Bab 25

Dua minggu kemudian...

PERMAISURI AGONG NAFISAH memulas tombol pintu pejabat milik suaminya yang ada di Istana Agong, perlahan-lahan. Ditolak daun pintu itu. Dari muka pintu itu, dia dapat lihat betapa berseleraknya meja kerja suaminya. Kaki diatur melangkah masuk.

Satu keluhan berat dilepaskan olehnya sebaik sahaja dia berjaya masuk ke dalam pejabat suaminya. Senyuman terukir di bibirnya saat dia melihat suaminya tidur di atas meja kerja. Tangannya kembali menutup pintu pejabat.

Kerusi di depan meja Raja Agong Amirul ditarik. Punggung dilabuhkan. Tangan kanannya mula bermain dengan rambut suaminya. Perlahan-lahan jari telunjuknya menyentuh dahi, mata, hidung dan bibir si suami.

'Lama dah saya tak tenung muka awak macam ni. Awak terlampau sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Saya rindu tahu?' ujar hati kecil Permaisuri Agong Nafisah.

Raja Agong Amirul pantas memegang tangan kanan isterinya. Kepalanya diangkat perlahan-lahan. "Kacau ye?"

"Sorry."

"Buat apa kat sini?" Raja Agong Amirul pantas membetulkan posisi duduknya. Tangannya mula menutup fail dan dokumen yang terbuka di atas mejanya.

"Kan dah cakap semalam, patik nak jumpa doktor. Lepas tu nak jumpa bonda sebelum balik Istana Rehat. Dah alang dekat sini, nak jenguk tuanku sekejap."

"Jenguk aku?" Dahi sang raja hampir bercantum. "Kenapa? Macam dah lama tak jumpa aku je."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Rindu."

"Rindu?" Raja Agong Amirul ketawa kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali. "Rindu buat apa? Aku ada je depan mata kau. Dua hari sekali, aku dengan kau. Kalau tak dengan kau pun, macamlah kau tak boleh tengok aku."

"Patik rindu... sebab tuanku sibuk je sekarang. Kanda Jannah pun sama. Kalau tengok-tengok muka memang la dapat. Tapi nak sembang ke apa, susah semua."

"Kau kena faham, tugas aku macam mana. Ada masa sibuk, memang sibuk sentiasa. Terlalu banyak nak kena urus. Ni hari ni pun, aku masuk Pejabat Pemerintahan, lambat sikit sebab nak settlekan kerja urgent esok ni." Raja Agong Amirul pantas meletakkan semua fail dan dokumen di satu sudut. "Ada Jannah pun, kerja tetap banyak."

"Sorry."

"Kenapa kau nak sorry pulak?"

"Tak dapat bantu tuanku dalam memerintah."

"Tak apa." Raja Agong Amirul memandang wajah isteri mudanya. "Kau pandai masak kan?"

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam.

"Masakkan untuk aku Nasi Goreng Belacan, boleh?"

"Nasi Goreng Belacan?"

"Ye."

"Tuanku sekarang, banyak makan la. Tengok badan, dah makin berisi. Lepas tu makan dan mintak benda yang tuanku tak pernah makan pulak tu."

"Entah la." Badan di sandarkan ke belakang. "Tekak teringin. Mengidam kut."

"Mengidam?"

Raja Agong Amirul mengangguk.

"Mengidam untuk orang mengandung je, kan?"

"Terkadang suami pun dapat tempias. Tak pernah kena?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng. Tahu maksud suaminya itu. Pasti ditujukan untuk Encik Fuad; bekas suaminya. Bekas suaminya itu mana pernah kena tempias dia mengandung. Semuanya dia tanggung sendiri. Muntah, mengidam, mual, semuanya.

"Nafisah, seingat aku..."

Dada Permaisuri Agong Nafisah sudah berdegup kencang. Berdebar gila. 'Janganlah dia tahu aku mengandung. Aku nak surprise kat dia masa birthday dia.'

"Dua minggu lepas, kau ada cakap nak cakap sesuatu dengan aku, kan? Pasal apa?"

Permaisuri Agong Nafisah meletakkan jari telunjuk di atas bibirnya. "Ada ye?"

"Ada. Aku ingat. Alang-alang kita tengah sembang ni, cakaplah apa. Nak tunggu esok lusa belum tentu aku ada masa."

Permaisuri Agong Nafisah mendekatkan kerusi yang dia duduk dengan meja kerja suaminya. "Pasal... Fuad."

Kening kanan Raja Agong Amirul terangkat sebelah.

"Masa tuanku ada kerja luar, Khalil pernah pergi rumah Fuad. Dekat Maghrib baru balik."

"Macam mana Khalil boleh pergi sana?"

"Dia datang ambik Khalil."

Raja Agong Amirul mengangguk-angguk. 'Patutlah dia boleh dapat nombor aku, rupanya dia dapat dari Khalil. Mesti dia ugut Khalil sampai Khalil terpaksa bagi nombor aku,' fikir sang raja. Walhal Encik Fuad mendapat nombor telefon peribadinya melalui telefon bimbit Ungku Ridzuwan bukan minta dari Khalil.

"Patik binggung la. Fuad tu susah nak ambik tahu hal Khalil. Jadi... patik tak sedap hati. Pelik rasanya kenapa dia cuba nak rapat dengan Khalil."

"Pasal tu tak payah risau. Aku dah tahu niat dia kenapa dia nak rapat dengan Khalil."

"Apa dia?"

"Kau tak payah tahu. Benda dah selesai. Jadi jangan serabutkan kepala lagi fikir pasal orang yang bakal kena gantung tu."

"Bakal kena gantung?"

"Ye."

"Apa kesalahan dia?"

"Wau, ambik berat nampak," ujar sang raja berbaur cemburu.

"Tak... dia ada anak kecik lagi. Ada isteri yang tak kerja. Kesian Hanim dengan mama dia kalau Fuad kena gantung."

"Dalam undang-undang, ada masa perlu ada rasa kesian ada masa perlu buang rasa tu. Hukuman yang bakal dia dapat adalah kesalahan yang dia sendiri cari. Masa dia buat, dia tak fikir."

"Apa..."

"Aku sibuk." Raja Agong Amirul terus bangun dari posisi duduknya.

Permaisuri Agong Nafisah turut berdiri. Dia cuba mendekati suaminya yang menuju ke pintu pejabat. "Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi!"

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah apabila suaminya mula meninggikan suaranya. Tertunduk dia, memandang lantai. Air matanya mula bergenang.

"Dia tu bekas suami kau. Aku suami kau. Jadi please stop ambil berat everythingpasal dia, boleh tak? Cukup baik aku tak pernah halang kau jumpa bekas ayah mertua kau tu," ujar Raja Agong Amirul dengan serius.

Permaisuri Agong Nafisah mendekati suaminya. "Maaf. Patik, cuma... nak tahu kesalahan dia."

"Tak perlu tahu apa-apa. Dia dah tak ada makna dalam hidup kau, kan?" Tajam sang raja memandang wajah isterinya. "Atau... masih bermakna?"

"Tuanku. Apa tuanku cakap ni? Dia... cuma bekas suami patik. Tak lebih dari tu."

"Apa-apa lah. Aku banyak kerja nak urus. Dan aku tak ada masa nak sembang pasal orang gila tu." Pintu pejabat dibuka.

Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya. Dia agak terasa dan terkilan dengan sikap suaminya yang meninggikan suara sebentar tadi.

Bukanlah dia sengaja mahu ambil tahu tentang Encik Fuad. Cuma, dia mahu tahu apa kesalahan bekas suaminya itu sehingga bakal menerima hukuman gantung. Dia kesiankan Hanim sahaja. Yang masih terlalu kecil untuk hilang kasih ayah. Lebih membuatkannya bertambah risau sebab isteri Encik Fuad itu seorang bekas pesakit mental. Kalau terlampau tertekan nanti, takut penyakit lama menyerang kembali. Dan Hanim pasti menjadi mangsa.

Khalil dia tidak bimbang mana, kerana dia tahu suaminya seorang ayah yang baik tak kira kepada anak kandung ataupun anak tiri. Begitu juga dengan Kabir. Kabir mendapat seorang ayah angkat yang baik terhadapnya. Berbeza dengan Hanim.

Tangannya dibawa ke perutnya yang masih rata. 'Kita doakan agar Kak Hanim baik-baik je ye? Walau dia anak tiri umi, dia tetap kakak anak umi. Sebab umi pernah susukan dia.'

*****

"TWIN tuanku, tahniah."

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman gembira. Tangan kanan dan kirinya, melekap pada perutnya yang masih rata. "Lima minggu lebih dah kan, doktor?"

Doktor Daniel mengangguk.

"Alhamdulillah." Kedua tangannya menyapu wajah. Rasa bersyukur dengan kurnian Ilahi yang satu ini.

"Tuanku Amirul, dah tahu?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng. "Tuanku sibuk sangat sejak seminggu dua ni. Tapi, saya rancang nak beritahu masa birthdaytuanku nanti."

"Ooo ye. Birthday tuanku dah nak dekat. Tinggal empat hari je lagi, kan? Patik doakan rumah tangga tuanku bahagia."

"Terima kasih."

*****

"TOLONG belikan beta pisang goreng dekat tepi jalan ni," ujar sang raja kepada pembantu peribadinya yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

"Baiklah, tuanku."

'Peliknya tuanku seminggu dua ni. Selera makan bukan main. Lepas tu suka makan benda yang dia sendiri tak pernah makan pulak tu. Ni mesti Tuanku Permaisuri Nafisah dah berisi ni. Hm... elok la. Tuanku Permaisuri Nafisah tak ada selera makan, tuanku pula yang berselera bukan main,' ujar hati kecil pemandu istana.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh