Bab 7

"KENAPA dengan kereta? Rosak?"

"Patik tak pasti tuanku. Sebelum bertolak tadi, patik dah check, tapi... ampun, tuanku. Patik cuba lihat sebentar." Pemandu stana membuka pintu kereta dibahagiannya, dan mula ke tempat enjin kereta.

Raja Agong Amirul pantas membuka pintu kereta. Langkah kaki diatur keluar. Badan disandar pada badan kereta. "Lama lagi ke?"

"Lama, tuanku."

Raja Agong Amirul mendengus kasar. Tangannya disilang di dada. Kedua bebola matanya, mulai meliar menikmati pemandangan.

"Tuanku."

Raja Agong Amirul menoleh ke kanan. Memandang wajah pembantunya. Entah sejak bila pembantunya keluar dari kereta, dia sendiri tidak sedar.

"Hari makin sejuk, tuanku. Apa kata... kita menumpang?"

"Rumah siapa? Kamu?"

Pembantu Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya.

"Habis? Nak terjah je rumah rakyat?"

"Tak. Setahu patik... ni kawasan rumah permaisuri muda tuanku."

Berkerut dahi Raja Agong Amirul mendengarnya. "Permaisuri... muda?"

"Permaisuri... Nafisah. Isteri kedua, tuanku. Kan... tuanku jadi suaminya dua hari lepas, tuanku."

Raja Agong Amirul hanya berdiam.

"Macam mana, tuanku? Kita tumpang rumah permaisuri sekejap."

Raja Agong Amirul menyandarkan tubuhnya semula ke badan kereta. Otaknya masih giat memikir sesuatu. Kepala diangkat ke atas, memandang langit yang makin gelap. Suasana pula sudah semakin sejuk. Perutnya... sudah menunjukkan tanda-tanda minta diisi.

"Nafisah, saya lapar," rengek Putera Mahkota Agong Amirul.

"Eee... putera ni, asal nampak je orang bawak bekal... dia nak. Lepas tu dia habiskan pulak tu. Tak tinggal pun."

"Share la. Please..."

Puteri Syarifah Nafisah menghulur bekas makanannya. Mukanya masam mencuka.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang saat dia teringat zaman kecilnya dengan isteri mudanya. Menyesal pula dia kerana memerintahkan pengiringnya, tidak mengekorinya hari ini. Kalau tidak, boleh sahaja dia pulang ke istana menggunakan kereta pengiring. Tapi masalahnya... yang ada sekarang, dirinya, pembantunya dan pemandu sahaja. Kereta ada satu. Dan itu lah yang rosak sekarang.

Dia sebenarnya dari ziarah Keluarga Diraja Negeri Kota, Lafiya. Istana raja itu, tidak terlalu jauh dari istananya. Sebab itu dia lebih suka pergi tanpa pengiring. Lainlah kalau dia jauh, baru dia akan diiringi pengiring.

"Patik... beri cadangan je tuanku." Merasakan sang raja hanya berdiam, terbit rasa takut dalam hati. Maklumlah, dia ada dengar cerita... sebut sahaja nama isteri muda raja itu di depan Raja Agong Amirul, pasti akan kena amukkan raja.

"Rumah dia, mana satu?"

"Tidak jauh, tuanku. Dekat je. Jalan kaki pun boleh, tak terasa penat pun."

"Hm..."

"Tuanku setuju ke?"

"Beta.... lapar."

Pembantu Raja Agong Amirul menunduk. "Patik pergi dulu, khabarkan kepada Tuanku Permaisuri ye, tuanku?"

"Kita pergi sekali. Suruh pemandu istana tutup bonet kereta. Nanti kita dapatkan bantuan dari istana," arah Raja Agong Amirul.

"Baik, tuanku."

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh