Bab 28

PUAN SUHANA mengerutkan dahinya. Tangannya yang tadi memegang permainan Hanim, terhenti seketika tatkala teliga menangkap bunyi ketukan pintu. "Sapa pulak yang datang?"

"Mama nak pergi mana?"

Puan Suhana menoleh ke arah Hanim. "Ada orang dekat pintu. Atok, kut." Dia bangun dari duduk di atas karpet.

"Nak ikut."

"Tak payahlah. Main je dekat situ. Nanti mama datang."

Hanim mengangguk.

Langkah kaki diatur ke muka pintu. "Sabar." Baru diam sekejap ketukan pintu yang bagai mahu merobohkan rumah orang itu. Tangan Puan Suhana menarik pintu ke dalam setelah membuka kuncinya dari dalam.

"Hello... sister."

Bulat mata Puan Suhana melihat gadis yang berdiri di hadapannya. Bercermin mata hitam, penuh bergaya. Bercekak pinggang lagi. Sudah persis gaya model. Wajahnya seperti Permaisuri Agong Nafisah tapi tidak bertudung seperti bekas madunya itu. Dia memerhati wanita di hadapannya sedalam-dalamnya.

"Tak kenal ke siapa ni?" Wanita yang mirip dengan Permaisuri Agong Nafisah tersenyum sinis. "My sister, Suhana."

Mata Puan Suhana terhenti pada tahu lalat kecil yang ada di pipi kiri wanita itu. "Kakak? Kak... Fasha ke ni?"

Puan Fasha mengangguk. Ditanggalkan cermin mata yang dipakainya. Tangan kanannya menolak rambut panjangnya yang berada di depan, ke belakang. "Macam Nafisah tak?" Kening kiri dan kanannya terangkat-angkat ke atas.

Puan Suhana mengangguk. "Hampir-hampir je Hana tak kenal siapa tadi. Nasib ada tahi lalat kecil tu."

Puan Fasha ketawa gedik. Kemudian dia dengan selambanya melangkah masuk ke dalam rumah adiknya tanpa dipelawa. Kakinya diatur ke sofa yang berada di ruang tamu.

"Kenapa muka akak dah lain ni?" Pintu utama ditutup. Siap dikunci lagi pintu tersebut.

Puan Fasha menyilangkan kakinya sebaik sahaja dia sudah melabuhkan punggungnya di sofa. "Muka akak ni, akak ubah untuk kenakan dia la. Apa lagi."

"Mana akak pergi?" Puan Suhana mengambil tempat duduk di sofa. Tidak jauh dari kakaknya. Sejak kakaknya menyambung pengajian ke luar negara, mereka terus terputus hubungan. Cuma ada sesekali Puan Fasha menghubunginya.

"Fikir cara nak buat dia gila, cara nak rampas semua harta dia dan musnahkan hidup dia semusnah-musnahnya."

"Akak nak balas dendam la ni?"

"Of couse. Sebab dia, parent kita meninggal. Sebab dia, kita terpisah. Akak tak akan pernah lupa semua tu. Dan yang penting, sebab dia... Hana masuk hospital dulu. Ingat tak?" Dipandang wajah adiknya.

Puan Suhana mengangguk. Mana mungkin dia lupa semua itu. Sampai bila-bila dia tak akan lupa apa yang bekas madunya pernah lakukan kepadanya. Kalau tak kerana Permaisuri Agong Nafisah, pasti mak dan ayah mereka masih hidup lagi sampai sekarang.

Mata kedua-dua beradik itu memandang antara satu sama lain. Masing-masing sudah mengukir senyuman yang hanya mereka sahaja tahu maknanya.

Otak mereka mula menjalankan tugas mengimbas kenangan lalu. Kenangan 25 tahun lalu. Di mana ketika itu, Permaisuri Agong Nafisah belum lahir lagi.

*****

25 tahun sebelum...

"WALID!" jerit Fasha yang berusia 12 tahun itu. Dipeluk terus tubuh Syed Fathul. Dipandang ke sebelah Syed Fathul. "Umi!"

Syed Fathul tersenyum. Tangannya mengusap-usap kepala Fasha. "Mak dengan ayah ada?"

Tengku Marsha turut mengusap kepala Fasha dengan penuh kasih sayang.

