Home Novel Cinta DiBius Cinta Encik Arahan
DiBius Cinta Encik Arahan
Nkal
22/5/2018 10:50:28
33,649
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog


Prolog

Dia?

Seseorang yang hadirnya tidak terduga oleh hatiku. Pernah suatu ketika terdetik di hatiku, seandainya dia menjadi teman istimewaku, alangkah indahnya hidup ini. Dia terlalu baik.  Sikap dan tingkah lakunya sentiasa menjadi perbualan semua. 

Banyak kenangan bersamanya tersemat di ingatanku. Aku tak pasti, malah, tidak meminta perasaan ini hadir dalam diriku. Dalam jenaka, aku cuba meluahkan isi hatiku.  Aku tahu dia mengerti tetapi dia tetap seperti biasa. Tiada respon. Namun kadang-kadang aku merasa dia juga punya sikap cemburu, kadang-kadang aku merasa diri ini amat-amat kesunyian seandainya tidak mendengar khabar darinya. Kadang-kadang aku merasa begitu rindu padanya. Salah ke seandainya aku mempunyai satu perasaan yang lain padanya.?

Mungkin ada baiknya juga ikatan ini dijalinkan atas dasar kawan sahaja. Biarlah takdir yang menentukan jodoh antara aku dan dia. Seandainya kami ditakdirkan mempunyai hubungan yang lebih dari kawan, mungkin aku akan menerimanya. Aku tak mahu mengharap pada bulan. Ia terlalu jauh dan andainya aku terus mendaki, bila jatuh nanti, aku bimbang sakitnya tak terperi. Biarlah sekarang aku keluar, keluar untuk mencari sahabat. Mungkin antara sahabat yang aku kenali itu salah seorangnya ditakdirkan untuk bersamaku. 


Apapun harapan aku cuma satu. Semoga dia berbahagia selalu. Seandainya dia mengenali seseorang yang lebih baik dariku, aku akan doakannya dari jauh. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama dengannya.  

Akan aku nyayikan lagu cinta yang paling indah buatnya, akan aku alunkan muzik yang paling romantis buatnya.

Terima kasih teman, kerana memberi peluang kepadaku untuk mengenali dirimu.


    INSAN KESEPIAN 


Adilla menutup diari yang mencatatkan semua kisah cintanya empat tahun yang sudah. Pantas diari itu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan diletakkan di bawah katilnya. Adilla merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk berlapikkan cadar berwarna biru laut. Adilla cuba melelapkan matanya. 

Biarlah diari itu sahaja yang menyimpan segala kenangan cinta yang pernah mengguris hatinya. Hanya masa sahaja yang akan menentukan samaada dia akan membuka kembali hatinya untuk bercinta lagi atau tidak.

Buat masa sekarang biarlah kerjaya sahaja yang menjadi peneman sepinya. Ini sudah cukup untuk membuat dia lupa seketika tentang  hati dan cinta. Tipulah seandainya dihati ini tidak mahu seseorang hadir memberikan cinta, namun dia belum bersedia.

Biarlah masa dan keadaan sahaja yang menentukan.





Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.