Permaisuri Agong Nafisah (Puteri Syarifah Nafisah)
Raja Agong Amirul
Permaisuri Agong Jannah (Tengku Jannah)
-----
Puteri Syarifah Nafisah.
Muncul tanpa diminta dalam hidup Raja Agong Amirul semula setelah mereka berpisah berbelas tahun. Dialah wanita pertama yang hadir dalam hidup Raja Agong Amirul, cinta pertama Raja Agong Lafiya itu. Kerana dia cinta pertama sang raja, maka Tengku Suffian tergamak mempergunakan Puteri Syarifah Nafisah untuk menjatuhkan sang raja.
Raja Agong Amirul.
Meskipun cinta pertamanya datang semula kepadanya namun tidak sekali-kali dia melayan Permaisuri Agong Nafisah (Puteri Syarifah Nafisah) dengan baik. Semua ini kerana dia terlalu bencikan poligami. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Permaisuri Agong Jannah.
Apa akan jadi kepada Permaisuri Agong Nafisah, Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Jannah? Bahagiakah mereka bertiga nanti?