Fasha mendongakkan kepala ke atas. Kepalanya digelengkan. "Mak dengan ayah keluar, tinggal Fasha dengan Hana je."

"Ooo ye? Ni... tak nak bagi umi dengan walid masuk ke?" Syed Fathul mengukir senyuman manis.

Fasha tersenyum. "Lupa." Pelukan dilepaskan. "Masuklah."

"Sapa datang kak? Umi dengan walid ke?" soal Suhana yang berusia 10 tahun itu di muka pintu. Laju dia turun ke tingkat bawah tadi, sebaik sahaja dia dengar kakaknya menjerit 'walid ' dan 'umi' tadi.

"Hai sayang." Tengku Marsha mengukir senyuman gembira.

"Eh umi!" Suhana terus memeluk tubuh Tengku Marsha.

Syed Fathul dan Tengku Marsha ketawa kecil. Suka benar mereka melayan karenah Fasha dan Suhana yang sudah dianggap anak sendiri itu.

---

"WALID tengok ni. Fasha dapat nombor satu lagi dalam kelas." Fasha menghulur Buku Rekod Pembelajaran Sekolahnya kepada Syed Fathul.

Tengku Marsha yang sedang melayan karenah Suhana di meja, merapatkan tubuhnya kearah kaki suaminya yang duduk di sofa. "Tengok bang."

Syed Fathul menunjukkan halaman muka surat yang ditunjuk oleh Fasha. Mereka berbalas senyuman sesama sendiri.

"Wa..." Tengku Marsha membetulkan rambut Fasha. "Pandainya dia."

"Pandai ni, kena bagi hadiah ni sayang," ujar Syed Fathul.

Tengku Marsha mengangguk setuju. Diangkat tubuh Suhana agar duduk di atas ribanya sebaik sahaja Suhana mendekatinya untuk turut melihat apa yang mereka sedang bicarakan.

"Fasha nak hadiah apa?" soal Syed Fathul.

Fasha mula membuat gaya seolah-olah sedang berfikir. "Hm.. satu je Fasha nak."

"Apa? Insya-Allah umi dengan walid belikan." Tengku Marsha memeluk tubuh Suhana.

"Boleh tak, umi dengan walid pujuk mak dan ayah untuk bagi Fasha masuk asrama? Fasha dapat tawaran belajar dekat asrama. Tapi mak dengan ayah tak nak hantar." Fasha memuncungkan bibirnya.

Syed Fathul menarik tubuh Fasha agar duduk di sebelahnya. "Kenapa mak dengan ayah tak bagi? Mesti ada sebab."

Fasha menggelengkan kepalanya. "Tak tahu."

"Hana tahu!" Suhana mengangkat tangan kananya ke atas. "Mak dengan ayah sebenarnya... dah tak ada duit. Hari tu kan ada orang datang rumah mintak duit dekat mak dengan ayah. Bila mak dengan ayah tak bagi mereka ambik barang dalam rumah ni."

"Ye?" Tengku Marsha mengurut dadanya. Takut dia mendengar apa yang Suhana ceritakan ketika ini. "Ya Allah..." Dipeluk erat tubuh Suhana.

Syed Fathul berbalas pandang dengan Tengku Marsha.

"Fasha betul-betul nak masuk asrama?" soal Tengku Marsha.

Fasha mengangguk.

"Macam ni, umi dengan walid cuba yang termampu ye? Kalau betul mak dengan ayah ada masalah duit, umi akan tanggung Fasha belajar. Tapi Fasha kena janji, belajar rajin-rajin."

Fasha mengangguk laju. Dia mengukir senyuman gembira.

Syed Fathul mengusap kepala Fasha.

Nama Fasha sebenarnya datang dari gabungan nama Syed Fathul (FA) dan isterinya, Tengku Marsha (SHA). Syed Fathul dan isterinya sudah lama berkawan baik dengan mak dan ayah kandung Fasha dan Suhana.

Sudah 13 tahun Syed Fathul dan Tengku Marsha berkahwin. Bererti, sudah 13 tahun juga hubungan persahabatan terjalin antara dua keluarga itu. Tapi sayang, Syed Fathul dan Tengku Marsha masih belum dikurniakan zuriat. Sebab itulah ada masa terluang sahaja mereka akan menghabiskan dengan bersama anak-anak yatim dan juga dengan Fahsa dan Suhana.

---

ENCIK UDIN menolak huluran duit dari Syed Fathul.

"Ambil. Rezeki anak-anak." Syed Fathul menepuk-nepuk tangan temannya.

"Banyak sangat Tuan Syed. Kami ni... dah banyak sangat dah hutang dengan Tuan Syed. Duit ni..."

"Ambil je lah Udin. Tak luak pun duit kami kalau menghulur," sampuk Tengku Marsha.

Encik Udin berbalas pandang dengan isterinya yang berdiri di sebelahnya. Malu dia rasa dengan Syed Fathul dan Tengku Marsha. Sudah terlalu banyak huluran diberikan oleh mereka berdua untuk keluarganya ini.

Puan Suraya menunduk. Dia turut berasa malu dengan pasangan yang berdiri di hadapannya. Sejak anak sulung mereka lahir, sampailah sudah berusia 12 tahun sudah terlalu banyak budi yang dia sekeluarga terima.

"Ambillah ye? Kalau perlu apa-apa, call je. Kita kan kawan." Syed Fathul tersenyum.

"Terima kasih Tuan Syed, Ku, sebab sudi bantu kami," ujar Encik Udin.

"Jangan cakap macam tu. Kita kenal dah lama. Setakat hulur banyak ni, apalah sangat. Kan, abang." Tengku Marsha memeluk lengan suaminya.

Syed Fathul mengangguk setuju.

"Kami balik dulu ye? Senang-senang datang rumah. Bermalam semalam dua," ajak Tengku Marsha.

"Insya-Allah," balas Encik Udin dan Puan Suraya.

Suhana dan Fasha yang mencuri pandang dan dengar perbualan kedua-dua pasangan itu mengeluh panjang.

"Kesian ayah, kan? Kalau hidup kita macam ni, jangan kata akak... Hana nak masuk asrama pun tak boleh." Suhana memeluk teady bear kesayangannya.

---

FASHA melabuhkan punggungnya di atas anak tangga di Villa di Taman Perumahan Kerabat Diraja milik Tengku Marsha. Tangannya memegang jejari besi yang ada di tangga. Matanya memandang ibu, ayah, umi dan walidnya yang sedang berbincang di ruang tamu.

"Kami mintak maaf, kami tahu kami dah banyak menyusahkan Tuan Syed dan Ku. Kami..." Puan Suraya gagal menahan rasa sedihnya.

Tengku Marsha terus memeluk bahu temannya. Ingin memberi sedikit kekuatan.

"Kita dah berbelas tahun kenal Udin, Suraya. Masa saya nikah dengan Marsha lagi. Saya dan Marsha tak pernah anggap korang menyusahkan kami. Jadi, jangan cakap macam tu. Menyusahkan apa ke... tak wujud antara kita. Kami ni yang patut berterima kasih dekat korang berdua sebab tak pernah halang kami rapat dengan Fasha dan Hana," ujar Syed Fathul.

Encik Udin menundukkan kepalanya ke lantai. Sangat-sangat malu ketika ini. Dia sudah hilang kerja, pemiutang mencari tanpa henti, along mengugut dan kini dia sekeluarga sudah hilang tempat berteduh.

Dia terpaksa menebalkan mukanya berjumpa Syed Fathul meminta pertolongan demi keluarganya. Anak-anaknya. Dia terpaksa. Dia sudah tak ada apa-apa. Malu, malu rasanya.

Fasha mendongkan kepalanya ke atas, memandang wajah adiknya yang berdiri di sisinya.

---

ENCIK UDIN menghulur sampul coklat kepada Syed Fathul. "Ni, satu-satu harta yang saya ada. Yang Tuan Syed tolong tebuskan untuk saya masa saya tak ada duit dulu. Tuan ambillah. Buat jaminan."

Syed Fathul menggeleng. Tangannya menolak lembut tangan temannya jauh darinya. "Ini harta Fasha dan Suhana. Simpan untuk mereka."

"Tapi saya dah banyak..."

"Jangan cakap lagi. Saya dan Marsha ikhlas."

"Saya malu sangat dengan tuan. Duit belanja sekolah, belanja Fasha dan Hana, makan pakai kami sekarang... tuan yang tanggung. Hutang-hutang saya... tuan settlekan. Bagi saya kerja, ajak tinggal sini. Allah, tak balas budi tuan. Ambillah geran ni, tuan. Tuan tolong jualkan, duitnya tuan ambillah buat bayar semua hutang. Kalau tak cukup tuan cakap. Tuan boleh potong je gaji saya."

"Ya Allah... Udin, tak apa. Simpan buat Fasha dan Hana."

"Tolong la tuan." Encik Udin merayu.

Syed Fathul mengeluh panjang. Diambil juga geran tanah yang dihulur oleh temannya.

Fasha menyorok lebih dalam lagi tubuhnya di balik dinding tidak jauh dari tempat walid dan ayahnya berbincang.

---

"UMI, umi kenapa umi?" Fasha mendekati Tengku Marsha yang terjelupuk di depan bilik air.

Tengku Marsha cuba untuk tersenyum. Baru sahaja tangannya mahu menyentuh kepala Fasha, kepalanya rebah.

"Umi!" Fasha terus keluar dari bilik Tengku Marsha. "Walid! Ayah! Mak! Umi pengsan!"

---

TENGKU MARSHA dan Syed Fathul berpelukkan. Air mata mengalir di wajah mereka.

Puan Suraya dan Encik Udin tersenyum gembira. Tumpang gembira dengan berita gembira yang diterima oleh teman baik mereka.

"Ya Allah, terima kasih Ya Allah... atas kurnian ini," ucap Syed Fathul penuh syahdu. Air matanya mengalir tanda terlalu gembira.

Dia dan Tengku Marsha menikah dalam usia yang sangat muda, tapi susah sekali bagi mereka berdua untuk mendapat anak sehinggalah hari ini. Akhirnya penantian selama 13 tahun untuk anak akan berakhir tidak lama lagi.

"Kenapa mak?" Fasha mengoncangkan sedikit tangan Puan Suraya.

"Umi mengandung, Fasha."

"Umi mengandung? Wa... bestnya."

---

Tujuh bulan kemudian...

TENGKU MARSHA mengusap perutnya yang semakin sarat itu. Tak sabar rasanya mahu melihat zuriat yang dinantikannya 14 tahun itu lahir kedunia.

"Allah!" Tengku Marsha berpegang kuat pada kerusi di sisinya. Mujurlah tidak terjatuh.

"Ku... Ku tak apa-apa?" Puan Suraya memaut tubuh temannya dari jatuh.

Tengku Marsha menggelengkan kepalanya. "Tak.. Tapi... kenapa lantai ni lincin sangat ni?" Tengku Marsha memegang perutnya.

"Fasha dan Hana la ni. Haih budak-budak ni la. Minum selalu tumpah. Dah besar pun macam budak-budak. Fasha! Hana!"

Tengku Marsha menggelengkan kepalanya berulang kali. Tangan kirinya memegang kuat tangan temannya. "Biarlah."

"Mana boleh biar Ku. Ku manjakan mereka sangat. Alhamdulillah Ku tak jatuh tau. Dah la 14 tahun Ku tunggu anak ni. Sia-sia je kalau Ku jatuh tadi."

"Biarlah... tak apa. Saya okey, kan? Lupakan je lah. Fasha dengan Hana tak perasan la tu, yang air tumpah ni. Tak apa, tak apa."

"Kenapa ni, sayang?" Syed Fathul yang baru pulang dari kerja mendekati isterinya. "Sakit ke?" Tangannya mengusap perut isterinya yang sarat itu. Risau hatinya.

"Tak ada apa, bang." Tangan kanan Tengku Marsha memegang tangan suaminya.

"Ku hampir jatuh Tuan Syed. Anak-anak saya la ni buat lantai basah."

Fasha turun dari tingkat atas. "Kenapa ni?"

"Ha... Fasha. Sini," tegas Puan Suraya memanggil anaknya.

"Tak apalah. Saya okey je." Tengku Marsha memandang wajah suaminya. "Bang, saya okey. Betul."

"Fasha, kenapa biar lantai basah? Kamu tu dah 13 tahun tahu. Anak dara dah. Tak pandai lagi jaga rumah?" bebel Puan Suraya.

"Bang..." Tengku Marsha menggelengkan kepalanya. Tidak suka melihat Fasha dimarahi.

"Bukan Fasha yang buat la. Fasha dekat atas buat kerja sekolah. Hana la tu yang buat." Fasha mendengus kasar.

"Hana mana? Hana!"

"Tak apa. Tak ada benda buruk jadi, kan? Kita lupakan." Syed Fathul memberi isyarat kepada Fasha untuk naik ke atas. Masuk ke dalam bilik.

Fasha menurut. Kaki dihentak kuat ke lantai. Tanda tidak puas hati. "Bukan aku yang buat pun, tapi aku je kena marah. Sikit-sikit aku, sikit-sikit aku." Kuat Fasha membebel.

"Eh budak bertuah ini." Puan Suraya bersuara geram.

"Biarlah. Budak awal remaja. Biar je. Mood tak okey la tu kita ganggu dia belajar," ujar Tengku Marsha dengan lembut.

"Ku dengan Tuan Syed ni lembut sangat dengan Fasha dan Hana tu. Sesekali kena tegas, jangan bagi mereka pijak kepala."

Tengku Marsha tersenyum pahit.

Syed Fathul menggosok bahu isterinya.

---

"SEJAK umi mengandung, kita asyik kena marah je dengan mak dan ayah. Sikit-sikit salah. Semuanya salah. Dulu, tak macam ni pun," rungut Suhana. "Rasa rumah umi ni dah serupa neraka."

Fasha memusingkan badannay ke belakang. "Tahu tak pe. Kita ni anak mak dengan ayah tau. Tapi mak dengan ayah lebih-lebihkan anak dalam perut umi tu. Tak adil betul. Menyampah!"

"Nak marah pun elok-elok la. Ni marah, macam kita nak buat umi tu gugur je. Geram." Suhana memeluk bantal yang ada di atas katil kakaknya.

---

Dua tahun kemudian...

"MAK..." Suhana memeluk tubuh Puan Suraya dari belakang. "Sedapnya bau."

Puan Suraya tersenyum. "Mestilah. Tengoklah siapa masak."

"Banyak mak masak, untuk siapa?"

"Untuk Nafisah la. Hari ni kan hari jadi dia." Puan Suraya tersenyum.

Suhana mendengus kasar. Tangannya menyilang ke dada. "Amboi mak, layan Nafisah macam anak sendiri nampak."

"Apasalahnya. Umi dan walid layan kamu dan Fasha macam anak sendiri, kan? Jadi salah ke mak layan Nafisah macam anak sendiri?"

"Nafisah tu baru umur berapa je. Makan ke apa yang mak masak ni?"

"La, kan umi dan walid kamu nak buat majlis kesyukuran untuk Nafisah. Haish kamu ni."

Suhana mengeluh berat. Sakit hatinya mendengar nama Nafisah!

---

FASHA mengeluarkan baju sejuk dari beg kertas. Terganga mulutnya mulut baju itu. "Cantiknya..."

"Fasha, letak balik!" Encik Udin mendekati anak sulungnya. Baju sejuk di tangan si anak diambil dan dimasukkan ke dalam beg kertas.

"Untuk siapa tu ayah?"

"Nafisah la."

"Baju tu untuk orang dah besar la ayah. Untuk Fasha ke... Hana ke. Nafisah tu baru dua tahun. Bila pakai gelebeh tahu. Bagi kami je la."

"Eh! Banyak cantik. Suka hati ayah la nak bagi sekarang ke tak. Lagipun selama ni ayah tak pernah beli hadiah untuk dia."

"Ayah tak adil. Nafisah tu orang luar je."

"Fasha." Direnung tajam wajah anak sulungnya itu. "Kamu dah besar tahu? Fikir sikit guna otak. Kamu dan Hana tu pun orang luar je dalam hidup Ku Marsha dan Tuan Syed. Mereka layan macam anak sendiri, boleh je."

Fasha mengigit hujung bibirnya.

---

"TAK suka betullah! Benci tahu!" marah Suhana.

"Akak pun. Sejak dia wujud, mak dengan ayah dah tak pandang kita dah. Umi dengan walid pun sama. Menyampah betul!"

---

"TOLONG jagakan Nafisah ye? Kami pergi dua tiga hari je."

Puan Suraya mengangguk. Mengiyakan permintaan Tengku Marsha. Puteri Syarifah Nafisah dalam dukungan dicium.

"Umi dengan walid pergi sebab kerja tau. Umi akan cepat-cepat siapkan kerja untuk balik jumpa buah hati umi ni." Dicium kepala anaknya.

"Bawaklah sekali. Kenapa nak tinggal pulak?" Fasha memeluk tubuh. Matanya merenung wajah Tengku Marsha dan Syed Fathul.

"Bukan tak nak bawak, Fasha. Tapi umi sibuk nanti," jawab Tengku Marsha dengan lembut.

"Hm.. nanti ada lah orang tu lupa anak dia," perli Fasha sebelum naik ke tingkat atas.

Tengku Marsha berbalas pandang dengan suaminya. "Fasha kenapa bang? Marah je."

Syed Fathul mengangkat kedua bahunya ke atas.

"Biarlah. Saja lah tu. Mengada. Cemburu dengan Nafisah," jawab Puan Suraya.

---

FASHA mengeluh berat. Buku yang dibacanya sebentar tadi diletak ke tepi. Kaki diturunkan dari katil lalu membuka pintu. "Ha, ada apa mak? Kacau je la."

"Jagakan Nafisah sekejap. Mak dengan ayah nak keluar. Belikan Nafisah ubat. Kesian dia demam. Panas badan dia."

"Mak. Orang tengah study la. Suruh Hana la."

"Hana kan tak ada. Dia kan pergi program sekolah. Tolonglah."

Fasha mengeluh berat. Diambil juga Puteri Syarifah Nafisah dari tangan maknya. 'Huh! Menyampah!'

---

SUHANA merenung tajam wajah Puteri Syarifah Nafisah yang sudah tidur itu. Diambil bantal yang berdekatan lalu ditekup wajah budak dua tahun itu. "Mati kau, mati!"

Puteri Syarifah Nafisah yang masih dua tahun itu, mulai meronta-ronta.

"Sebab kau... mak dengan ayah aku mati! Mati waktu hari jadi aku! Aku benci kau! Mati kau! Mati!"

"Ya Allah! Abang!" Terjatuh botol susu dari tangan Tengku Marsha. Dia pantas menolak tubuh Suhana jauh dari katil anaknya. Secara tidak sengaja dia telah menyebabkan tubuh Suhana terjatuh ke lantai. Diambil anaknya yang menangis itu. "Gila ke?" marah Tengku Marsha.

"Kenapa ni?" soal Syed Farhul. Terkejut dia bila dia mendengar suara isterinya menjerit. Lebih terkejut dia bila dia melihat Suhana di atas lantai. Didekati anak angkatnya itu.

Sejak Encik Udin dan Puan Suraya meninggal dalam kemalangan semasa mahu membelikan Puteri Syarifah Nafisah ubat, dia dan isterinya bersetuju untuk terus menjaga Fasha dan Suhana.

"Hana ni bang. Cuba nak bunuh anak kita. Dah gila agaknya." Tajam matanya merenung ke arah Suhana. Anaknya dipeluk erat.

"Hana, betul ke?" Lembut Syed Fathul bertanya.

"Sebab dia, mak dengan ayah mati!" jerit Suhana. Dia cuba menghampiri Tengku Marsha untuk mencederakan Puteri Syarifah Nafisah.

Tengku Marsha menepis tangan Suhana lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Takut dia dengan sikap Suhana yang sejak akhir-akhir ini begitu menakutkannya.

Syed Fathul memeluk tubuh Suhana. Ingin menenangkan anak angkatnya itu. "Ingat Allah, Hana. Ingat Allah."

Suhana menangis. "Mak... ayah..."

---

LANGKAH Fasha terhenti betul-betul di depan pintu bilik Syed Fathul dan Tengku Marsha yang sedikit terbuka itu.

"Kita hantar lah bang Hana ke sana. Takut tau. Kalau dia cuba buat lagi macam mana?"

"Hana tu tertekan je, kita cuba pujuk dia elok-elok."

"Abang, tak nak. Sayang tak sanggup dah nak jaga Hana tu. Budak tu dah gila. Cakap sorang-sorang, lepas tu kalau Nafisah sorang, ditekup muka anak kita. Tak nak, tak nak."

"Sayang..."

"Hantar dia pergi berubat la bang. Kita bukan nak pisahkan dia dengan Fasha pun. Kita nak dia sembuh. Dah sembuh nanti kita jaga la balik. Tolonglah bang... demi anak kita. Nyawa kita jugak."

Syed Fathul mengeluh berat. "Ye la. Abang cuba cari."

"Jangan cuba. Mesti."

Fasha mengigit hujung bibirnya. 'Adik aku tak gila la!'

---

15 tahun kemudian...

"SAMPAI hati Hana. Kesiankanlah Nafisah tu. Dia baru je kahwin dengan Fuad. Baru sangat. Tengah mengandung lagi. Takkan Hana sanggup jadi madu Nafisah. Nafisah dah macam adik Hana kan." Syed Fathul cuba memujuk anak angkatnya itu.

Suhana merenung tajam wajah Syed Fathul. "Walid... Nafisah bukan adik Hana. Hana pulak bukan anak walid pun. Walid cuma ayah angkat je, bukan ayah kandung, bukan jugak ayah susuan. Jadi kami ni boleh hidup bermadu. Lagipun Fuad tu kekasih Hana ye? Sebelum anak walid perampas tu kahwin dengan Fuad lagi kami dah bercinta."

Syed Fathul mengeluh panjang. "Hana, Nafisah bukan perampas. Dia mangsa keadaan."

"Mangsa? What ever la. Tak kisah. Tapi memang dia tu perampas, kan? Sejak kecil lagi dia jadi perampas."

"Hana."

"Dia perampas, walid dengan umi pemusnah! Elok sangat."

"Astagfirullahhala'zim... Hana. Apa Hana cakap ni?"

"Betul kan. Walid dengan umi memang pemusnah pun. Pemusnah hubungan Hana dengan kakak. Tengok? Sejak walid hantar Hana masuk wad orang gila tu... kakak tak datang jumpa Hana." Suhana menitiskan air matanya. "Semua sebab walid dengan umi! Sampai sekarang... kakak malu dengan Hana. Walid pulak sengajakan hantar kakak belajar jauh-jauh, kan!"

"Hana, walid dengan umi hantar Hana untuk bagi Hana sembuh. Hana dah sembuh, kami ambil bawak balik. Pasal kakak tu, itu semua permintaan Fasha sendiri. Dia nak belajar tinggi untuk Hana."

"Tipu! Aku benci kau! Kau... keluarga kau semuanya musnahkan hidup aku!"

"Hana, demi Allah, apa yang walid dan umi buat semuanya untuk kebaikan Hana dan Fasha. Tak ada niat dalam hati kami nak jadi pemusnah, perosak atau apa pun. Kami sayang Hana dan Fasha sama macam kami sayang Nafisah." Syed Fathul menitiskan air matanya. Hatinya terluka dengan kata-kata Suhana.

"Cukuplah berlakon. Dan cukuplah apa yang anak walid tu dah rampas dari Hana. Dulu mak dengan ayah, lepas tu Fuad. Walid, ni dah lebih tau. Janganlah sebab walid jaga Hana selama ni, Hana kena tunduk dengan kata-kata walid dan dia. No!"

"Hana..."

"Walid. Hana tak kira. Hana tetap akan kahwin dengan Fuad, no matter what!" Suhana menghempas pintu biliknya.

"Ya Allah..." Syed Fathul mengurut dadanya.

*****

"AND now, akak dah balik. Maaf ye dik, tinggalkan adik lama-lama." Puan Fasha merenung wajah adiknya yang duduk di hadapannya.

Puan Suhana hanya tersenyum. "Tak sabar nak dengar plan akak. Akak, Hana nak tunjuk surprise dekat akak ni. Pandang sana." Mulut diujih ke arah Hanim yang sedang bermain seorang diri.

"Siapa tu? Anak Hana ke?"

"Anak... tiri. Dia anak Nafisah sebenarnya." Bisik Puan Suhana ditelinga kakaknya.

Puan Fasha sudah tersenyum jahat.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh