Aku terjaga dan terasa pedih di dahi.“Eh, daddy. Fifi dekat mana ni?”
Walaupun lemah, aku cuba tegur daddy yangsedang menunduk memandang lantai. Sekali lagi, aku menyusahkan daddy.
“Alhamdulillah, kamu sedar Fifi. Daddyrisau sangat.”
“Sikit je la daddy.” Aku tersenyum.
“Abang mana? Dia dekat luar yea? Daddypanggil dia sekejap boleh?”
“Fir ada urusan dengan business partnerdia.” Jawab daddy lepas 3 minit aku menunggu jawapan.
Nampak sangat aku masih berharap diadisini. Tapi, siapa yang bawa aku ke sini? Akhir sekali aku ingat, aku berupayaberdiri untuk membuka pintu selepas dengar suara mummy panggil aku. Bercakappasal mummy, “Daddy, mummy mana?”
“Tu.” Jari daddy menunding kearah katilbersebelahan aku. Nampaknya bukan sahaja daddy aku susahkan, tapi juga mummy.
“Kesian mummy. Fi rasa baik daddy denganmummy balik rehat dekat hotel. Lebih selesa.” Niat aku bukan menghalau, tapiaku rasa serba salah kerana menyusahkan mereka.
“Nanti lepas isyak, kami baliklah hotel.Esok pagi, kita dah checkout. Doktor tahan Fi seminggu di hospital. So, macammana? Daddy tak kisah untuk stay di hotel lagi seminggu.”
“Seminggu?!” Oops terjerit .
“Doktor cakap denyutan nadi Fi rendah danoksigen dalam badan tak cukup.”
‘Effect asyik telan painkiller lah ni.Duhai.’
Muka daddy yang risau, aku pandang. “Fi,akan minta doktor buat surat pemindahan ke Prince Court. Don’t worry, Fi punyakawan akan handle my case.”
“Fi biasa ke masuk hospital?”
“Daddy, jangan risau. Fi baik sahaja.”
“You not a good liar, my daughter.” Daddymemeluk aku dan aku menangis.
‘Bertabahlah sayang. Allah pastimemberikan kamu kebahagiaan masa yang akan datang.’ Bisik hati Tengku Warfiq.