Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Sinopsis


SINOPSIS 


IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharapkan akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya untuk menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang ditinggalkan untuk dirinya. Hingga Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis yang datang padanya untuk menagih perhatian, termasuk sepupunya Tengku Melissa.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di Haiyan Holdings, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarganya menguruskan syarikat setelah puas menimba pengalaman di tempat orang. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Disebabkan beberapa insiden yang berlaku antara mereka suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish sentiasa melekat di minda Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat untuk melamar Irish sebagai calon isteri Tengku Harrys. Di saat itu, Reza muncul semula dengan agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti-henti mencuri perhatian untuk meraih cinta Tengku Harrys. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai mengeruhkan lagi keadaan.

Masih adakah sinar bahagia di ruangan hidup Irish apabila rahsia yang sudah terlempar jauh selama ini sudah tidak menjadi rahsia lagi?


“Saya tak layak untuk Tengku....” IRISH

So tell me, perempuan mana yang layak dan sempurna sangat untuk jadi isteri saya tu? Boleh tolong carikan?” TENGKU HARRYS


“Masih ramai lagi yang lebih layak kat luar sana, yang Tengku boleh dapatkan sendiri....” IRISH

But I don’t want it. And I don’t need it, Irish....” TENGKU HARRYS

 

“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Ataupun mungkin belum ada apa-apa sekelumit pun perasaan lagi dalam hati Tengku.Jadi masih belum terlambat untuk undur diri....”IRISH

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik....”TENGKU HARRYS


“Mungkin saya memang bukan ditakdirkan untuk lelaki....” – IRISH

“Allah jadikan hati kita dekat. Sejauh mana pun awak lari, saya hanya perlu mencari mengikut gerak hati. Jadi jangan biarkan bayangan awak terus menjadi gurauan dalam hidup saya, Irish....” – TENGKU HARRYS




Previous: Final

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.