak jumpa ayam goreng yang sedap.”

“Awak pun peminat ayam goreng jugak ke Liya?”

“Ah-ah. Bukan ayam goreng je. Ayam gulai, ayam percik, ayam sup, asalkan ayam, semuasaya suka.”

“Iya? Eh, samalah kita. Saya pun hantu ayam jugak. Semua masakan yang ada ayam saya suka. Tapi yang paling saya suka, ayam goreng ler.”

“Awak pernah makan tak ayam yang dagingnya warna hitam?”

“Daging warna hitam? Oh, ayam selasih? Saya pun tak pernah makan. Kenapa?”

“Takdelah, nak tahu je. Saya ingatkan awak pernah makan.”

“Ooo…err… Liya, saya ada satu benda nak tanya Liya, tapi Liya jangan marah ya.”

“Ni mesti nak tanya benda yang saya tak suka ni, kan?”

“Err…tak tahulah benda ni Liya suka ke tak, tapi ia amat memerlukan jawapan daripada Liya.”

“Mmm…okeylah, tanyalah apa dia.”

“Err…Liya dah ada boyfriend?”

“Ooo…nak tanya benda itu rupanya. Kenapa ya semua lelaki yang saya kenal suka tanya pasal benda tu? Itukan hal peribadi saya. Penting sangat ke nak tahu samada saya ni ada boyfriend ke takde?”

“Takdelah penting sangat. Saya pun tak nak ambil kisah sangat sebenarnya. Cuma sekarang ni ramai monyet puaka kat kolej kita tu hari-hari duk mengumpat pasal Liya. Diorang mengumpat kata Liya dah ada boyfriend lah, boyfriend Liya tu anak orang kaya lah. Macam-macam lagilah. Naik rimas saya mendengarnya.  

Tapi kalau saya tahu perkara yang sebenar, senanglah sikit. Dengar je diorang mengumpat pasal Liya, saya boleh terus bagi warning. Contohnya kalau Liya sekarang ni belum ada boyfriend, saya boleh sound diorang macam ni.

‘Hoi monyet! Korang jangan nak buat cerita yang bukan-bukan pasal Amelia. Dia belum ada boyfriend lagilah. Dia sendiri yang beritahu aku.’ Haaa… lepas tu mesti diorang tak berani lagi nak mengumpat pasal Liya.”

“Mmm…monyet puaka ya? Tapi betul jugak kata awak tu. Kesian kan monyet-monyet puaka tu semua, hari-hari dapat dosa mengumpat. Rasa macam saya sendiri yang jadi punca penyebab diorang mengumpat. So, sekarang ni saya kena beritahu awaklah ya perkara yang sebenar?”

“Ah-ah, nampak gayanya macam itulah. Lagi cepat Liya beritahu, lagi cepat saya boleh pergi sound monyet-monyet tu semua.”

“Mmm…tapi awak sendiri rasa macam mana? Agak-agak saya ni dah ada boyfriend ke takde?”

“Aduihh… macam ni bila nak habis Liya oiii! Hang cakap jelah hang tu dah ada boyfriend ke takde, habis cerita. Pasal tanya aku pulak. Ishh….”

“Ummm…okeylah. Saya rasa situasi Liya sekarang lebih kurang macam ni. Saya rasa sebelum ni Liya ada boyfriend. Sama-sama so in love. Dah nak kahwin pun. Tapi ya lah, bak kata orang, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir d itengah hari.

Satu hari, masa Liya sedang pilih-pilih baju pengantin di sebuah butik dekat MidValley, Liya ternampak boyfriend Liya tengah peluk-peluk sambil cium-cium pipi dengan sorang pompuan yang Liya tak kenal.

Dipendekkan cerita, setelah dijerkah beberapa kali, akhirnya boyfriend Liya pun mengakulah rupa-rupanya pompuan tu bini dia. Nama dia Jennifer dan dia kerja jadi polis dekat New York. Menurut boyfriend Liya, dia ditunangkan dengan Jennifer sejak dari kecil lagi oleh mak bapak diorang yang ingin sangat berbesan.

Oleh kerana dia tak nak menghampakan permintaan mak bapak dia, dan juga kerana dia tak nak digelar anak derhaka, yang mungkin boleh menyebabkan dia kehilangan semua harta pusaka, boyfriend Liya pun dengan senang hati terimalah lamaran Jennifer untuk jadi laki dia.

Tapi boyfriend Liya sebenarnya masih lagi sayang dengan Liya. Dia tetap nak kahwin dengan Liya dan ambik Liya jadi bini nombor dua. Jennifer sendiri pun nampak setuju. Dia tak kisah hidup bermadu dengan Liya sebab dia tahu sangat besar pahalanya bagi izin kepada suami kahwin lagi satu.

Tapi bagi Liya, semuanya sudah berakhir. Liya tak sanggup hidup bermadu walaupun hidup bermadu sangat menyeronokkan.

So,untuk menjawab soalan Liya tadi, jawapan saya ialah dulu Liya pernah ada boyfriend. Tapi sekarang ni, Liya tak ada boyfriend. Betul tak?”

Amelia yang pipinya kembang kempis sejak dari tadi akibat menahan ketawa akhirny amenghamburkan tawanya dengan agak kuat. Dia cepat-cepat menutup mulut dengan tangan namun badannya masih lagi terhinggut-hinggut mengalirkan tenaga tawanya ke atmosfera.

“Haha…mana awak dapat cerita mengarut ni, hah?” tanya Amelia dalam tawa yang masih belum reda.

“Ada ler. Alah, betul tak jawapan saya ni Liya?”

“Saya rasa awak ni banyak tengok drama Melayulah.”

“Eh, tak minatlah drama Melayu. Jantan lembik je tengok drama Melayu.”

“So,cerita Korea?”

“Korea? Eh, mana ada orang jantan tengok cerita Korea!”

“Ooo...kalau macam tu, peminat cerita orang putihlah ni ya?”

“Haa…itu baru betul. Eh, betul tak jawapan saya tadi Liya? Sekarang ni Liya tak ada boyfriend, kan?”

Amelia tidak menjawab soalan Haris itu namun dia menghadiahkan sebuah senyuman buat Haris. Haris terpesona seketika melihat senyuman Amelia itu. Kini dia benar-benar terasa seperti sedang makan coklat. Ternyata senyuman itu sangat berbeza daripada senyuman yang diberikan kepada Haris sebelum ini. Senyuman yang membawa pelbagai makna dan tafsiran.

“Okey,saya beransur dululah ya. Saya ada kelas pukul dua.” Amelia bangun dari kerusi lalu menyangkut beg sandangnya ke bahu.

“Eh, saya pun ada kelas pukul dua. Err... Liya!”

“Mmm?”

“Errr….”

“Apa dia?”

“Err...saya nak call Liya boleh tak?”

“Bila?”

“Err...bila-bilalah.”

“Yalah, bila-bilalah tu bila?”

“Bila larut malam?”

“Bila larut malam? Haha… larut malam tu pukul berapa?”

“Liya selalu masuk tidur pukul berapa?”

“Tak tentu. Tapi biasanya pukul dua belas ke atas.”

“Kalau saya call pukul lapan lebih-lebih?”

“Lapan lebih-lebih? Bila tu?”

“Bila-bilalah.”

“Ishh…awak cakap apa ni? Suka hati awaklah nak call pukul berapa, asalkan jangan pukul dua belas ke atas. Okey, bye.”

Haris memerhatikan lenggang Amelia yang semakin lama semakin menjauh sambil menyedut straw menghabiskan teh o ais limaunya.

“Tak fahamlah aku dengan Amelia ni. Mula-mula dia suruh aku bagi jawapan. Bila aku bagi jawapan, dia tak nak mengaku pulak jawapan aku tu betul ke tak betul. Betullah pompuan ni susah nak faham. Tapi aku rasa jawapan aku betul. Kalaulah sekarang ni dia ada boyfriend,takkanlah dia nak buang masa layan aku macam ni. Mesti dia buat tak peduli je.

Satu lagi yang aku tak faham ialah pasal senyuman dia tadi. Memanglah nampak manis sebab dia ada lesung pipit. Tapi,apakah maksud di sebalik senyuman mu itu Monalisa? Eh, Monalisa pulak, Amelialah. Balik kolej nanti kena tanya Razif. Mungkin dia ada jawapannya.”

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY