Home Novel Cinta DiBius Cinta Encik Arahan
DiBius Cinta Encik Arahan
Nkal
22/5/2018 10:50:28
29,055
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8


          Megah syarikat Perdana Information Technology bertapak di tapaknya sendiri. Bangunan dua tingkat yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu tersergam indah berlatar belakangkan bangunan yang menjadi mercu tanda kemegahan negara Malaysia, KLCC.

Adilla dan Faizal melangkah masuk ke ruang utama syarikat ini yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut. Adilla menghampiri seorang pekerja wanita, yang masih muda dan cantik. Gayanya seperti seorang penyambut tetamu.

“ Ya puan. Boleh saya bantu?” Tegur wanita tersebut penuh manis, hormat dan berbudi bahasa. Memang sesuai dengan seruan kerajaan. ‘Budi Bahasa Budaya Kita’.

“ Saya Adilla, dari Insky Copration. Saya ada temujanji dengan Encik Riduan hari ni. Boleh saya jumpa dia?” Maklum Adilla lembut.

“ Oh, sebentar ya puan.” 

Adilla menanti, sementara wanita tersebut berbicara dengan seseorang di hujung talian. Faizal turut berdiri menunggu. Mereka menunggu dengan penuh kesabaran. Sambil itu mata Adilla ligat memerhatikan suasana dan susun atur syarikat tersebut. Menarik, kombinasi warna yang cuba di ketengahkan ternyata boleh meningkatkan mood ceria pada pengunjung yang datang. 

“ Puan, Encik Riduan sudah menunggu puan di bilik mesyuarat. Puan boleh naik sekarang.” Ujar wanita itu lembut dan bersopan.

Adilla hanya menurut. Bersama-sama Faizal dia menuju ke arah lif dan menaikinya ke tingkat dua.  Seorang wanita setia menunggu mereka di muka pintu utama syarikat milik Riduan sambil melemparkan senyuman manis. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Farah, setiausaha kepada Encik Riduan.

Mereka berdua sama-sama mengekori langkah Farah hingga ke bilik mesyuarat yang terletak tidak jauh dari lif tadi. Farah membukakan pintu buat mereka. Terpancul wajah Encik Riduan yang duduk di salah sebuah kerusi hujung meja tersebut. Melihat kelibat Adilla dan Faizal, pantas dia bangun dan mengatur langkah ke arah mereka. Riduan menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Faizal menyambutnya mesra manakala Adilla hanya menunduk tanda perkenalan. Riduan mempersilakan Adilla dan Faizal duduk di kerusi yang telah disediakan

“ Apa khabar Cik Adilla.” Riduan memulakan perbualan mereka pagi itu. Terpesona seketika dia melihat keayuan wajah kemelayuan Adilla.

“ Baik. Terima kasih Encik Riduan. Saya kenalkan Faizal, merangkap pembantu saya.” Lembut Adilla memperkenalkan Faizal pada Riduan. 

“ Nice to meet you.” Bicara Riduan sambil memandang ke arah Faizal. Tampak masih muda jejaka ini. Mungkin fresh graduate dari mana-mana universiti. Fikir Riduan sendiri.

“Me to. Thanks.” Sambut Faizal mesra.

Pembentangan pagi itu berjalan lancar. Riduan telah mengemukakan beberapa cadangan tentang pembangunan laman web syarikat Insky Copration. Menurut Riduan, proses rekabentuk ini mengambil masa kira-kira tiga bulan dari sekarang.

“ Kalau diikutkan saya memang bersetuju dengan rekabentuk yang Encik Riduan bentangkan sebentar tadi. Tapi walau macam manapun, saya perlu balik ke pejabat dan berbincang dengan Encik Zahim dahulu berkenaan perkara ni.” 

Tanpa banyak bicara, Encik Riduan bersetuju dengan permintaan Adilla sebentar tadi.

“ Baiklah, saya harap pihak Cik Adilla sudi untuk bekerjasama dengan kami. Kami menantikan jawapan yang positif dari pihak Cik Adilla.” Tinggi harapan yang Riduan letakkan.

“ Terima kasih. Saya juga berharap syarikat kami dapat bekerjasama dengan syarikat Encik Riduan seperti sebelum ini.” Sambut Adilla jujur.

“ Jom. Saya belanja awak berdua lunch.” Ajak Riduan mesra setelah menutup perbincangan tentang projek yang bakal dikendalikan nanti.

“ Err..Tak mengapalah Encik Riduan.” Adilla cuba menolak. Segan pula dia nak keluar makan tengah hari bersama Encik Riduan. Lagipun meraka baru berkenalan sebentar tadi.

“ Ishh. Janganlah macam tu Cik Adilla. Saya ikhlas nak belanja client saya makan. Memang menjadi kebiasaan saya belanja client-client saya makan. Ini adalah salah satu cara untuk saya rapat dengan client-client saya.” Beritahu Riduan berterus terang. Jauh di sudut matanya mengharap Adilla tidak menolak pelawaannya itu.

Adilla akhirnya bersetuju. Dia dan  Faizal mengekori jejak langkah Riduan. Farah, setiausaha Riduan turut ikut bersama. Tengahari itu mereka berempat menjamu selera di sebuah restoran yang menghidangkan masakan ala-ala kampung tidak jauh dari pejabat Riduan.

“ So, dah lama ke Cik Adila bekerja dengan syarikat Insky Copration?” Riduan memulakan perbualan setelah sekian lama mereka mendiam diri sambil menjamu selera tengahari itu.

“ Emm, dah hampir setahun tiga bulan saya bekerja dengan syarikat Insky Copration.” Jawab Adilla jujur. Menyuap ayam goreng yang baru diperisikan dengan garfu besi sebentar tadi.

“ Oh. Tapi..sepanjang saya berurusan dengan syarikat Insky Copration belum pernah sekalipun saya bersua muka dengan Cik Adila.” Ada sedikit keraguan di hati Riduan.

Pantas bibir Adilla melahirkan senyuman.

“ Memang kita tidak pernah bersua. Setiap kali Encik Riduan ke syarikat kami, Encik Riduan hanya akan berurusan dengan Encik Zahim atau Puan Hanim. Baru sembilan bulan saya memegang jawatan ini. Dan kali terakhir Encik Riduan ke syarikat kami setahun yang lalu.” Terang Adilla panjang lebar. Mengusaikan tanda tanya yang tersemat dalam fikiran Riduan.

“ Oh, jadi sebelum ni Cik Adilla menjawat jawatan sebagai apa di syarikat itu?” Riduan semakin berminat untuk mencungkil sedikit sebanyak tentang diri Adilla. Bagi diri Riduan, Adilla punya tarikannya yang tersendiri. Lirikan matanya bisa membuat sesiapa sahaja yang memandang akan jatuh hati pada pesona mata itu.

“ Saya memegang jawatan sebagai pembantu kepada Puan Hanim.” Balas Adilla.

Tekun Riduan mendengar setiap jawapan yang diberikan. 

“ Oh patutlah kita tak pernah berjumpa.”. Riduan mengeluarkan seputung rokok lalu dinyalakan api. Sedikit demi sedikit hembusan asap rokok keluar dari mulut serta hidungnya. Adilla diam, hanya memerhatikan gelagat Riduan.

“ Sekarang Puan Hanim bertugas di mana?”

“ Di Johor. Mengikut suaminya yang ditugaskan di sana.”

Adilla mengeluarkan batuk kecil berberapa kali. Asap rokok itu betul-betul mengganggu penafasannya. Segera Adilla menutup hidung dengan tangan kanannya.

Riduan seakan menyedari situasi Adilla yang tampak kurang selesa dan lemas sekarang. 

“ Awak tak selesa ke?” 

“ Maaf Encik Riduan. Saya alergik pada asap rokok.” Beritahu Adilla tidak berselindung. Dia terpaksa berterus terang memandangkan dadanya sukar sekali untuk menarik nafas.

Riduan mengerti lalu mematikan asap rokok di tangannya.

Lega. Mujurlah Riduan merupakan seorang lelaki boleh menerima setiap teguran dengan baik. Dia juga boleh menghormati perasaan orang lain.

“ Jadi sekarang tempat Cik Adila diambil alih oleh Faizal?” Serentak Adilla dan Faizal mengangguk.

“ Faizal lah yang banyak membantu saya sekarang. Mujurlah dia ada.  Kalau tidak, tak menang tangan juga saya nak tumpu pada semua kerja kat pejabat tu.” Seloroh Adilla sekilas menjeling Faizal. Faizal nampak begitu mesra dengan Farah. Macam sudah lama mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“ Baguslah tu. Sekurang-kurangnya dia boleh bantu apa yang patut.” Ujar Riduan menghirup Ais Lemon Tea untuk kali terakhir sebelum dia bangun membuat pembayaran di kaunter hadapan. 

Sebelum pulang. Adilla sempat mengucapkan terima kasih pada Riduan kerana sudi belanja untuk makan tengah hari itu. Adilla bersama Faizal pulang ke pejabat kira-kira jam 1.30 tengah hari.

*************

         “Siti, Encik Zahim ada kat bilik?” Tanya Adilla lembut.

Siti. Setiusaha Zahim yang punya sikap gedik, manja dan penggoda. Gayanya seksi mengalahkan model terkenal hollywood. Sesiapa yang memandang bentuk tubuhnya pasti akan terus dibuai igauan indah. Siapa yang tidak terliur memandang tubuh yang langsing begitu, kulit putih langsat, muka pula mirip pelakon dan model terkenal Diana Danielle. Sayang sekali, wajahnya cantik. Tapi perangai.

Pertanyaan Adilla tidak dijawab. Siti terus asyik mengilap kukunya yang disimpan panjang itu. 

“ Ada, dah lama dia tunggu Cik Adilla.” Beritahu Siti masih tidak berganjak dengan perilakunya itu. Adilla masuk tanpa mempedulikan jelingan Siti padanya. Dia tahu Siti cemburu. Dan dia tahu gadis itu ada menaruh perasaan pada Zahim. Namun Zahim tidak pernah mempedulikannya. Itupun Adilla dengar dari rakan-rakan sepejabat mereka. 

Adilla memberi salam pada Zahim. Tidak berjawab. Adilla membuka langkah mendekati Zahim yang nampak leka menjawab silang kata yang disiarkan setiap hari di akhbar.

Zahim mengangkat kepala seketika lalu menumpukan perhatian pada silang kata itu semula.

“ Jemput duduk Adilla.” 

Tanpa berlengah Adilla melabuhkan punggung. Zahim masih leka dengan silang katanya. Puas Adilla menunggu, puas menyandar Adilla duduk tegak kemudian kakinya disilang. Sudah itu Adilla memeluk tubuh.

Hatinya merungut geram. Macam tunggul duduk di sini. Dahlah keja berlambak nak kena siapkan. Adilla berdehem beberapa kali. Mengharap reaksi dari Zahim. Namun usahanya sia-sia. Tiada tindak balas dari Zahim. Adilla merengus geram.

“ Encik Zahim.” Panggil Adilla.

“ Yes, dah siap pun!” Jerit Zahim meletakkan akhbar itu ditepi sisi mejanya. Senang hatinya dapat menjawab semua soalan dalam teka silang kata itu. Tidak sia-sia dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada teka silang kata itu. Sebenarnya ini adalah salah satu cara Zahim merehatkan mindanya yang sudah sedia terbeban dengan masalah-masalah syarikat yang perlu ditangani sebagai CEO. Sambil-sambil itu bolehlah dia mengasah otaknya dengan permainan seperti ini.

“ Ya Adilla, macam mana perjumpaan awak dengan Encik Riduan? “ Soal Zahim serius. Kini tumpuan Zahim beralih pada Adilla sepenuhnya.

Tanpa membuang masa Adilla menerangkan semua perbentangan yang dibentangkan Riduan pagi tadi. Dari segi rekabentuk, kos sehinggalah masa yang diperlukan untuk membangunkan laman web tersebut. Zahim tekun mendengar setiap penerangan yang keluar dari bibir Adilla. Sesekali dia mengangguk tanda faham.

“ Apa yang saya tahu, banyak elemen-elemen baru yang cuba diserapkan dalam laman web itu nanti. Sebab itulah dia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.” Tambah Adilla memberikan penerangan lanjut.

“ Saya setuju dengan tawaran harga yang telah ditetapkan. Lagipun kita dah lama bekerjasama dengan syarikat itu. Setiap produk yang dihasilkan memang menepati citarasa kita. Pengguna juga berpuas hati dengan laman web syarikat kita. Kerana menurut mereka, kita mengekalkan konsep mesra pengguna.” 

Adilla bersetuju dengan kata-kata Zahim. Syarikat ini berjaya menjaga hati setiap pelanggannya.Syarikat ini akan sentiasa memastikan yang setiap pelanggan menikmati kemudahan yang sudah tersedia buat mereka. Sesuai dengan visi syarikat itu.

“ Baiklah. Kalau Encik Zahim bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Saya akan maklumkan hal ini pada Encik Riduan secepat mungkin.”

“Ya. Awak proceed sahaja seperti mana yang dibincangkan.”

Zahim bersetuju. Adilla meminta diri. Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sebelum projek tersebut dilaksanakan.



















Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.