Bab 3

RAJA AGONG AMIRUL memandang sinis wajah Puteri Syarifah Nafisah yang tertunduk sahaja dari tadi. "Kita nikah, tapi... yang tahu kau ni isteri aku hanya pekerja istana ni je," ujar Raja Agong Amirul. "Kau faham tak!"

"Mengapa kanda perlu rahsiakan sebuah perkahwinan yang mulia ini dari pengetahuan rakyat?" soal Permaisuri Agong Jannah yang duduk di sebelah suaminya itu.

"Sebab kanda malu! Malu!"

Puteri Syarifah Nafisah hanya berdiam diri sahaja. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Kanda..."

"Apa!" Raja Agong Amirul memandang wajah isterinya dengan perasaan marah yang meluap-luap. "Dinda nak sangat kanda nikah dengan dia kan? Walhal, dinda tahu kanda tak bersalah. Kanda diperangkap. Jangan-jangan dia yang buat perangkap ni tak."

Puteri Syarifah Nafisah hanya berdiam diri. Tapi air matanya tetap menitis perlahan-lahan. Setitik demi setitik.

"Kanda, dinda yakin pada kanda dan Nafisah tak bersalah. Tapi... ini demi menjaga aib semua orang, kanda. Tak semestinya kanda bernikah dengan Nafisah, itu menunjukkan yang kanda dan Nafisah bersalah," pujuk Permaisuri Agong Jannah.

Raja Agong Amirul hanya berdiam. Dia hanya menjeling sahaja Puteri Syarifah Nafisah itu.

"Nafisah..." panggil Permaisuri Agong Jannah dengan lembut.

Puteri Syarifah Nafisah mengangkat wajahnya. "Ye, tuanku."

Permaisuri Agong Jannah mengukir senyuman manis. "Kamu pergilah berehat. Malam ni kan, kamu akan menjadi permaisuri."

Puteri Syarifah Nafisah hanya memandang kosong sahaja wajah Permaisuri Agong Jannah itu. 'Aku tak mahu! Ya Allah... ini mimpi ngeri. Amirul benci pada aku. Macam mana aku nak teruskan hidup sebagai isteri dia?'

Raja Agong Amirul pula sudah bangun dan berlalu keluar dari kamar. Panas rasanya berlama-lama di dalam bilik perbincangan tersebut. Panas dan rimas!

******

"AMPUNKAN patik, tuanku. Ampun..." rayu Ali di hadapan Raja Agong Amirul itu.

"Apa salah beta terhadap kamu, ha? Sampai kamu tergamak buat beta begini? Kamu dah hancurkan rumah tangga beta, tahu!" tengking Raja Agong Amirul. "Dasar manusia tak kenang budi!"

Ali menggelengkan kepalanya. "Patik terpaksa tuanku. Kalau patik tak buat begitu, nyawa keluarga patik akan melayang tuanku. Tolonglah mengerti."

Raja Agong Amirul mendengus. "Siapa lagi yang terlibat?"

"Da... Da..."

"Siapa!"

"Dayang... Dayang Citra... tapi dayang itu pun terpaksa, tuanku. Kami diugut. Keluarga kami akan dibunuh depan kami sekiranya kami gagal buat tuanku kena tangkap basah dengan Nafisah." Tubuh badan Ali sudah mengigil ketakutan. Selama dia berkhidmat dalam istana, inilah kali pertama dia melihat Raja Agong Amirul marah seperti ini.

"Kenapa mesti dia!"

"Se...sebab...."

"Cakap!"

"Sebab dia cinta pertama tuanku... Lagipun patik hanya menurut perintah orang yang menyuruh patik sahaja, tuanku."

"Siapa!"

"Te.. Te... Tengku.... Tengku Suffian, tuanku."

Raja Agong Amirul mendengus kasar. "Pengawal! Bawak lelaki ini masuk ke dalam penjara bersama dengan Dayang Citra!"

"Baik, tuanku," balas pengawal yang diarahkan tersebut.

"Tuanku... ampunkan patik, tuanku. Ampunkan patik!"

******

"AKU terima nikahnya Puteri Syarifah Nafisah binti Syed Fathul dengan mas kahwinnya, 100 Dollar," ucap Raja Agong Amirul senada dengan sekali lafaz.

"Sah?"

"Sah!"

Air mata Puteri Syarifah Nafisah @ Permaisuri Nafisah menitik laju. Bukan air mata kegembiraan, tapi air mata kesedihan. Dia yakin, hidupnya akan diuji dengan hebat lagi selepas ini. Melihat riak wajah kebencian pada wajah Raja Agong Lafiya itu, dia sudah tahu. Suaminya itu sangat benci kepadanya.

Raja Agong Amirul pantas menarik tangannya dari pegangan tangan Permaisuri Agong Nafisah, saat isteri mudanya itu mahu mencium tangannya setelah dirinya menyarung cincin pernikahan mereka.

Permaisuri Agong Nafisah diam sahaja. Jauh dalam sudut hati, dia agak terasa dan terkilan dengan sikap suaminya itu. Tapi dia lebih memilih untuk mendiamkan sahaja. Dia tahu, suaminya itu masih belum boleh terima hakikat dan masih dalam keadaan marah.

*****

"KANDA nak kemana?" tanya Permaisuri Agong Jannah saat dia melihat suaminya segera keluar dari masjid di istana.

Raja Agong Amirul memandang wajah Permaisuri Agong Jannah, dia lihat isterinya itu sedang memegang tangan isteri mudanya dan berjalan menghampirinya.

"Kanda nak buat perhitungan dengan seseorang," ujar Raja Agong Amirul. Sempat dia memberi jelingan maut kepada isteri mudanya.

*****

TENGKU SUFFIAN tersenyum lebar saaat dirinya melihat Raja Agong Amirul menghampirinya. "Ada apa, tuanku datang sini? Bawa hajat ye?" ujar Tengku Suffian bersama satu senyuman sinis.

"Apa yang kamu mahu sebenarnya?" soal Raja Agong Amirul dengan tegas.

Tengku Suffian hanya ketawa kecil.

"Beta tahu, kalau kamu mahu takhta pasti kamu dah sebarkan gambar tak senonoh tu kepada Majlis Raja-Raja agar beta dikerah untuk turun takhta dengan segera. Tapi kenapa, kamu tak buat begitu? Apa muslihat kamu sebenarnya?"

"Muslihat? No... bukan muslihat, tuanku. Tapi ini ialah satu tektik."

Raja Agong Amirul menahan tangannya dari untuk melempang muka kaum kerabatnya yang biadap itu. "Apa kamu mahu? Katakan! Tapi lepas beta tunaikan apa yang kamu mahu, kamu mesti serahkan semua gambar tu kepada beta!"

Tengku Suffian mengangguk. "Baik. Patik janji akan serahkan gambar tu, semua gambar tu dekat tuanku sekiranya tuanku berjanji sesuatu dengan patik."

Raja Agong Amirul memandang tajam sahaja wajah Tengku Suffian.

"Patik... nak... anak kembar patik; Tengku Azim dan Tengku Azimah berkahwin dengan putera dan puteri tuanku iaitu Puteri Halimah dan Putera Hisham. Bagaimana, tuanku? Senang sahaja kan?"

"Kenapa mesti libatkan putera dan puteri beta?" Raja Agong Amirul bersuara geram.

"Ooo... kenapa? Sebab sampai mati pun susah untuk patik dapat takhta tuanku. Tapi kalau patik tak dapat, it's okay. Asal keturunan patik dapat. Jadi dengan perkahwinan ini, hasrat patik tercapai."

Raja Agong Amirul mendengus marah.

"Jangan murka, tuanku. Apa.. tuanku tak belajar ke tentang hal nenek moyang kita? Tuanku sebenarnya bukan waris sah takhta pun. Patik sebenarnya pewaris sah Lafiya ni. Tuanku tu keturunan Raja Zakaria melalui anak perempuannya iaitu Raja Iqlima. Sedangkan patik, patik keturunan Raja Zakaria melalui anak lelakinya iaitu Putera Badri. Dalam undang-undang, mana boleh perempuan memerintah, tuanku. Jadi... tuanku faham-faham la ye."

"Apa kamu terlupa ke yang Putera Badri sendiri yang rela Takhta Agong itu diserahkan kepada kakandanya iaitu nenek moyang beta; Raja Iqlima!"

"Ye... patik tahu. Tapi... keturunan Putera Badri selepas itu, mahukan takhta itu semula. Itu hak kami. Tuanku patut pulangkan semula kepada kami."

Raja Agong Amirul hanya berdiam. Malas dia mahu berbahas soal masalah takhta yang sudah berlaku hampir seratus tahun dahulu tu. Dia sendiri sudah lupa sudah berapa generasi dah keturunan Putera Badri ini melancarkan perang ke atas keluarganya. Pelik, Putera Badri sahaja yang tidak melancarkan apa-apa bentuk serangan kepada keluarga. Berbeza dengan anak cucu Putera Badri. Semua mahu berperang dan merebut takhta.

"Macam nilah tuanku. Pedek kata... tuanku setuju je lah ye dengan cadangan patik. Dengan itu mungkin keluarga kita boleh berbaik semula setelah hampir... dah dekat seratus tahun dah kan keluarga kita bergaduh, tuanku? Ha... dengan cara ini sahaja keluarga kita boleh berdamai semula. Macam mana tuanku? Setuju?"

"Baik. Beta berjanji akan menikahkan anak kembar kamu dengan anak beta. Asal... kamu jangan kacau mana-mana ahli keluarga beta lagi! Dan serahkan semua gambar itu! Sekarang!"

"Okey, patik janji. Patik pergi ambil sekarang, tuanku," ujar Tengku Suffian dengan senyuman.

"Ingat! Kalau kamu buat simpanan, beta akan buat kamu meyesal sebab cari pasal dengan beta dengan masalah yang kebudak-budakkan ni."

"Okey! Tapi... apa jaminan tuanku yang tuanku akan pastikan kita ni berbesan?"

"Beta akan khabarkan kepada Majlis Raja-Raja. Sekiranya beta mungkir, maka putera kamu akan mewarisi takhta Lafiya secara automatik. Puas!"

Tengku Suffian menepuk tangannya dengan ketawa. "Sangat puas tuanku. Anyway patik tahu, tuanku pasti akan biarkan perkara tersebut terjadi kan? Yang kita akan berbesan? Sebab... tuanku pasti tak mahu orang lain jadi pewaris takhta Lafiya selain keturunan tuanku."

"Kamu salah! Kalau kamu..." Raja Agong Amirul terus terdiam.

'Kalau aku cakap, yang aku tak nak pun jadi Raja Agong ni, dia akan gunakan peluang itu sekali lagi untuk hancurkan aku. Nanti rakyat pula yang dapat tempiasnya.'

"Apa dia tuanku? Cakap tak habis tadi."

"Lupakan. Sekarang... serahkan semua gambar tu!"

Tengku Suffian mengangguk. "Dengan senang hati."

----- BERSAMBUNG ------

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh