Home Novel Cinta DiBius Cinta Encik Arahan
DiBius Cinta Encik Arahan
Nkal
22/5/2018 10:50:28
33,649
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

BAB 7


            Intan menyanyi keriangan. Membetulkan gubahan bunga ros merah yang diletakkan di sudut kiri mejanya. Mejanya disapu menggunakan penyapu berbulu ayam. Komputer tempat dia melakukan segala tugas hariannya juga dibersihkan dari habuk-habuk kecil yang melekat di skrin monitor. Begitu asyik Intan menghiburkan hatinya sehingga tidak sedar kedatangan Adilla di hadapan mejanya.

“ Ehem!” Adilla berdehem beberapa kali.

Intan tersentak, hampir sahaja pasu bunga itu terlucut dari tangannya.

“ Cik Adilla, bila cik sampai?”

Adilla ketawa kecil. Briefcase diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik perlahan lalu Adilla melabuhkan punggung di situ. Sekilas jam di tangannya dilirik. Masih awal. Sempat lagi kalau dia duduk di sini sebentar. Berbual dengan Intan. Semalam Adilla tidak sempat berbual dengan rakan serumahnya itu. Sampai sahaja di rumah, Intan sudah pun melelapkan mata. Majalah I Glam keluaran terbaru bulan ini menjadi tatapan Adilla. 

“ Hai, gembiranya saya tengok awak hari ni. Ada apa-apa perkembangan yang saya tak tahu ke?” Soal Adilla masih membelek buku di hadapannya.

“ Ishh, tak ada apalah Cik Adilla. Saje, menyanyi. Menghiburkan hati.”

Adilla mengangkat kening, memandang Intan. Dia nampak tersipu-sipu malu dengan pandangan majikannya itu.

“ Yake ni?” Soal Adilla lagi terus mengorek rahsia yang terpendam. Intan mengangguk mengiakan kata-katanya.

“ Ok, awak jangan risau. Saya takkan masuk campur urusan peribadi awak. Tapi kalau awak nak kongsi atau minta apa-apa pendapat dari saya, silakan. InsyaAllah saya akan cuba membantu.” Tawar Adilla ikhlas dari hatinya.

“ Terima kasih Cik Adilla.” Malu-malu Intan menjawab.

Majalah diletakkan di tempat asal. Adilla mencapai briefcase. Menuju ke muka pintu bilik. Perlahan dia memulas tombol pintu sebelum melangkah ke dalam bilik. 

“ Intan, masuk bilik saya ya.” Arah Adilla sebelum daun pintu itu tertutup rapat.

Intan mengangguk sambil mencapai pen dan buku catatan hariannya.

Adilla memulakan tugas yang terbengkalai sebelum ini seperti biasa. Banyak dokumen yang perlu disemak dan dikemaskini, tempahan barang yang dibuat bagi kegunaan organisasi juga perlu diambil tindakan segera. Intan sudah memberi laporan berkenaan hal-hal yang dikendalikan sepanjang ketiadaan Adilla di syarikat ini. Faizal juga sudah menunjukkan peningkatan terhadap mutu kerja-kerjanya. Nampaknya Encik Zahim tidak silap memilih Faizal sebagai pembantu Adilla di sini. Cuma sekarang dia perlu menyiapkan beberapa kertas kerja bagi projek terbaru syarikat ini. Encik Zahim sudah memberikan Adilla beberapa maklumat dan nombor telefon orang yang perlu dia hubungi.

“ Mana pulak aku letak nombor telefon tu.” Rungut Adilla terkial-kial mencari cebisan kertas kecil di bawah timbunan kertas dan fail yang berlambak-lambak di atas mejanya kini. 

“ Hai, tadi ada.” Ujar Adilla terus merungut sambil tangannya masih ligat mencari kepingan nota kecil yang tertulis nombor telefon orang yang patut dihubungi itu.

“ Maafkan saya Cik Adilla. Cik Adilla cari apa tu?” Tegur Intan yang tiba-tiba muncul di hadapan Adilla.

“ Awak masuk tak ketuk pintu dulu ke?” Soal Adilla keras.

“ Saya dah ketuk tadi, tapi tak ada jawapan. Jadi saya terus masuk.” Jawab Intan sedikit gugup. Mungkin tidak menyangka dia akan dimarahi Adilla pagi itu.

“ Emm, takpe-takpe! Mungkin saya yang tak dengar kot.” Nada suara Adilla bertukar lembut semula.

“ It’s ok. Cik Adilla cari apa?”

“  Oh, saya tengah cari nota kecil yang ada nombor telefon syarikat yang akan buat laman web untuk syarikat kita.”

Tanpa terus menyoal lagi. Intan membantu Adilla mencari kertas yang dimaksudkan. 

“ Kertas itu ke yang Cik Adilla cari?” Intan menunjukkan jari telunjuknya pada sekeping kertas kuning yang terlekat di atas skrin monitor komputer. Adilla berpaling dan tersenyum lebar. Akhirnya jumpa juga kertas ini.   

“ Nasib baik awak masuk Intan. Kalau tak, tak tahulah bila saya jumpa kertas ni.” Adilla mengambil kertas tersebut. Nama Encik Riduan tercatat di atas kertas tersebut. Ya, dialah orang yang perlu Adilla hubungi bagi membincangkan projek yang akan dijalankan tidak lama lagi.

“ Oh ya Intan. Ada apa-apa mesyuarat penting ke hari ni?” Hampir terlupa kehadiran Intan yang sudah lama tercegat di hadapan meja.

“ Tak ada Cik Adilla.”

 “ Ok. Terima kasih ya Intan.” Ucap Adilla memandang Intan sewaktu bebicara.

 “ Ini dokumen yang Cik Adilla minta tadi.” Intan menghulurkan fail tersebut. Adilla mengambilnya lalu membelek fail tersebut. Meneliti beberapa perkara yang diperlukan.

“ Emm ok. Terima kasih sekali lagi Intan.”

“ Sama-sama Cik Adilla. Saya keluar dulu Cik Adilla.” Pinta Intan penuh sopan. Adilla membenarkannya. Tetapi sebelum Intan keluar, Adilla sempat menyampaikan pesanan menyuruh Faizal bertemu dengannya sekarang. Ada perkara yang perlu dibincangkan.

Intan menurut tanpa banyak soal.

************

        “ Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Encik Riduan?” Adilla memulakan perbualan dengan hormat.

Panggilan Adilla disambut mesra dari seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti bagaimana wajah lelaki itu. Dari gaya percakapan dan suara, nampaknya dia masih muda. Dan nada suaranya agak menggoda. Hampir tergoda Adilla dengan suara itu. Tapi kebiasaannya suara mancho ni tuan empunya badan tidaklah semacho suaranya.

“ Oh. Encik Riduan ya.  Saya Adilla Balqis dari Insky Copration. Saya nak bincang pasal pembinaan laman web syarikat kami yang akan dibangunkan oleh syarikat tuan.” Terang Adilla.

“ Oh, Cik Adilla. Sebenarnya saya sibuk sekarang. Saya ada meeting sekejap lagi. Macam ni, Cik Adilla ambil alamat ni dan datang ke pejabat saya esok. Kita boleh bincang perkara ni lebih lanjut.”

Pintu bilik Adilla diketuk. Pantas Adilla meletakkan tangan pada ganggang telefon dan mengarahkan Faizal masuk.

Segera Adilla mengambil pen dan kertas untuk mencatat alamat yang diberikan. Adilla mempersilakan Faizal duduk. Ligat tangannya menyalin alamat yang diberikan.

“ Dalam pukul berapa Encik Riduan nak buat temujanji ni.?”Soal Adilla untuk kepastian.

“ Dalam pukul 10 pagi.” 

Adilla bersetuju sahaja. Panggilan telefon diputuskan. Kertas yang mencatat alamat Encik Riduan dilekatkan pada skrin monitornya. Harap-harap dia tak cuai macam tadi. 

Faizal diam, memerhatikan Adilla.  Tumpuan Adilla beralih pada Faizal semula.

“So, macam mana kerja yang saya tugaskan pada awak sepanjang saya bercuti baru-baru ni?” Soal Adilla. Sengaja ingin menguji Faizal. Padahal Adilla tahu mutu kerja serta kecekapan yang ditunjukkan sepanjang ketiadaannya di sini. Walaupun dia tiada di pejabat Intan sering melaporkan perkembangan syarikat pada Adilla dari masa ke semasa.

“ Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Intan banyak membantu saya sepanjang saya mengambil tugas Cik Adila di sini.” Tenang dan yakin Faizal memberikan jawapan.

“Oklah kalau macam tu. Sebenarnya saya dah tengok laporan kerja awak tu. So far, saya berpuas hati dengan kerja-kerja awak. Terima kasih kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.”

“ Sama-sama Cik Adilla. Saya pun nak ucapkan terima kasih pada Cik Adilla kerana membuka peluang kepada saya untuk belajar perkara-perkara baru.“

“ Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua awak di sini Faizal.” Lelaki itu mengerti.

Mereka diam seketika. Adilla mengambil kertas pada monitornya.

“ Emm, saya panggil awak ni sebab saya nak awak ikut saya ke syarikat ini esok.” Adilla menunjukkan alamat yang tercatit sebentar tadi pada Faizal.

“ Untuk apa Cik Adilla?” Faizal berkobar-kobar ingin tahu.

“ Untuk membangunkan laman web terbaru syarikat kita.” Terang Adilla ringkas.

“ Baiklah Cik Adilla, pukul berapa temujanji kita dengan syarikat ni?” Faizal tampak senang menerima ajakan Adilla. Mana tidaknya. Ini merupakan peluang keemasan untuk dia mempelajari lebih banyak pengetahuan tentang skop kerja yang dipertanggungjawabkan pada mereka.

“ 10 pagi. Tapi jam 8.30 kita akan bertolak dari pejabat. Tak adalah tersekat dengan trafic jammed  nanti.” Beritahu Adilla sekaligus mengingatkan Faizal agar berada di pejabat lebih awal dari biasa.

“ Baiklah Cik Adilla. Esok pagi saya akan teman Cik Adilla ke sana. Ada apa-apa keperluan yang perlu kita bawa bersama ke esok?” Soal Faizal lagi.Kalau ada Faizal ingin menyediakannya sebelum dia pulang nanti. Dia tidak mahu kelam kabut pula esok. Lagipun mereka perlu bergerak pagi-pagi esok.

“ Nanti saya minta Intan sampaikan apa yang perlu dibawa esok sebelum awak balik nanti. Saya nak periksa dulu apa yang patut.” Terang Adilla tenang.

Faizal faham lalu meminta diri untuk menyambung kerja-kerjanya. Adilla mengizinkannya dengan hati yang senang. Lantas Adilla kembali menyemak fail-fail di atas mejanya. Semua kerja-kerja ini harus diselesaikan segera sebelum dibentangkan pada Zahim nanti.














Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.